31 March 2009

Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Selepas 7 April?

BELUM pun selesai tiga pilihan raya kecil yang sedang berlaku sekarang ini, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai timbul pertanyaan kerusi manakah pula akan menjadi kosong selepas ini? Apakah selepas ini giliran kerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bakal bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi kosong?


Kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Kepala Batas ini sangat besar. Untuk apa Abdullah duduk tercokol lagi di kerusi berkenaan setelah beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. Apakah beliau sanggup dan tergamak duduk di kerusi belakang sebaris dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Rafidah Aziz dan lain-lain sebagai anggota dewan rakyat.


Biasanya kerusi belakang yang bertentangan dengan Speaker dikhaskan kepada wakil rakyat-wakil rakyat berstatus 'lesung hindik' atau 'lesung tumbuk' - wakil rakyat lanjut usia dan tidak lagi menjawat apa-apa jawatan penting dalam parti maupun kerajaan.


Apakah Abdullah sanggup melihat kerusinya di hadapan sebelah kanan Speaker yang akan mula diduduki Najib RAzak pada persidangan akan datang. Kerusi itu tidak ubahlah seorang janda yang ditinggalkan si suami kerana masalah kemangkatan pucut!


Jawabanya tentu sekali tidak. Atau apakah beliau akan menjadi ahli berhormat yang tidak akan masuk ke dewan persidangan? Sekiranya Abdullah boleh menerima keadaan itu betapalah rendahnya nilai politik seorang Abdullah Badawi.


Logiknya tidak ada sebab lagi untuk Abdullah terus duduk tercokol di situ. Dan kalau untuk jadi ahli parlimen setakat hendak ambil elaun saja ia juga tidak munasabah dan memalukan sahaja.


Mahatahir Mohamad apabila sudah melepaskan jawatan perdana menteri tidak lagi bertanding dalam pilihan 2004. Dia terus menjadi lesung hindik yang pergi ke merata tempat untuk memburukkan kepimpinan dan kerajaan Abdullah. Selepas itu sekalipun beliau tidak menjejakkan kaki ke parlimen untuk tidak mengingatkan dia kepada si janda itu.


Saya kira Abdullah tidak akan mengikut budaya dan perangai Mahathir. Abdullah tidak akan mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka seperti mana dilakukan Mahathir walaupun ada aspek-aspek yang beliau tidak setuju.


Bagaimana pun dalam situasi hari ini bukan senang untuk Abdullah mengosongkan kerusi Kepala Batas bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan. Kesan dan akibatnya nanti tentulah buruk kepada UBN.


Pada saya samada beliau akan lepas atau tidak kerusi Kepala Batas bergantung kepada keputusan tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang ini. Sekiranya kesemua pilihan raya kecil itu berpihak kepada UBN, mungkin beliau akan berfikir untuk melepaskan kerusi berkenaan. Sebaliknya kalau keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat susah untuk Abdullah melakukannya kerana pilihan raya itu kelak akan menjatuhkan martabat UBN.


Sudah pasti dia akan terus berada di kerusi parlimen Kepala Batas sehingga tamat tempoh parlimen penggal ke 12. Kalau kena jadi tunggul di dalam parlimen, jadi tunggullah tidak mengapa asalkan maruah UBN dapat dijaga. Bak satu babak dalam filem Musang Berjanggut garam ke garamlah asalkan Puspawangi yang bikin! Bukankah Abdullah rela berkorban untuk parti dan tidak akan mederhaka kepada UBN?


Jadi samada Abdullah akan mengosongkan kerusi itu atau tidak bergatung sepenuhnya kepada keputusan tiga pilihan raya kecil ini. Kalau dua daripada tiga pilihan raya kecil itu berpihak kepada PR tidak mungkin Abdullah akan mengosongkan kerusi itu.


Pun begitu jika berpandukan kepada kebiasaan tidak ada sebab lagi Abdullah yang sudah tidak lagi menjadi perdana menteri untuk kekal sebagai wakil rakyat biasa. Dalam dunia mana pun keadaan yang dilalui Abdullah itu beliau kena berundur dan lepaskan kerusi Kepala Batas secepat mungkin.


Mengosongkan kerusi Kepala Batas itu adalah satu lagi penghormatan rakyat kepadanya sebagai pemimpin yang tidak suka berbalah. _ MsoMelayu

10 suspek culik pelajar ditahan

GEORGETOWN: Polis berjaya menyelesaikan kes penculikan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di Bukit Mertajam, minggu lalu, berikutan kejayaan menahan 10 suspek dan menemui wang tunai hampir RM100,000, dipercayai wang tebusan.

Semua suspek berusia 16 hingga 47 tahun termasuk seorang ibu dan anak lelakinya, ditahan di beberapa lokasi di negeri ini pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata semua suspek terbabit direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1971.

Beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar wang tebusan yang ditemui semula.

"Polis menemui semula lebih 90 peratus daripada wang tebusan yang dibayar ibu bapa pelajar lelaki terbabit kepada penculik bagi pembebasan anak mereka.

"Remaja itu cuma cedera ringan pada mata akibat ditutup dengan pita pelekat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi Rabu lalu, pelajar Sekolah Menengah Jit Sin itu diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas sekolah di Taman Gemilang Jaya.

Mangsa dilarikan lelaki terbabit dengan menaiki sebuah kereta. Selepas itu, kumpulan terbabit menghubungi keluarga mangsa untuk mendapatkan wang tebusan.

Difahamkan, penculik meminta bayaran tebusan RM500,000 tetapi dikurangkan kepada RM100,000 selepas berunding dengan keluarga mangsa.

Bapa mangsa yang juga ahli perniagaan bekerjasama dengan polis untuk memerangkap penculik terbabit.

Selepas mendapat wang tebusan Jumaat lalu, penculik berkenaan membebaskan pelajar itu di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Kira-kira sejam selepas mangsa dibebaskan, polis memberkas penculik terbabit di Taman Sri Rambai, diikuti beberapa tangkapan lagi di Lebuh Pantai di sini dan Batu Feringgi. _ Bharian

Tangkal tak kebal, ‘Geng Kimin’ tumpas


JOHOR BAHRU – Sekumpulan tujuh lelaki Indonesia daripada ‘Geng Kimin’ tidak menyangka tangkal yang dipakai ketua kumpulan mereka tidak bermakna apabila kesemua mereka ditahan di sebuah rumah kongsi di ladang kelapa sawit Bukit Besi, Simpang Renggam di sini semalam.

Polis yang memeriksa seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kimin mendapati dia memakai tangkal dibuat daripada kain berwana hitam di lehernya.

Kain yang dijadikan seolah-olah rantai leher itu dipercayai dipakai kononnya bagi menjaga keselamatan si pemakai dan ahli kumpulannya kerana ia didakwa ‘kebal’ malah mereka juga kononnya boleh ‘ghaib’.

Bagaimanapun, kepercayaan itu musnah apabila Kimin sendiri ditahan bersama enam anggotanya.

Kesemua suspek yang berada di negara ini sejak lapan bulan lalu tidak memiliki dokumen perjalanan dan mereka disyaki telah terlibat dalam sekurang-kurangnya 43 kes jenayah di sekitar Kluang.

Mereka dikatakan memasuki negara ini semata-mata untuk melakukan jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kegiatan jenayah kumpulan itu tumpas apabila kesemua mereka ditahan pada pukul 4.30 pagi semalam.

Menurut beliau, semasa diserbu, ketujuh-tujuh suspek yang berusia antara 17 dan 22 tahun termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Kimin cuba bertindak ganas dengan menyerang polis mengguna senjata tajam.

“Polis yang terpaksa mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan menyebabkan dua ahli kumpulan itu masing-masing cedera di bahu kiri dan paha kiri,’’ kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, ketujuh-tujuh suspek itu kemudiannya dapat ditahan. _ Mstar

Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang

TAIPING: Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.

"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Alwi di sini hari ini.

Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.

Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.

Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN. _ Mstar

* Rakyat Perak menolak BN

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."

"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.

"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.

"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.

Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.

"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.

"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.

Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.

"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.

"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.

"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.

"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.

Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.

"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.

Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.

"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya. _ Mstar

* Kekalahan semakin menghampiri BN apabila telah membawa masuk Ezam ke Perak.

Najib sah angkat sumpah Jumaat ini

Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri baru berlangsung di Istana Negara, Jumaat ini.

Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat pada 10 pagi ini.

Jemputan tersebut turut dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri mulai jam 9 pagi.

Di perhimpunan agung Umno hujung minggu lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis untuk memaklumkan hasrat melepaskan jawatan perdana menteri.

Perhimpunan agung tersebut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan baru Umno yang diketuai oleh Najib selepas Abdullah enggan bertanding.

Tindakan Abdullah itu ekoran persetujuan antara beliau dengan Najib untuk melaksanakan pelan peralihan kuasa selepas perhimpunan itu selesai.

Sementara itu, Najib dilaporkan berkata tarikh sebenar peralihan kuasa kepadanya hanya akan diketahui selepas kenyataan rasmi dikeluarkan leh Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Bernama, beliau tidak boleh membuat sebarang ulasan selagi kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

"Ini kena tunggu kenyataan rasmi dululah," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Sin Chew Daily di Petaling Jaya hari ini.

Ketika ditanya mengenai kabinet barunya, Najib berkata perkara itu hanya akan diputuskan selepas acara angkat sumpah jawatan perdana menteri.

Ditanya kemungkinan beliau akan memilih calon yang kalah dalam
pemilihan Umno lepas untuk membarisi kabinetnya nanti, Najib berkata: "Ia belum difikirkan lagi."

Najib yang dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang merupakan anak sulung Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah.

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England.

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada tahun 1974.

Najib mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi Parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London 14 Januari 1976.

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai ahli Parlimen termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib telah berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada tahun 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. Setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah. _ Malaysiakini

* Semoga ramalan Malaysia akan kucar kacir di bawah Najib tidak benar.

Akhbar PKR: P'raya kecil 'kubur BN'

PKR mengambil strategi serupa PAS bagi menghadapi tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar mereka dengan menerbitkan Suara Keamanan mulai hari ini.

PAS merancang menerbitkan Hujah mulai Jumaat ini bagi menggantikan Harakah yang dikenakan tindakan mengejut itu selama tiga bulan sejak 23 Mac lalu.

Pengganti Suara Keadilan itu sudah boleh diperolehi melalui pengedar-pengedar organ PKR itu, kata satu kenyataan jabatan sidang pengarangnya.

"Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, PKR mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut," kata parti itu

"Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN."

Tindakan menerbitkan akhbar baru ini membayangkan PKR mengendurkan pendiriannya minggu lalu yang menegaskan ingin mengabaikan larangan KDN tersebut.

Edisi pertama mingguan ini melaporkan tiga pilihanraya kecil - dua daripadanya disertai PKR - yang bermula Ahad lalu dengan tajuk besar "Kubur BN".

Ia memuatkan foto muka depan calonnya di DUN Bukit Selambau, S Manikumar dan DUN Batang Ai, Jawah Gerang.

Ia juga menyiarkan foto-foto penamaan calon di Bukit Gantang yang ditanding oleh calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. _ Malaysiakini

* Rakyat tolak pemimpin rakus dan kuku besi

Bantahan PPSMI bergema dalam p'raya

Selain demonstrasi besar awal bulan ini, dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut berkempen di Bukit Gantang yang kini menghadapi pilihanraya kecil.

Tokoh-tokoh utama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan turun berkempen dua hari di situ menjelang pengundian pada 7 April ini.

Profesor bahasa Dr Abdullah Hassan, Dr Shaharir Mohd Zain dan penyajak Dinsman dijangka menyampaikan ceramah.

“Diharap pengundi menolak (calon) Umno kerana perwakilan sanggup menaikkan (menteri pelajaran) Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai naib presiden Umno,” kata setiausaha GMP Hasni Abbas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hishammuddin semalam menyatakan dasar PPSMI akan dipinda dalam masa terdekat selepas kabinet membuat keputusan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk konkrit pindaan tersebut.

GMP, yang menuntut dasar itu dimansuhkan termasuk di sekolah menengah dan universiti, juga akan berkempen pada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 5 dan 6 April.

Selain tokoh-tokoh ini, penasihat GMP Datuk A Samad Said menyampaikan ceramah.

Hasni menambah, penceramah GMP dijadual berada di Bukit Gantang pada 4 April dan sasterawan negara terpaksa terus ke kawasan DUN itu kerana sebelumnya berada di luar negara.

Tiada NGO bantu

Bagaimanapun, katanya, GMP tidak turun di kawasan DUN Batang Ai.

"Memang ada permintaan di sana. Tapi, tiada badan yang dapat menyelenggarakan kami. Tiada NGO yang boleh bantu kita di sana," kata Hasni.

"Tak ada orang yang boleh mengatur perjalanan kita berkempen di sana. Kalau di Perak, ada (gabungan NGO Perak) Jamaie dan di Kedah ada Teras (Teras Pengupayaan Melayu)."

GMP tidak memohon permit polis kerana bimbang ia akan menyulitkan program mereka ketika berceramah, katanya.

"Sebab itu, kita guna pentas NGO lain untuk menyampaikan ceramah ini. Risalah-risalah mungkin diedarkan sempena kempen tersebut," tambah beliau.

Ketika ditanya apakah beliau yakin bahawa kempen mansuhkan PPSMI akan mampu memberi kesan terhadap corak pengundian, Hasni berkata:

"Jika diambil kira kesan perhimpunan di Istana (Negara) dulu, saya yakin fikiran pengundi berganjak. Selepas perhimpunan itu, saya terima pelbagai panggilan yang menyokong GMP.

"Ertinya, selepas 7 Mac, baru kita yakin memang ramai yang mahu PPSMI dimansuhkan kerana rakyat sedar isu bahasa ini mengancam kebudayaan (Melayu) dalam jangka masa panjang."

Macam lagu Ziana Zain

Mengulas kenyataan Hishammuddin semalam, Hasni berkata, beliau sukar mempercayai kenyataan menteri itu.

"Macam lagu Ziana Zain, Madah Berhelah, ini cakap-cakap orang politik. Kita tak boleh percaya sangat," katanya.

Menjawab isu itu di Dewan Negara, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat dasar PPSMI.

Keputusan untuk mengekal atau meminda pelaksanaan PPSMI akan disesuaikan mengikut mengikut pencapaian pelajar.

"Sebab itu," tambah Hasni, "kita harap para pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai sedar bahawa Umno pun tidak memperjuangkan bahasa Melayu."

GMP merancang menghantar memorandum membantah PPSMI kepada Raja-raja Melayu.

"Mungkin kita hantar memo kepada istana selepas pilihanraya (kecil) ini dan kita akan buktikan bahawa isu memansuhkan PPSMI bukan bermusim saja pada pilihanraya," tambahnya. _ Malaysiakini

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita Mongolia itu akan diketahui dua hari selepas pilihanraya ini.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu.

Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya.

"Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larangan itu dipetik.

Polis juga melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung.

Dalam kenyataan lewat petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kementeriannya mengeluarkan arahan tersebut bagi ketiga-tiga kawasan pilihanraya, termasuk DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. _ Malaysiakini

* Peranan baru polis tekan pembangkang?

Shahrir Akan Serah Surat Letak Jawatan Esok

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri kepada Perdana Menteri esok.

Beliau berkata surat berkenaan sudah disiapkannya semalam dan ia akan diserahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa mesyuarat Kabinet.

"Saya tidak mempunyai sebarang penyesalan malah berpuas hati dengan apa yang telah berlaku dalam kementerian ini semasa saya menjadi menterinya selama setahun.

"Semasa menjadi menteri saya merasa gembira. Apa yang penting ialah saya berjaya mengubah kementerian yang sebelum ini lebih dilihat sebagai badan penguatkuasa semata-mata kepada kementerian yang bercirikan ekonomi disamping pendekatannya yang mesra pengguna," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara hari ini.

Shahrir pada Khamis lalu mengumumkan mahu meletak jawatan setelah beliau gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada persidangan agung Umno yang berakhir Sabtu lepas.

Beliau hari ini berkata peletakan jawatan oleh seorang menteri bukan merupakan perkara baru kerana ia sudah lama berlaku.

"Ini adalah perkara biasa dalam parti apatah lagi bagi saya, prasyarat untuk berada dalam kabinet adalah perlu mendapat sokongan daripada ahli parti. Apabila menteri kabinet gagal dalam pemilihan, sama ada mereka akan digugurkan atau meletak jawatan sendiri, itu perkara biasa.

"Kegagalan saya memenangi jawatan MT menunjukkan ahli parti tidak menerima prestasi saya sebagai wakil Umno dalam kerajaan," kata Shahrir.

Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta beliau menimbangkan semula keputusannya itu.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata Shahrir tidak wajar meletak jawatan kerana banyak idea dan inisiatif beliau yang bermanfaat kepada pengguna masih belum terlaksana.

"Beliau telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri dalam menangani isu kepenggunaan semasa dan keputusan beliau untuk meletak jawatan akan merugikan masyarakat pengguna," katanya.

-- BERNAMA

* Protes Najib dalam diam?

Beri Kami Masa Setahun, Kata SPRM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kasim Mohamed meminta masyarakat memberi masa kepadanya selama setahun sebelum membuat apa-apa andaian terhadap badan itu.

Beliau berkata andaian yang terlalu awal tidak sepatutnya digambarkan kerana memerangi rasuah dengan berkesan mengambil masa.

"Saya minta supaya masyarakat jangan buat keputusan peringkat awal. Biarlah kita jalankan tugas dan buat penilaian terhadap kita akhir tahun ini sekurang-kurangnya. Nak kritik, kritiklah (selepas itu)," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah bertajuk "Berkepentingan - Bahagian Tersembunyi di Dalam Rasuah.

Katanya berdasarkan perbincangannya hasil lawatan ke Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah Hong Kong (ICAC) yang diwujudkan sejak 1974, keberkesanan mengatasi rasuah mengambil masa satu hingga tiga tahun.

"Dalam konteks ini jangan kita awal-awal lagi membuat tohmahan dan tafsiran yang negatif kerana kita ada anggota jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang bebas, berintegriti dan mempunyai status tinggi dalam masyarakat.

"Jadi mereka juga ingin menjaga imej mereka itu," katanya.

Beliau berkata pada mesyuarat yang dihadiri mereka, anggota jawatankuasa ini turut menyatakan apa yang baik dalam organisasi jadi perubahan yang berlaku memerlukan masa untuk membuktikannya.

Abu Kasim berkata cabaran SPRM ialah berpegang kepada prinsip konsistensi dalam melaksanakan tugas tidak boleh beranjak ke kiri atau kanan dan mengikut desakan mana-mana pihak sekalipun.

Mengenai kes berprofil tinggi beliau berkata sememangnya SPRM tidak pernah menyembunyikannya tetapi pada masa ini mereka menghadapi isu persepsi.

"Kalau kita mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan dari Barisan Nasional kita dikatakan memihak kepada pembangkang begitu juga sebaliknya.

"Kita dikatakan suruhanjaya untuk kereta dan lembu. (MACC). Kita tersepit di tengah-tengah," katanya.

-- BERNAMA

* Gagal juga selepas itu, elok letak jawatan

Masjid perlu ada gelanggang sukan - Mufti Perlis

KANGAR 31 Mac — Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan selain meningkatkan keindahan senitamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya, kata Mufti Dr Juanda Jaya hari ini.

Menurutnya, selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah.

“Apa salahnya, masjid mempunyai segala kemudahan riadah dan apabila tiba waktu solat, semua meninggalkan kegiatan riadah untuk solat berjemaah,” katanya semasa menyampaikan taklimat mengenai rumusan forum bulan dakwah peringkat negeri Perlis di Galeri Diraja Istana Arau di sini.

Forum itu telah diadakan pada 21 Mac lalu.

Beliau berkata, para pegawai masjid juga digalakkan menyertai askar Wataniah sebagai langkah menggalakkan anak kariah mereka menyertai pasukan sukarelawan yang menjadi benteng pertahanan kedua.

Selain itu, anak-anak kariah juga boleh membantu menangani gejala jenayah dengan sering memberi maklumat mengenai kegiatan itu kepada pihak berkuasa melalui masjid.

Katanya, kegiatan jenayah boleh ditangani jika setiap masjid turut mengambil peranan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Inilah pentingnya peranan masjid. Ia bukan sekadar pusat untuk beribadah tetapi pusat masyarakat yang perlu sentiasa dimakmurkan,” katanya.

Sementara itu, Dr Juanda adalah antara 10 tokoh agama yang dilantik hari ini sebagai ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Istana Arau.

Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs menyerahkan watikah pelantikan itu sebelum persidangan MAIPs di dewan Galeri Diraja Istana Arau. — Bernama

* Yang lama lebih pro-aktif

Dua wanita didenda RM1.04 juta setiap seorang

SHAH ALAM 31 Mac - Seorang wanita hamil lima bulan bersama rakannya didenda RM1.04 juta setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki 520 salinan langgaran dalam bentuk cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD).

Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman ke atas Wong Chooi Fun dan Ng Shuk Kuen kedua-duanya berusia 27 tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda tersebut serta merta setelah permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda, ditolak.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada pukul 6.15 petang di premis Ong Laser di No. 9, Jalan Maxwell Rawang, Gombak dekat sini.

Wanita terbabit disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta tersebut.

Ia memperuntukkan denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran yang dimiliki. - Utusan

Lembaga Disiplin siasat beberapa pemimpin tinggi UMNO

KUALA LUMPUR 31 Mac - Beberapa pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

“Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

“Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini hari ini. - Bernama

Nizar Sudah Turun Padang, Sambutan Memberangsangkan


BELUM sampai 24 jam selepas disahkan sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang, Menteri Besar Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin telah turun ke gelanggang menemui rakyat akar umbi bagi menjelaskan misi dan visi pilihan raya kali ini.

Ia bukan saja setakat memenuhi kekosongan kerusi ditinggalkan Allahyarham Roslan Shahrum tetapi pilihan raya kali ini membawa natijah lebih penting dari itu.

Nizar nampaknya tidak membuang masa dan terus bergerak tanpa memepdulikan dua calon lain, Ismail Saffian dan seorang calon bebas.

Pagi tadi dengan diteman Adun Kuala Sepatang, Tai Sing Ng (PKR), Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai (DAP) dan Adun Semanggol, Ramli Tusin (PAs) Nizar telah turun ke Kuala Sepatang menemui masyarakat Cina di situ. Pengundi di kawasan ini berjumlah 19,699 pemilih.

Dalam kesempatan itu Nizar menemui semua lapiran masyarakat, peniaga, pemandu teksi, guru, orang awam, kanak-kanak, remaja, kakitangan kerajaan dan juga anggota pasukan keselamatan.

Sambutan ke atas kunjungan Niazar dan rombongan kempennya memberangsangkan. Orang Cina nampak begitu jinak dan mesra dengan Nizar dan ada yang terang-terang memberi pengakuan untuk memilih Nizar.

"Lu tak payah lusing, kita olang akan tetap undi lu...," begitulah tutur seorang pengundi yang sudah lanjut usia. Dia tidak percaya yang datang memeluk dan berjabat tangan dengannya adalah calon pilihan raya berkenaan dan bekas Menteri Besar Perak yang masih dianggap Menteri Besar Rakyat.

"Lu olang calon wakil rakyat ke?" tanya pengundi berkenaan tidak percaya kerana mungkin baginya Nizar terlalu humble.

"Iya... iya, saya Mohdmad Nizar calon Pakatan Rakyat," balas Nizar. Mereka berpelukan dan bertepuk bahu mesra.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambart yang dirakam Zamzarina yang mengikuti Nizar ke Kuala Sepatang kira-kira selama satu jam bermula jham 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. - MsoMelayu













* BN akan malu besar di Perak

SPR: Sistem penamaan calon perlu dipinda elak suasana tegang


TAIPING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat sistem penamaan calon yang diguna pakai sekarang perlu dikaji semula bagi mengelakkan suasana tegang ketika penamaan calon.

Mengambil kira perkembangan semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya pelbagai pihak melihat tentang keperluan mengkaji semula sistem tersebut.

"Kita perlu melihat semula sama ada sistem penamaan calon sedia ada sesuai ataupun tidak dengan keadaan semasa.

"Adakah kita perlu adakan perarakan besar, kehadiran penyokong yang ramai semasa proses penamaan calon sehingga cetuskan suasana tegang dan tidak senang," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa pandangan dan usaha ke arah mengkaji semula sistem penamaan calon memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak.

"Semua pihak perlu berbincang dan menyatakan sokongan," katanya.

Wan Ahmad berkata, suasana ketika hari penamaan calon semalam menggambarkan persekitaran bahawa "negara tidak" dengan pasukan keselamatan terpaksa meningkatkan tahap keselamatan.

Bagaimanapun proses penamaan calon semalam tidak mencetuskan kejadian tidak diingini di ketiga-tiga lokasi penamaan calon bagi kerusi Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Lebih 30,000 penyokong parti-parti bertanding berhimpun ketika penamaan calon.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu mencetuskan ketegangan dengan dua wartawan cedera diserang penyokong parti politik.

* Barangkali SPR tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti ini jika penyokong BN lebih ramai berbanding Pakatan Rakyat.

Pengundi Cina, India jadi rebutan


Seramai 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Selambau 7 April ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian berkata, dalam pilihanraya umum lalu, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu berkata, PAS hanya memperolehi 40 peratus undi Melayu pada umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

"Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu," kata Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu.

"Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi China dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi," kata Ismail kepada Bernama.

"Pada 2004, sebanyak 70 peratus orang China menyokong BN. Bagaimanapun dalam pilihanraya umum lalu, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus.

Majoriti pengundi Melayu

"Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami.

"Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi China boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi - Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

Terdapat 55,562 pengundi dalam Parlimen Bukit Bintang, dengan majoriti pengundi Melayu seramai 34,884 orang.

"Majoriti pengundi China ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi China, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi," kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi China ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Pakar strategi DAP

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan China, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

"Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

"Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat China terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi," katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari - terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan masing-masing kepada pengundi. _ Malaysiakini

* Apa yang tidak pernah tergambar oleh Umno selama ini adalah sokongan orang bukan Melayu terhadap sebuah parti Islam (PAS).

Batal bantahan, enggan malukan PM


Asalnya sekumpulan peniaga Pasar Minggu, Kampung Baru merancang membantah projek pembangunan Puncak Baru di tapak premis perniagaan mereka tetapi membatalkannya saat akhir demi menjaga air muka Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Kita tidak mahu malukan Abdullah," kata Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) Dr Hosni Hussen Md Saat selepas majlis pelancaran projek tersebut hari ini.

Difahamkan, ura-ura mengadakan demonstrasi itu timbul beberapa hari sebelum majlis upacara pecah tanah itu - yang dirasmikan oleh Abdullah - dijadualkan berlangsung sewaktu majlis tersebut.

Sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.

Tapak perniagaan itu meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.

Dr Hosni Hussen berkata PPKPM tidak berpuas hati kerana usaha mereka berunding dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal.

"Kami setuju dengan pembangunan ini 110 peratus," katanya, "tetapi, saya 'tuan rumah', DBKL perlulah berbincang dengan saya terlebih dahulu."

Dalam ucapannya, Abdullah berkata, Puncak Baru yang menggantikan kawasan Pasar Minggu itu satu lagi kawasan "segitiga emas" di bandar raya ini.

"Insya Allah kawasan ini akan jadi tempat yang selesa dan segar. Ini akan jadi golden triangle yang baru,” katanya.

Perdana menteri berkata kawasan itu perlu dibangunkan bukan sahaja sebagai tempat penginapan tetapi juga ekonomi bernilai tinggi yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.

Abdullah menyifatkan usaha pembangunan Puncak Baru sebagai "al-islah wa al-tajdid" (pemulihan dan pembaharuan).

Tambahnya, kerajaan tidak mahu Kampung Baru menjadi kawasan setinggan di tengah bandar yang terlalu sesak sehingga dipenuh gejala-gejala negatif.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula berkata, projek Puncak Baru disusun bagi membangunkan kawasan perniagaan, pelancongan dan penempatan baru tanpa mengetepikan orang Melayu.

"Kampung Baru ada kepentingan sejarahnya yang unik dan tersendiri. Oleh itu, saya berharap Puncak Baru akan jadi simbol kemegahan warga Kampung Baru," katanya.

Turut hadir, timbalannya Datuk M Saravanan, datuk bandar Datuk Ahmad Fuad Ismail dan ahli parlimen PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali. _Malaysiakini

* Sangat baik projek ini. Pelaksanaan perlu mendahului orang Melayu. Pastikan ali baba tidak wujud nanti.

Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam

P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.

Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.

Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.

Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu.

"Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini.

"Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.

Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut. - Malaysiakini

* Hormatilah orang lain.

Polis Mahu Pintu Masuk Negara Dikawal Ketat Bagi Tangkap Helmi

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Polis telah meminta pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara supaya memperketatkan kawalan bagi menangkap bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dipercayai berada di Batam, Indonesia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pihak berkuasa di pintu masuk sempadan negara dan lapangan terbang sudah dimaklumkan mengenai waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Helmi Malek, 32.

Tindakan itu dibuat setelah lelaki terbabit masih belum muncul untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Wong, exco kerajaan negeri Selangor, di Internet.

Ku memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa waran tangkap yang dikeluarkan minggu lepas tidak perlu diserahkan kepada keluarga Helmi dan tangkapan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Helmi menghilangkan diri sejak 9 Feb lalu selepas dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut sehingga tindakan itu memaksa ADUN itu menawarkan diri untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor menyarankan supaya Wong bercuti sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

-- BERNAMA

Ismail Pertahan Pendekatan Kerjasama Dalam Kempen BN

TAIPING, 30 Mac (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Ismail Saffian selesa dengan pendekatan kerjasama pemimpin parti-parti komponen dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

"Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk saya bekerjasama dengan pemimpin parti komponen lain dalam pilihan raya kecil ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Baru Temerloh dekat sini petang ini, Ismail berkata BN bekerja sebagai satu pasukan berdasarkan kepada semangat pemuafakatan dalam BN.

"Saya fikir tidak salah saya berjalan dengan pemimpin MCA, pemimpin Gerakan sebab mereka sebenarnya lebih rapat dengan masyarakat Cina... jadi saya kena bekerja dengan mereka.

"Itu semangat yang kita gunakan dalam BN, sebab itu kita ada BN," katanya kepada pemberita selepas kempen rumah ke rumah di Kampung Baru Temerloh dekat sini hari ini.

Ismail mengulas dakwaan pengarah pilihan raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali hari ini bahawa beliau tidak berdikari dan terpaksa bergantung kepada pemimpin parti komponen untuk menjayakan kempennya pada pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Katanya beliau tidak akan menggunakan pendekatan memburuk-burukkan peribadi sebaliknya memberi penjelasan dan memberitahu perkara sebenar kepada rakyat.

Mustafa pada sidang akhbar di Markaz Induk Operasi PAS di Air Kuning di sini hari ini berkata ia berbeza dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang boleh mengendalikan urusan kempennya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada para pemimpin PAS, DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mustafa tidak bimbang dengan kurangnya liputan kepada calon PAS oleh media arus perdana kerana ia tidak akan menjejaskan peluang parti itu untuk mempertahan kerusi Parlimen Bukit Gantang sambil berharap media arus perdana bersikap lebih adil dalam liputan mereka.

Sementara itu, Ismail sependapat dengan Mustafa bahawa faktor cuaca sedikit-sebanyak menjejaskan perjalanan kempen pilihan raya itu.

Namun beliau sendiri tidak menghadapi masalah dengan keadaan hujan pada petang dan kadang-kala pada waktu malam itu.

"Akan ada sedikit perubahan strategi (berkempen) bagi menyesuaikan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

-- BERNAMA

* Umno cuba berbaik dengan orang Cina selepas hina meraka dapat tanah.

Siti Aishah Dibebas Dari Penjara Pakistan

PULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) -- Siti Aishah Hamid yang sebelum ini ditahan di penjara Pakistan akibat diperdaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dilaporkan telah dibebaskan dan dijangka tiba di dalam negara esok.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bayan Baru, Norman Zahalan berkata Siti Aishah, 44, dibebaskan selepas mahkamah di Pakistan mendapati beliau tidak bersalah dan diperdaya pihak tertentu.

Beliau ditahan di sebuah penjara di Pakistan pada 27 April tahun lepas.

Siti Aishah, dari Batu Maung dan menghidap penyakit tulang dijangka berlepas dari lapangan terbang di Karachi hari ini untuk pulang ke tanah air.

"Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 7 pagi esok, sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dan tiba pukul 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas," kata Norman kepada Bernama.

Norman berkata suami Siti Aishah, Jaafar Noor sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangannya.

Siti Aishah dilaporkan terpedaya dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura.

-- BERNAMA

30 March 2009

Umno bermasalah dan berpecah di Bukit Selambau


BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto). Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam.

Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008). Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi.

Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata. Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding. Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain.

Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang. - Pahang Daily



Nama : MEJAR HAJI ANUAR BIN ABD HAMID (BERSARA)
Tarikh Lahir : 26 Februari 1951
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Butiran Mengenai Anak : 4 Orang (2 Lelaki , 2 Perempuan)

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN KURSUS

1958 – 1961 : Sekolah Kebangsaan Pusat Sungai Petani,Kedah.
1962 – 1964 : Sekolah Rendah Ibrahim Inggeris Sungai Petani,Kedah
1965 – 1969 : Sekolah Menengah Ibrahim Inggeris, Sungai Petani, Kedah
1970 – 1971 : Maktab Tentera Di Raja Sungai Besi.
9.5.72 – 2.6.72 : New Zealand Small Arms Coaching Course.
12.6.72 – 28.7.72 : Kursus Senjata Kompeni.
8.7.73 – 21.7.73 : Kursus Pegawai Gerakan Udara.
18.3.73 – 28.4.73 : Kursus Pegawai Pengangkutan Pasukan.
3.9.73 – 9.10.73 : Kursus Pegawai Perisikan Tentera.
5.11.73 – 12.12.73 : Kursus Perang Saraf dan Gerak Saraf.
28.5.74 – 24.7.74 : Kursus Muslihat Pegawai.
8.12.74 – 12.12.74 : Kursus Jerangkap Samar dan Periok Api.
15.9.76 – 9.11.76 : Kursus Pegawai Tadbir Pasukan.
20.10.78 – 24.10.78 : Kursus Pengurusan Sumber Manusia.
20.3.80 – 16.5.80 : Kursus Pegawai Turus.
19.1.81 – 31.3.81 : Kursus Ketua Kompeni.
18.4.82 – 15.6.82 : Kursus Muslihat Semua Perkhidmatan.
5.1.87 – 27.11.87 : Kursus Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera (psc)
6.9.89 – 26.10.89 : Kursus Pegawai Pembangunan Latihan.

BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

1. 1970 – 1971 : Maktab Tentera Di Raja
2. Disember 1971 : Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Batalon ke 12 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA.
3. 1972 – 1974 : Ketua Pelatun Infanteri.
4. 1974 – 1976 : Pegawai Perisikan Pasukan.
5. 1976 – 1979 : Ejutan 12 Rejimen Askar Melayu Di Raja.
6. 1979 – 1980 : Juruiring kepada Panglima Logistik Kementerian Pertahanan.
7. 1980 – 1981 : Pegawai Turus Tiga Operasi Markas 3 Briged.
8. 1981 – 1984 : Ketua Kompeni Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja.
9. 1984 – 1985 : Pegawai Turus 2 Gerak Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri.
10. 1986 : Pegawai Perisikan Tentera Kedah dan Perlis
11. 1987 : Melanjut pelajaran di Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia.
12. 1988- 1991 : Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES) Universiti UtaraMalaysia.
13. 1991 : Bersara Pilihan dan memasuki sektor Swasta
14. 1991 : Sekarang – Menjadi Wakil Niaga Saham (Remisier) Bursa Malaysia.

KEGIATAN/AKTIVITI

1. MERCY MALAYSIA - Ahli Seumur Hidup

2. Bertugas sebagai sukarelawan misi bantuan Kemanusiaan dan Perubatan di peringkat Antarbangsa bersama MERCY MALAYSIA di negara-negara berikut:

a. 22 Jul – 13 Ogos 03 : Bantuan Kemanusiaan Perang di IRAQ.
b. 06 Feb – 07 Mac 04 : Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di BAM IRAN.
c. 18 Nov – 07 Dis 04 : Bantuan Kemanusiaan mangsa perang saudara di DARFUR, SUDAN.
d. 05 Mac – 11 Mac 04 : Bantuan Kemanusiaan Tsunami di ACHEH, INDONESIA.
e. 10 Okt – 22 Okt 05 : Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di KASHMIR, PAKISTAN.
f. 14 Nov – 26 Nov 05 : Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di BAGH, PAKISTAN.
g. 11 Ogos – 13 Sept 06 : Bantuan Kemanusiaan Perang di LUBNAN.
h. 19 – 27 November 2008 : Bantuan Kemanusian Banjir, di YEMEN

3. Bantuan Kemanusiaan Dalam Negara bersama MERCY Malaysia:

a. 2003 : Mengendali bantuan banjir besar di daerah Kuala Muda, Kulim, Baling & Pendang.
b. 2004 – 2005 : Menyelaras bantuan Kemanusiaan mangsa Tsunami di Kuala Muda & Langkawi, Kedah.
c. 2006 : Menyelaras bantuan banjir di daerah Kubang Pasu, Kedah.

4. Persatuan Bekas Tentera Melaysia (PBTM):

a. 2000 - 2003 :Timbalan Ketua Cawangan Merbok.
b. 2003 – 2009 : Ketua Cawangan Merbok.
c. 2004 – 2006 : Ketua Penerangan PBTM Negeri Kedah.

5. Parti Politik UMNO :

a. 1995 – 2008 :AJK UMNO BAHAGIAN MERBOK
b. 1998 – 2008 :Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah

6. Jawatan dalam Pertubuhan

a. 1998 – 2000 : Ahli Majlis, Majlis Perbandaraan Sungai Petani, Kedah
b. 2006 – 2008 : Ahli Lembaga Pelawat/Hakim Pelawat Penjara Sungai Petani.
c. 2007 – 2009 : Setiausaha Lembaga Pelawat Bengkel Daya Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Sungai Petani.
d. 2006 – 2008 : Penaung Persatuan Kereta Sewa/Teksi Bekas Tentera Malaysia Daerah Kuala Muda.
e. 2000- Sekarang : Penasihat Kelab Kereta Kancil Sungai Petani.
f. 2005 – 2006 : Naib Kapten Kelab Golf Sungai Petani.
g. 2007 – 2010 : Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sungai Petani.

BN lupa, undi rakyat sahaja akan diterima








* Luculah mak cik ini...

Nizar: "Saya tak rampas kuasa di masjid"

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau "tidak merampas" kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.

Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin YassinPresidennya,

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.

"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini.

Malam tadi, Nizar 'bertembung' dengan rombongan BN di Masjid Simpang, sekali gus - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman). "Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

* Menjadi imam solat bukan tindakan buat kacau.

Kerajaan tidak akan tolak atau terima bulat-bulat PPSMI

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menolak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ataupun menerima dasar itu secara bulat-bulat, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sebarang keputusan yang dibuat nanti akan mengambil kira pelbagai aspek dan kementerian juga telah menetapkan beberapa cadangan dalam kertas kerja dasar itu yang kini dalam peringkat akhir untuk diluluskan oleh jemaah menteri.

"Kita tidak perlu melihatnya sebagai situasi kalah-kalah, tolak bulat-bulat atau terima bulat-bulat.

Yang kita hendak tengok adalah menyesuaikannya mengikut pencapaian pelajar," katanya menjawab soalan Senator Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Hishammuddin berkata antara cadangan yang akan dibentangkan kepada Kabinet ialah menggunakan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah, atau menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda bagi mata pelajaran tersebut di sekolah rendah dan menengah.

"Alternatif lain ialah bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah sendiri, penggunaan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah," katanya. Beliau berkata cadangan itu dibuat hasil daripada pelbagai perbincangan, mesyuarat dan persidangan secara terbuka yang dibuat antaranya melibatkan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak kerajaan dan pembangkang.

"Walaupun kita telah mendapat pelbagai alternatif melalui persidangan meja bulat, mesyuarat profesional, memorandum atau pemberitahuan daripada pelbagai medium ia bukanlah satu formula yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dalam penentuan masa depan dasar ini," katanya.

Hishammuddin berkata apa jua keputusan yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti empat perkara utama akan diambil kira iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dimartabatkan selain penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar akan diperkasakan.

Perkara lain ialah kompetensi guru dalam mengajar Sains dan Matematik akan diutamakan dan pencapaian para murid dalam dua mata pelajaran itu akan terus dipertingkatkan, tambah beliau. BERNAMA

Bukan cara BN kempen tuduh-menuduh - Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Barisan Nasional (BN) tidak dapat menerima cara pembangkang mengamalkan politik tuduh-menuduh terhadap pemimpin kerajaan semasa berkempen pada pilihan raya.

"Itu cara pembangkang. Kita memang tak setuju langsung dengan kempen cara itu.

"Tuduh menuduh dalam politik akan berlaku walaupun kita tak suka," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak Pasar Minggu Kampung Baru di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah BN perlu membuktikan keikhlasan dan kesungguhan untuk membangunkan negara demi rakyat.

Ditanya situasi berkempen yang hanya melihat pembangkang yang menyerang pemimpin kerajaan tetapi pemimpin kerajaan tidak berbuat sedemikian, Abdullah berkata itu bererti bahawa pemimpin kerajaan terdiri daripada orang yang baik.

"Rakyat akan tahulah...Yang ini suka mengata, yang ini cakap pasal nak membangun...takkan rakyat tak faham," katanya.

Mengenai kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa Umno adalah pihak yang mula-mula memperjuangkan kemerdekaan, beliau berkata perkara itu adalah benar.

"Yang mula tuntut untuk mendapatkan kemerdekaan di bawah Datuk Onn (Jaafar) memang betul orang Melayu.

"Yang keduanya apabila (Allahyarham) Tunku Abdul Rahman (Putra AlHaj) mengambil alih, wujudlah Perikatan iaitu Umno, MCA dan MIC, dan inilah gabungan tiga parti yang mewakili orang Melayu, Cina dan India," katanya.

Beliau berkata perjuangan itu akhirnya membawa kepada kemerdekaan.

Abdullah berkata kerajaan kini juga mengekalkan pendekatan ini dengan membawa muafakat rakyat dalam parti masing-masing selain kerajaan yang membuat keputusan berdasarkan kesepakatan dalam mesyuarat kabinet. BERNAMA

* Satu bukti Pakatan Rakyat kurang sangat kesalahan tetapi banyak kesalahan BN. Adalah menjadi dasar Britain pada masa itu, membebaskan (memberi kemerdekaan) kepada semua jajahannya.

Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….

Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.

* BN tidak akan berubah sampai bila-bila?

Orang lama PKR Jerai lawan Manikumar di Bkt Selambau

PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.

Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.

Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana
mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.

Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.

Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.

Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang._Malaysiakini

* Ahli seperti ini jika disimpan pun hanya bawa busuk dalam parti.

Ahli Pekida dihukum gantung

SHAH ALAM 30 Mac - Seorang lelaki suku Suluk dari Sabah yang juga ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang lelaki Bajau.

Irwan Amat, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka, Country Homes Rawang dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing. - Utusan

"Penggambaran filem" Nizar bermula di Bukit Gantang...

Sejak kemelut politik melanda negeri Perak, pelbagai gimik serta gerakan politik yang dibuat khususnya oleh pihak pembangkang untuk menarik perhatian umum. Bermula dengan sembah derhaka untuk tidak menuruti titah Sultan Perak, insiden baring atas jalan menghalang kenderaan Raja Muda Perak serta melemparkan kata-kata kesat dan menghina Sultan, mesyuarat bawah pokok hinggalah kepada yang terbaru semasa bermulanya kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Pengumuman bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS sebenarnya merupakan gimik politik pertama yang dilancarkan oleh pembangkang dalam menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Ini kerana walaupun DAP sebagai rakan sekongkol kuat PAS di Perak semasa membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya umum Mac 2008 mencadangkan Nizar sebagai calon Bukit Gantang, ia terus dibantah oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun akhirnya pilihan DAP diterima oleh PAS. DAP memang mahukan Nizar kerana rekod menunjukkan Nizar memang mempunyai dasar yang sealiran dengan kehendak DAP termasuklah dalam soal hendak memberikan hak milik tanah 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru sedangkan penduduk kampung tradisi serta kampung tersusun yang menempatkan masyarakat majoriti Melayu tidak menikmati keistimewaan yang diberikan itu.

Gimik susulan yang dibuat sejurus kempen bermula setelah penamaan calon selesai hari Ahad, Nizar kelihatan hadir pada majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang, Taiping.

Walaupun dalam borang pencalonan Nizar mencatatkan pekerajaannya hanya ADUN dan bukan Menteri Besar tapi 'lakonan hari pertamanya' disifatkan oleh para penyokongnya sebagai kerja biasa seorang Menteri Besar.

Beberapa blog cuba menggambarkan Nizar dijemput oleh pengurusan masjid itu atas kapasitinya sebagai Menteri Besar, namun hakikatnya majlis berkenaan dianjurkan oleh BN bagi mendoakan kemenangan calon BN berdasarkan semua pemimpin utama BN seperti Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain hadir pada majlis berkenaan.

Malah, pihak media telah pun dimaklumkan mengenai majlis di masjid berkenaan oleh pihak pejabat Menteri Besar Perak pada sebelah petang Ahad.

Namun Nizar yang sampai ke masjid berkenaan sejurus masuk waktu solat Maghrib terus mengambil posisi untuk mengimamkan solat tersebut. Tiada bantahan di pihak pemimpin BN dan mereka terus menunaikan solat tersebut.

Setelah selesai solat hajat dan majlis bacaan Yasin, Nizar rupa-rupanya sudah mengatur strategi kenapa menghadirkan dirinya pada majlis berkenaan.

Beliau cuba ‘merampas’ pembesar suara untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut, namun tindakannya dihalang oleh pengurusan masjid kerana tidak mahu majlis yang dianjurkan dicemari oleh kempen politik.

Mengulas kejadian itu, Dr Zambry berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sanggat menyedihkan dan satu tindakan provokatif. Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu,” katanya.

Ini baru hari pertama, sama-sama tunggu apa lagi gimik yang akan muncul sepanjang sembilan hari tempoh kempen sebelum pengundian dijalankan 7 April depan.

Meminjam kata-kata Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul apabila ditanya oleh menantunya Abdul Wahib “ayahanda marah ka” jawapnya “dak...tengah dok fikir apa nak jadi pulak”. _ Agendadaily

* BN ketandusan isu di Bukit Gantang. Benda sekecil ini pun hendak jadikan isu.

Tempelak pemimpin

GELAGAT perwakilan Kedah, Kamal Mohd Saidin, yang menyamakan politik wang dalam Umno seperti permainan bola sepak, mencuit hati perwakilan ketika Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pendang itu membahas usul Pendidikan dan Agama, semalam.

Kamal dalam ucapan penuh bersemangat yang diselang seli dengan nada sinis berkias, dalam permainan itu pemain yang tidak menendang bola bukan bermain bola sepak dan begitu juga dalam gejala politik wang yang berlaku dalam parti terbesar orang Melayu itu.

“Sekarang, memilih calon sama seperti memilih pemain bola sepak, tengok sama ada dia boleh lari atau tidak. Dalam permainan bola sepak pula, jika tidak sepak bola, jangan bermain bola,” katanya.

Ketika itu, Pengerusi Tetap, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin, mencelah dengan berkata: “Referee” (pengadil) yang membawa maksud pihak tidak bermain bola sepak di padang, yang kemudian disambut dengan jawapan terus terang daripada Kamal yang menyifatkan pengadil seperti Lembaga Disiplin Umno.

“Pengadil tidak bermain bola dan dia ibarat badan disiplin. Perlu diingat, dia ada dua kad iaitu kuning dan merah. Apabila dua pemain berlaga betis (kaki), seorang dikenakan kad merah dan seorang lagi kad kuning.

“Kad merah ini diminta tarik diri (daripada bertanding) manakala kad kuning masih boleh lagi (bertanding),” katanya sambil disambut sorakan gemuruh daripada perwakilan di dalam dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sindiran itu dipercayai ada kaitan dengan keputusan Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini yang melarang bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas didapati terbabit dalam politik wang manakala beberapa yang lain, termasuk Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

Wakil Kedah itu turut menempelak mereka yang mendakwa sebagai pejuang Umno hari ini yang lebih suka merebut jawatan berbanding pejuang Umno satu ketika dulu yang sanggup berhujan dan berpanas berjuang demi parti, termasuk menolak jawatan ditawarkan.

“Hari ini kita sibuk berkelahi dan kesannya golongan ulama tidak menyertai Umno. Jadi saya berharap dan meminta Umno kembali kepada dasar dan perjuangan Islam seperti mana zaman Rasullullah SAW yang berjaya menyatukan kaum yang berpecah-belah,” katanya.

Kamal dalam ucapannya turut menyentuh isu pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang disifatkan semuanya sudah termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

“Umno Kedah memohon dan mencadangkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan seperti bahasa dan agama dibincangkan dalam Majlis Tertinggi sebelum dilaksanakan. Namun ini yang tidak berlaku apabila sesuatu dasar itu terus diputuskan dan pembangkang, termasuk Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), hanya mencari salah kerajaan. Sudah enam tahun ia dilaksanakan, tetapi kenapa baru sekarang dipertikaikan,” katanya.

Kamal turut mencadangkan pegawai kerajaan diisi ahli Umno yang berkelayakan dan berkebolehan supaya dapat meng‘Umno’kan orang ramai, sekali gus memantapkan parti.

“Hari ini, apabila bantuan hendak diberi kepada masyarakat, akan timbul pertanyaan orang itu Umno ke, Pas ke atau siapa.

Jadi, apabila ahli Umno diletakkan sebagai ketua jabatan, pengetua atau guru besar, kita akan lebih kukuh dan parti lebih mantap,” katanya.

Dalam pada itu, Perwakilan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom, turut menarik perhatian ramai apabila mendendangkan lirik lagu Ramli Sarip, Kalam Kasturi iaitu ‘Andai kasturi hilang harum, mawar tak berkuntum, kasih tak bersambut’.

Menurutnya, orang Melayu atau Umno yang boleh diibaratkan seperti kasturi, jika hilang kuasa, apa yang akan berlaku kepada masyarakat dan parti.

“Jika orang Melayu tiada kuasa lagi, apa yang boleh diharapkan. Untuk itu Umno mesti diperbetulkan, jika tidak berubah, kita musnah,” katanya.

Sementara itu, wakil Pemuda, Syahrin Jamaluddin, mencadangkan kerajaan menubuhkan satu panel syariah untuk stesen televisyen swasta supaya tiada lagi siaran rancangan televisyen yang ‘pelik’ dan tidak bersesuaian dengan agama serta budaya penduduk negara ini.

Syahrin dari pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Johor, berkata usaha itu penting bagi menzahirkan semula imej agama Islam yang diperjuangkan Umno.

Katanya, rancangan televisyen yang banyak memaparkan perkara tidak sesuai diperbetulkan kerana televisyen ‘cerminan Umno’.

“Apa salahnya kerajaan wujudkan panel syariah untuk televisyen swasta supaya jangan banyak sangat cerita Indonesia yang ‘pelik-pelik’ datang (disiarkan). Kadangkala budaya pemakaian terdedah pusat.

“Tengok, pusat, tak nak tengok, pusat... pening kita! Kadangkala ada yang terbonjol,” katanya ketika berucap membahas usul pendidikan dan agama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Menurut Syahrin, penubuhan panel syariah untuk stesen televisyen swasta bukan mustahil dilakukan kerana sektor perbankan turut menubuhkan panel syariah bagi memastikan pelaburanmenepati kehendak syarak.

“Bagi saya, televisyen juga pelaburan. Ia untuk memulihkan persepsi Umno dan pelaburan bagi membina modal insan untuk anak kita pada masa depan,” katanya.

Syahrin berkata, beliau turut mencadangkan perubahan yang bakal dibuat Datuk Seri Najib Razak perlu mempunyai pengisian yang ada pengaruh agam Islam.

“Kalau Tun Mahathir (Mohamad) dengan penerapan nilai murni, Pak Lah dengan Islam Hadhari, saya yakin Datuk Seri Najib pasti ada sesuatu untuk agama kita.

“Apapun ia perlu dibuat dengan teliti dan mengambil kira pandangan ulama yang muktabar supaya tidak dimanupilasi oleh musuh kita yang gemar mempermainkan isu agama,” katanya.

Menurut Syahrin, seperti yang pernah disuarakan pada Perhimpunan Agung Umno 2004, beliau sekali lagi meminta rancangan berbentuk keagamaan yang disiarkan di televisyen kerajaan, RTM, disiarkan pada waktu sesuai dan bukan ketika penonton mengantuk. - Mymetro

* Pecah tembelang

Pembangkang diingat 'jangan jolok sarang tebuan'

KETUA Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak sesekali menjolok sarang tebuan atau mereka akan berhadapan dengan tindak balas pergerakan itu.

"Dalam menghadapi pembangkang, mesej Puteri amat mudah, jangan sesekali jolok sarang tebuan, lembut gemalai kami bukan sebarangan, jika terdesak Puteri boleh dan sanggup bersilat di gelanggang," katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, di sini, semalam.

Rosnah juga menafikan tanggapan pembangkang Puteri tidak lagi kuat dan hebat serta perlu dilenyapkan. - Bharian

* Pakatan Rakyat tidak jolok sarang tabuan cuma jolok sarang BN.

Cadangan guru berpolitik terima pelbagai reaksi

KUALA LUMPUR 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.

Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang berpolitik kepada guru.

“Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung.

“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko yang bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan yang jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan.

Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan.

“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.

“Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama.

Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak.

“Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.

“Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau meminta rancangan itu diperhalusi dan dibincangkan ke peringkat akar umbi kerana ia bukan isu remeh.

Semasa menggulung perbahasan mengenai isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Hishammuddin mencadangkan guru kumpulan A diberi kelonggaran untuk berpolitik.

— BERNAMA

* Sangat bagus cadangan ini kerana ramai guru sokong Pakatan Rakyat.

29 March 2009

BN dan PKR dihantui calon Bebas di Bukit Selambau


SUNGAI PETANI: Banyaknya calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan adalah manifestasi suasana politik di Kedah yang masih tidak menentu, kata penganalisis politik tempatan hari ini.

Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruq, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata 13 calon Bebas yang bertanding bersama calon Barisan Nasional Datuk S.Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar akan mengakibatkan undi berpecah kepada banyak calon.

"Tetapi sekiranya BN menang, maknanya trend pengundi berubah kepada BN selepas kalah di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Inilah yang diingini BN iaitu melihat perubahan trend pengundi," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Azeem Fazwan berkata penyertaan banyak calon Bebas mungkin mencerminkan wujudnya perpecahan ekoran tidak dapat menerima calon yang dikemukakan parti dominan seperti PKR dan BN.

"Apabila parti bertanding memberi calon yang pada pandangan kumpulan tertentu tidak dapat diterima oleh mereka, maka timbullah calon Bebas... cuma sukar dipastikan mereka didalangi oleh sesiapa.

"Ini menunjukkan masyarakat itu berpecah kepada banyak puak," katanya.

Beliau berkata jika BN menang, ia juga boleh diterjemahkan sebagai penerimaan pengundi Bukit Selambau terhadap barisan baru pucuk pimpinan Umno yang dipilih pada Perhimpunan Agung yang baru berakhir.

Bagaimanapun, katanya, isu di Bukit Selambau lebih merupakan permasalahan tempatan dan bukannya isu nasional.

Beliau menjangka perpecahan dalaman PKR ketika kini mampu memberikan kelebihan kepada BN untuk menang.

Dr Azeem Fazwan menjangka pengundi Melayu yang merupakan separuh daripada 35,140 pemilih berdaftar bakal menjadi penentu pada 7 April nanti.

Ini kerana, katanya "mood" pengundi India yang merupakan 29.5 peratus pengundi sukar diramal walaupun ada kecenderungan mereka bersikap "antiestablishment".

"Tetapi kita tidak boleh jangka juga kerana mood mungkin berubah selepas Kedah dikuasai kerajaan Pas sejak pilihan raya umum tahun lepas," katanya.

Pengundi Cina pula merupakan 19.3 peratus manakala yang lain mewakili satu peratus daripada jumlah pengundi.

Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menyifatkan banyaknya calon Bebas memberi peluang kepada BN memenangi pilihan raya kecil itu.

"BN mempunyai saluran kempen yang lebih meluas berbanding calon Bebas yang ramai. Kebanyakan pengundi Bukit Selambau tinggal di pedalaman dan jumlah calon Bebas yang ramai boleh mengelirukan mereka," katanya.

Beliau juga setuju bahawa perpecahan dalam PKR juga sedikit sebanyak membantu calon BN untuk menang.

Bagaimanapun Ahmad Nidzamuddin tidak menafikan kemungkinan calon Bebas memenangi kerusi Bukit Selambau berdasarkan keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Sementara itu, tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata penyertaan calon Bebas yang banyak itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.

"Saya tak tau apa strategi di sebalik semua ini. Politik dulu bukan macam sekarang kerana orang dulu tak begitu kompleks," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya pilihan raya akan melibat pertandingan dua atau tiga penjuru sahaja.

Khoo berkata, ada ketikanya terdapat percaturan untuk menggalakkan seorang calon Bebas bertanding bagi memecah undi dan mereka sering kali ditaja oleh pihak tertentu tetapi sekarang ini dengan 13 calon Bebas, ia sudah menjadi terlampau kompleks.

Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan perletakan jawatan V. Arumugam (PKR) pada 8 Feb lepas.

Arumugum memenangi kerusi itu atas tiket Bebas dengan menewaskan calon BN S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi. BERNAMA

Azalina enggan letak jawatan

Datuk Seri Azalina Othman Said tidak akan melepaskan jawatannya sebagai menteri pelancongan walaupun tewas dalam persaingan mengekalkan jawatannya dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Tambahnya, kedudukannya dalam kabinet akan ditentukan oleh perdana menteri baru Datuk Najib Razak yang dijangka mengangkat sumpah minggu depan.

Kelmarin, Datuk Shahrir Samad yang juga gagal dalam pertandingan anggota MT, menyatakan hasratnya melepaskan jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna pada Rabu ini.

Azalina berada satu kedudukan di belakang Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang berada di tangga terbawah dalam persaingan mengisi 25 kerusi MT.

Bekas ketua Puteri Umno itu dan bekas ketua biro Putera Umno berbeza 65 undi.

Selain itu, Azalina juga berdepan dengan siasatan rasuah di kementeriannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - tanggapan negatif yang dipercayai memberi kesan dalam pemilihan Umno, Khamis lalu. _ Malaysiakini

Perubahan Umno 'tiada kesan' di Bkt Gantang

Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu.

Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan.

"Sengketa Dr Mahathir-Abdullah itu adalah pergolakan dalaman parti, sedangkan pilihan raya kecil membabitkan parti-parti politik yang berbeza pendirian.

"Jadi, saya tidak fikir perdamaian itu akan mempengaruhi keputusan pengundi," katanya kepada Malaysiakini.

Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut.

"Ia tidak memberi kesan segera kepada para pengundi Melayu dan pengundi muda. Jadi, saya tidak dapat memberikan komen berhubung hal itu.

"Yang penting, biarlah pilihanraya kecil itu berlangsung terlebih dahulu dan barulah kita tahu apa kesan selanjutnya," katanya, sambil menegaskan bahawa dalam politik, tiada musuh yang kekal.

Perdamaian Abdullah-Dr Mahathir itu yang disifatkan langkah positif kepada Umno, tambah Dr Mohammad Agus, ahli-ahli Umno bermungkinan lebih bersemangat mendepani pilihanraya itu.

"Tapi, bukankah semua itu hanya sekadar sentimen," kata beliau. "Ia bukan ukuran yang tepat (untuk menunjukkan Umno akan menang)."

Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang bermula hari ini menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "referendum" terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu.

Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Sementara itu, mengulas pilihanraya kecil Bukit Selambau, Dr Ahmad Nidzamuddin berkata kemenangan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bagi penggal tidak memberikan kesan kerana pengundi Melayu memainkan peranan penentu di kerusi DUN itu.

"Pelantikan (kembali) Samy Vellu tidak memberi apa-apa kesan ke atas pilihanraya di sana kerana di situ ramai pengundi Melayu.

"Pengundi Melayu yang akan menentukan keputusannya nanti," katanya.

Calon MIc Datuk S Ganesan menggalas cabaran BN bagi berdepan dengan muka baru PKR S Manikumar bersama 13 calon bebas - menjadikan pilihanraya kecil ini merekodkan sejarah paling ramai di Malaysia. - Malaysiakini