25 February 2009

Sokong nama 'Mahathir' ganti KLIA

ALOR SETAR 24 Feb. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir sebagai langkah yang cukup baik.

Bagaimanapun, kata beliau, terpulang kepada kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut yang mengambil sempena nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

"Cadangan tukar nama baik, di Melaka pun kerajaan negeri memutuskan menukar nama Lapangan Terbang Batu Berendam kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Buku Semangat Keris Melayu oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini hari ini.

Mohd. Ali mengulas laporan akhbar hari ini mengenai cadangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) supaya KLIA ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir bagi menghargai sumbangan bakti Dr. Mahathir.

No comments:

Post a Comment