19 February 2009

Speaker hanya boleh ditukar melalui dua cara, letak jawatan atau pembubaran DUN

Zambry Kadir mengatakan speaker baru akan dilantik mengikut peraturan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Jika itu yang akan berlaku, maka tidak mustahillah bahawa Zambry akan berjumpa dengan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN.

Ini adalah kerana, jika mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, speaker tidak boleh ditukar melalui undi tak percaya dan tidak boleh dipecat oleh MB.

Jadi, hanya ada satu cara bagi Zambry untuk menukar speaker baru ialah melalui “Pembubaran DUN Negeri Perak”.

Bersedia untuk berpilihanraya”? / aminiskandar.wordpress.com

1 comment:

  1. Sekarang sudah kedengaran suara peguam dan hakim yang tidak bertauliah bercakap tentang undang-undang dan hukuman berkaitan dengan tindakan speaker menggantong tugas MB dan 6 exco perlantikan kedua.

    Amat lucu sekali melihat wajah pro UMNO yang ditemuramah oleh wartawan arus perdana bila bercakap tentang penggantungan itu tanpa memahami kedudukan dan kuasa speaker dalam dewan. Masing-masing dengan hujah yang dangkal. Kesihan.

    Dan lebih malang lagi ada orang yang berpendidikan undang-undang juga tidak faham apa yang dimaksudkan undang-undang tubuh kerajaan negeri perak.

    Kini kita akan dihiburkan dengan nyanyian berjudul "tipu rakyat tubuh kerajaan negeri perak" oleh beberapa orang peguam yang diupah oleh UMNO-BN.

    Persoalannya, adakah hakim dan mahkamah bebas dari rasuah...?

    Tunggu dan lihat....

    ReplyDelete