19 February 2009

Umno melakukan dosa besar kerana menjadi punca rakyat derhaka kepada sultan?


Mufti: Menderhaka kepada pemerintah satu dosa besar

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.BERNAMA

* Berdasarkan pandangan peribadi mufti pro-umno ini, Umno melakukan dosa besar kerana derhaka kepada pemerintah, iaitu Pakatan Rakyat adalah pemerintah yang sah dan Umno telah melakukan rampasan kuasa. Mufti Wilayah seolah-olah mahu menghantar mesej yang Umno akan mendapat kehinaan sebelum hari kiamat.

Daripada Ali
bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali
hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada
hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong
(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini
akan kembali.
H.R al-Baihaqi

No comments:

Post a Comment