HASRAT Abdullah Ahmad Badawi untuk meninggalkan satu legasi beliau sebagai PM kepada negara mungkin tidak mencapai sasaran. Sebelum ini Abdullah beriya-IYA mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan sebelum beliau berundur. Beliau mahu meninggalkan satu kenangan bermakna kepada negara.Rakyat pun menaruh harapan atas hasrat murni Abdullah itu dan pembentangan SPRM di parlimen dialu-alukan. Harapan rakyat selepas ini SPRM benar-benar menjadi telus dan dapat membenteraskan gejala rasuah.
Tetapi dengan sikap berat sebelah dan amat tidak profesional Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said yang membuat ulasan berhubung kes membabitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semalam, segala harapan murni rakyat itu musnah sama sekali. Harapan rakyat hancur berkercai.
Kenyataan Ahmad semalam mencerminkan bahawa SPRM terang-terang campur tangan untuk membantu pihak lain dan melayak pihak lain.
Semalam Ahmad memberi ulasan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh yang Khalid telah melakukan kesalahan. Dari segi teknik katanya ia sudah jelas. Apakah maksud dan tujuan beliau membuat kenyataan berkenaan?
Apakah wajar sebagai sebuah sruruhanjaya bebas beliau membuat kenyataan seperti itu. Apa yang dijelaskan oleh Ahmad semalam seolah-olah Kahlid terlah pun berlsalah.
SPRM hanya membuat siasatan sahaja. Soal ianya ada bukti atau tidak itu bergantung atas poerrtimbangan peguam negara. Cara Ahmad Said mengulas isu Khalid semalam seolah-olah beliau cuba mempengaruhi pihak peguam negara supaya mendakwa Khalid. Dalam perspektif umum kenyataan Ahmad itu telah menunjukkan Khalid telah pun bersalah.
Dengan tindakan tidak prtofesional dan berpihak itu ia tetap memberi impak. Kalaupun Khalid didapati menyalahgunakan kuasa berhubung dengan penggunaan kereta peribadi untuk urusan rasmi kerajaan dan pemberian lembu-lembu untuk dikorbankan itu ia akan dilihat sebagai satu hukuman yang dirancang lebih awal. Ini kerana belum apa-apa lagi SPRM sudah membuat kenyataan memberi gambaran yang Khalid berdsalah. Cara itu juga sebagai prejudis.
Dalam pada itu Ahmad juga cuba hendak menunjukkan SPRM adil, dalam mengambil tindakan. Beliau tidak boloeh berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu apa yang berlaku terhapdap kes-kes yang melibatkan SPRM sebelum ini. Rasanya masih banyak kes yang lebih teruk dan kejam daripada didakwa ke atas Khaliud itu masih belum diselesaikan ataupun dibuyang begitu saja.
Apakah dan bagaimanakah pandangan Ahmad terhadap kes ini. Kenapa beliau tidak mendesak dan meminta pihak pendakwaan menyegerakan kes-kes ini.
Apakah Ahmad Said berani bersumpah “muhabalah” mengakui yang SPRM benar-benar telus, bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu berkuasa?
Pada saya lebih baik Ahamd Said lain kali diamkan saja dan tidak membuat ulasan-ulasan berhbubung kes-kes yang ditangani oleh SPRM. Tugas SPRM hanya menangkap dan menyiasat dan membentangkan segala bukti di mahkamah, bukannya membuat ulasan yang memihak kepada mana-mana pihak. Beliau patut jaga dan kawal integriti suruihanjaya berkenaan. Kalau SPRM juga hendak bertindak jadi pendakwa dan hakim ia adalah tidak professional lagi.
Apapun rakyat jelata menanti apakah tindakan SPRM ke atas kes-kes yang lain yang melibatkan vvip yang berstatus berprofail tinggi yang pernah disebut Rais Yatim sebelum ini.
Kenapa Ahmad tidak berminat mengulas kes-kes berkenaan dan lebih ghairah untuk menyiasat kes melibatkan pihak pembangkang atau kerajaan Pakatan saja? Kes melibatlkan dua bekas Exco Perak Jamaluddin dan Mohd Osman itu sedang dinanti oleh seluruh dunia. Saya yakin malaikat juga sedang menunggu penuh minat kes ini.
Sekali lagi kegagalan SPRM menangani kes ini yang juga telah disebutkan sebagai mempunyai bukti kukuh menyebakan orang tidak akan mempercayai kepada SPRM lagi dan akan menganggapnya sebagai tugasan seseorang pengawal di sekolah rendah kebangsaan saja.
Kalau jaminan kebebasan tidak boleh dilaklukan, dan Ahmad Said sebagai ketua suruhanjaya itu tidak berani berlaku adil, maka saya harap tutup dan bubarkan saja SPRM kerana ia menghabiskan wang rakyat jelata saja.
Rakyat sebagi pembayar cuti tidak mahu wang mereka diberikan kepada mereka yang akan mengisi perut mereka dengan bangkai!
http://msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment