20 February 2009

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah bermotifkan politik.


“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.


Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.


“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.


Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

1 comment:

  1. Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya gambar separuh bogel Elizabeth Wong adalah bermotifkan politik.

    Dan kita pula percaya bahawa Tun Dr. Mahathir teringat tindakan yang pernah dia lakukan keatas Datok Seri Anuar Ibrahim berkaitan dengan kes liwat adalah bermotifkan politik.

    Sebenarnya apa yang dilakukan keatas Elizabeth Wong adalah ilmu yang dipelajari dari Tun Dr. Mahathir.

    Sekarang Tun. Dr. Mahathir cuba menunding jari tentang kejahatan itu kepada ahli UMNO yang tidak menghormati dirinya lagi.

    Kita nak bertanya pada Tun Dr. Mahathir, apakah anda percaya atau tidak bahawa Datok Seri Anuar Ibrahim meliwat Saiful...?

    Kalau anda percaya memang sah lah ahli UMNO keseluruhannya mengamalkan taktik politik kotor.

    ReplyDelete