Pertama kali dalam sejarah kita mendengar satu berita yang amat menggemparkan ini. Bila MB dan Exco digantung dari menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri bermakna mereka sudah kehilangan fungsi dan sepatutnya MB baru meletakkan jawatan serta merelakan agar diadakan semula pilihanraya kecil peringkat negeri. Jika ini keadaannya maka, kami yakin perjalanan pentadbiran kerajaan neegri Perak yang baru pasti akan terbantut kerana mereka hanya meraih majoriti dari tiga ADUN Bebas. Bayangkan jika tiba-tiba ketiga-tiga ADUN terbabit mengubah fikiran dan kembali menyertai serta menyokong Pakatan Rakyat? Apakah pula akan berlaku di Perak selepas ini. Di sinilah terbukti yang Tuanku Sultan Perak telah tersalah membuat percaturan sebenarnya bila menghalang MB Ir.Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN Perak sebelum ini.
http://pahangdaily.blogspot.com
No comments:
Post a Comment