23 June 2009

Enam terbunuh kemalangan komuter di Washington

WASHINGTON 23 Jun - Sebuah komuter bawah tanah terlibat dalam satu kemalangan di sini menyebabkan enam orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 70 yang lain cedera, kata para pegawai.

Sebuah komuter transit Metro telah menghentam sebuah lagi pada waktu puncak sebelah petang Isnin di ibu negara Amerika Syarikat itu

Badan kedua-dua komuter itu terkopak dan melekat antara satu sama lain dan pasukan bomba terpaksa memotongnya bagi mengeluarkan mangsa yang terselamat.

Pasukan penyelamat masih lagi berusaha mencari mangsa-mangsa lain.

Pegawai metro melaporkan operator kemuter terbabit adalah salah seorang daripada mereka yang terbunuh. - AP

No comments:

Post a Comment