31 October 2008

Mahkamah terima kenyataan Azilah, Sirul ~Malaysiakini

Mahkamah Tinggi menerima kenyataan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK) berhubung pendedahan lokasi wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditembak dan mayatnya diletupkan dan
penemuan barangan kemasnya sebagai keterangan pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata tiada keterangan menyakinkan dan alasan kukuh untuk mahkamah mengecualikan maklumat yang diberikan oleh Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada keterangan pendakwaan.

Zaki juga menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kredibiliti dua saksi dalam perbicaraan itu dan memutuskan mereka adalah saksi yang berwibawa, demikian menurut laporan Bernama.

Selain keputusan utama sama ada akan memanggil tertuduh untuk membela diri atau membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh, mahkamah juga perlu membuat keputusan terhadap empat isu iaitu:

bullet button Prosiding pendakwaan terhadap Lans Koperal Rohaniza Roslan, bekas teman wanita Azilah. Rohaniza sepatutnya menjadi saksi utama pendakwaan, tetapi pendakwaan telah memohon untuk mencabar kredibilitinya kerana memberikan kenyataan bercanggah dalam keterangannya dan dalam kenyataan polis sebelum ini.
Keterangannya adalah berkaitan dengan apa yang berlaku pada malam Altantuya dilaporkan hilang pada 19 Oktober 2006. Rohaniza juga disiasat bagi sumpah bohong selepas pegawai penyiasat kanan ASP Tonny Lunggan membuat laporan polis terhadapnya.

bullet button Prosiding pendakwaan terhadap Deputi Superintendan Yusri Hasan Basri, juga anggota UTK. Pendakwaan memohon untuk mendakwanya bagi memberikan jawapan bercanggah dalam kenyataannya kepada polis dan keterangannya dalam mahkamah. Keterangan Yusri berkisar mengenai pangsapuri Sirul Azhar di Kota Damansara pada 7 November 2006 semasa polis pergi ke rumah itu untuk mengambil
barangan kemas Altantuya.

bullet button Perbicaraan dalam perbicaraan terhadap kenyataan Azilah yang didakwa diberikan kepada polis. Semasa perbicaraan, seorang saksi, Cif Inspektor Koh Fei Chow mendakwa Azilah memberitahunya yang dia boleh menunjukkan kepada polis tempat Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan.

bullet button Perbicaraan dalam perbicaraan terhadap kenyataan Sirul Azhar yang didakwa diberikan kepada polis bahawa barangan kemas Altantuya (jam tangan Larmes, sebentuk cincin dan sepasang anting-anting) disimpan dalam jaket kulit hitam dalam bilik di pangsapurinya di Kota Damansara. Seorang lagi saksi ASP Zulkarnain Samsudin, memberikan keterangan yang Sirul Azhar mendedahkan tempat barangan kemas Altantuya.

Keterangan saksi

Zaki, dalam keputusannya berhubung isu pertama iaitu mencabar kredibiliti Rohaniza, berkata penjelasan yang diberikan oleh Rohaniza mungkin tidak memuaskan sepenuhnya, tetapi kredibilitinya berdasarkan keterangannya secara keseluruhan dan keterangan saksi lain pendakwaan akan diambil kira.

Mengenai isu kedua iaitu mencabar kredibiliti Mohd Yusri, Zaki berkata penjelasan Mohd Yusri mungkin tidak memuaskan sepenuhnya, kredibilitinya jika mengambil kira keterangan saksi lain pendakwaan dan fakta kenyataan polis yang relevan telah direkodkan kira-kira 10 bulan selepas kejadian akan diambil kira.

Mengenai isu ketiga dan keempat berhubung kenyataan Azilah dan Sirul Azhar, Zaki berkata tiada alasan menyakinkan untuk mengecualikannya daripada menjadi sebahagian keterangan pendakwaan.

Hari ini, Hakim Zaki membebaskan dan melepaskan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Azilah dan Sirul Azhar diperintah membela diri bagi pertuduhan membunuh Altantuya selepas memutuskan pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap mereka.

Zaki memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak. Beliau menetapkan 10 November bagi Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya anggota UTK untuk membela diri.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, dituduh membunuh Altantuya, ketika itu berumur 28 tahun di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Abdul Razak, 48, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 pagi 19 Oktober 2006.

Sabit kesalahan, pertuduhan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim putuskan 7 November tentukan kesahihan sijil ditandatangani Peguam Negara

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Hakim S. M Komathy Suppiah akan membuat keputusan pada 7 November ini bagi menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah bantahan pihak pembelaan dan hujah pendakwa raya dalam prosiding di Mahkamah Sesyen sepanjang hari ini.

- Utusan.

Harga petrol turun lagi 15 sen

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.

- Utusan

'Saya sudah lupakan dia' - Noor Fadilah semakin bersemangat memulakan kehidupan baru

KUALA LUMPUR - "Tidak seronok tinggal di sana (Lombok), saya dah tak nak ke sana lagi."

Demikian pendirian Noor Fadilah Ahmad, 18, apabila ditanya sama ada beliau akan kembali ke Lombok Timur, untuk bersama Nasrudin Dahrom, 24, yang sebelum ini melarikannya pada 3 September lalu.

Antara sebab beliau mahu melupakan Nasrudin ialah apabila mendapati keadaan hidup di negara itu jauh berbeza.

"Saya sudah melupakan Nasrudin," jelasnya yang kelihatan ayu apabila mengenakan baju kurung kuning dengan bertudung di Pejabat Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, dia juga tidak akan kembali semula ke pangkuan pemuda tersebut.

"Saya baru sedar pengorbanan abah dan mama yang sanggup bersusah payah untuk mencari dan membawa saya pulang, mereka terima saya walaupun saya telah melakukan kesalahan," katanya.

Berita terbaru ialah Noor Fadilah bakal meneruskan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Kolej Segi, Kota Damansara mulai bulan depan di bawah program peluang kedua anjuran Putera UMNO.

Saya terlalu rindu pada Noor Fadilah - Nasrudin

KUALA LUMPUR - "Saya menitiskan air mata hampir setiap hari kerana terlalu rindukan Fadilah, apatah lagi kami baru sahaja menjalani kehidupan sebagai suami isteri selepas Aidilfitri yang lalu."

Begitulah luahan perasaan Nasrudin Dahrom, 24, yang tertekan kerana berpisah dengan 'isterinya', Noor Fadilah Ahmad, 18, selepas wanita itu kembali ke Malaysia Selasa lalu.

Perasaan sedihnya itu turut dikongsi ahli keluarga terutama ibunya, Romini yang kini murung serta hilang selera makan.

"Saya tidak akan ceraikan Noor Fadilah sebab dialah isteri saya yang pertama dan terakhir di dunia ini,'' katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan Kosmo! semalam. ~Kosmo

Ditangkap khalwat di pejabat, Norman percaya disabotaj

PETALING JAYA: Belum pun lagi reda isu tentang pergolakan rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu bersama aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi, Norman Hakim (gambar) berhadapan dengan kontroversi baru - kali ini dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi semalam.

Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.

Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.

Ketua Penguat Kuasa JAIS Daerah Gombak, Khairul Hazri Sulaiman berkata, pihaknya menjalankan operasi sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 2.30 pagi.

Mereka dibebaskan selepas siasatan selesai kira-kira pukul 4 pagi.

Kata beliau, pihaknya mengetuk pintu kira-kira setengah jam tetapi apabila tiada respons, mereka bercadang untuk masuk dengan memecahkan pintu.

"Belum sempat memecahkan pintu, abang Norman tiba (di kawasan pejabat Norman)," kata beliau.

mStar Online difahamkan kedua-dua mereka berpakaian lengkap ketika serbuan dilakukan dan telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk disoal siasat.

NORMAN TIDAK NAFI

Dalam pada itu, Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ketika dihubungi mStar Online, tidak menafikan kejadian tersebut.

Namun, secara tegas dia berkata: "Cuma di sini saya ingin perjelaskan hal yang sebenarnya. Sekitar pukul 10 malam, saya dan empat lagi pekerja saya mengadakan mesyuarat di pejabat saya."

"Memey juga adalah salah seorang yang sertai mesyuarat ini kerana sejak Ogos lalu, dia banyak membantu dari segi pengurusan setelah pekerja am saya berhenti," katanya lagi.

Kemudian sekitar pukul 12 tengah malam, jelas Norman, dia keluar meneruskan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya dan pulang semula ke pejabat sekitar 1 pagi.

"Saya terus ke tingkat dua pejabat saya manakala Memey pula berada di tingkat 1 dan saya dapati, salah seorang staf pengurusan, Natalie juga sudah pulang dan hanya tinggal Memey di situ," katanya.

Kata Norman, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah.

"Hanya selepas seketika baru saya turun dan dapati JAIS memang sudah berada di situ.

"Malah, abang saya juga tiba di pejabat setelah dia menerima panggilan daripada Memey yang menghubunginya kerana terdengar bunyi bising di luar pejabat," katanya.

Oleh itu, katanya, dia tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh berlaku kerana memang tidak menyangka sama sekali.

"JAIS kata mereka menerima aduan yang kami berada dalam keadaan mencurigakan sedangkan saya dan Memey berada di tingkat pejabat yang berbeza.

NORMAN DAKWA DISABOTAJ

"Saya tidak tahu siapa yang membuat aduan seperti itu kepada JAIS... mungkin juga ada orang nak sabotaj, entahlah kerana saya sendiri masih bingung.

"Apa yang pasti, saya tetap berikan kerjasama dengan pihak JAIS dan pihak polis Melawati selepas itu. Memang saya pertikaikan juga tindakan mereka itu pada awalnya, tetapi tidak guna bergaduh kerana walau apapun, saya kena ikut prosedur yang mereka tetapkan," kata Norman.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada isterinya, Abby.

Sebagai suami, kata Norman, dia akui perkara itu pastinya sukar diterima oleh isterinya.

Tetapi, tegas Norman, seboleh mungkin, dia tidak mahu kejadian itu menjejaskan lagi rumah tangga mereka memandangkan masalah keluarganya sudah heboh diperkatakan baru-baru ini.

MASALAH RUMAH TANGGA

Awal minggu ini, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya minggu lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey yang popular dengan drama bersiri Mahsuri.

Pasangan ini juga sebelum ini pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian.

REAKSI ISTERI NORMAN

Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Abby ekoran insiden ditangkap khalwat, kata Norman, dia lebih senang perkara itu diselesaikan antara mereka sahaja.

"Saya tidak sempat menghubunginya pada masa kejadian, tetapi pagi tadi saya sudah berjumpa dengannya dan jelaskan sendiri perkara sebenar. Ya, memang ada sedikit ketegangan, tetapi perkara itu boleh diselesaikan. Saya perlu lebih masa untuk meyakinkannya," kata Norman.

Berbeza dengan kenyataan Norman yang sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, Abby yang dihubungi kemudiannya memberikan reaksi berbeza apabila diminta komennya tentang kejadian yang berlaku.

"Umum sedia maklum bahawa hubungan kami sememangnya sedang dilanda krisis... malah sebelum kejadian ini berlaku pun. Saya tidak tahu bagaimana untuk respons kepada pertanyaan seperti ini. Saya anggap kes ini adalah jawapan kepada masalah pergolakan rumah tangga kami selama ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tergamam bila mendapat tahu tentang kes ini. Tetapi saya tidak menangis. Dia ada datang berjumpa dengan saya tadi, tetapi apa saja alasan dia, orang tetap akan nampak dia yang bersalah," kata Abby dalam nada sugul.

Ditanya sama ada insiden ini akan menjejaskan lagi hubungan mereka suami isteri itu, Abby menjawab:

"Ya, ia akan bertambah teruk. Saya sebenarnya sudah putus asa. Sudah lama saya rasa hati dan perasaan saya tidak dijaga.

"Apa yang saya tanggung selama ini, sudah tidak mampu diluahkan lagi. Biarlah apa saja kenyataan yang dikeluarkannya, saya mempunyai kenyataan saya sendiri.

"Apa yang saya harap, saya cuma berdoa agar Allah lembutkan hati saya agar memaafkannya. Itu saja," kata Abby.

MEMEY ENGGAN ULAS LANJUT

Sementara itu, Memey yang dihubungi enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.

Menerusi SMS, pelakon muda itu berkata: "Saya minta maaf, saya hanya perlukan ruang buat masa ini untuk menenangkan fikiran saya.

"Insya-Allah, jika saya sudah bersedia nanti, saya akan jelaskan semuanya." ~ Mstar

Bapa Altantuya kecewa pembebasan Razak Baginda

SHAH ALAM: Bapa Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini yang membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh anaknya itu.

Shaariibuu berkata, keputusan itu akan mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kehakiman dan Kementerian Luar Mongolia untuk membuat rayuan keputusan kes hari ini. ~ Berita Harian

* Bebas selepas bicara tidak mengapa.

Khairy jatuh ke tempat ketiga | Malaysiakini

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.

Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.

khairy jamaluddinDengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.

Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini.

Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Baki 26 bahagian Pemuda lagi akan mengadakan mesyuarat masing-masing hujung minggu ini serta minggu terakhir pada 8 dan 9 November depan.

Ekoran keputusan ibupejabat Umno itu, Bazlan Baharuddin mendapat semula jawatannya sebagai ketua Pemuda Gua Musang.

Dalam mesyuarat pertama itu, Bazlan dipilih semula menerajui pergerakan tersebut. Bagaimanapun, dua hari kemudiannya, Pemuda bahagian mengadakan mesyuarat keduanya, yang memilih Mohd Azizi Abu Naim sebagai ketua Pemuda.

Sabtu lalu, ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat pertama dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau, tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.

Bagaimanapun, pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Umno semalam yang memaklumkan
bahawa mesyuarat yang dipengerusikan Bazlan adalah sah dan tidak terbatal sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Mesyuarat itu berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang dan dihadiri oleh 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno negeri.

Mesyuarat pertama itu juga turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

Manakala mesyuarat mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan sebagai naib ketua.

Bunuh Altantuya: Razak bebas, 2 anggota UTK diperintah bela diri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.

Kes berprofil tinggi itu berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Ia merupakan dua kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian hari ini.

Satu lagi ialah kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Mahkamah pada 9 pagi.

Sungguhpun pintu mahkamah hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi, namun wakil media tempatan dan luar negara serta orang ramai berhimpun di pekarangan mahkamah seawal 5.30 pagi bagi memastikan mereka dapat masuk ke dalam mahkamah kerana ruang galeri awam hanya boleh menampung kirakira 50 orang.

Bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev, yang memakai suit biru gelap tiba pada pukul 8.50 pagi bersama Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dan Duta Mongolia ke Thailand yang juga ditauliahkan ke Malaysia, Siikhuu Saisainbileg.

Peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Karpal Singh tiba pada pukul 8.57 pagi.

Ibu bapa Abdul Razak tiba pada pukul 8.51 pagi diikuti anak perempuan Abdul Razak, Rowena tiga minit kemudian manakala isteri Abdul Razak Mazlinda Makhzan tiba pada pukul 9 pagi.

Anggota keluarga Azilah dan Sirul Azhar masing-masing tiba 7.20 pagi. Azilah dan Sirul Azhar masih memakai penutup muka ala Ninja bagi menyembunyikan wajah mereka daripada orang ramai. ~Mstar

Misteri 7 pelajar hilang di Australia

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO bimbang serta bingung apabila menerima aduan mengenai kehilangan tujuh pelajar Malaysia termasuk tiga orang dari sebuah universiti yang sama di Australia Barat dalam tempoh empat bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau bimbang jika wujud penglibatan mana-mana sindiket termasuk berkaitan keagamaan yang mungkin menyembunyikan pelajar-pelajar itu.

Beliau berkata, siasatan pihaknya setakat ini bagaimanapun belum menemui sebarang persamaan antara kesemua pelajar cemerlang itu melainkan kebanyakan mereka berasal dari Selangor.

Abdul Azeez berkata, bagi mendapatkan gambaran sebenar, pihaknya akan menghantar pasukan ke Australia bersama ibu bapa pelajar terbabit tidak lama lagi bagi menyiasat punca sebenar kes-kes kehilangan itu.

“Di sebuah universiti tersebut sahaja sudah tiga kes dan ada empat lagi kes di beberapa universiti lain.

“Kehilangan ini kita terima sebagai sahih apabila ibu bapa pelajar terbabit tampil membuat aduan kepada pihak sekretariat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Azeez menambah, pihaknya mula menerima aduan daripada ibu bapa pelajar-pelajar terbabit sejak permulaan Ramadan lalu.

Katanya, sebahagian kes telah pun dirujuk kepada pihak Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Wisma Putra serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan maklumat berhubung pelajar-pelajar yang hilang itu diperoleh melalui persatuan pelajar universiti yang terbabit.

“Kita mungkin memerlukan bantuan daripada banyak pihak lain termasuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengesan semua pelajar yang hilang ini,” katanya.

Dalam pada itu, ibu bapa salah seorang pelajar yang hilang, Norzarifah Kamaruzzaman turut berada pada sidang akhbar yang sama.

Ibunya, Noraini Daud berkata, anaknya, Norzarifah terputus hubungan terus dengannya sejak 6 Oktober lalu.

Dia berkata, sebelum itu anaknya dapat dihubungi melalui telefon atau e-mel tetapi sejak tarikh berkenaan, sudah tiada ada saluran komunikasi untuk mengetahui di mana anaknya berada secara tepat.

Katanya, maklumat terakhir yang ada pada dirinya ialah anaknya itu telah mengikuti seorang lelaki bersama ibunya berpindah ke sebuah kampung kecil dinamakan Rockhampton, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Perth.

Tindakan anaknya berpindah dengan lelaki itu katanya, berlaku selepas Norzarifah keluar dari hospital di Perth selepas disyaki menelan hampir 50 biji Panadol.

“Punca anak saya bertindak begitu tidak saya ketahui, maklumat mengenai tindakannya itu kami tahu apabila Norzarifah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya pada 17 September lalu.

SMS itu seperti yang terkandung dalam laporan polis pada 23 September ialah:

“Kak, jangan bagi mak nangis, Ipah baru keluar hospital semalam dari hari Sabtu malam, overdose. Jangan bagi tahu mak, Ipah tak tahu nak buat macam mana lagi, Ipah ambil 50 biji Panadol.

“Jangan bagi tahu emak. Aku nak mati kak, jangan bagi tahu mak, tolonglah kak.”

Noraini berkata, anaknya mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang geologi dan hanya tinggal empat bulan atau satu semester sebelum pengajiannya berakhir.

“Saya dapat tahu dia sudah tidak menghadiri kuliah sejak dari empat bulan yang lalu iaitu dari Ogos,” katanya.

Dia memberitahu, Norzarifah adalah anak kedua daripada lima beradik dan memulakan pengajian di Australia sejak tahun lalu.

Menurut Noraini, anaknya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusannya di universiti terbabit juga baik sebelum ini. ~Utusan

Lapan suspek culik dua beranak diberkas

JOHOR BAHRU 30 Okt. - Lapan orang yang disyaki menculik seorang ibu bersama anak lelakinya berusia enam tahun dengan menuntut wang tebusan sebanyak RM1.7 juta berjaya diberkas di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita itu ditahan di sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang, kira-kira 1.20 pagi, 8 Oktober lalu.

Katanya, wanita berumur 42 tahun dan anaknya itu diculik pada pukul 11.50 pagi di sini pada 6 Oktober lalu.

"Bagaimanapun selepas mendapatkan wang tebusan seperti yang diminta, mereka bertindak membebaskan kedua-dua mangsa pada 7 Oktober sebelum melarikan diri ke Pulau Pinang," katanya yang enggan mengulas lanjut pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) di sini hari ini.

Menurut Mohd. Mokhtar, ketika tangkapan itu, pihak polis turut menemui semula wang berkenaan serta dua pucuk pistol bersama 80 peluru.

Katanya, kesemua mereka yang berumur awal 40-an kini direman bagi membantu siasatan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Beliau menegaskan, pihak polis sedang mengesan tiga lagi suspek lelaki bagi membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, seorang daripadanya ialah Tee Van Hin berumur, 54, atau turut dikenali sebagai Ah Heng dan pernah tinggal di No. 27, Jalan Setia 5/12, Taman Setia Indah, di sini tetapi identiti dua lagi suspek masih lagi dikesan.

* Tahniah buat pihak polis

Mahkamah bebaskan Razak Baginda ~ Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu diperintah membela diri.

30 October 2008

Cemas bayi diculik 7 jam

KUANTAN: Sepasang suami isteri terpaksa melalui detik mencemaskan apabila bayi lelaki mereka, Mohd Aidin, yang baru berusia sebulan dilarikan seorang wanita yang bersubahat bersama dua lelaki lain dari rumah mereka di Galing Besar, dekat sini, petang kelmarin, sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat, tujuh jam kemudian.

Sebelum kejadian, ibu bayi itu, Zaiton Awang Besar, 37, yang bersendirian di rumah didatangi seorang wanita yang juga kenalan anak saudara lelakinya dan seorang lelaki tanpa mengesyaki niat buruk suspek terbabit, kira-kira jam 6 petang.

Ketika rancak berbual, ibu mangsa meminta izin membuang sampah di belakang rumah dan meninggalkan bayi berkenaan dengan ‘tetamu’ wanita terbabit.

Bagaimanapun, ketika ketiadaan Zaiton, wanita terbabit bersama lelaki bersamanya melarikan bayi berkenaan sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu tidak jauh dari rumah mangsa dengan dipandu seorang lagi lelaki.

Difahamkan, tindakan kedua-dua suspek terbabit melarikan bayi berkenaan dilihat seorang kanak-kanak yang juga anak jiran sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa.

Berikutan kejadian itu, Zaiton cuba mengesan kereta berkenaan di sekitar pusat bandar ini, tetapi tidak berhasil sebelum membuat aduan mengenai kehilangan bayinya di Balai Polis Air Putih di sini, jam 11.30 malam.

Difahamkan, selepas melarikan bayi berkenaan, semua suspek terbabit bertemu sepasang suami isteri masing-masing berusia 24 dan 25 tahun di Kampung Razali, Jalan Gambang, dekat sini, sebelum membuat perjanjian menjual bayi berkenaan dengan harga RM500.

Menceritakan semula detik kejadian itu, bapa bayi berkenaan, Abu Abdullah, 33, seorang kontraktor di Dungun, Terengganu, berkata dia tiada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan mengenai kehilangan anak sulung mereka.

Menurutnya, dia bersama isteri dan dibantu seorang anak saudara lelakinya berusaha mencari di sekitar pusat bandar sebelum menemui dua lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan di kawasan Tanah Putih Lama.

Katanya, ketika itu, anak saudaranya mengecam wajah kedua-dua lelaki terbabit lalu menyoal mereka mengenai kehilangan bayinya, namun suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian itu sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

“Selepas disoal siasat polis, ketiga-tiga suspek terbabit akhirnya mengaku melarikan bayi saya sebelum memaklumkan lokasi dia disembunyikan di rumah sepasang suami isteri.

“Selama tujuh jam bayi saya dilarikan, fikiran saya kusut dan bercelaru kerana bimbang berlaku kejadian buruk menimpa anak sulung kami.

“Isteri saya pula tidak berhenti menangis kerana terkenangkan anak kami ketika gerakan mencari dijalankan hingga ke Jaya Gading di sini,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Difahamkan, susulan maklumat itu, sepasukan anggota polis mengepung sebuah rumah didiami sepasang suami isteri di Kampung Razali, jam 2 pagi sebelum menemui semula bayi berkenaan.

Ketika serbuan, pasangan suami isteri itu sedang tidur dan gagal melarikan diri sebelum ditahan dan dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut.

“Saya dan isteri gembira dan bersyukur apabila cahaya mata sulung kami ditemui semula dalam keadaan selamat dan sedang tidur dalam bilik di rumah berkenaan.

“Sepanjang tempoh tujuh jam kehilangannya, pelbagai persoalan bermain di fikiran saya terutama apabila teringatkan beberapa kes culik bayi yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya sekeluarga berterima kasih kepada anggota polis kerana bertindak pantas dan dapat menyelamatkan anak kami yang mungkin mahu dijual ke luar negara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dari semua aspek termasuk sama ada semua suspek berkenaan pernah terbabit dalam beberapa kes sama yang pernah dilaporkan di beberapa negeri sebelum ini.

“Semua suspek yang berusia antara 18 dan 30 tahun kini direman hingga 1 November ini bagi membantu siasatan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik selain dipercayai turut terbabit dalam beberapa kes jenayah lain,” katanya. ~HMetro

257,411 bayi luar nikah

KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan. ~Kosmo

Ditetak kerana lawan penyamun

ALOR STAR - Anak lelaki seorang pegawai kastam ditendang dan ditetak enam penyamun bertopeng yang menceroboh masuk rumah keluarganya di Kampung Sungai Baru, Gunong dekat Gunung Kerian di sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 4 pagi, Mohd. Shahmi Mohamad, 20, belum tidur dan leka bermain permainan komputer di sebuah bilik di rumah dua tingkat itu.

"Tiba-tiba komputer Shahmi terpadam. Shahmi keluar dari bilik untuk memeriksa suis komputer yang berada di luar bilik.

"Semasa itulah Shahmi terus disambar empat lelaki,'' cerita Penolong Kanan Pengarah Kastam Pulau Pinang, Mohamad Said.

Suis komputer itu sebenarnya sengaja dipadam oleh penyamun itu bagi mengumpan Shahmi supaya dia keluar dari bilik tersebut.

Menurut beliau, anaknya yang terkejut melawan dan dapat melepaskan diri sebelum ia melarikan diri keluar rumah.

Bagaimanapun, di luar rumah Shahmi sekali lagi ditahan dan semasa itulah Shahmi ditendang dan tangan kanannya ditetak.

Ujarnya lagi, Shahmi kemudian disuruh mengetuk pintu biliknya bagi mengejut beliau dan isteri yang sedang tidur.

"Apabila isteri membuka pintu, empat penyamun terus acukan parang ke leher kami.

"Anak perempuan saya yang tidur di bilik sebelah turut di suruh berkumpul di bilik saya dan kami empat beranak kemudian diikat dengan tali rafia,'' ujarnya.

Selepas itu, Mohamad memberitahu, penyamun itu mengarahkan beliau menyerahkan wang perniagaan kedai bunga isterinya dan semua barang berharga lain. ~Kosmo

* Malaysia yang aman dan sejahtera

Pulihkan Umno, Najib bakal gunakan Ezam?

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh) - Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof dalam satu ulasannya membayangkan Ezam Mohd Noor kini dilihat tidak memberi ‘apa-apa’ untuk Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tempoh Abdullah bertakhta di dalam Umno hanya berbaki beberapa bulan lagi.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat (AMK) mungkin akan dipergunakan oleh bakal Presiden Umno yang baru, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Tapi saya percaya Najib tidak akan mempersia-siakan kehadiran Ezam di dalam Umno. Najib sedang merencana banyak agenda dalam persediaan beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya.

Antaranya adalah tanggungjawab besar beliau untuk memulihkan kredibiliti Umno dan BN di mata rakyat, ujar Sabki yang juga seorang peguam.

Beliau berkata demikian dalam satu ulasan yang diterbitkan dalam blognya, sabki.blogspot.com baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Sabki berkata dalam pilihan raya umum ke-12 membuktikan rakyat menuntut reformasi besar dalam pentadbiran negara kerana di mata rakyat, Malaysia sudah kepupusan nilai demokrasi dan keadilan.

Di mata rakyat juga, pemimpin BN dan Umno adalah pengamal politik rasuah dan korupsi, justeru katanya untuk Umno dan BN terus relevan dalam persada politik negara, mereka mesti berusaha merubah hakikat ini, katanya.

Kebangkitan rakyat menuntut integriti, keadilan dan pemulihan demokrasi mesti ditangani Najib, katanya.

“Apakah Najib akan menggunakan Ezam untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sedang melaksanakan pemulihan demokrasi dan perang terhadap rasuah?,” ujarnya.

Ezam adalah tokoh demokrasi dan anti rasuah sejak sekian lama, seperti kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, diri Ezam itu bagai sebuah instititusi yang memperjuangkan demokrasi dan menentang rasuah.

“Saya yakin semangat dan inspirasi menentang rasuah masih berpasak dalam diri Ezam, dan saya harap ianya masih sekental dulu,” kata Sabki dengan sinis.

Berbicara lanjut, Sabki berkata di awal zaman awal 80-an, ketika Umno berdepan dengan kebangkitan idealisma Islam sedunia Dr Mahathir telah membawa masuk Anwar untuk memberikan imej Islam kepada Umno.

“Kemasukan Anwar, tokoh muda ABIM ke dalam Umno telah memberikan keyakinan kepada umat Melayu Islam bahawa Umno cukup serius dalam pelaksanaan Islam.

“Ia juga berjaya mengimbangi suara PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang melaungkan pelaksanaan Islam dalam pentadbiran negara. Maka rakyat terpesona dengan Umno dan melupakan PAS. Apa yang terjadi pada Anwar selepas itu adalah sejarah yang kita semua maklum,” katanya.

Sabki melihat, mungkin kali ini Umno di bawah Najib akan menggunakan Ezam untuk meredakan tuntutan rakyat dan pembangkang kepada demokrasi dan penentangan terhadap rasuah. “Mungkin selepas ini, Ezam akan diberikan satu kedudukan penting dalam mana-mana portfolio kerajaan dalam menangani rasuah,” katanya.

Sabki membayangkan bahawa Ezam akan menjadi Anwar nombor dua kepada Umno dalam semua usaha itu dalam meraih kepercayaan rakyat yang kini luntur.

Sebelum itu Sabki menyatakan beliau sempat mengunjungi Ezam di rumahnya di Shah Alam pada 25 Oktober lalu ketika bekas Ketua AMK itu mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri. ~ Harakahdaily

Nasrudin tak gentleman - Azeez

SEPANG - "Saya akan tetap menunggu kepulangan Fadilah ke pangkuan saya semula (Lombok Timur) tetapi saya tidak akan ke sana (Malaysia) lagi."

Demikian keputusan Nasrudin Dahrom, 24, untuk terus menunggu Noor Fadilah Ahmad, 18, yang dibawa pulang ke Malaysia kelmarin setelah 54 hari dilarikan oleh pemuda berkenaan.

Bagaimanapun, pendirian Nasrudin itu disifatkan sebagai bukan lelaki yang budiman.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Nasrudin menolak tawarannya untuk ke Malaysia, biarpun sudah diberi jaminan keselamatan kerana mahu Fadilah kembali sendiri ke Indonesia.

"Dia (Nasrudin) berjumpa dengan saya dan saya menyatakan kepada dia, kalau dia betul-betul gentleman datang ke sini (Malaysia) cari keluarga Fadilah dan lakukan dengan cara yang betul,'' jelas Abdul Azeez semalam.

Kisah Noor Fadilah mula mendapat perhatian media apabila bapanya membuat laporan polis pada 24 September lalu atas dakwaan anaknya itu telah dilarikan oleh Nasrudin. ~ Mstar

Hakim kontroversi letak jawatan 1 Disember ~Malaysiakini

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin - yang sebelum ini membuat dakwaan mengejutkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam hakim-hakim - telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai hakim.

Menteri di Jabatan Perdana, T Murugiah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, yang bertarikh 16 Julai, kepada Yang di-Pertuan Agong.

bm version justice ian chin biodata 301008"Beliau akan meletakkan jawatan pada 1 Disember 2008. Pada masa ini, beliau sedang bercuti sejak 1 Ogos lalu sehingga 30 November depan," katanya.

Murugiah menjawab soalan Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) sekiranya sebarang tindakan akan diambil terhadap hakim berkenaan kerana mendakwa berlaku campurtangan kerajaan dalam bidang kehakiman.

Soalan yang sama juga dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu).

Murugiah berkata, memandangkan Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, maka tidak perlu sebarang tindakan diambil terhadap Mahkamah Tinggi Sarawak itu.

Harga minyak turun lagi esok? ~Malaysiakini

Mesyuarat kabinet esok akan membincangkan sama ada akan menurunkan harga minyak buat kali keempat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Katanya, sebarang penurunan harga minyak akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jika mendapat persetujuan jemaah menteri.

"Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan saya.

"Jadi saya tidak tahu apa keputusannya. Memang kerajaan berhasrat menurunkan harga minyak. Tetapi ia (umum) mungkin esok, lusa atau dua minggu lagi," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Menurut Bernama, pada 15 Oktober lalu kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter manakala harga petrol RON92 diturunkan 10 sen kepada RM2.20 seliter. Harga minyak diesel pula diturunkan 20 sen kepada RM2.20.

Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Mengenai andaian bahawa harga minyak akan turun mulai esok, Shahrir berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu.

Kes Anwar, Altantuya jadi tumpuan esok

KUALA LUMPUR: Kes berprofil tinggi yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongloia Altantuya Shaariibuu akan menjadi tumpuan esok.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babakbabak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.

Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya. ~Mstar

Ketua hakim baru beri kata dua ~Malaysiakini

Walaupun pelantikan beliau sendiri dalam kontroversi, Ketua Hakim Negara memberi kata dua kepada hakim dan pegawai kehakiman yang gagal memberikan perkhidmatan terbaik - terus berkhidmat atau tinggalkan institusi kehakiman.

Dalam ucapan sulungnya bersempena majlis angkat sumpahnya hari ini, Tan Sri Zaki Tun Azmi menambah, mereka haruslah memikul bebanan itu bagi kepentingan awam jika memilih untuk kekal berkhidmat.

"Oleh itu, kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, bahawa gaji kita dibayar dari kocek rakyat. Betapa besar pun kepentingan kita dan betapa resahnya kita atas layanan itu, kita mesti ingat, kepentingan awam adalah jauh lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

bm version chief justice of malaysia 151008Zaki, 63, dilantik menjadi ketua hakim negara ke-12 menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lepas.

Pada majlis itu, lapor Bernama, Zaki menyaksikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Zaki.

Alauddin mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria pula mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Alauddin.

Arifin mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk T Selventhiranathan.

Turut hadir pada majlis itu, dua bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid dan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, serta hakim-hakim mahkamah persekutuan, rayuan dan tinggi.

Zaki dalam ucapannya menegaskan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap segelintir hakim dan pegawai kehakiman yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Mereka yang segelintir inilah yang telah mencemarkan imej institusi kehakiman kita. Jika mereka tidak jujur, mereka boleh juga dianggap tidak bertanggungjawab," beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, gejala itu perlu diperbaiki dengan segera sebelum ia merebak dan sekiranya wujud amalan ampu-mengampu "saya kata, hentikanlah".

Zaki berkata daripada pengamatannya selama setahun yang lepas, beliau tidak meragui terdapat hakim dan pegawai kehakiman yang telah bekerja keras dalam menjalankan tugas mereka.

"Saya akan pastikan usaha dan kerja keras mereka ini tidak sia-sia. Buktikanlah bahawa anda berhak menerima ganjaran dan saya akan mengusahakannya untuk anda," katanya.

Zaki berkata tugas besar yang perlu dihadapi oleh institusi kehakiman adalah mengatasi masalah kes-kes tertunggak dan kelewatan menyelesaikan kes.

Jelasnya, beliau tidak mengimpikan untuk memegang jawatan hakim Mahkamah Persekutuan yang merupakan satu tanggungjawab yang amat berat.

"Tidak berapa lama selepas itu, saya pula diberi tugas sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Dalam tempoh yang singkat, saya telah cuba melakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya," katanya.

Beliau berkata tidak ramai yang mengetahui pembaharuan yang telah dilaksanakan di bahagian pendaftaran di Mahkamah Rayuan, antaranya mempercepatkan kaedah pendaftaran dengan surat-menyurat dibalas dengan segera dan kerenah birokrasi di bahagian itu kini paling minimum.

Katanya, pengalaman beliau dalam bidang komersial mungkin membolehkan beliau memahami isu-isu pentadbiran sesuatu jabatan dengan lebih teliti.

Zaki turut merakamkan penghargaan kepada Abdul Hamid kerana telah merintis jalan baginya untuk sampai ke tahap itu sambil meninggalkan suatu tanda aras yang cemerlang untuk beliau ikuti.

"Mudah-mudahan saya tidak akan mengecewakan beliau (Abdul Hamid)," katanya.

Zaki, anak ketua hakim negara yang kedua, allahyarham Tun Azmi Mohamed, berkata sekiranya bapanya masih ada pasti gembira kerana beliau mengikut jejaknya.

Zaki ketika ditemui media selepas selesai majlis itu hanya berkata :

"Tulislah apa yang saya cakap dalam ucapan saya. Tidak perlu dihuraikan lagi. Saya bukan ahli politik."

Pelantikan Zaki dalam badan kehakiman pernah mencetuskan kontroversi ekoran kaitannya sebelum ini dengan Umno.

* Penyapu baru

Nazri Beri Jaminan Dapatkan Jumlah Sebenar Bayaran Ex-gratia Enam Bekas Hakim

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai jumlah sebenar pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat pada 1988.

Beliau berkata jumlah itu yang tidak diumumkan sebelum ini kerana menghormati kehendak keluarga yang menerima pembayaran itu bukan saja ingin diketahui oleh pembangkang malah wakil kerajaan dalam Dewan Rakyat.

"Saya percaya perkara ini sudah tentu menarik perhatian daripada Ahli Parlimen dan saya akan berusaha mendapatkan jawapannya secepat mungkin. Saya juga semak ucapan saya hari ini, tak ada jawapan berkenaan berapa jumlah yang dibayar.

"Kalau saya tak tahu saya cakap tak tahu, saya tak boleh mengambil satu jumlah daripada angin dan mengatakan itu sebagai jawapan kerana saya akan menipu dewan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nazri, yang baru mengambilalih portfolio perundangan, berkata beliau tidak mengetahui butiran lengkap mengenai jumlah pembayaran itu kerana pengiraan dibuat oleh Setiausaha Kabinet dan bahagian pencen.

Biarpun diasak beberapa wakil pembangkang yang membangkitkan perkara berkenaan seperti dari Ipoh Timur, Pokok Sena, Subang, Kubang Kerian, Balik Pulau dan Wangsa Maju, beliau tetap dengan jawapannya.

Malah beliau turut menyuruh Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) agar mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memecatnya kerana tidak tahu jawapan kepada soalan itu.

Pembayaran ex-gratia berkenaan diumumkan Abdullah April lepas sebagai menghargai sumbangan besar kepada bekas hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman bagi memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman yang tercemar sejak 20 tahun lalu.

Bekas hakim itu ialah bekas Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Salleh Abas dan bekas hakim-hakim Mahkamah Agung semasa itu Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Nazri juga berkata kerajaan berharap Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dapat diluluskan sebelum Mac tahun depan.

"Kita dah lihat kedua-dua draf undang-undang itu dan pada akhir bulan ini akan dibentangkan lagi," katanya.

Beliau juga memberi jaminan kakitangan yang berkhidmat dalam badan-badan berkaitan perundangan dan kehakiman akan terdiri daripada pelbagai kaum.

Mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru Tan Sri Zaki Tun Azmi, beliau berkata pelantikan itu adalah berdasarkan merit dan Azmi memenuhi kriteria yang diperakui pegawai mahkamah dan komuniti guaman ketika bertugas di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, beliau berkata penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak akan dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada beberapa pihak.

Terdahulu semasa menyentuh mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Nazri berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengubahnya.

"Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera merupakan perkara penting yang telah mendasari pembangunan dan pentadbiran negara selama ini dan telah terbukti dapat menjamin kestabilan sosial dan keamanan negara.

"Kerajaan selama ini telah memastikan bahawa peruntukan-peruntukan dalam Pekara 153 tetap diberi keutamaan dalam proses penggubalan undang-undang dan dasar serta pelaksanaan program-program kerajaan," katanya ketika menjawab saranan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) untuk kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan dengan efektif.

Ketika menjawab soalan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) mengenai Hindraf, Nazri berkata tindakan yang diambil terhadap pertubuhan itu bukan atas desakan Perdana Menteri.

"Tindakan yang diambil terhadap Hindraf bukan kerana Perdana Menteri tertekan. Tindakan yang kita ambil itu adalah sebab kepentingan ramai. Kita ambil (ISA) kerana bimbang potensi untuk berlaku satu perkara yang lebih besar yang boleh menjejaskan masyarakat.

"Tidak ada sebab kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum mengambil tindakan untuk menindas kaum yang menyokongnya," kata beliau. ~Utusan

* Lepas tahu diam tidak mengapa

Nasib Razak, Azilah, Sirul diketahui esok

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda bersama dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman akan mengetahui nasib masing-masing, Jumaat ini, sama ada mereka bakal dibebaskan ataupun diperintahkan membela diri atas tuduhan berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Seandainya Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan Abdul Razak, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar perlu membela diri, maka semua akan berpeluang mendengar versi keterangan tertuduh.

Azilah, 32, dari Unit Selam Tempur manakala Sirul Azhar, 36, yang bertugas mengiring VVIP (orang kenamaan penting) di luar negara, didakwa membunuh Altantuya, 28, antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini.

Sementara Abdul Razak, 48, pula didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh dalam pembunuhan pada 18 Oktober 2006 di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia (LGAM), Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Namun andai kata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes maka tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan pada peringkat akhir kes pendakwaan tanpa perlu memberi keterangan pembelaan.

Penghakiman tersebut mungkin ringkas tetapi pastinya mencakupi lima hujahan yang terkandung dalam nota prosiding perbicaraan setebal 6,000 muka surat.

Sepanjang 151 hari prosiding perbicaraan seramai 84 orang saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. 40 daripadanya ialah saksi polis.

Mengimbas prosiding terakhir pada 18 September lalu, Hakim Mohd. Zaki yang meneliti hujahan bertanya mengenai rekod transaksi telefon bimbit (CDR) yang dikemukakan.

Menurut hakim, berdasarkan pengiraan terdapat 17 transaksi yang menunjukkan perbualan antara Abdul Razak dengan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Supritendan Polis (DSP). Terlintas di fikiran hakim, apakah sebenarnya yang mereka bincangkan? Apakah pula tujuan DSP itu memperkenalkan Abdul Razak kepada Azilah.

Abdul Razak ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) itu berkelulusan sarjana bidang kajian perang dari King's College, Universiti London. Dia banyak menulis mengenai isu-isu politik, pertahanan dan antarabangsa.

Azilah mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003. Dia juga mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

Sirul Azhar yang mula berkhidmat dengan UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi. ~Utusan

29 October 2008

GM PKNS: MB dan PAS Selangor bersependapat

Isu perlantikan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Madam Low Siew Moi, dibangkitkan dalam dewan undangan negeri Selangor sebentar tadi apabila wakil Kota Damansara dari Parti Sosialis, Dr Nasir mengingatkan semua pihak agar jangan terperangkap dengan isu kaum dan agama. Beliau menegaskan sebagai wakil dari parti sosialis, bahawa parti beliau tidak samasekali bersandar pada isu-isu sedemikian.

Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal sikap PAS Selangor terhadap keputusan Dato Menteri Besar Selangor selaku pengerusi PKNS melantik Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS.

Saya yakin apa yang PAS Selangor bangkitkan dan bawa kepengetahuan MB itu bukannya isu kaum atau agama. Jika parti sosialis yang diwakili Dr Nasir bukan bersendikan perkauman, PAS juga lebih dari itu. Islam tidak pernah menjuarai isu perkauman, yang penting disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa.

Jika kita teliti kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali, bagi pihak ahli-ahli EXCO PAS dan ADUN-ADUN PAS bahawa yang dipertikaikan adalah kewajaran melantik Madam Low
dari sudut kelayakan, bukannya kerana bangsa atau anutan Madam Low. Kerana itulah sebagaimana dilaporkan oleh semua akhbar hari ini, Dato MB Selangor bersetuju dan malah bersedia jika PAS mempunyai calon yang sesuai untuk mengambil-alihan jawatan berkenaan serta-merta.

Sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini:

”Katanya (Dr Hasan Ali) PAS berbesar hati kerana dalam pertemuan baru-baru ini Abdul Khalid (Dato MB) menyerahkan kepada PAS untuk mencari calon yang mampu menguruskan dan mentadbir PKNS dengan baik sehingga berupaya mengembalikan peranannya dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.”

Bermakna tidak ada siapa di sini yang terperangkap dengan isu kaum atau agama. Kedua-dua PAS dan Dato MB Selangor mahukan calon yang memiliki kemampuan serta keupayaan mengembalikan badan berkanun negeri ini supaya berperanan membangunkan ekonomi Bumiputera setelah ternyata ia gagal di bawah pentadbiran BN Selangor sekian lama. Dan apakah peranan ataupun objektif utama PKNS? Antaranya:


Meneroka dan menyertai bidang-bidang pelaburan dan perdagangan untuk mewujudkan penyertaan ekuiti dan pengurusan Bumiputera yang berkesan dalam perindustrian dan perdagangan.

Menyedia landasan ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera selarasn dengan Dasar Pembangunan Nasional.

Alhamdulillah hasil dari kebijaksanaan Dato MB Selangor, apa yang dikemukakan oleh PAS itu diterima dan kini kita sama-sama menunggu perlantikkan calon yang lebih sesuai yang dapat diterima oleh semua dan lebih penting lagi mampu dan berupaya menggerak dan melaksanakan agenda yang telah ditetapkan dalam dasar dan obketif PKNS itu. ~Roslansms

Yoga: Majlis Fatwa akan umum keputusan

PULAU PINANG: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.

Osman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

RM300,000 barang kemas 'datin' lesap

KUANTAN: Barang kemas bernilai RM300,000 milik seorang wanita bergelar “datin” lesap selepas dipercayai dilarikan pembantu rumah ibunya dalam kejadian di Taman Selamat di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian mangsa bersama suaminya tinggal di rumah ibunya di taman perumahan itu sejak 23 Oktober lalu untuk menghadiri majlis rasmi di Pekan.

Beliau berkata, mangsa berusia 51 tahun yang menetap di Kuala Lumpur dipercayai meletakkan kesemua barang kemasnya di dalam satu beg dan menyimpannya di dalam almari bilik tidur rumah itu.

“Bagaimanapun barangan kemas terbabit hanya disedari hilang Isnin lalu sebelum mangsa turut mendapati pembantu rumah ibunya itu juga menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

3 isteri Hj Ton halang jurugambar

SUNGAI PETANI: Suasana di luar Mahkamah Majistret Dua di sini, semalam kecoh apabila ketiga-tiga isteri, anak-anak serta ahli keluarga kepada Zaiton Arshat atau Haji Ton yang disyaki terbabit dalam rompakan wang tunai berjumlah kira-kira RM3.19 juta bertindak menghalang jurugambar merakam wajahnya.

Kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 56 tahun itu dibawa masuk polis ke dalam Mahkamah Majistret Dua untuk mendapatkan perintah tahanan reman apabila hampir 20 ahli keluarganya bertindak menghalang jurugambar yang hadir.

Ketiga-tiga isteri suspek termasuk anak-anaknya juga bertindak berkumpul di hadapan pintu mahkamah dan menghadang pintu lokap ketika suspek dibawa keluar dari mahkamah menaiki van polis untuk dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Alor Star. ~HMetro

Wanita MCA sokong Khalid lantik Siew Moi

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita MCA menyokong keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketuanya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata dalam dunia global kini, perlantikan jawatan tinggi kerajaan tidak seharusnya berdasarkan kepada warna kulit atau jantina.

"Walaupun ideologi politik saya berbeza dengan Tan Sri Khalid, saya percaya dengan keyakinan serta kepercayaan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor itu terhadap keupayaan kaum wanita untuk menerajui PKNS," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang memiliki keupayaan dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan perlu diberikan peluang untuk mencurahkan khidmat bakti mereka.

"Sekiranya seseorang yang dilantik itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik, dia seharusnya dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatannya pada kedudukan itu, namun sekiranya di gagal, masih tidak terlalu lambat untuk menamatkan saja perkhidmatannya.

Chew turut menggesa Khalid supaya tidak dipengaruhi oleh pihakpihak tertentu yang prejudis dan mempersoalkan perlantikan Low berdasarkan kepada aspek kaum dan jantina.BERNAMA

Hentikan yoga, bimbang rosak akidah | Malaysiakini

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

zakaria stapaBeliau dilaporkan berkata demikian selepas menyampaikan syarahan Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut Bernama lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bercakap selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di USM hari ini, timbalan ketua pengarah operasi Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Seminar itu anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

Sejumlah 47 kertas kerja dibincangkan pada seminar itu.

Antaranya bertajuk 'Konsep Fiqh Lestari', 'Konsep Pemikiran Lestari', 'Kelestarian Dalam Sosial: Toleransi Agama', 'Kelestarian Dalam Sosio-Budaya', 'Kelestarian Dalam Sains, teknologi dan Alam Sekitar', 'Kelestarian Dalam Ekonomi' dan 'Cabaran pemikiran Islam: Islam Liberal'.

'Kelestarian Islam dalam Pendidikan', 'Cabaran Fiqh Lestari: Aspek Mazhab', 'Institusi Kewangan Islam: Zakat', 'Kelestarian Dalam Politik dan Perundangan', dan 'Kelestarian Dalam Institusi Kewangan Islam: Waqaf'.

Air mata saksi pertemuan Noor Fadilah, keluarga

NUSA TENGGARA BARAT (Mataram) 28 Okt. - Selepas 54 hari terpisah, Noorfadilah Ahmad akhirnya disatukan kembali dengan ibu bapanya dalam pertemuan penuh emosi di sini hari ini.

Pejabat Imigresen Daerah Mataram yang selalunya sibuk, bertukar hiba apabila Noorfadilah menyedari kehadiran ibu bapanya, Ahmad Abdul Hamid, 46, dan Masitah Abdullah, 42, yang dibawa ke sini oleh Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO semalam.

Dalam pertemuan pukul 1.45 petang itu, Noor Fadilah terus menerpa dan memeluk bapanya sebaik sahaja bersua.

Suasana tegang bertukar penuh emosi apabila Masitah keluar dari kereta dan terus memeluk anak sulung kesayangannya sambil menangis, disaksikan lebih 50 orang termasuk Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

"Tak sayang mama ke?" tanya Masitah kepada anaknya yang menangis teresak-esak dan sesekali kedengaran Noorfadilah yang baru berusia 18 tahun itu berkata "sayang" sambil memohon maaf berkali-kali.

Pertemuan penuh emosi itu berlanjutan hampir 10 minit sebelum mereka memasuki Pejabat Imigresen bagi menyelesaikan masalah dokumen perjalanan Noor Fadilah yang masuk ke Lombok secara haram sejak 6 September.

Noorfadilah yang berasal dari Bagan Serai, Perak, mengikut Nasrudin ke Lombok pada 3 September lepas (dari Malaysia) tanpa keizinan ibu bapanya yang tidak merestui hubungan cinta pasangan itu.

Pasangan itu dikatakan berkahwin di Batu Belik, Aimal, Lombok Timur, 11 Oktober lalu dan ia ditentang keras bapa Noorfadilah selaku wali yang sah.

"Ini sudah jodoh dan takdir kami. Saya akan minta maaf kepada bapa Fadilah.

"Kalau perlu saya akan cium kakinya," kata Nasrudin ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Pejabat Imigresen Mataram.

Pada 4 September, Ahmad membuat laporan polis dan meminta mana-mana pihak membantunya membawa pulang Noorfadilah dan rayuannya itu mendapat perhatian Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO.

Mengikut undang-undang Indonesia, seseorang individu yang masuk secara tidak sah ke negara itu boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun atau denda 30 juta rupiah.

Namun hasil rundingan antara Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang diwakili Abdul Azeez dan Kepala Seksyen Pengawasan dan Penindakan Imigresen Daerah Mataram, M. Adnan, Noorfadilah dibenar pulang tanpa dikenakan hukuman.

"Apa yang penting, semua pihak perlu belajar daripada perkara itu supaya tidak berulang. Ini adalah usaha kecil sekretariat untuk membantu masyarakat," katanya yang berpuas hati misi membawa pulang Noorfadilah berjalan lancar dengan bantuan semua pihak termasuk Imigresen dan polis tempatan.

Sebelum itu Abdul Azeez yang dikerumuni orang ramai termasuk anggota keluarga Nasrudin menasihatkan pemuda berasal dari Lombok Timur itu menyelesaikan perkara itu mengikut undang-undang dan adat budaya Melayu.

"Jangan pisahkan mereka, saya bisa stres" kata ibu Nasrudin, Rumini, 55, yang mahu perkara itu diselesaikan secara baik selepas Noorfadilah ditahan Imigresen Mataram sejak 16 Oktober lepas.

Nasrudin yang dibenar berjumpa ibu Noorfadilah di Lapangan Terbang Silaparang, Mataram, berkali-kali meminta maaf kepada Masitah atas tindakan mereka berdua itu.

Rombongan Sekretariat yang membawa pulang Noorfadilah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam ini. ~ Utusan

* Fadilah dalam tahanan Imigresen Daerah Mataram kerana masuk Indonesia tanpa kebenaran. Pulang ke Malaysia bukan kerana 'kerelaan'?. Dicadangkan masukkan segera ke pusat pemulihan akhlak.

Sindiket tukar tiub tayar motosikal sukar dikesan

KUALA LUMPUR: Lambakan iklan haram memaparkan nombor telefon mekanik yang menyediakan perkhidmatan menukar tiub tayar motosikal menggunakan cat semburan kekal di sekitar ibu kota dipercayai didalangi sindiket tertentu yang ingin mencari untung mudah dengan mengenakan caj melampau kepada orang ramai.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, bagaimanapun berkata, pihaknya mengalami kesukaran mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sindiket terbabit yang licik dan sentiasa berhati-hati bagi mengelak diri mereka tertangkap.

Katanya, melalui maklumat yang diperoleh, pihaknya percaya sindiket berkenaan turut bekerjasama dengan segelintir ejen pembekal alat ganti motosikal.

“Kami beberapa kali cuba memerangkap sindiket ini dengan menghubungi nombor yang tertera pada iklan haram berkenaan, tetapi mereka sangat licik untuk melepaskan diri.

“Golongan terbabit juga tidak mempunyai premis atau bengkel sendiri sekali gus menyukarkan usaha untuk menjejaki mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jumaat lalu, Metroplus melaporkan mengenai lambakan iklan haram memaparkan nombor telefon mekanik yang menyediakan perkhidmatan menukar tiub tayar motosikal dengan menggunakan cat semburan kekal, semakin banyak dan dapat dilihat di mana-mana tempat di sekitar ibu kota. ~ HMetro

* Susah atau malas?

`Bawalah saya pulang’

BALING: “Saya tidak tahan lagi tinggal di sini dan bawalah saya pulang kerana begitu merindui keluarga,” kata Nur Liana Abd Rahim, 18, ketika menghubungi ibunya melalui telefon bimbit kira-kira sebulan lalu.

Ia perbualan terakhir gadis itu dengan keluarganya selepas mendakwa lari mengikut seorang lelaki warga Indonesia ketika berusia 16 tahun, kira-kira dua tahun lalu.

Nur Liana dikatakan sempat menghubungi keluarganya di Kampung Charok Bunting, Mukim Siong, di sini, selepas hidup menderita apabila terpaksa menjadi buruh dengan menanam sayur sejak berada di negara jiran itu.

Ketika menghubungi keluarganya, dia merayu agar membantu membawanya pulang ke negara ini bersama bayinya berusia 11 bulan selepas lebih dua tahun berada di Lombok, Timur Indonesia.

Nur Liana berkata, kehidupannya begitu susah hingga tiada wang untuk membeli susu anaknya kerana pendapatannya sebagai buruh penanam sayur amat kecil.

Dia yang menghubungi keluarganya enam kali bulan lalu sejak menghilangkan diri kerap mengulangi perkara sama dan tidak henti-henti merayu supaya keluarga membantunya untuk pulang ke kampung halaman.

Penderitaan dialami Nur Liana diceritakan bapanya, Abd Rahim Ahmad, 49, kepada wakil Harian Metro yang mengunjungi keluarga itu, semalam.

Nur Liana didakwa lari mengikut seorang buruh warga Indonesia kira-kira jam 9 pagi pada Mac 2006 ketika keluarganya keluar ke kebun, dan pelbagai usaha mencari gadis itu sudah dilakukan, tetapi gagal.

Kehilangan Nur Liana dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling sehari selepas dia tidak pulang ke rumah.

Nur Liana, anak keempat daripada sembilan beradik, disifatkan keluarga sebagai gadis yang baik dan jarang keluar rumah sebelum lari ke Lombok.

Sejak kehilangan Nur Liana, keluarga berkenaan sentiasa dikunjungi pihak tertentu meminta wang mendakwa akan membantu mencari tetapi sebenarnya mereka menipu semata-mata untuk mendapatkan wang.

Abd Rahim berkata, fikirannya kini buntu kerana tidak ada jalan lain selain meminta terpaksa meminta bantuan daripada pihak yang berkenaan untuk membantu membawa anaknya pulang.

“Dengan keadaan hidup yang miskin, saya memang tidak mampu untuk pergi ke sana (Lombok) untuk mencari anak (Nur Liana) dan terpaksa berharap masih ada pihak sudi untuk membantu,” katanya.

Ibunya, Saadiah Mustafa, 44, berkata keluarganya tidak mampu ke Lombok menjemput Nur Liana dan berharap pihak berkaitan terutama Biro Pengaduan Antarabangsa Pergerakan Pemuda Umno dapat membantu anaknya untuk pulang ke negara ini.

“Kami amat merinduinya dan berharap ada pihak sudi membantu dengan membawanya pulang dengan selamat bersama bayinya itu,” katanya.

* Susah, baru ingat mak bapak

Penyamun masuk jerat

KUALA LUMPUR: Bermodalkan pemutar skru sebagai senjata, empat penyamun mampu mengaut ratusan ringgit sehari hanya dengan mengugut mencederakan mangsa sebelum melarikan wang dan barang berharga.

Kumpulan penyamun dipercayai dari Sabah itu aktif mencari ‘rezeki’ dengan mengugut warga asing yang bekerja di negara ini.

Taktik yang digunakan kumpulan ini cukup mudah apabila mereka hanya memerhatikan gerak-geri individu yang mengeluarkan wang daripada bank sebelum mengekori mangsa.

Sejurus tiba di lokasi yang agak sunyi, kumpulan penyamun terbabit mengepung dan menahan mangsa sebelum seorang daripada mereka mengacukan pemutar skru ke perut dan meminta mangsa mengeluarkan wang.

Malah, dalam beberapa kejadian sebelum ini, mereka bertindak berani apabila dengan selamba menyamun mangsa di lokasi terbuka dan melarikan diri.

Penyamun terbabit sangat profesional kerana mengambil masa singkat dan pernah dalam masa sehari mereka menjadikan tiga lelaki sebagai mangsa samun.

Jika hasil samun yang diperoleh di siang hari tidak selumayan yang disasarkan, kumpulan penyamun terbabit sanggup bekerja ‘syif malam’ untuk mencari mangsa sebagai sasaran mereka.

Namun, selepas bermaharajalela hampir dua bulan melakukan samun, seorang daripada ahli kumpulan terbabit ditahan polis apabila dia tidak sempat melarikan diri ketika cuba menjadikan seorang lelaki warganegara Nepal sebagai mangsa di Jalan Petaling di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, lelaki terbabit bersama tiga rakannya tidak menyedari gerak-geri mereka ketika cuba menyamun seorang mangsa diperhatikan anggota polis berpakaian preman yang berada di lokasi berhampiran.

“Selepas menyedari kehadiran anggota polis, semua empat penjenayah lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang daripada suspek apabila dia dikepung anggota polis yang mengejarnya. Suspek yang kepenatan akhirnya berhenti dan menyerah diri,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, empat penjenayah terbabit berlegar-legar di kawasan sekitar Jalan Petaling untuk mencari mangsa dan akhirnya menjadikan seorang lelaki warga Nepal sebagai sasaran.

Mangsa yang berjalan seorang diri dikepung keempat-empat penjenayah terbabit ketika berhenti di sebuah perhentian bas berhampiran sebuah bank.

Seorang daripada ahli kumpulan terbabit mengacukan muncung pemutar skru yang tajam ke arah perut mangsa menyebabkan lelaki Nepal yang terkejut hanya mampu berdiam diri.

Lebih mengejutkan apabila kegiatan itu dilakukan kumpulan penjenayah terdesak terbabit di hadapan ratusan warga kota lain yang sedang menunggu bas di perhentian berkenaan.

“Bagaimanapun, kehadiran anggota polis yang mengecam wajah keempat-empat penjenayah itu berjaya mematahkan cubaan menyamun warga asing itu,” katanya.

Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai mempunyai hubungan dengan beberapa lagi geng samseng di kawasan terbabit untuk melakukan kegiatan jenayah.

Hasil kegiatan samun dijalankan kumpulan terbabit dipercayai memperoleh pendapatan antara RM400 hingga RM600 sehari.

* Penjenayah ini wajar dihukum dengan hukuman yang berat

`Apa guna pulang jika bergaduh’

KUALA LUMPUR: “Saya berdiam diri bukan kerana mahu menghukum, tapi apa gunanya jika pulang ke rumah hanya untuk bergaduh,” kata aktor popular, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, atau Norman Hakim mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

Penjelasan diberikan Norman selepas desas-desus mengatakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Pasrah itu tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Ketika ditemui pada majlis cukur jambul anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, satu bulan di sini, kelmarin Norman berkata, pada 1 Syawal lalu, dia pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

“Pada hari raya kedua pula saya harus berkejar ke Melaka kerana menjalani penggambaran drama Batu Belah, dan selepas itu ada beberapa lagi projek yang harus diselesaikan di luar daerah menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk pulang,” katanya

Norman turut memberi penjelasan mengenai gosip panas yang mengaitkan dirinya kononnya bernikah dengan seorang wanita di wilayah selatan Thailand.

“Isu saya bernikah lain tidak seharusnya ditimbulkan jika tiada pihak dapat memberikan bukti. Kalau benar mereka ada salinan surat pernikahan saya, kenapa tidak tunjukkan kepada saya sekarang,” tegas pelakon kacak itu.

Pelakon yang turut popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu berkata, dia berasa tertekan apabila masalah dihadapi dengan isterinya yang juga pelakon terkenal Arbaieyah Abdul Manan, 30, atau Abby Abadi menjadi perhatian media.

“Beginilah... apa yang boleh saya katakan, dalam kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ibarat kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, ia tidak bermakna masalah yang kami hadapi tidak boleh diselamatkan lagi.

“Sebagai suami, tidak seharusnya hal rumah tangga diceritakan kepada orang luar. Selagi saya boleh tangani, saya akan berusaha memperbaikinya.

“Saya tahu sebagai artis, ini antara harga yang harus saya bayar tapi ia ada hadnya. Apa pandangan keluarga dan ipar duai apabila cerita yang bukan-bukan mengenai diri saya digembar-gemburkan di dada akhbar. Bukankah ia kurang manis?” katanya lagi.

Pada waktu sama, Norman menegaskan dia akan memastikan masalah dihadapi diselesaikan dalam waktu terdekat dan tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sehingga bercerai pada 5 Mei 2006 dan rujuk kembali seminggu selepas itu.

“Saya tidak akan sia-siakan rumah tangga kami dan itu janji saya. Cukuplah dengan apa yang pernah kami alami sebelum ini dan saya tidak mahu ia berulang. Saya tidak pernah meminggirkan keluarga, apatah lagi tiga anak saya sedang membesar memerlukan perhatian penuh daripada ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Abby memberitahu, sebagai isteri dia berasakan dirinya seperti tidak diperlukan lagi kerana sudah lama dibiarkan.

“Saya tidak boleh bertahan apabila berada dalam keadaan seperti ini. Segalanya harus saya lakukan sendiri termasuk menguruskan keperluan keluarga.

“Mungkin semua yang berlaku ini kerana kesilapan saya. Kalau itulah sebabnya, saya mengaku dan terima. Kelemahan saya mungkin sebagai manusia biasa saya tidak boleh menjadi yang terbaik untuk dia (Norman),” katanya.

Kata Abby lagi, tindakan suaminya berdiam diri sehingga sanggup meninggalkannya sendirian tidak akan dapat menyelesaikan masalah dihadapi.

“Pada saya apa yang dilakukannya satu kesilapan kerana saya dapat rasakan kami sudah semakin jauh dan menjadi seperti orang asing. Sepatutnya masalah yang berlaku diselesaikan secepat mungkin kerana apabila dibiarkan ia akan menjadi bertambah buruk,” katanya.

Apabila ditanya adakah pergolakan berlaku disebabkan dakwaan Norman menjalinkan hubungan dengan wanita lain termasuk pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey dan gambar suaminya bersama wanita lain tersebar di Internet, Abby berkata:

“Saya sendiri keliru kerana terlalu banyak sangat perkara mengenainya diperkatakan, namun tiada satu pun bukti kukuh diperoleh.” ~ Hmetro

* Biasalah artis kahwin ni, bagaimana pula Mawi akan datang

Ahmad hampir belasah Nasrudin dalam pertemuan penuh dramatik

NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - Pelukan erat anak berjaya meleraikan kemarahan Ahmad Abdul Hamid yang pada mula mahu menumbuk Nasrudin Dahrom dalam pertemuan penuh dramatik di sini semalam.

Sebelum itu, keadaan menjadi kecoh seketika apabila bapa Noor Fadilah, Ahmad, 46, meluru keluar dari kenderaan dan cuba menumbuk Nasrudin, 24, yang turut berada di situ semasa pertemuan penuh emosi itu.

Namun, tindakan Noor Fadilah yang sempat memeluk erat sambil meminta maaf daripada bapanya berkali-kali, akhirnya dapat menghalang beliau daripada memukul pemuda berkenaan.

Malah Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut bertindak meminta supaya Ahmad bersabar dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

"Kak Yong (Fadilah) minta maaf abah, mama. Fadilah nak balik Malaysia," ucap Noor Fadilah, 18, sambil memeluk erat bapanya, Ahmad ketika mereka dipertemukan di Jabatan Imigresen Daerah Mataram di sini semalam.

NOOR FADILAH memeluk ibunya, Masitah Abdullah sambil diperhatikan bapanya, Ahmad Abdul Hamid dan Abdul Azeez ketika ditemukan di luar pekarangan Pejabat Imigresen Daerah Mataram semalam.

Pertemuan penuh emosi di antara Noor Fadilah, 18, dan ibu bapanya itu diadakan di pekarangan Jabatan Imigresen Daerah Mataram.

Nasrudin kemudiannya beredar dari kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, namun kawasan tersebut mula dikerumuni oleh orang ramai untuk mengetahui keadaan yang berlaku.

Kemudian ibunya, Masitah Abdulah, 42, keluar dari kereta dan terus memeluk erat anaknya yang sudah 54 hari berada di sini kerana dilarikan oleh pemuda dari Lombok Timur itu.

"Kenapa buat mama macam ini? Mama tertekan, semua keluarga sedih... apa pun terjadi mama tetap terima Kak Yong," soalnya sambil menangis teresak-esak.

Noor Fadilah dalam nada sebak seraya menjawab:

"Kak Yong bukan tak sayang mama... sayang... Kak Yong nak pulang."

Sebaik sahaja urusan di pejabat selesai, mereka terus dibawa ke Lapangan Terbang Selaparang sebelum bertolak pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang pukul 7 petang semalam. ~ Kosmo

Fadilah selamat tiba di KLIA

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Gadis Malaysia, Noor Fadilah Ahmad, 18, yang dilarikan ke Lombok, Indonesia oleh teman lelakinya pada bulan lalu, selamat tiba di KLIA pada pukul 11.27 malam ini.

Noor Fadilah dibawa pulang oleh kedua ibu bapanya dalam satu misi membawa pulang yang digerakkan oleh Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. ~ Utusan

* Tahniah Datuk Abdul Azeez

28 October 2008

Anak saudara Jennifer Hudson juga ditemui mati

CHICAGO: Polis telah menemui mayat anak saudara pelakon filem "Dreamgirls" Jennifer Hudson yang hilang sejak nenek dan bapa saudaranya dibunuh, kata pegawai polis semalam.

"Kita boleh mengesahkan mayat yang terletak di dalam kenderaan tersebut adalah mayat Julian King yang berusia tujuh tahun," Penguasa polis Chicago Jody Weis memberitahu wartawan.

"Hari ini keluarganya dan masyarakat sedang bersedih tetapi kita mahu mereka bertenang dan mengetahui polis dan detektif Chicago akan terus bekerja tanpa henti untuk memastikan keadilan diberikan."

Dalam pada itu, Weis berkata ia adalah terlalu awal untuk meneka motif pembunuhan, katanya polis percaya "ia bukan kes pembunuhan seorang yang tidak dikenali ."

Weis berkata polis belum mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes tersebut tetapi bapa tiri kepada Julian, William Balfour, dianggap "salah seorang yang disyaki".

Balfour, telah disoal siasat pada hari Jumaat lalu, sebelum ini pernah dipenjarakan hampir tujuh tahun disebabkan beberapa kes percubaan membunuh dan memiliki kenderaan yang dicuri. Dia dilepaskan dengan parol pada May 2006.

Kata sumber penguatkuasaan undang-undang berdasarkan kenyataan kakak Jennifer, Julia, Balfour telah menafikan penglibatannya dalam pembunuhan atau kehilangan itu.

Polis percaya abang Jennifer, Jason, 29, telah ditembak menerusi pintu kediaman keluarganya. Penembak kemudian masuk ke dalam rumah dan menembak serta memukul ibunya, Darnell Donerson, 57, setelah dia masuk bilik itu.

Julia menemui mayat-mayat tersebut sekitar sekitar pukul 3 petang (3 pagi waktu Malaysia) pada Jumaat lalu tetapi tidak terdapat tanda-tanda anak lelakinya di sana.

Keluarga Jennifer telah menawarkan ganjaran 100,000 dolar untuk kepulangan Julian dalam keadaan selamat dan meletakkan gambar-gambar Julian di laman webnya dan MySpace.

Kelmarin, Julia Hudson merayu agar anak lelakinya, Julian dikembalikan yang dipercayai dilarikan penjenayah setelah ibu dan abang selebriti popular itu ditemui mati ditembak di rumah mereka di sini.

Dalam esak tangis, Julia yang berdepan dengan pihak media kelmarin di Gereja Baptis, di sini, merayu kepada individu terbabit agar melepaskan anaknya yang berusia tujuh tahun itu.

"Tolong pulangkan anak saya. Hanya itu yang saya minta. Saya tahu, dia berada di luar sana. Apa yang saya harap, tolong lepaskan dia," rayu Julia, seperti yang dilaporkan AFP.

Kanak-kanak malang itu yang turut dipanggil "Juicebox" atau "Dr.King" hilang sejak Jumaat lalu setelah mayat neneknya Darnell Donerson, 57, dan bapa saudaranya, Jason Hudson, 29, ditemui dalam keadaan mengerikan di rumah mereka yang terletak di kawasan perumahan Englewood.

* Polis dan masyarakat perlu ikuti dan belajar bagaimana polis US menyelesaikan kes ini

Lantik Low: 'Tidak pernah berlaku' dalam sejarah PKNS | Malaysiakini

Pelantikan seorang pegawai kanan bukan Melayu di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat "tidak membaca sejarah" agensi pembangunan ekonomi itu yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera.

"Kita berasa amat kecewa kerana perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah PKNS. PKNS ditubuhkan untuk membantu Bumiputera," kata wakil rakyat Kuang, Abdul Syukur Idrus kepada Malaysiakini.

Tambahnya, beliau berasa kesal dengan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut dengan berkata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh mentadbir PKNS?".

"Sekiranya mereka (kerajaan Selangor) kurang pemimpin (untuk PKNS), boleh rujuk kepada kita dan kita boleh memberi nama yang bersesuaian," katanya.

Abdul Syukur, yang juga ketua Pemuda Umno Selangor berkata, tindakan menteri besar tersebut dipercayai atas desakan pihak lain, kemungkinannya DAP "untuk menguasai kerajaan."

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu," tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. "Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini)," katanya.

Pergerakan itu juga akan menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi mengkaji kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Beliau juga menyeru orang Melayu di negeri itu tanpa mengira ideologi politik agar bersatu “supaya tidak diperkotak-katikkan”.

Sementara wakil rakyat MCA bagi Sungai Pelek, Yap Ee Wah berkata beliau bersikap berkecuali dalam isu pelantikan Low itu asalkan rakyat miskin di negeri itu mampu memiliki rumah.

Beliau berkata kenaikan pangkat Low, yang disambung perkhidmatan selama setahun, kerana "mungkin (menteri besar) ada alasan tersendiri melantiknya".

"Saya berharap rakyat Selangor dapat manfaat dalam perlantikan tersebut membantu menjadikan Selangor negeri maju," tambah Yap.

Mengulas yang sama, wakil rakyat DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San pula menggesa PKNS melantik seorang tokoh pentadbir yang berwibawa tanpa mengira kaum.

Sambil menyifatkan pelantikan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "tepat pada masanya", Lau berkata:

"Kita perlu memastikan supaya seseorang yang dilantik untuk menyandang jawatan ini merupakan seseorang yang berkemampuan untuk menepati sasaran ini tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan jantinanya."

Tambahnya, PKNS perlu bertanggungjawab kepada semua lima juta rakyat Selangor dan "bukan puak-puak tertentu sahaja".

"Adalah tidak masuk akal untuk kita menjadikan sebuah anak syarikat kerajaan itu sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda-agenda sesetengah masyarakat sahaja padahal separuh daripada rakyat Selangor ialah golongan bukan Bumiputera," kata Lau di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Low bagi menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara akhir bulan ini.

Wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS Idris Ishak hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada menteri besar berhubung pemilihan Low.

Sementara itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan isu tersebut.

Selepas pertemuan itu, Dr Hasan dipetik sebagai berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mengisi jawatan itu.

Menurut Bernama, setakat ini parti Islam sudah mempunyai dua calon untuk mengisi jawatan itu.

Dr Hasan juga dilaporkan berpendapat timbalan pengurus besar pentadbiran Md Nasir Md Arshad dan timbalan pengurus besar teknikal Abdul Ghani Hassan lebih layak dipertimbangkan kerana mereka berkhidmat lebih 30 tahun berkhidmat bersama perbadanan itu.

* Pengalaman Low masih diperlukan.

DBP: Kuatkuasakan iklan, nama jalan Bahasa Malaysia | Malaysiakini

Timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyarankan agar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan berkaitan pengunaan Bahasa Malaysia pada papan iklan dan nama jalan diperkasakan lagi.

Kamarul Zaman Shaharudin berkata ketiadaan pelaksanaan undang-undang yang kuat adalah antara punca bahasa kebangsaan sukar didaulatkan, lapor Bernama.

"Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengatasi soal pelaksanaan
undang-undang kecil ke atas pihak berkuasa tempatan.

"Caranya ialah dengan mengaitkan undang-undang kecil itu dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang menyentuh soal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata terdapat kerajaan negeri yang peka dengan merujuk DBP untuk meminta nasihat berhubung penguatkuasaan bahasa kebangsaan, katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, kini terdapat pihak yang mahu menamakan jalan yang sekarang menggunakan Bahasa Malaysia, dengan bahasa-bahasa lain, terutama di negeri yang diperintah
oleh pembangkang.

Kamarul Zaman memberi contoh semasa kejohanan Olimpik Beijing, China yang mengekalkan semua papan tanda dalam bahasa Mandarin walaupun jutaan pengunjung daripada pelbagai bangsa.

"Untuk kepentingan pengunjung asing, tidak pula mereka meletakkan papan tanda dalam bahasa Arab, Jepun, Jerman, Sepanyol, Greek, Rusia dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, penggunaan bahasa kebangsaan merupakan identiti negara ini yang perlu dibanggakan.

* Nama jalan di Putrajaya sudah ditukar?

Debat Terbuka Tidak Sesuai, Kata Khaled Nordin

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Apa yang dialami Umno selepas membenarkan siaran langsung sesi perbahasan Perhimpunan Agung parti itu diadakan tahun lepas perlu dijadikan iktibar sebelum ingin mengadakan apa-apa perdebatan terbuka.

Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi anggota orang Umno siaran langsung itu bagus, tetapi terdapat rakyat Malaysia kurang menyenanginya.

"Perkara itu menyebabkan ada di kalangan rakyat Malaysia menyimpan perasaan dendam sehingga ada yang menolak Umno dan Barisan Nasional. Sebab itu perlu ada kebijaksanaan dan kalau nak buat perbahasan, kena buat secara tertutup dan bukannya secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Peralihan Daripada Pengajian Tinggi ke Pekerjaan di sini, Selasa.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, berkata demikian sebagai mengulas cadangan debat terbuka melibatkan calon pemimpin tertinggi parti diadakan bagi membolehkan perwakilan memilih pemimpin berwibawa.

* Berdebat itu budaya tinggi wahai menteri pengajian tinggi

Kerajaan tangguh beli Eurocopter

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter EC725 keluaran Eurocopter yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan juga membuat keputusan sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu dan ia tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

* Negara alami krisis kewangan?