23 June 2009

Datuk rugi RM600,000 disamun

PETALING JAYA - Seorang pemilik sebuah syarikat cari gali bergelar Datuk terpaksa berhempas pulas selama dua jam sebelum dapat melepaskan diri selepas diikat dan dikurung di rumahnya oleh dua lelaki bersenjatakan pistol di Jalan Pantai 9/7 di sini semalam.

Kejadian pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 48 tahun itu kerugian RM600,000 selepas wang dan barang kemasnya dilarikan, didatangi dua penjenayah bertopeng ketika sedang tidur bersama isteri dan dua anaknya serta pembantu rumah warga Indonesia.

Bagaimanapun suspek tidak melepaskan sebarang tembakan dan kesemua mangsa tidak dicederakan.

Polis masih menyiasat dari arah mana suspek dapat memasuki rumah berkenaan yang dikelilingi tembok yang dilengkapi besi tajam.

Difahamkan, ketika kejadian, pengawal keselamatan yang menjaga rumah tersebut sedang bercuti.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kemungkinan ia dilakukan oleh suspek yang mengetahui selok belok rumah berkenaan.

- Kosmo

* Banyak penyamun tanda kerajaan lemah

No comments:

Post a Comment