PULAU PINANG:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjejaskan siasatan kes itu.Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata suruhanjaya itu memang sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu.
"Dalam kes Kulim memang dalam siasatan sekarang dan belum habis lagi dan kenyataan Anwar itu bagi saya akan menjejaskan proses siasatan," katanya.
Beliau berkata siasatan itu dijalankan selepas menerima laporan daripada Adun Kulim Lim Soo Nee.
"SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu bagaimanapun terdapat percanggahan fakta yang dia sendiri (Lim) kemukakan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan majlis pecah tanah bangunan kuaters SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar di Parlimen semalam bahawa bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid cuba merasuah Adun Kulim untuk lompat parti menyertai BN.
Ahmad Said juga tidak menolak kemungkinan SPRM akan memanggil Anwar bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya semalam.BERNAMA
No comments:
Post a Comment