21 February 2009

Cepat bertindak hanya untuk Pakatan Rakyat - SPRM

SPRM nafi dakwaan tak siasat bekas MB

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ia tidak bertindak terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid, yang didakwa cuba merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat, tahun lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai boleh menjejaskan siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, menjelaskan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Serentak itu, beliau menegaskan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan kerana mendakwa mempunyai bukti bagi kes terbabit.

Beliau turut menempelak Anwar yang menyebarkan berita tidak betul dengan menuduh pegawai SPRM yang menyiasat kes itu ditukar sedangkan pegawai berkenaan masih berkhidmat di Pulau Pinang.

“Jika ada maklumat tambahan, jumpa kami. Jangan bising dan dedahkan kerana ia akan memusnahkan bukti dan keterangan yang ada.

“Benda (dakwaan) itu tidak masak lagi, tengah berlaku. Kita sedang siasat dan awak (Anwar) kata itu dan ini. Ini menjejaskan kes (siasatan),” katanya selepas majlis pecah tanah bangunan perumahan SPRM Pulau Pinang di sini, semalam. - Bharian

1 comment:

  1. Mendengar cerita dari sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka hanya membuat kerja penyiasatan terhadap seseorang berpandukan aduan.

    Tanpa aduan mereka tidak ada kerja. Kalau mereka berkata tanpa aduan mereka tetap akan menyiasat bermakna mereka mempunyai agenda tersembunyi "ada undang disebalik batu".

    Setiap aduan akan berpandu pada taraf seseorang yang akan disiasat. Dan orang yang disiasat itu terbagi kepada kategori dan kumpulan.

    Sehingga kini hanya pihak pembangkang dan taraf pengarah dan lain-lain pangkat rendah yang berkhidmat dalam kerajaan saja yang disiasat dan didakwa kemahkamah. Mereka ini termasuk dalam kumpulan kambing hitam.

    Pernahkah kita dengar dan lihat SPRM menahan, menyiasat, menangkap dan mendakwa pemimpin dari Barisan Nasional bertaraf menteri yang terlibat dengan salah guna kuasa atau rasuah...?

    Sebenarnya pekerjaan SPRM tidak telus dan berpura-pura. Ini menunjukkan bahawa SPRM yang diberi nama baru juga terlibat dalam salah guna kuasa dan menerima rasuah seperti mana yang diamalkan oleh UMNO.

    Selepas ini kita akan mendengar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkokok seperti ayam jantan kononnya mereka adalah penguatkuasa yang bebas dan telus.

    Selepas Barisan Nasional jadi pembangkang baru kita tahu siapa sebenarnya Ahmad Said Hamdan !

    ReplyDelete