24 February 2009

Binyam dakwa diseksa secara kuno

LONDON 24 Feb. – Seorang rakyat Britain yang ditahan di Teluk Guantanamo sejak lebih enam tahun lalu, akan menikmati kebebasan hari ini selepas pulang ke Britain dan mendakwa dia telah “diseksa secara kuno.”

Pembebasan Binyam Mohamed, dilahirkan di Habsyah namun menjadi penduduk Britain semasa ditangkap, adalah yang pertama dibebaskan di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang telah mengarahkan penutupan penjara “perang keganasan” di Cuba dua hari selepas mengangkat sumpah pada 20 Januari lalu.

Binyam dibebaskan selepas penilaian semula kem taha nan tersebut oleh Jabatan Pertahanan AS yang mahu mengurangkan pengasingan terhadap sebilangan bandu an dan membenarkan mereka melakukan hubungan sosial dan rekreasi.

Berpakaian kasual, Binyam, 30, dibawa pulang dengan pesawat ringan di pangkalan udara Tentera Diraja Britain (RAF) di Northolt, barat laut London dan dikawal polis sebaik mendarat.

Dia kemudian ditahan di bawah undang-undang antike ganasan dan disoal siasat selama hampir lima jam sebelum dibebaskan dan diberitahu bahawa tiada tindakan akan diambil ke atasnya.

“Binyam kini dibebaskan sepenuhnya. Tiada apa-apa perkara lain lagi,” kata jurucakap Metropolitan Police kepada pemberita.

Peguamnya, Clive Stafford Smith menjelaskan, anak guamnya telah menemui adik perempuannya selepas ham pir tujuh tahun tidak bertemu dan sedang bergerak ke lokasi yang dirahsiakan.

“Dia hanya mahu pergi ke sebuah lokasi yang kami sediakan malam ini, di mana dia dapat bersendirian dengan adiknya dan berharap dapat memulakan hidup baru,” kata Stafford Smith lagi.

Tambahnya, Binyam tidak berasa marah atas apa yang berlaku ke atasnya tetapi berasa sedih selain rasa bersyu kur terhadap sokongan yang diterima.

Dalam kenyataan sebelum ini, Binyam tidak mahu bercakap dengan media dan mendakwa kerajaan Britain telah bersubahat dengan “mereka yang menderanya”. – AFP

No comments:

Post a Comment