24 February 2009

Kutipan tol di Plaza Salak Jaya Lebuh Raya Besraya dimansuh

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kerajaan hari ini memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di kedua-dua arah berkuat kuasa serta merta bermula pukul 12.01 tengah hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pemansuhan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 penduduk sekitar termasuk pengguna lebuh raya yang akan menikmati jalan tanpa tol bermula dari Jalan Istana ke Pekan Sungai Besi.

``Sebagai usaha mengurangkan kesesakan di selatan Kuala Lumpur, kerajaan akan membina lebuh raya sambungan Besraya yang dijangka menelan belanja kira-kira RM650 juta dan mula beroperasi dalam tempoh 36 bulan iaitu 2012,’ katanya kepada pemberita pada majlis pemansuhan kutipan tol Plaza Salak Jaya di Besraya di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment