online
   
tamat

Agama
 
  • Hukum makan telur penyu

  • ISU MELAYU-ISLAM
     
  • Blog Hina Islam (2)
  • PPSMI (5)

  • PERTUBUHAN / KUMPULAN
     
  • Akim (1)
  • Gapena (3)
  • Gerak (1)
  • Mercy Malaysia (1)
  • Pewaris (2)
  • Polis (2)
  • Pakatan Rakyat (1)
  • RTM (1)
  • SPR (1)
  • SPRM (1)
  • Taliban (2)

  • LUAR NEGARA
     
  • Hizbullah (1)
  • Obama (1)
  • Nasrallah (1)
  • Teluk Guantanamo (1)

  • PALESTIN
     
  • Genting Gaza (1)
  • Hamas (4)
  • Jihad Hamas (1)
  • Kezaliman Israel (4)
  • Mahmud Abbas (1)
  • Palestin (4)
  • Israel serang Gaza Dec 2008 (6)

  • Mahkamah
     
  • Perbicaraan Altantuya (1)

  • ARTIST
     
  • Akhil Hayy (2)
  • Amy (5)
  • Aziz M. Osman (1)
  • Azmil (1)
  • Mawi (5)
  • Norman Hakim (6)
  • Ogy (1)
  • Siti Nurhaliza (5)
  • Sufiah (19)

  • ORANG POLITIK
     
  • Abdul Rashid SPR (2)
  • Ezam (6)
  • Koh Tsu Koon (1)
  • Husam Musa (1)
  • Maimun Yusuf (3)
  • Saifuddin Nasution (1)
  • Zahar Hashim (1)
  • Zahid Hamidi (1)

  • TOKOH
     
  • Mahmoud Ahmadinejad (1)
  • Dr. Asri (1)

  • ANWAR IBRAHIM
     
  • Kaum India (1)

  • SEKOLAH
     
  • Yuran (1)
  • Bas sekolah (1)
  • Guru (1)
  • PIBG (1)

  • UNIVERSITI
     
  • Pilihanraya UM (1)

  • DALAM NEGERI
     
  • Altantuya Shaariibuu (1)
  • Boikot (1)
  • Ekonomi (1)
  • Harga Minyak (6)
  • Masalah Sosial (1)
  • PLKN (1)
  • Haramkan Rokok (1)
  • ISA Zalim (1)
  • ISA Serban (1)
  • Saiful Bukhari (1)
  • Sekular (1)
  • Sungai (1)
  • Sharlinie (1)
  • Undang-undang Syariah (1)
  • Undi Pos (1)

  • JENAYAH
     
  • Mati semasa soal siasat (2)
  • Penjenayah Tewas (1)
  • Kematian Kugen (7)
  • Samun (7)
  • Sukar dipercayai (1)
  • Tangkap penjenayah (2)

  • RUMAHTANGGA
     
  • Kahwin Lari (1)

  • JALAN RAYA
     
  • Jalan Raya (3)
  • Kemalangan Jalan Raya (1)
  • Konsesi Lebuh Raya (1)

  • PERISTIWA-TEMPAT
     
  • Kg Baru Plentong Tengah (1)

  • SUKAN
     
  • Bola sepak (1)

  • Artikal
     
  • Hitler itu mungkin ada benarnya - Dr.Asri

  • 6:04 PM, Thursday, January 8, 2009

    Usah sangsi pilihan raya kecil, SPR nasihat PAS


    KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua parti politik yang bertanding dan lebih 80,000 pemilih berdaftar tidak sama sekali sangsi dengan ketelusan dan keadilan perjalanan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

    Sambil menolak tanggapan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali yang belum seratus peratus yakin, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya memberi jaminan pilihan raya kecil ini akan dijalankan secara adil dan telus.

    "Mana-mana parti politik (yang bertanding) tidak perlu sangsi tentang ketelusan (pilihan raya kecil).

    "Tidak timbul soal SPR melakukan perkara yang tidak adil," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

    Wan Ahmad berkata, SPR telah memberikan peluang yang sama rata dan adil kepada semua parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

    Beliau menambah, objektif pilihan raya kecil hanya akan tercapai jika semua pihak memberikan kerjasama.

    "Objektif pilihan raya akan tercapai jika semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing," kata beliau sambil menambah, pengundi harus disediakan persekitaran kondusif untuk mengundi dengan tenang dan menyekat hak membuang undi.

    "Berlaku pelbagai perkara untuk menghalang, menyukarkan pengundi untuk mengundi. Ini berlaku di banyak tempat, kesesakan jalan, ugutan serta banyak masalah lagi," jelas beliau.

    Pada tahun 1999 kerusi Kuala Terengganu dimenangi oleh calon PAS manakala tahun 2004 dan 2008 pula dikuasai wakil Barisan Nasional (BN).

    Terdahulu, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat menyatakan pihaknya tidak yakin seratus peratus pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang menyaksikan persaingan tiga penjuru akan berjalan dengan bersih dan adil.

    Mustafa berkata, walaupun proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar kelmarin, tetapi pihaknya belum yakin sepenuhnya pilihan raya kecil ini akan berjalan denagn baik sepenuhnya.

    "Kami tidak meletakkan keyakinan penuh... mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengendalikan pilihan raya dengan adil," kata beliau pada sesi taklimat harian di markas PAS di sini pagi tadi.

    Gelanggang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala menyaksikan pertandingan antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan seorang calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

    Mustafa yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu berkata, pihaknya meletakkan tanggungjawab kepada SPR sebagai badan pengendali pilihan raya untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bersih.

    "Sudah tentu, mereka adalah ejen pilihan raya," katanya.

    "Setakat ini, sehingga hari penamaan calon, semua OK.

    "Hari pengundian (17 Januari) yang penting...tengok perjalanan sehingga hari pengundian," katanya.

    Kata Mustafa, berdasarkan pengalaman masa-masa lalu termasuk pilihan raya kecil Pangkalan Pasir, pihaknya belum yakin sepenuhnya bahawa pilihan raya kecil ini akan berjalan dengan adil dan bersih.

    Ketika ditanya apa yang diharapkan daripada SPR dalam menjamin pilihan raya yang adil, Mustafa berkata, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya.

    "Bila dikatakan ada perkara-perkara yang boleh dan tak oleh dilakukan (ketika berkempen), ia mesti adil.

    "Sebagai contoh, berhubung manampal poster di bangunan awam. Kalau PAS tidak boleh (lakukan), BN pun mesti tak boleh," katanya.

    Bagaimanapun kata beliau, PAS gembira dengan arahan yang melarang menampal poster di jambatan Kuala Ibai yang dikenakan ke atas kedua-dua parti PAS dan BN.

    Ketika ditanya sama ada PAS masih tidak berpuas hati dengan status daftar pemilih, beliau memberitahu, senarai itu telah diwartakan dan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa lagi. - Mstar

    Labels:

    0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home

    Powered by Blogger