26 February 2009

Khalid Belum Lapor Kepada SPRM Mengenai PNSB

SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor belum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan keadaan luar biasa dalam urusan pembelian beberapa unti apartmen oleh Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) berharga RM25 juta di Mekah pada 2007.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "Saya fikir kita biarkan mereka yang terbabit tampil sama ada untuk menafikan atau bersetuju apa yang kita katakan atau apa yang kita keluarkan dan kemudian kita meneruskan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini sebagai mengulas wujudnya keadaan luar biasa dalam urusan pembelian apartmen itu berharga RM25 juta yang ditandatangani oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Katanya auditor luar yang mengaudit akaun PNSB mendapati bahawa lembaga pengarah syarikat itu telah meluluskan pembelian apartmen tersebut berharga RM8 juta tetapi dalam rekod dicatat RM25 juta.

Beliau juga berkata pengauditan PNSB bagi akaun 2007 dan 2008 belum lagi siap.

Abdul Khalid juga enggan menamakan individu yang disyaki terbabit dalam urusan pembelian itu dengan memberikan contoh bahawa "Kita ingin lagi sesuatu yang lebih sensasi."

Ditanya sama ada pendedahan mengenai wujudnya keadaan luar biasa terhadap Dr Mohamad Khir merupakan serangan balas, katanya: Tidak. Khir Toyo terbabit tetapi individu lain hanya terlibat kemudian. Khir Toyo menandatangani urusan itu yang menjadi perkara perdebatan."

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment