LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

31 July 2008

Rakan Ezam Mohd Nor sertai PAS

Admin | 6:19 PM | Be the first to comment!
BANDAR JENGKA, 31 Julai (Hrkh) - Bekas Pengarah Gerak Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) Pahang, Zukri Akasah 36, yang juga bekas Exco Angkatan Muda KeADILan semasa Ezam Mohd Nor menjadi ketua, mengambil keputusan untuk menjadi ahli PAS.

"Saya mengikut Ezam meninggal KeADILan dan menubuhkan Gerak tetapi bila Ezam menyertai Umno saya tarik brek lah," katanya.

Dilahirkan di Kuala Terengganu, kini beliau menetap di Kuantan, Pahang.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Zukri terlibat dalam runding cara latihan dan pengurusan semenjak tahun 2001 lagi. Dari segi profesionnya, Zukri menyandarkan kepada keahliannya dalam beberapa institut pengurusan antarabangsa, termasuklah Asian Institute of Management Science (AIMS) dan juga sebagai Board Member kepada Licensed International Financial Analyst (LIFA) dan International Research Association (the-ira.org).

Beliau juga sedang dalam proses mendaftarkan dirinya sebagai ahli kepada International High IQ Society (highiqsociety.org) setelah lulus ujian IQ kemasukan dengan skor 131.

Di samping sibuk dengan kerja hariannya, Zukri juga telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Latihan, Pembangunan Cawangan dan Pemasaran untuk Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Pahang.

Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis, hampir setiap keluaran akhbar lidah rasmi parti, Suara Keadilan (semasa di dalam parti itu) memuatkan tulisan-tulisan beliau.

Tulisan beliau juga biasa diterbitkan di dalam portal-portal berita internet seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Agenda Daily, Harakahdaily, juga oleh lain-lain laman web bebas.

www.harakahdaily.net

Syed Hamid mengesahkan Pejabat Peguam Negara telah menerima kertas siasatan polis

Admin | 6:13 PM | Be the first to comment!
Siasatan kes liwat Anwar siap

Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.

Siasatan selama sebulan itu dijalankan selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun, mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

www.malaysiakini.com

Wan Azizah meletak jawatan | Permatang Pauh buat Anwar

Admin | 6:08 PM | Be the first to comment!
Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".

Wan Azizah menjadi wakil rakyat ermatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Reaksi Anwar

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa.

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

"Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

www.malaysiakini.com

Anwar kemungkinan besar akan ditahan dalam waktu terdekat ini

Admin | 5:47 PM | Be the first to comment!
Tokoh PKR ditahan 'dalam 48 jam'

PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya agensi berita AFP.

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."

www.malaysiakini.com

Menangkan doktor atau tindakan atas kebocoran maklumat pesakit

Admin | 3:07 PM | Be the first to comment!
Mungkin Saiful hadapi masalah sembelit yg kronik

Marilah kita bersama sama berfikir sejenak. Pada hari Isnin laporan pemeriksaan Pusrawi mengatakan tiada kesan liwat.
(mungkin Saiful hadapi masalah sembelit yg kronik)

Pada hari Selasa kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa Pusrawi boleh diambil tindakan akibat kebocoran maklumat pesakit.
(Tahukah anda inilah adalah satu kenyataan yg tersirat, bermakna satu ugutan untuk orang atasan Pusrawi)

Pada hari Rabu, Pusrawi mengatakan Doktor yg memeriksa Saiful hanyalah pegawai perubatan biasa. Tiada pemeriksaan liwat dijalankan.
(Persoalannya, mengapa Pusrawi mengambil masa dua hari untuk menerangkan perkara diatas, mungkinkah terlalu ramai doktor yg mempunyai nama yg sama atau beribu doktor bertugas di Pusrawi, mengapa tidak pada hari Selasa, atau mungkinkah Pusrawi diberi masa (dua hari) untuk mencari alasan atau dikenakan tindakan undang-undang). Mengapa perlu masa dua hari utk menerangkan kpd rakyat Malaysia bahawa Dr Mohamad hanyalah pegawai perubatan biasa?

Dua orang doktor memeriksa Saiful, doktor pertama adalah wanita, beliau merujukkan kes ini kepada Dr. Mohamad, mengapakah seorang doktor pakar merujuk kpd pegawai perubatan biasa, mengapa tidak beliau memberi cadangan rujuk terus hospital kerajaan?
Apakah doktor wanita tersebut tidak mengetahui bidang tugas Dr. Mohamad yg bekerja ditempat sama?

Persoalan seterusnya, apakah anda boleh mempercayai Pusrawi mulai sekarang kerana seorang doktor pakar merujuk kes ini kpd pegawai perubatan biasa? Apakah ini tidak menyalahi etika perdoktoran. Contoh yg senang, apakah doktor mata akan merujuk kepada pakar sakit puan?

Pusrawi juga mengatakan tiada pemeriksaan liwat dilakukan.
Persoalannya kenapa didalam report dinyatakan tiada pendarahan di lubang jubur SiFool.

Jika anda tidak arif didalam sesuatu perkara, jika ada yg bertanya, sudah tentu anda akan merujuknya kepada orang yg lebih arif, common sense. Tak perlu jadi doktor utk mengetahui perkara begini. Satu contoh lagi, jika anda memerlukan alat ganti kereta dan tiada ditempat yg anda biasa beli, mereka akan merujuk anda kepada tempat alat ganti yang lain yg sama atau lebih besar. Pernahkah anda dengar mereka menyuruh anda ke kedai menjual kain?

Tahukah anda, berapa ramai pemimpin UMNO akan hilang pekerjaan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Walau apa cara sekalipun, saya berpendapat mereka akan mencipta bukti palsu.

Fikir-fikirkan lah untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Jika benar mereka terlibat didalam mecipta bukti palsu, saya doakan mereka semua mati didalam keadaan yg sangat hina dan dahsyat. Allah jua yang maha mengetahui.

Kiriman: ISA latifmat@yahoo.com

www.pinkturtle2.wordpress.com

Ura-ura polis selesai siasat kes Anwar dan kini sedang disemak Jabatan Peguam Negara

Admin | 2:52 PM | Be the first to comment!
Anwar bertemu media jam 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini memanggil satu sidang akhbar, sehari selepas Hospital Pusrawi menyatakan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak diperiksa berkaitan liwat".

Penasihat PKR dijangka bertemu media bersama isterinya dan juga presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti di Petaling Jaya jam 3 petang ini.

Anwar diura-urakan akan dihadapkan di mahkamah berhubung kes itu selepas kertas siasatan terhadapnya dilaporkan telah siap dan kini sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara.

www.malaysiakini.com

Cara Saiful, Uncle Pet dan peguam seperti mereka orang yang bersalah

Admin | 6:29 AM | Be the first to comment!
Peguam Saiful Enggan Jawab Soalan Wartawan

KUALA LUMPUR, 30 JULAI (SK)- Peguam Kepada Saiful Bukhari, Zamri Idrus gagal menjawab hampir kesemua soalan yang dikemukan oleh wartawan yang hadir dalam sidang media yang diadakah beliau di sebuah hotel lima bintang di sini.

Kebanyakan jawapan yang diberikan hanyalah, “I dont want to answer that question, let police do their investigations” (saya tidak mahu menjawab biar polis jalankan siasatan).

Peguam berkenaan juga berkata Saiful berada dalam keadaan selamat dalam perlindungan polis, namun beliau enggan memberi sebarang jawapan samada Saiful diugut atau diancam oleh pihak-pihak tertentu, apabila ditanya mengenai keselamatan Saiful.

Wartawan yang hadir ke sidang media berkenaan kelihatan hampa dan kecewa dengan sidang akhbar yang dibuat kali kedua ini.

Sebelum ini, Peguam berkenaan telah mengadakan sidang akhbar yang pertama di Hotel Seri Pacific yang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Umno.

Sidang akhbar berkenaan telah dihadiri oleh bapa saudara Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle Pet dan dalam sidang akhbar hari ini pula, kelibat Uncle Pet tidak pula kelihatan.

http://www.suarakeadilan.com

UM jemput tokoh yang menghancurkan negara Islam, Tony Blair

Admin | 6:26 AM | Be the first to comment!
Tony Blair Akan Sampaikan Kuliah Di UM Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair akan menyampaikan kuliah mengenai "Rule of Law and Good Governance" (Pemerintahan mengikut Undang-undang dan Urus Tadbir Baik) di Universiti Malaya (UM), Jumaat ini.

Menurut kenyataan media dari Pejabat Perhubungan Antarabangsa dan Korporat UM, kuliah itu bersempena Kuliah Undang-undang ke-22 Sultan Azlan Shah, yang dimulakan pada 1986, oleh pusat pengajian undang-undang perintis Malaysia, Fakulti Undang-undang UM.

Blair yang menjadi Perdana Menteri dari 1997-2007, kini berkhidmat sebagai wakil Timur Tengah bagi pihak Quartet terdiri daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Russia dan Kesatuan Eropah, dalam membantu rakyat Palestin mewujudkan sebuah negara, dalam usaha antarabangsa bagi keamanan.

Beliau baru-baru ini membentangkan laporan berjudul 'Breaking the Climate Deadlock' yang menggariskan kerangka bagi rancangan global untuk masa depan yang mempunyai karbon yang rendah.

Siri Kuliah Undang-undang Sultan Azlan Shah anjuran UM itu, diwujudkan bagi menghormati Baginda Sultan Azlan Shah kerana sumbangan cemerlang baginda tidak saja dalam kemajuan undang-undang Malaysia tetapi juga pendidikan undang-undang di negara ini.

Ia merupakan tidak saja kemajuan signifikan di Malaysia, tetapi juga mendokumen rupa bentuk common law yang hidup, yang menerapkan sifatnya yang vibran dan cergas dalam penyesuaian dengan keadaan semasa.

-- BERNAMA

JAWI perlu panggil Saiful segera untuk diambil keterangan | Keterangan Saiful kepada pihak polis tidak harus ada percanggahan

Admin | 6:18 AM | Be the first to comment!
Anwar kemuka JAWI laporan Pusrawi, Saiful dipanggil

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan laporan perubatan yang dikeluarkan hospital Pusrawi yang mengatakan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat semasa memberi keterangan di Jabatan Agma Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Beliau hadir ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 10.30 pagi bagi memberi keterangan berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat terhadap Saiful sebelum ini.

Pagi semalam Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

“Saya ada menyebut mengenai laporan perubatan (Dr. Mohd Osman) itu dan JAWI ambil maklum mengenainya,” katanya selepas memberi keterangan hampir dua jam setengah.

Hadir sama peguamnya Kamar Ainiah Kamarulzaman.

Semasa memberi keterangan, Anwar turut mengemukakan hujah oleh seorang ulama feqah terkemuka, Prof. Sheikh Taha Jabir al-Ulwani yang mengatakan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai seperti tuduhan zina.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut memberitahu media kemungkinan JAWI akan memanggil Saiful bagi merekodkan keterangannya selepas ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan kesanggupan untuk hadir sekali lagi bagi memberi keterangan tambahan jika diperlukan sepanjang siasatan dijalankan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, JAWI akan merujuk kepada doktor berkenaan bagi memberikan keterangan lanjut.

Ditanya apakah soalan yang dikemukakan oleh JAWI kepadanya, Anwar berkata JAWI mengajukan soalan mengikut prosedur biasa.

“Mereka tanya saya mengapa saya anggap kes ini tiada motif. Mereka juga ingin tahu mengapa saya katakan saya difitnah serta apa bukti yang saya ada untuk kuatkan hujah,” katanya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu bagaimanapun berpuas hati dengan proses memberi keterangan yang dijalankan oleh JAWI berbanding pihak polis.

Tambahnya lagi, proses yang dijalankan oleh JAWI adalah lebih professional dan beliau yakin dengannya.

Beliau turut diajukan soalan sama ada bimbang dengan hasil laporan perubatan terhadap Saiful yang dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL), beliau berkata "tidak".

“Saya tidak bimbang mengenai laporan HKL jika ia dibuat dengan professional dan telus.

“Persoalannya adakah akan ada kemungkinan laporan itu akan dikoyak (dipalsukan).” katanya dengan sinis.

Beliau sekali lagi menegaskan agar siasatan yang dijalankan terhadapnya tidak bermotifkan politik sebaliknya perlu mengikut prosedur yang jelas berdasarkan undang-undang sedia ada.

Diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar agar beliau menghentikan sebarang spekulasi sebaliknya memberi kerjasama penuh kepada polis, beliau berkata:
“Kerjasama apa lagi yang tidak saya berikan?.

“Cuba anda tanya dia (Syed Hamid) adakah dia sanggup untuk berbogel seperti yang saya alami. Adakah itu menunjukkan saya tidak memberi kerjasama," katanya.

"Saya tidak buat sebarang spekulasi sebaliknya kadang-kadang ada wartawan yang nakal megajukan soalan untuk dapatkan reaksi saya," jelasnya.

www.mstar.com.my

Seolah-olah, Saiful tahu kes Anwar ditutup kerana tiada bukti kukuh | Bersumpah cara terakhir malukan Anwar

Admin | 3:35 AM | Be the first to comment!
Saiful bersumpah al-Quran selepas siasatan selesai

KUALA LUMPUR 30 Julai – Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan bersumpah dengan al-Quran dalam masa terdekat bagi membuktikan dirinya pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu sebaik saja siasatan polis selesai.

Bekas pembantu Anwar itu menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk memfitnah dan menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila membuat laporan polis pada 28 Jun lalu dengan mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh Anwar.

Kesediaan beliau bersumpah itu yang bertujuan semata-mata bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya telah diliwat oleh Anwar diberitahu kepada peguamnya, Zamri Idrus.

Mohd. Saiful, 23, akan melakukan upacara bersumpah mengikut Islam itu sejurus siasatan polis terhadap kes itu selesai tidak lama lagi.

Zamri dalam satu sidang akhbar di sini petang ini memberitahu, ketegasan Mohd. Saiful untuk bersumpah dengan al-Quran itu dinyatakan sendiri kepada beliau baru-baru ini.

Malah, tambah Zamri, anak guamnya itu mempunyai bukti kukuh bahawa dirinya memang telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

“Saya akan maklumkan kepada media dalam masa terdekat ini tentang bila (Mohd. Saiful) akan bersumpah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Saiful dalam satu kenyataan bertulis yang ditandatanganinya yang dibacakan oleh Zamri memberitahu:

“Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.”

Dalam perenggan awal kenyataan itu, Mohd. Saiful yang tidak hadir pada sidang akhbar berkenaan atas sebab-sebab keselamatan berkata:

“Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar... saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis untuk membawa individu terlibat ke muka pengadilan.”

Sementara itu, Zamri berkata, bekas pembantu Anwar itu kini tinggal bersama bapanya dan diletakkan di bawah jagaan polis. Beliau menafikan Mohd. Saiful berada di luar negara.

Zamri juga memberitahu, anak guamnya itu belum dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk diambil keterangan berhubung laporan Anwar yang menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf.

Katanya, Mohd. Saiful sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Jawi jika dipanggil memberi keterangan.

www.utusan.com.my

Tidak masuk akal, Saiful bimbang akan keselamatannya?

Admin | 12:38 AM | Be the first to comment!
Liwat: Saiful dakwa ada 'kes kuat', siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi dia tidak menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu manakala polis mahu menyelesaikan kes dakwaan meliwat secepat mungkin dengan mengambil kira pertimbangan bahawa ia membabitkan kepentingan umum dan negara.

"Insya-Allah kita akan buat secepat yang mungkin... waktu terdekat," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepad mStar Online hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis akan menyelesaikan sebelum 18 Ogos ini, beliau berkata:
"Itu tidak penting, yang penting kita meneruskan siasatan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana kes ini menarik minat orang ramai, menyentuh kesejahteraan dan ketenteraman kita.

"Kita akan melakukan yang terbaik untuk menentukan kes ini mendapat keputusan yang benar dan tepat."

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menentukan kebenaran bagi memastikan kepentingan pengadu dan orang yang disiasat terpelihara.

"Kedua-dua pihak akan terpelihara. Kita memberi jaminan pada (aspek) itu," katanya lagi.

Kelmarin, laporan perubatan yang tidak disahkan daripada sebuah hospital swasta mendedahkan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

Mohd Saiful dikatakan diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan di Hospital Pusrawi.

Bagaimanapun, polis menyatakan laporan berita mengenai perkara itu bertujuan untuk mensabotaj penyiasatan mereka dan mengelirukan orang ramai.

Malah, kelmarin Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

Ismail yang memberitahu, pihaknya telah menemu bual sejumlah saksi yang banyak sepanjang sebulan yang lalu dan akan memanggil pengendali portal berita untuk membantu siasatan jika keadaan memerlukan.

"Kita sedang mengkaji (untuk memanggil pengendali portal) dan jika perlu kita akan memanggil mereka," katanya.

Dalam pada itu, Saiful dalam kenyataan yang ditulis sendiri dengan tangan berkata: "Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini."

Kenyataan itu dibacakan oleh peguamnya, Zamri Idrus pada sidang akhbar di sini petang ini - beberapa jam selepas Anwar selesai memberi keterangan di JAWI.

Sehubungan itu kata Saiful, dia menuntut supaya Anwar tidak berdolak-dalik dalam kes berkenaan.

"Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut.

"Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terbabit ke muka keadilan," katanya dalam kenyataan bertarikh hari ini.

Mohd Saiful akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya.

Zamri Idrus berkata, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

"Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

"Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata, anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.

"Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis," katanya.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: "Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.

Zamri berkata, anak guamnya mempunyai "kes yang kuat" untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.

Mohd. Saiful juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.

www.mstar.com.my

30 July 2008

Padah 2 warga asing, ditangkap polis disyaki perdaya gadis tempatan bawa dadah

Admin | 6:50 PM | Be the first to comment!
Dalang sindiket dadah antarabangsa ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua rakyat asing warga Iran dan Algeria disyaki dalang sindiket antarabangsa yang aktif memperdayakan rakyat tempatan khususnya wanita untuk menjadi “kurier" pengedaran dadah ke luar negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata dalam operasi pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada Ahad lalu, polis turut menemui lapan bungkusan dadah jenis Syabu bernilai kira-kira RM1.1 juta dalam sebuah beg pakaian milik mereka.

“Mereka yang menggunakan negara ini sebagai transit pengedaran dadah ke luar negara ditahan ketika memandu sebuah kereta pacuan empat roda di kawasan tempat letak kereta di Stesen Sentral di sini Ahad lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

www.hmetro.com.my

Ramai melihat tujuan Saiful menghalang kemaraan politik Anwar | Ramai juga melihat Saiful sebagai alat 'orang tertentu'

Admin | 6:41 PM | Be the first to comment!
'Tiada sebab fitnah, aniaya Anwar'

Mohd Saiful Azlan Bukhari hari ini mengeluarkan kenyataan bertulisan tangan melalui seorang peguamnya di sebuah hotel besar di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan oleh Zamri Idrus, bekas pembantu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata beliau "tiada sebab untuk menfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini."

Pemuda itu juga menggesa Anwar agar tidak banyak berdolak-dalik.

Mohd Saiful berkata beliau sedang menunggu siasatan polis terhadap Anwar selesai.

www.malaysiakini.com

Pelajar perempuan Malaysia ditahan di Jordan | 3 tahun tamat visa

Admin | 5:14 PM | Be the first to comment!
Pelajar Malaysia ditahan di Jordan

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar wanita yang mengambil jurusan Bahasa Arab di Universiti al Al-Bayt, Mafraq, Jordan ditahan pihak berkuasa negara itu selepas dia didapati tinggal melebihi tempoh masa.

Noorul Mardhiyyah Ismail, 25, ditahan pada 23 Julai lalu oleh imigresen Jordan selepas tempoh visa yang dipohon ketika dia pergi ke negara itu enam tahun lalu tidak diperbaharui apabila ia tamat sejak September 2005.

Setiausaha Kedua merangkap Pegawai Konsul Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan, Kholil Musa berkata, Noorul Mardhiyyah kini ditahan di pusat tahanan orang-orang asing yang tinggal melebihi masa di Mafraq kira-kira 80 kilometer dari bandar Amman.

"Pelajar dari Kelantan itu ditahan di kediamannya kerana tidak memperbaharui visa.

"Kita sering tekankan kepada pelajar-pelajar di sini supaya memperbaharui visa masing-masing setiap kali ia hampir tamat,'' kata beliau semasa dihubungi di Amman semalam.

Menurut beliau, daripada siasatan, pelajar tersebut memberitahu dia menyambung pelajarannya sepanjang dia tinggal di negara itu.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui dia belajar di mana sepanjang tempoh visanya tamat.

Jelas beliau, pihak kedutaan melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Amman telah memaklumkan mengenai penahanan pelajar tersebut kepada keluarganya di Kelantan semalam.

www.kosmo.com.my

Yang mana satu pengarah Pusrawi?

Admin | 5:10 PM | Be the first to comment!
Pusrawi dakwa laporan di internet hampir sama laporan asal

KUALA LUMPUR: Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan,23 yang diedarkan melalui internet hampir sama dengan laporan asal.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob dalam sidang medianya berkata: "Laporan tersebut nampak genuine tetapi yang asli ada pada saya".

Dalam kenyataan akhbar lima perenggan yang dikeluarkan hospital itu memberitahu, doktor hospital tersebut, Dr Muhamad Osman Abdul Hamid telah melakukan pemeriksaan ke atas pesakit Mohd Saiful berkaitan liwat.

Kenyataan tersebut menjelaskan yang Dr Muhamad Osman bukan seorang doktor pakar dan hanya seorang pegawai perubatan yang bertugas di bahagian klinik kemalangan dan kecemasan hospital.

Kenyataan itu turut menyebut, doktor tersebut telah menasihatkan Mohd Saiful supaya menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan dan tiada pemeriksaan lanjut dilakukan berkaitan aduan liwat.

Hospital tersebut turut memberitahu, pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak berhubung laporan perbuatan terhadap pesakit bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

www.mstar.com.my

Teori konspirasi 'orang besar' | Pengarah Puswari sanggup rendahkan kemampuan doktor sendiri

Admin | 4:56 PM | Be the first to comment!
Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi

KUALA LUMPUR 30 Julai – Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. hari ini menafikan bahawa seorang doktor pakarnya telah melakukan pemeriksaan terhadap aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Sebaliknya, pihak hospital itu menegaskan, pegawai perubatannya, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid bukan seorang doktor pakar dan tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful Bukhari.

Sebaliknya, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamarudin Ahmad dalam sidang akhbarnya di sini petang ini memberitahu, Dr. Mohamad Osman hanya pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kemalangan dan Kecemasan pada hari berkenaan.

“Beliau (Dr. Mohamad Osman) bukan seorang doktor pakar... dia menasihatkan pesakit (Mohd. Saiful Bukhari) supaya menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

“Tiada pemeriksaan lanjut berkaitan aduan sodomi (liwat),” tegasnya. - Utusan

Lihat Salinan Laporan perubatan Dr Mohd Osman

Hanya doktor pakar dapat mengesan Saiful diliwat atau tidak? Dr Mohamed bukan pakar - Hospital swasta Pusrawi

Admin | 4:34 PM | Be the first to comment!
Pusrawi: Saiful tidak diperiksa kes liwat

Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat".

"Dr Mohamed Osman pegawai perubatan Hospital Pusrawi tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi," kenyataan hospital itu dipetik

Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin.

Ia juga menyatakan Dr Mohamed Osman juga bukan seorang doktor pakar, tetapi seorang pegawai perubatan di klinik kemalangan dan kecemasan Hospital Pusrawi.

"Dr Mohamed Osman telah menasihatkan pesakit itu Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan," kata hospital itu.

"Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi."

Hospital swasta di Jalan Tun Razak itu kini sedang mengadakan sidang media berhubung kontroversi kebocoran laporan pemeriksaan tersebut - yang dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "bukti" dakwaan terhadapnya "tiada asas" dan "bermotifkan politik."

www.malaysiakini.com

Umno mesti menganut agama Islam seluruhnya bagi menjayakan penyatuan Melayu

Admin | 2:53 PM | Be the first to comment!
Nik Aziz: Hudud, qisas jika PAS-Umno bersatu

Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam, akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya dalam laporan Bernama.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.

"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam. Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.

Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan kepada PAS untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam, Nik Aziz berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur esok.

www.malaysiakini.com

Pemimpin kaya raya

Admin | 1:33 PM | Be the first to comment!
Khalil Yaakob ‘juara’ bida nombor plat kereta negara

MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti ‘irama dan lagu’ yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka.

Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.

Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.

Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.

Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.

Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000.

Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.

Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta!

Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas ‘Khutbah Jumaat’ dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.

Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak.

Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato’ Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini.

http://www.harakahdaily.net

Hentikan serta merta dialog dengan Umno kerana Umno guna untuk pecah perintah musuhnya

Admin | 1:25 PM | Be the first to comment!
Dialog PAS-Umno berbangkit lagi esok

Isu pertemuan PAS dan Umno dijangka akan terus menghantui barisan pemimpin atasan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama majlis syura ulama parti itu esok.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, perkara tersebut kemungkinan akan ditimbulkan sewaktu perbincangan isu-isu semasa.

Mesyuarat itu juga dipanggil sendiri oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber dalaman PAS itu.

Menurutnya lagi, mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi.

www.malaysiakini.com

Apabila kes ini tidak dijalankan secara profesional maka timbullah banyak khabar angin

Admin | 11:35 AM | Be the first to comment!
Anwar beri keterangan di Jawi

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberi kenyataan berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Anwar membuat aduan terhadap Saiful pada 9 Julai lalu.

Sementara itu, para wartawan telah berkumpul di rumah Anwar di Bukit Segambut sejak jam 5.30 pagi tadi ekoran khabar angin yang mengadakan beliau akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar tiba di pejabat Jawi pada jam 10.30 pagi.

www.malaysiakini.com

Hampir sebulan Anwar masih belum didakwa

Admin | 6:34 AM | Be the first to comment!
Sesiapa sahaja yang duduk tempat Anwar Ibrahim kini pasti tidak akan berdiam diri. Tuduhan meliwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan benar-benar mencabar kredibiliti Anwar. Pelbagai pendedahan dibuat oleh Anwar bagi menafikan perkara berkenaan. Cabar mencabar dan akhirnya Anwar direman sekejap bagi mendapatkan keterangan beliau.

Bukan tidak mahu bekerjasama, tapi pengalaman lalu mengajar Anwar untuk lebih bijak mengatur langkah dan menggunakan massa. Ini adalah langkah bijak. Anwar ternyata terlalu hebat untuk dikenakan oleh Saiful dan mereka yang duduk dibelakangnya.

Walau apa pun yang telah berlaku, pihak Polis kini seolah-olah hilang arah dari menyiasat kes ini. Hingga kini, peguam Anwar tidak dimaklumkan isi kandungan laporan Polis yang dibuat Saiful. Perkara ini adalah isu asas yang perlu didedahkan kepada Anwar sebagai defendan agar beliau tahu bentuk pertuduhan yang dikemukakan.

Segala laporan perubatan juga dirahsiakan. Walaupun doktor di Pusrawi mendedahkan laporan awal pemeriksaan perubatan ke atas Saiful, tapi semua itu mungkin akan diabaikan oleh pendakwaraya.

Masalah terbesar kini adalah status kes berkenaan yang hampir sebulan disiasat. Ini adalah kes berprofail tinggi dan melibatkan nama baik seorang pemimpin negara. Jadi pihak polis haruslah mempercepatkan siasatan.

Pendakwaraya harus segera membawa kes ini ke mahkamah dan buktikan Anwar bersalah kalau benar tuduhan Saiful itu. Kalau tiada bukti atau faktanya tidak lengkap atau sengaja direka-reka, maka ini adalah suatu kezaliman untuk Anwar.

Keadilan untuk kedua-duanya wajar diketengahkan, dan mereka berhak untuk didengar dan membela diri. Dalam sistem undang-undang Malaysia, seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Jadi Anwar pada masa ini bukanlah ‘peliwat’ seperti yang difikirkan oleh ramai musuh-musuh politik beliau.

Prosiding harus berjalan segera sebelum lebih banyak spekulasi dihamburkan dalam media. Perkara ini bukan sahaja memalukan Anwar tapi negara kerana sistem yang ada terlalu lembap untuk menyelesaikannya.

www.syukran.wordpress.com

Sememangnya menjadi harapan rakyat polis menjalankan siasatan secara profesional dan pantas

Admin | 6:26 AM | Be the first to comment!
Artikel Laman Blog Mengenai Laporan Perubatan Hanya Spekulasi, Kata Polis

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari Selasa berkata laporan Internet kononnya seorang doktor tidak menemui sebarang bukti perubatan pada lelaki yang mendakwa dia diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semata-mata bertujuan melencongkan persepsi orang ramai dan melemahkan semangat pasukan polis.

Katanya artikel berkenaan yang bertajuk "Doctor on the Run: Police Want Him to Fabricate Evidence Against Anwar" (Doktor Dalam Buruan: Polis Mahu Beliau Reka Bukti Terhadap Anwar) yang tersiar dalam portal berita "Malaysia Today" hanya berdasarkan dengar cakap, bersifat spekulatif dan merupakan tuduhan yang tidak adil.

"Polis ingin menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa tidak terdapat sedikit pun kebenaran dalam tuduhan yang terkandung dalam artikel itu. Semasa menyiasat kes ini, polis tidak pernah langsung menahan seorang doktor atau memaksanya mereka-rekakan bukti terhadap suspek," kata beliau dalam satu kenyataan hari Selasa.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai laporan itu sebelum menyiasat kesahihannya.

Ismail berkata polis tidak akan sekali-kali terpengaruh atau boleh digertak oleh mana-mana pihak supaya mengabaikan penyiasatan terhadap kes berkenaan dan pasukan itu menjalankan siasatan secara profesional dan pantas.

Beliau berkata pelbagai dakwaan berhubung kes itu kini tersiar dalam laman blog dan adalah tidak wajar bagi polis memberi respons terhadapnya kerana kes berkenaan masih disiasat.

"Polis sedar kes ini perlu ditangani secara adil dan tidak memihak kepada sesiapa agar orang ramai mempunyai keyakinan tentang cara ia dikendalikan," kata beliau.

Ismail berkata sebaik saja siasatan terhadap kes berkenaan selesai, polis akan mengemukakannya kepada Pejabat Peguam Negara.

"Keputusan sama ada pertuduhan akan dikenakan terhadap suspek, terletak sepenuhnya di tangan Pejabat Peguam Negara dan polis akan menghormati keputusan itu," kata beliau.

-- BERNAMA

Pasukan polis perlu buru habis-habisan penjenayah yang mengancam anak-anak kecil ini

Admin | 6:23 AM | Be the first to comment!
Penculik Sharlinie berkeliaran?

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian penculikan melibatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Klang, pada 26 Julai lalu, supaya tampil memberi maklumat.

Dalam kejadian itu, remaja perempuan berkenaan dilarikan oleh lima lelaki menaiki van di satu perhentian bas dekat Sungai Kapar Indah, Klang.

Bagaimanapun, gadis sunti berkenaan berjaya melarikan diri ketika pintu van itu terbuka di satu selekoh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, polis belum menerima maklumat daripada mana-mana saksi kejadian yang dapat membantu siasatan.

"Tiada sebarang lakaran fotofit, pengecaman atau tangkapan dilakukan pada masa ini.

"Sokongan dan bantuan orang awam amat diperlukan bagi membantu pihak polis dalam usaha mengesan suspek-suspek kes culik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai dakwaan remaja perempuan itu yang mendakwa dirinya diculik lima lelaki dan dibawa menaiki sebuah van tetapi berjaya melepaskan diri.

Remaja berkenaan turut mendakwa, dia melihat gambar mangsa culik, Sharlinie Mohd. Nashar, 6, yang hilang sejak 9 Januari lalu di samping beberapa foto kanak-kanak lain yang ditanda 'X' dalam van tersebut.

Khalid menambah, polis juga akan meneruskan siasatan ke atas kes-kes lama berhubung penculikan kanak-kanak di negeri ini termasuk kes Sharlinie.

"Polis tidak pernah tutup kes-kes lama sebaliknya akan teruskan mencari mangsa," katanya.

Sharlinie hilang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya, Sharlinie di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari lalu.

Muhamad Asmawi atau Awie pula hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127, Jalan Permai Tujuh, Lembah Pantai di sini, 9 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Klang memandangkan terdapat maklumat berkaitan Sharlinie dalam kes terbaru tersebut.

www.utusan.com.my

Polis masih siasat , pertuduhan pun belum ada lagi - Syed Hamid

Admin | 12:52 AM | Be the first to comment!

Sebar bukti di internet, elak bukti disembunyi pihak tertentu

Admin | 12:33 AM | Be the first to comment!
Siapa Dr. Mohamed Osman?

PETALING JAYA: Daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kini individu yang menjadi perhatian ialah pegawai perubatan Hospital Pusrawi - Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid - doktor pertama menerima kunjungan bekas pembantu khas itu pada 28 Jun lalu.

Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Dr. Mohamed Osman mula bertugas di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Beliau merupakan pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar dan pernah berkhidmat di beberapa buah hopsital kerajaan sebelum menjadi pegawai perubatan di Pusrawi.

Tambah sumber itu, Dr. Mohamed Osman telah mengambil cuti sejak seminggu yang lalu dan tidak diketahui di mana beliau berada sekarang.

Dr. Mohamed Osman menjadi perhatian kerana dikatakan telah mendapati tiada kesan Mohd. Saiful telah diliwat.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.

Ismail berkata polis telah pun merakamkan kenyataan Dr. Mohamed Osman berhubung laporan tersebut sebelum ia nya tersebar di internet semalam.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

www.mstar.com.my

Seekor anjing hanya akan mengikut kata tuannya yang memberi makan

Admin | 12:26 AM | Be the first to comment!
Terkini : 29/07/08 Kesahihan laporan belum disahkan lagi

Laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan oleh Hospital Pusrawi mengatakan bahawa tidak ada petunjuk yang menunjukkan Saiful di liwat – Pentadbiran Hospital akan membuat siasatan terperinci bagaimana laporan itu boleh diperoleh dan tersiar di media Internet - yang mana ini menunjukkan elemen kesahihan laporan – dengan polis pula mengatakan laporan itu bertujuan untuk mengganggu siasatan serta komen Wan Azizah dan kepimpinan lain baik NGO mahupun kepimpinan politik bahawa ini jelas satu konspirasi - Ezam hadir dengan mengatakan kesahihan laporan itu belum disahkan lagi.

Tindakan Ezam dengan kenyataan mengenai laporan itu belum sahih menunjukkan sikap Ezam yang sudah berubah. Apa pun Ezam sepatutnya berjiwa besar dengan mengatakan bahawa – kita biar siasatan lanjut dan sekiranya Anwar tidak bersalah pasti ada yang bersalah cuba menjatuhkan beliau – dan ini harus di teliti.

Namun Ezam dalam isu ini mengambil sikap tentangan – setelah beliau pernah berkata isu liwat yang baru ini tidak menghairankan saya. Apa pun Ezam nampak sudah kecil dalam politik ini dengan kenyataan seperti itu.

www.umno-reform2.com

Jangan pula timbul laporan kesihatan ke-2 Pusrawi

Admin | 12:22 AM | Be the first to comment!
TERKINI : Saiful tidak diliwat - laporan perubatan

Terkini : Media Arus Perdana sepi

Media Arus Perdana terus menyepi mengenai laporan Perubatan dan gagal berhujah segarang sewaktu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari atas tuduhan liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya. Paling kuat adalah Kementerian Kesihatan mempersoalkan bagaimana laporan peribadi itu boleh bolos seolah-olah impak laporan mengenai tuduhan palsu itu tidak penting.

Sekali lagi Barisan Nasional khususnya UMNO parti dominan yang memerintah kerajaan tersepit dengan tindakan Polis menahan Anwar Ibrahim sedangkan laporan perubatan telah diperoleh dan doktor yang bertanggungjawab telah memberi keterangan mengenai laporan perubatan – ini yang dilaporkan oleh polis ( media hari ini) dalam menafikan doktor yang menjalani peperiksaan ke atas Saiful di tahan. Adakah ini tidak kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena dalam isu kes liwat 2 – pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim.

Persoalan mengenai tindakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terhadap isu Melayu kini seolah-olah diketepikan kerana wujud tuduhan konspirasi 2 ke atas Anwar Ibrahim. Kita kena jujur – kerana sekiranya ini berlaku kepada kita, yang mahu adalah keadilan dan ketelusan.

Namun apa yang kelihatan – apa yang dilakukan – mengertikan konspirasi. Tidak ada kenyataan yang konkrit dibuat untuk menunjukkan positivisme kerajaan – untuk mendapatkan keadilan atau mahu mengetahui kebenaran. Lebih banyak kenyataan negativisme dalam penemuan laporan perubatan Saiful yang mengatakan beliau tidak diliwat – lebih kuat menunjukkan konspirasi. Ini adalah pembacaan umum yang boleh di buat berhubung dengan kes ini. Mereka akan bertanya atau setidak-tidak media Internet akan terus memainkan isu – Anwar ditahan dengan begitu gerun sekali – sedangkan laporan perubatan Saiful menunjukkan beliau tidak diliwat dan Saiful masih selesa dengan tuduhan yang secara asas hari ini adalah palsu. Dakwaan dokumen laporan kesihatan tidak sahih – kemungkinan dengan lain palsu sepatutnya tidak mengundang siasatan terperinci kenapa laporan itu boleh bolos dari Hospital Pusrawi dan kenyataan Kementerian Kesihatan untuk meneliti profesionalisme Hospital tersebut.

Media Arus Perdana jangan mainkan langkah ortodoks seperti sedia kala. Ini akan hanya mengundang ketidaktelusan mereka – mengundang tuduhan konspirasi kerajaan terhadap Anwar – menjarakkan kepercayaan ramai terhadap media kita hari ini. Setidak-tidak kita perlu menunjukkan sikap yang lebih terbuka sebelum kerajaan ini – terikat dengan tsunami seterusnya. Jangan pula timbul laporan kesihatan 2 dan doktor yang sama. Perbuatan dan langkah tidak tepat sudah memberi loncatan pada Anwar Ibrahim dan dakwaan teori konspirasi 2 seakan sudah nampak sahih. Sekiranya benar – konspirasi 2 – macam mana perhubungan PAS dan UMNO – adakah muzakarah diteruskan?

www.umno-reform2.com

BPR siasat projek Taman Tamadun Islam, Piala Monsun

Admin | 12:12 AM | Be the first to comment!
KUALA TERENGGANU 29 Julai — Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung jika terdapat asas dan bukti yang kukuh berhubung perkara itu.

Pengarah BPR negeri Sharuddin Sapian berkata, BPR sentiasa mengamalkan dasar telus dan responsif terhadap perkara yang dilaporkan dan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan siasatan.

“Kita akan teliti dahulu (laporan)...kalau ada asas yang kukuh berhubung perkara yang berkaitan, kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Dewan Pemuda PAS serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu hari ini yang meminta BPR menyiasat mengenai projek TTI dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun.

Laporan itu dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua AMK Fariz Musa di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Sebelum itu, kira-kira pukul 11 pagi, Azman Shapawi hadir bersama dua lagi anggota parti itu membuat laporan meminta BPR menyiasat kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said serta dua projek berkenaan yang disiarkan dalam akhbar.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berharap BPR menyegerakan tindakan untuk menyiasat perkara tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan harta rakyat.

Sementara itu Fariz bersama empat lagi anggota PKR pula membuat laporan kepada pejabat BPR meminta siasatan segera dilakukan terhadap kedua-dua projek terbabit selain kes penyelenggaraan melampau Proton Perdana V6, kehilangan wang royalti petroleum sejumlah RM3 bilion dan kes rasuah projek Bandar Baru Kijal di Kemaman.

Dipercayai seorang ahli politik di negeri ini terbabit dengan dakwaan penyelewengan itu dan meminta BPR bertindak dengan jujur, telus, berintergriti serta profesional untuk mengambil tindakan tanpa mengira pangkat dan darjat.— BERNAMA

Kes Anwar bagai duri dalam daging Umno | Polis minta segera umum hasil siasatan

Admin | 12:09 AM | Be the first to comment!
Syed Hamid nafi tuduhan liwat bermotif politik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menafikan tuduhan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dakwaan liwat terhadap dirinya adalah bermotifkan politik.

Beliau juga menyangkal dakwaan Anwar yang kemunculan rekod pemeriksaan perubatan oleh sebuah hospital swasta ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, kini disebarkan secara meluas dalam ruangan blog tetapi kesahihannya masih belum dibuktikan, mengesahkan teori konspirasi itu.

Syed Hamid berkata tidak perlu kerajaan membuat konspirasi terhadap Anwar dan penyiasatan polis terhadap dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantu bekas perdana menteri itu, Mohd Saiful, sedang dijalankan.

“Tiada siapa yang cuba memerangkap Anwar. Polis akan menentukan kesahihan laporan perubatan itu.

“Kenapa beliau (Anwar) enggan membiarkan polis menyiapkan penyiasatan itu. Jika tidak, beliau (Anwar) juga bertanggungjawab membuat spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai representasi agama dan umat Islam dalam media di sini hari ini.

Katanya polis menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat itu secara adil dan akan melayani semua pengadu secara saksama, tanpa berat sebelah. - BERNAMA.

29 July 2008

Saiful diliwat bahan plastik?

Admin | 4:48 PM | Be the first to comment!

Tambang bas akan dinaikkan

Admin | 4:45 PM | Be the first to comment!
K'jaan setuju naik tambang bas

Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.

"Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Noh berkata perunding yang dilantik oleh kementerian untuk mengkaji paras kenaikan yang bersesuaian telah menyiapkan kajian itu dan kadarnya baru itu akan diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Sekarang ini kita sedang berunding dengan persatuan supaya terima cadangan daripada konsultan ini," katanya.

Semalam persatuan itu yang diketuai presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali menyerahkan memorandum kepada Majlis Mesyuarat Inflasi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas henti-henti sebanyak 100 peratus, seperti yang dituntut oleh persatuan itu pada Mei lalu.

Persatuan itu memberi alasan pengusaha bas kini tertekan berikutan kenaikan harga minyak dan menggesa kerajaan supaya bertindak segera agar mereka dapat beroperasi seperti biasa terutama menjelang musim perayaan.

Noh berkata sistem bagi mengasingkan bas ekonomi dan bas mewah akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi.

Menerusi sistem itu, harga tiket bagi bas ekonomi akan dikawal kerajaan manakala tambang bagi bas mewah adalah terbuka.

"Namun kita akan sentiasa memastikan bahawa pengusaha bas ini akan sentiasa memperuntukkan beberapa bas sebagai bas ekonomi bagi mengelak kekurangan bas jenis ini," katanya.

www.malaysiakini.com

Peluang Raja Petra bertemu Uncle Pet | Adakan pertemuan secepat mungkin

Admin | 4:40 PM | Be the first to comment!

Hujah Anwar semakin kuat | Pusrawi mengesahkan ketulenan laporan

Admin | 4:20 PM | Be the first to comment!
Meliwat: Anwar bertegas laporan portal bukti dakwaan bermotif politik

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Anwar menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau sekali lagi dimomokkan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional kerana sudah terbukti paling penting iaitu laporan doktor perubatan yang pertama ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Anwar mendakwa, beliau enggan memberikan sampel DNA sebab tahu perkara ini akan berlaku.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Malah, semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta polis turut memberi tumpuan terhadap dakwaan terbaru bahawa tiada unsur meliwat tehadap Mohd. Saiful.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai pula telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican melihat perkembangan tersebut dengan memastikan aspek profesionalisme amalan perubatan dipatuhi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat masih yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.

www.mstar.com.my

Kes Anwar, polis sedang mencari petunjuk baru | Petunjuk lama tak cukup kukuh?

Admin | 4:13 PM | Be the first to comment!
Polis tidak pernah lengahkan siasatan kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 29 Julai – Polis tidak pernah melengah-lengahkan siasatan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak ia dilaporkan 28 Jun lalu dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Katanya, polis memberi keutamaan terhadap kes berprofil tinggi itu.

“Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar. – Bernama

Lawanlah Anwar di Kulim jika Ezam anak jantan

Admin | 4:09 PM | Be the first to comment!


Anwar: Semuanya 'beres' di Kulim

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan menang di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu apabila bertanding di situ jika ia diisytiharkan kosong oleh mahkamah bulan depan.

"Tidak timbul, sama ada pilihanraya kecil atau besar (umum), jika dijalankan secara adil, semuanya akan beres," kata penasihat PKR dalam sidang media pagi ini.

"Kulim dekat dengan kampung asal saya (Cheruk To'kun), daripada maklum balas yang saya terima, respons (pengundi) itu baik."

Tambahnya, tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah memberikan komitmen penuh untuk membantunya dalam pilihanraya kecil nanti.

Beliau telah menimbang sama ada bertanding di Bandar Tun Razak yang kini dimenangi oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga menteri besar Selangor, atau Kulim-Bandar Baharu.

"Keputusan akhirnya, saya memilih (bertanding di) Kulim," katanya.

Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.

Pada pilihanraya umum 8 Mac, calon PKR Zulkifli Noordin memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255, manakala Aziz pula sebanyak 16,672.

Kulim-Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

www.malaysiakini.com

Syed Hamid minta polis segerakan siasatan | Polis melambatkan siasatan?

Admin | 4:03 PM | Be the first to comment!
Ismail: Jangan ganggu siasatan polis

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang sengaja ingin mengganggu siasatan polis. Biar polis yang buat kerja dengan teliti," katanya.

Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan bekas majikannya meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu.

Ismail berkata sejak siasatan kes liwat terbabit dimulakan terdapat beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan kes terbabit.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Ismail juga berkata, polis tidak pernah melengah-lengahkan siasatan berhubung kes liwat Anwar sejak ia dilaporkan 28 Jun lalu dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya.

Katanya polis memberi keutamaan terhadap kes berprofil tinggi itu.

"Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak," katanya.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

Polis juga sedang berusaha mendapatkan beberapa keterangan dan petunjuk penting dalam menyelesaikan kes itu, kata Ismail.

www.malaysiakini.com

HKL, dulu kata Anwar tidak ditelanjangkan, kini tolak laporan perubatan Saiful tidak diliwat

Admin | 3:58 PM | Be the first to comment!
Liwat: HKL pertahan laporan Saiful

Kementerian Kesihatan akan menggunakan hasil pemeriksaan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat PKR, di hospital Kuala Lumpur.

Demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.

Kenyataannya sebagai mengulas pendedahan laporan perubatan pemuda itu yang dibuat lebih awal, pada 28 Jun, di Hospital Pusrawi.

www.malaysiakini.com

Rakyat tolak Umno di Perak | Tajol Rosli bagai gila talak

Admin | 12:26 PM | Be the first to comment!
Tajol Rosli gila talak, ajak PAS bentuk kerajaan di Perak?

Tawaran kepada PAS, Bentuk kerajaan baru bersama Umno di Perak - inilah tajuk berita Utusan Malaysia 29/7/08. Sah Dato' Seri Tajol Rosli dan Umno Perak gila talak untuk berkuasa balik di Perak.

Apa tidaknya Umno 27 kerusi dan MCA 1 kerusi, yang menjadi Menteri Besarnya ialah Dato' Seri Nizar Jamaludin (PAS) yang dapat enam kerusi. Sebab itu bekas Menteri Besar Perak ini duduk perasan�masih berkuasa di Perak. Hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong cuba untuk memancing PAS untuk membentuk kerajaan.

PAS menang kerana sokongan rakyat yang benci dengan Umno-BN yang gagal menjalankan amanah ketika berkuasa. Mereka membiarkan rakyat hidup melarat dan mereka hanya memenuhkan tembolok dan perut masing-masing. Membiarkan rakyat melarat.

Kita tahu sudah ada beberapa percubaan untuk mengajak PAS membentuk kerajaan dan beberapa tawaran yang menarik selelpas PRU ke-12, sehingga menggunakan tokoh-tokoh agama untuk mempengaruhi PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Menggunakan bermacam-macam kaedah Usul Feqh 'Irtikab akhaffu dhararain' (mengambil antara dua darurat yang lebih ringan).

Apabila kalah Umno sudah pandai mencari kaedah Usul Feqh. Nampaknya pemimpin Umno-BN apabila kalah baru nampak cerdik. Keangkuhan tercabut apabila tidak ada kuasa. Sama seperti Dato Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan yang paling cerdik di dunia.

Selepas PRU ke-12 dia kata supaya Umno lupakanlah untuk tawan Kelantan. Sekarang tidak dengar suaranya langsung. Saya duduk tenguk juga dekat Sungai Petani, manalah tahu kalau dia sedang berniaga nasi kandar lepas kalah pilihan raya. Lepas kalah baru dia tahu Rabu, Khamis, Jumaat.

Di Perak, talak yang berlaku hari ini ialah talak tiga, bukan talak raj'i (boleh rujuk). Talak tiga kalau hendak rujuk kena suruh bekas isterinya kahwin lain dengan lelaki lain dan bersetubuh kemudian bercerai, apabila habis idah baru boleh berkahwin. Itu pun kalau suami keduanya mahu cerai, kalau tidak gigit sikulah jawabnya.

Tajol Rosli kena ingat kemenangan Pakatan Rakyat hasil daripada perjuangan dan keringat pejuang kebenaran dan keadilan. Kemenangan yang diperolehi terpaksa mengorbankan tenaga, wang ringgit, dipukul oleh FRU, hidu gas pemedih mata, disepak dan ditendang oleh FRU.

Pejuang juga terpaksa berhadapan dengan samseng Umno-BN dalam setiap kali pilihan raya. Pejuang terpaksa bayar dengan harga yang mahal, kerana ada yang dibuang kerja, disekat gaji, disekat kontrak sehingga ada yang muflis, semuanya angkara kerakusan Umno-BN semasa berkuasa.

Kemenangan kami bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi penuh dengan onar dan duri. Tidak ada hajat langsung PAS untuk bergabung dengan Umno kerana kami tidak mahu dipagut dua kali dalam lubang biawak.

Biarlah kami jatuh bangun dengan Pakatan Rakyat dan rebah juga dengan semangat setia kawan. Berpegang dengan peringatan Nabi s.a.w., orang Muslim ia berpegang kepada janjinya. Oleh itu rakyat dan penyokong PAS jangan bimbang tentang PAS.

Parti kita ada organisasi yang mantap daripada Majlis Syura Ulama sehinggalah Syura yang paling besar ialah Muktamar PAS. PAS bukan hak milik peribadi sesiapa walaupun apa jawatan yang ia pegang, tetapi ia adalah milik umat dan ahli PAS.

Mungkin kami selesa kalau menerima tawaran bergabung dengan Umno. Itu hanya sementara sahaja siapa tidak kenal wajah Umno dan pemimpinnya. Kalau sesama sendiri pun mereka tipu dengan politik wang sehingga BPR dipanggil masuk campur. Kami mungkin ditawar dengan nikmat dunia tetapi kami dilaknat dan disumpah oleh rakyat yang menyokong kami.

Kita ada prinsip hidup dan berjuang. Kalau kami mampu menjadi pembangkang selama 57 tahun sejak 1951, apakah kami hendak mengkhianat amanah umat kepada kami. Apakah kami sebagai pemimpin tertinggi di peringkat Pusat yang sudah berada umur separuh abad hendak kesenangan dunia yang sementara. Apa guna zaman kami senang, tetapi anak cucu kami akan kencing di atas pusara kami kerana mengkhianati perjuangan?

Pengalaman kami dalam BN dan ditendang 1977 banyak memberi pengajaran kepada kami. Apabila kami ditendang daripada BN organisasi kami lumpuh, berapa lama kami hendak pulih seperti ini. Ijtimak Ulama PAS yang dibuat di Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu selepas daripada PAS jatuh di Kelantan pada tahun 1978 untuk membawa balik PAS ke pangkal jalan iaitu sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik.Bermula daripada sinilah munculnya 'Universiti Terbuka' iaitu kuliah-kuliah yang disampaikan oleh pimpinan PAS dengan menanamkan ruh tauhid yang berjaya menjana kekuatan parti sampai hari ini. Markas-markas tarbiyah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Bermula 1982 PAS di bawah kepimpinan ulama PAS berjaya kembali di landasan yang betul sehingga PAS disertai oleh golongan cerdik pandai. Sebelumnya PAS banyak didukung oleh tok guru pondok dan orang kampung biasa sahaja.Memang PAS tidak kaya, ahlinya miskin, ahlinya ramai tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, tidak ada tauke arak atau judi yang memelihara kami, tetapi yang ada kepada PAS dan ahlinya ialah Islam. Yang boleh menukarkan kami ialah syurga dan pahala. Biarlah mati daripada hidup bercerminkan bangkai.

www.harakahdaily.net

Arah semua peringkat hentikan serta merta sebut berbincang dengan Umno

Admin | 7:48 AM | Be the first to comment!
Perak: Tajol syor Umno, PAS Perak gabung bentuk kerajaan negeri, MB tolak

Umno Perak hari ini menawarkan kerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan negeri itu sebagai Menteri Besar sebagai langkah permulaan ke arah penyatuan kedua-dua parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

"Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.

“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR," kata beliau pada sidang di sini.

Tajol memberitahu, cadangan yang dibuat Nik Abdul Aziz itu adalah baik dan Perak sebagai sebuah negeri masyarakat majmuk adalah tempat terbaik untuk menguji dasar pemerintahan hasil gabungan antara PAS dan Umno berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.

Tajol Rosli berkata, Umno dengan 27 anggota Dewan Undangan Negeri serta seorang dari MCA sedia bekerjasama dengan PAS yang mempunyai enam Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh berbanding Pakatan Rakyat.

Tajol Rosli berkata, kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam yang mahu Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan PAS kerana berunding dengan Umno telah membuka laluan kepada PAS dan Umno untuk bekerjasama dengan lebih bermakna.

"Umno Perak sanggup menerima Menteri Besar dari PAS," katanya.

Tajol Rosli berkata, Menteri Besar sekarang dari PAS adalah seorang pemimpin yang baik tetapi beliau menerajui sebuah kerajaan yang rapuh.

Perak kini 18 Adun dari DAP, tujuh daripada Parti Keadilan Rakyat dan enam dari PAS. BERNAMA

Ezam sepatutnya tentang rasuah...daripada menyanjung kepada meluat

Admin | 7:40 AM | Be the first to comment!
Ezam tidak gentar tentang Anwar

PETALING JAYA - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) bersedia untuk bertanding menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diadakan pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

"Saya tidak gentar menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk bertanding," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohamed Ezam menyertai UMNO selepas menghantar borang keanggotaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Mei lepas.

"Pertamanya saya ahli biasa dalam UMNO. Jadi soal pertandingan pilihan raya kecil itu apatah lagi menentang Anwar, baik dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Tapi saya juga ingin menegaskan dan menjelaskan sekali lagi memang saya bersedia... saya tidak gentar langsung untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk mewakili parti dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya ketika mengulas kenyataan Anwar dua hari lepas yang membayangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.

Dalam ceramahnya di Taman Bukit Anggerik pada 26 Julai lepas, Anwar meminta pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak memberi sokongan kepada pakatan pembangkang untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kecil yang akan datang.

www.kosmo.com.my

Baik Saiful, Bala dan yang terbaru Dr Mohamed Osman, selepas bertemu polis akan menyembunyikan diri seolah-olah bertambah tidak selamat

Admin | 7:28 AM | Be the first to comment!
Tiada bukti Saiful diliwat: PKR tunggu reaksi polis

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunggu reaksi dari kerajaan khasnya polis berikutan laporan perubatan mengesahkan tidak ada sebarang kejadian liwat berlaku ke atas Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan ketika dia membuat laporan polis 28 Jun lalu.

Pengarah Strategik PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, laporan dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) mengesahkan tidak ada sebarang kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful.

"Kami juga mendapat pengesahan secara mulut dari Hospital kerajaan yang membuat pemeriksaan kedua selepas Pusrawi, bahawa pemeriksaan mereka juga mendapat hasil yang sama iaitu tidak ada tanda-tanda sodomi berlaku ke atas Saiful," kata Saifudin kepada Siasah.

Menurut laporan pemeriksaan itu, Pusrawi mengesahkan, tidak ada tanda-tanda kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful iaitu "tiada pendarahan aktif, tiada parut, tiada luka dan tiada nanah." selepas pemeriksaan dibuat ke atas bahagian sulit Saiful.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid terhadap Saiful pada 28 Jun sebelum Saiful membuat laporan polis. (lihat laporan bertulis di bawah)

Untuk mengesahkan pemeriksaan itu, Saiful diminta membuat pemeriksaan yang sama di hospital kerajaan.

Ekoran itu, Saiful membuat pemeriksaan di hospital kerajaan dan membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Sehingga kini, pihak hospital kerajaan berkenaan tidak memberikan sebarang laporan bertulis kepada Anwar.

"Kami kini menunggu apa reaksi dari kerajaan berkaitan dengan laporan Pusrawi ini," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang kepada Siasah.

Semalam, Malysia Today melaporkan, Dr Mohamad Osman pernah ditahan tiga hari oleh polis selepas itu dan kini sedang bersembunyi bersama keluarganya.

siasahdaily.blogspot.com

Haram benarkan wang mereka itu? Jelasnya jika merompak atau menipu

Admin | 7:16 AM | Be the first to comment!
Suami isteri didakwa terima deposit haram RM222 juta

KUALA LUMPUR 28 Julai – Selepas didakwa atas 189 tuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram berjumlah hampir RM170 juta di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu lalu, sepasang suami isteri hari ini dituduh pula menerima deposit tanpa lesen melibatkan pelaburan sebanyak RM222 juta di Mahkamah Sesyen di sini.

Jailani Jabar, 48, dan Latifah Taib, 47, yang didakwa melakukan perbuatan itu melalui syarikat pelaburan milik mereka, Jai Network Systems Sdn. Bhd., mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Jailani yang merupakan pemilik pusat motivasi dituduh menerima deposit daripada pendeposit tanpa memiliki lesen yang sah di premis No. 474, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang antara 1 Januari 2007 dan 17 Julai 2007.

Pengarah Urusan Jai Network Systems itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan serupa sebagai individu yang bertanggungjawab bagi hal ehwal syarikat itu.

Sementara itu, Latifah selaku orang yang turut menguruskan syarikat itu juga didakwa menerima deposit-deposit daripada pendeposit yang sama.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Pegawai pendakwa dari Bank Negara, S. Ganeson menawarkan jaminan RM5 juta bagi Jailani dan Latifah atas alasan ia bersesuaian dengan peruntukan hukuman selain kesalahan tersebut melibatkan jumlah pelaburan yang tinggi.

Peguam V. Kumaresan, bagaimanapun, memohon jumlah jaminan tersebut dikurangkan kerana pasangan itu terpaksa meminjam daripada saudara-mara selepas segala aset mereka dibekukan oleh Bank Negara sejak setahun lalu.

Menurut beliau, selain menyara Latifah dan empat anak yang masih belajar, Jailani juga mempunyai dua lagi isteri dan 10 orang anak termasuk seorang bayi yang berusia empat hari.

Selepas meminta keempat-empat anak Latifah yang hadir berdiri untuk dikenal pasti, Komathy membenarkan wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin.

Wang jaminan Jailani pula ditetapkan RM1 juta dengan dua orang penjamin selain pasport kedua-duanya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Komathy turut memerintahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis terdekat pada setiap bulan dan menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu.

Terdahulu, Jailani dan Latifah yang berada dalam tahanan dibawa masuk ke mahkamah dalam keadaan bergari dari Penjara Kajang dekat sini.

Sebaik masuk dan duduk di dalam kandang tertuduh, Latifah dilihat berpaling ke galeri awam sambil tersenyum dan melayangkan ciuman kepada anak-anaknya.

Bagaimanapun, sepanjang prosiding, Latifah dilihat turut mengesat air mata apabila melihat beberapa orang yang hadir tidak dapat menahan tangisan.

Sebaik mahkamah bersurai, kelihatan anak-anak pasangan itu serta saudara-mara yang memenuhi galeri awam meluru ke arah mereka sebelum memeluk kedua-duanya sambil menangis.

Pada petang Rabu lalu, pasangan itu didakwa di tiga buah Mahkamah Sesyen di Kuantan atas 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.

Mahkamah membenarkan Jailani dibebaskan dengan ikat jamin RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000.

Bagaimanapun kedua-duanya berada dalam tahanan sejak lima hari lalu kerana gagal mengemukakan wang jaminan tersebut.

www.utusan.com.my

Timbalan Menteri Kesihatan Abdul Latif dilihat cuba memberi tekan kepada seorang doktor berbanding mencari kebenaran

Admin | 1:22 AM | Be the first to comment!
Laporan perubatan tiada kesan liwat atas Saiful ada niat jahat

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat.

“Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.

Menurut Dr Latif, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia.

"Jika benar, doktor berkenaan boleh disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit," jelasnya lagi.

Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.

Katanya lagi, beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie."

Sebelum ini, laman berita Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh seorang doktor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa.

Laporan hospital Pusrawi itu yang dikatakan telah tersebar luas memetik laporan seorang doktor, Mohd Osman Abdul Hamid yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful yang dikatakan telah pergi ke hospital itu terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, Saiful dalam laporan polisnya mendakwa telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, sumber terdekat dengan rapat dengan Saiful Bukhari mempertikaikan kesahihan dokumen yang dikatakan sebagai laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful.

Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, itu bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan.

"Jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah," kata sumber itu.

www.mstar.com.my

doktor sebuah pusat perubahan swasta yang mendakwa tiada kesan liwat

Admin | 1:17 AM | Be the first to comment!
Susulan liwat Anwar, polis nafi tahan doktor bantu siasatan

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan polis menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Portal itu juga menyiarkan salinan laporan pemeriksaan doktor sebuah pusat perubahan swasta yang mendakwa tiada kesan liwat.

"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahantahan seperti yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini yang mendakwa laporan perubatan pemeriksaan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta tidak menunjukkan kesan liwat.

"Saya tidak mahu komen kerana siasatan kes itu masih berjalan," katanya.
Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu .

Pada 16 Julai lepas, Anwar ditahan selama kurang 24 jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes tersebut tetapi dibebaskan dengan jaminan polis keesokkannya.

Ketika ditahan Anwar turut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan namun beliau enggan membenarkan darahnya diambil bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sementara itu, Majlis Peguam hari ini meminta penyiasatan terperinci dilakukan terhadap kes itu.

"Majlis menggesa mereka yang menjalankan penyiasatan kes itu melakukannya dengan betul dan profesional," kata Presidenya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan hari ini.

www.mstar.com.my

Tiga pengebom berani mati wanita gegar kota Baghdad

Admin | 1:10 AM | Be the first to comment!
50 orang terkorban dalam letupan di Iraq

Serangan berani mati oleh tiga pengebom wanita di sini hari ini telah meragut 28 nyawa dan menyebabkan 92 yang lain cedera, ketika puak Syiah membanjiri ibu negara Iraq ini untuk menghadiri sambutan memperingati salah seorang imam Syiah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam insiden letupan di Baghdad itu.

Serangan berlaku di daerah Karrada, tengah Baghdad ketika penganut Syiah berjalan kaki menuju makam Kadhimiyah di utara ibu negara Iraq ini.

“Letupan hari ini akan meningkatkan lagi keazaman kami untuk menunaikan kunjungan kali ini dan menghalang keganasan,” kata salah seorang daripada penganut Syiah, Taher Abd-Noor.

Letupan yang dilihat sudah dirancang lebih awal ini turut menggoncangkan keadaan tenang selama beberapa bulan di Baghdad.

Kira-kira sejuta penganut Syiah dijangka menyertai sambutan memperingati Imam Mussa Kadhim iaitu salah seorang daripada 12 imam Syiah.

Sementara itu, satu serangan berasingan berlaku di bandar Kirkuk, utara Iraq yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan 112 yang lain dalam demonstrasi menentang undang-undang wilayah Iraq.

Serangan tersebut menunjukkan kerapuhan keselamatan di Iraq, walaupun kadar keganasan telah menurun sejak empat tahun lalu. – Reuters

Kerajaan BN gagal wujudkan perpaduan kaum melalui bahasa - Ungku Aziz

Admin | 1:04 AM | Be the first to comment!
Ubah pendidikan bahasa Melayu

Profesor Diraja Ungku Aziz mencadangkan kerajaan melakukan beberapa perubahan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata perubahannya perlu merangkumi semua peringkat persekolahan termasuk di sekolah rendah hingga institut pengajian tinggi.

"Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan sementara bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.

"Pada masa kini, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bahasa dilihat sebagai tidak begitu berjaya kerana berdasarkan kepada pemerhatian, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi masih belum sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu.

"Sistem pembelajaran adalah penting untuk wujudkan perpaduan negara.

"Saya rasa perpaduan negara melalui sistem ini masih tidak begitu berjaya," katanya ketika menyampaikan ucap utama pada Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia hari ini.

Menurut Bernama, Ungku Aziz berkata kementerian berkaitan perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu bermula daripada peringkat yang mudah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

"Maknanya pelajar boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, tidak rojak dan tidak telo. Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang betul, kita boleh lahirkan pelajar yang baik serta mewujudkan perpaduan kaum," katanya.

www.malaysiakini.com

28 July 2008

Mahfuz sahkan terdapat pertemuan PAS dan UMNO

Admin | 6:54 PM | Be the first to comment!
Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahap tekanan yang tinggi bakal menguji Dr Mohamed Osman Abdul Hamid ekoran pendedahan Saiful tidak diliwat

Admin | 6:45 PM | Be the first to comment!
PKR mahu doktor dilindungi

Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi."

"Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya," kata Salehuddin.

Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu "tanpa asas dan berniat politik."

"Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan," katanya.

"Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini"

www.malaysiakini.com

Pendapatan iklan ibarat imbuhan kepada blogger atas masa yang mereka habiskan

Admin | 6:22 PM | Be the first to comment!

Anwar tidak susah, kalah di Kulim lawan semula di Tun Razak

Admin | 5:21 PM | Be the first to comment!
Anwar umum bertanding di Kulim-Bandar Baharu pula

Selepas Bandar Tun Razak, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan pula beliau akan bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam tempoh terdekat.

Pengumuman itu dibuat malam tadi, hanya dua hari setelah beliau membayangkan perkara yang sama bagi Parlimen Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau mungkin bertanding di Kulim-Bandar Baharu sekiranya Mahkamah Tinggi Alor Star membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu dan mengisytiharkan perlunya pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

“Jika tiada halangan, saya akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Ahli Parlimen sekarang (Zulkifli Nordin) telah bersetuju memberi laluan,'' katanya ketika berceramah di Kelab Rekreasi Cina (CRC) Kulim.- Utusan.

Saya hebat, hanya saya layak lawan Anwar | Bagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Admin | 5:18 PM | Be the first to comment!
Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.

Ezam berkata, beliau tidak gentar untuk menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN untuk bertanding. - Utusan

Jika berita ini benar, peluang Anwar ke Putrajaya semakin cerah

Admin | 5:13 PM | Be the first to comment!
Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

www.malaysiakini.com

Tahniah atau simpati?

Admin | 1:01 PM | Be the first to comment!
Jodoh bermadu di usia muda

KUANTAN: “Saya reda dan menerima ketentuan Allah mendapat jodoh dalam usia muda walaupun sebagai isteri kedua,” kata Siti Aminah Zainuddin, 19, anggota kumpulan nasyid Mawaddah, semalam.

Menurutnya, dia bersyukur apabila dipertemukan jodoh dengan Shamsul Amir Shahbudin, 38, seorang ahli perniagaan kerana dia bukan saja seorang lelaki baik, tetapi bertanggungjawab serta mentaati suruhan Allah.

“Madu saya, Masitah Abdullah, 36, dapat menerima saya dengan hati terbuka, malah menganggap saya sebagai adiknya apabila dapat tinggal dalam satu rumah.

“Bagi saya poligami itu indah dan berupaya memberi pahala besar jika seseorang wanita itu memahaminya,” katanya yang kini tinggal di Temerloh.

Siti Aminah ditemui pada majlis perkahwinan secara beramai-ramai di Dewan Mat Kilau di sini, semalam.

Seramai lapan pasangan terdiri daripada kakitangan Global Ikhwan Sdn Bhd diraikan pada majlis bermakna itu.

Majlis anjuran syarikat berkenaan itu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat.

Bagi Masitah, perkahwinan kedua suaminya adalah hadiah bermakna sempena hari jadinya ke-38.

“Tiada hadiah lebih istimewa dan berharga kecuali membenarkan suami mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya.

“Saya kenal dengan madu saya, dia seorang wanita baik dan berhati mulia,” katanya yang mempunyai lapan anak.

Menurutnya, dia gembira dan terharu apabila dapat menyaksikan majlis persandingan mereka berdua.

Shamsul Amir pula berkata, perkahwinan keduanya itu dianggap fitrah dan kejayaan perjuangannya terhadap poligami yang sukar diterima kebanyakan wanita.

Dia mahu membuktikan madu yang dianggap racun oleh kebanyakan wanita sebenarnya indah selain memberikan pahala besar kepada mereka.

“Kedua-dua isteri saya mempunyai hubungan yang baik...mereka bukan saja boleh bekerja bersama, tetapi turut tinggal serumah,” katanya.

www.hmetro.com.my