31 August 2008

ADUN Negeri Sembilan ditahan BPR | ADUN parti apa?

ADUN Negeri Sembilan ditahan BPR

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.

Menurut sumber, ADUN berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.

Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

— BERNAMA

Gerakan tidak puas hati kerana Ketua Umno Bahagian perkauman

Gerakan gesa Ketua Umno Bukit Bendera dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR: Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan Datuk seri Chia Kwang Chye berkata, ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail.

"Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

"Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Menjelang hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lepas, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata, beliau akan "memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu."

"Anda tahu semasa berkempen pelbagai perkara boleh timbul. Saya tidak fikir beliau bermaksud sedemikian. Saya akan pastikan untuk memberitahu dia jangan gunakan perkataan itu lagi," kata Abdullah semalam.

Chia berkata kenyataan Ahmad sudah lapuk dan menimbulkan provokasi perkauman sambil menambah sebarang petanda bahawa BN bertolak ansur dengan mereka yang jelas bersikap perkauman dan mengeluarkan pendapat yang bersifat provokasi akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

"Ahmad Ismail bukan sahaja patut menarik balik apa yang diucapkannya tetapi perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga dikenakan tindakan disiplin bagi mengelak perkara itu daripada berulang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Teng Hock Nan dalam satu kenyataannya mendesak pimpinan UMNO dan BN untuk mengkaji semula pendirian terhadap Ahmad.

Beliau meminta polis menyiasat perkara itu memandangkan MCa dan Gerakan telah pun membuat laporan terhadap Ahmad. BERNAMA

www.mstar.com.my

Dr. Asri seolah sindir Pak Lah letak jawatan tetapi cari penganti selain Najib

Gara-gara ura-ura Anwar menjadi PM, sudah ramai ahli Umno lompat masuk Pakatan Rakyat

UMNO akan bersihkan parti, tak mahu ahli musang berbulu ayam

UMNO akan melakukan pembersihan terutama di peringkat cawangan bagi memastikan hanya ahli yang tulin dan setia sahaja kekal dalam parti itu.

Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meminta ahli-ahli yang sudah atau mahu keluar parti membuat perisytiharan.

“Kita tidak mahu ada antara mereka jadi talam dua muka, gunting dalam lipatan atau musang berbulan ayam yang akan merosakkan UMNO,” katanya kepada Agendadaily di Putrajaya, Sabtu.

Beliau menjawab pertanyaan kemungkinan budaya lompat parti membabitkan ahli-ahli UMNO di negeri yang dikuasai pembangkang berlaku dengan adanya ura-ura Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui kerajaan baru sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengakui ada ahli UMNO tukar baju kepada PAS dan Keadilan (PKR) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

“Ada maklumat dan data sudah diberi kepada ibu pejabat UMNO tetapi kita belum buat pembersihan. Kita akan buat pembersihan supaya ahli yang tulin dan setia sahaja bersama UMNO,” katanya.

Tengku Adnan berkata, ketika berjumpa 92 cawangan di bahagian Permatang Pauh beliau sudah meminta senarai tersebut dan pembersihan akan dilakukan.

www.agendadaily.com

Sebuah lagi kapal MISC dirampas lanun di Somalia

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Sebuah lagi kapal tangki minyak milik MISC Bhd., MT Bunga Melati 5 dirampas sekumpulan lanun bersenjata di perairan antarabangsa Teluk Aden berhampiran Somalia, malam tadi.

Ketika kejadian, terdapat 41 anak kapal termasuk 36 rakyat Malaysia.

Rampasan terbaru itu berlaku kira-kira pukul 9.50 malam ketika kapal yang membawa muatan 30,000 tan minyak kelapa sawit itu sedang belayar dari Yanbu, Arab Saudi menuju Singapura.

Ia berlaku hanya 10 hari selepas kapal MT Bunga Melati 2 yang sarat muatan 32,025 tan minyak kelapa sawit dalam perjalanan ke Rotterdam dari Dumai, Sumatera dirampas di perairan sama.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, MISC memberitahu, ketika kejadian, kapal MT Bunga Melati 5 sedang belayar di kawasan keselamatan ditetapkan dan kapten berusaha mengelakkan diri daripada dirampas.

“Kapal berkenaan sempat menghubungi pasukan keselamatan di kawasan berkenaan tetapi mereka tidak menghalang rampasan itu kerana memberi keutamaan kepada keselamatan anak kapal,” katanya.

Sehingga kini, MISC, sebuah syarikat perkapalan multinasional Malaysia, belum menerima maklumat lanjut berhubung kejadian rampasan kapal MT Bunga Melati 5 itu.

Menurut MISC, kejadian rampasan dan penahanan anak kapal itu telah dilaporkan oleh syarikatnya kepada pihak berkuasa tempatan untuk operasi menyelamat dan bantuan.

Kumpulan lanun terbabit turut merampas empat lagi kapal iaitu dua dari Jerman dan satu dari Jepun serta Iran.

MISC sebelum ini mengesahkan seorang anak kapal MT Bunga Melati 2 warganegara Filipina meninggal dunia akibat cedera parah semasa kejadian rampasan itu.

www.utusan.com.my

Tiada mustahil lompat parti | Dr. Mahathir bukan lagi ahli Umno lebih luar biasa

Anwar: 'Saya sibuk minggu depan temui MP bincang lompat parti'

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

"Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

"Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

"Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

www.mstar.com.my

BN kebingungan dan hilang arah selepas kalah besar di Permatang Pauh

Keanehan di permatang pauh

BANYAK keanehan berlaku sepanjang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu. Keanehan yang membawa kepada kekalahan dengan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN) dan sekaligus menghantar Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kemuncaknya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Aneh, kerana Anwar yang dibebani dengan dakwaan salah laku moral dan jenayah tetap dipilih oleh penduduk Permatang Pauh - kawasan yang 'ditinggalkannya' sejak 10 tahun lalu sungguhpun ia hanya merupakan kubu terakhir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Dalam sejarah politik Malaysia, tiada pemimpin sekebal Anwar - tetap disanjung dan dipuja - walaupun apa yang didakwa dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi pantang larang berpolitik dan dosa besar bagi umat Islam.

Sumpah laknat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan dakwaan liwat di mahkamah serta menggunakan wang haram hasil perjudian, salah laku semasa berada dalam kerajaan serta kontroversi seks gagal menggoncang ketaksuban pengundi Permatang Pauh terhadap kredibiliti beliau.

Penduduk Permatang Pauh tetap mengaguminya sebagai seorang pejuang rakyat dan lebih daripada itu, seperti yang dicanang sebagai bakal Perdana Menteri. Dalam setiap ceramahnya, khalayak Permatang Pauh pulang dengan rasa puas dan lega bahawa Anwar akan menyelesaikan masalah mereka.

Mungkin ini berkat kesabaran Anwar kerana demokrasi memang memerlukan kesabaran. Kesabaran untuk mendengar dan didengar. Demokrasi memerlukan telinga yang lebar untuk respons kepada semua suara termasuk suara senyap. Demokrasi juga memerlukan dada yang lapang untuk menerima suara kecaman dan herdikan.

Ini juga kelebihan Anwar. Kemampuannya meyakinkan khalayak mengenai personalitinya menyebabkan mereka tidak ambil peduli dengan urutan peristiwa berdasarkan fakta yang berlaku sebelum dan semasa kempen pilihan raya.

Aneh, kerana sumpah laknat Saiful yang tidak disambut, gagal mendorong dan membentuk keyakinan umum bahawa beliau berada pada kedudukan di pihak yang bersalah. Kemenangannya dengan majoriti lebih besar berbanding yang diperoleh oleh 'penjaga kawasannya', Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail setakat ini boleh memberi gambaran bahawa masyarakat lebih mempercayai Anwar.

Keengganan Anwar untuk membalas sumpah dengan kilah tidak mahu mempermainkan hukum Islam dan berpegang kepada nasihat ulama negara luar lebih meyakinkan penduduk Permatang Pauh. Inilah yang tersurat kerana setakat ini, hanya Allah, Anwar dan Saiful yang mengetahui kebenarannya.

Tetapi sumpah adalah perbuatan yang bukan boleh dibuat main-main dan bakal meninggalkan kesan serius. Kesannya boleh dilihat dalam jangka waktu pendek atau panjang - sekurang-kurangnya setahun.

Aneh, dalam kempen di Permatang Pauh tidak ada pula dakwaan Anwar diancam bunuh. Sedangkan beliau sangat terdedah dengan persekitaran yang terbuka di pasar, pentas, restoran dan dalam kenderaan. Dalam sehari - siang dan malam - sekurang-kurangnya lima ceramah yang dihadiri oleh Anwar di tempat terbuka tetapi tidak terdengar langsung ada ancaman terhadap nyawanya.

Keadaan ini jauh berbeza sewaktu beliau mendakwa diancam bunuh semasa tersebar khabar polis akan menangkapnya untuk siasatan terhadap laporan liwat oleh Saiful. Ini hingga menimbulkan persepsi negara ini tidak lagi selamat. Ia juga telah mengundang campur tangan kuasa besar Amerika Syarikat (AS), iaitu satu perbuatan yang tidak disukai oleh rakyat negara ini.

Persepsi Walaupun ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya dan sentiasa bersekutu dengan Barat, tetapi sekali lagi penduduk Permatang Pauh tidak ambil peduli. Anwar sentiasa mempunyai alasan. Anwar sentiasa lebih pintar berkilah untuk memutihkan segala persepsi buruk terhadap tindakannya.

Aneh, cita-cita melangit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini - enam hari sebelum kesnya disebut semula di mahkamah - disambut dengan rasa keghairahan yang luar biasa di Permatang Pauh. Di kalangan penduduk percaya mereka bukan sahaja mengundi untuk kerusi di Parlimen tetapi juga jawatan tertinggi pemerintahan negara.

Pas pula yang dilihat bersikap 'demi kepentingan politik', tidak pula mahu menghalang hasrat Anwar sedangkan ia terang-terangan meminggirkan kepimpinan parti berteraskan Islam itu. Lebih daripada itu, impian Anwar tersebut jelas bakal mengorbankan asas perjuangan parti sekutu dalam pakatan pembangkang tersebut.

Rangsangan harapan baru secara berterusan oleh Anwar kepada para pengundi di Permatang Pauh supaya menghantarnya ke Putrajaya juga telah menepis perakuan Ahli-Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bahawa mereka tidak akan melompat menyertai gagasan 16 September.

Walhal, di pentas ceramah pilihan raya yang berasingan para pemimpin Sabah dan Sarawak turut hadir untuk menyatakan taat setia mereka kepada Barisan Nasional (BN). Mereka menolak sama sekali pelawaan Anwar.

Angka 30 Ahli Parlimen yang dianggap mustahil dapat diperoleh oleh Anwar untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri tidak lagi diambil kira. Perbuatan merampas kuasa menerusi pintu belakang yang bakal meruntuhkan amalan demokrasi sihat negara ini - perjuangan utama pakatan pembangkang - tidak lagi menjadi perhitungan.

Ikrar Anwar untuk mengubah keadaan negara termasuk pemulihan ekonomi dalam masa tiga bulan menjadi Perdana Menteri mendapat sorakan dalam setiap ceramahnya. Mereka lupa kini parti yang diterajui Anwar itu memerintah negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Menilai secara adil, di sebuah negeri pun dalam tempoh 100 hari, tidak banyak yang dilakukan oleh mereka.

Anehnya, sebutlah apa sahaja - angan- angan kosong, putar belit, pembohong, penderhaka dan penjenayah - Anwar telah membuktikan dirinya mampu meraih sokongan mahupun simpati rakyat.

Tetapi Anwar juga menyedari di Permatang Pauh beliau tidak menang semuanya. Begitu juga BN, parti itu tidak kalah segala-galanya. Malah di Permatang Pauh, dalam konteks politik nasional, ia telah menyerlahkan keperibadian sebenar seorang bernama Anwar. Di Permatang Pauh, isu moral Anwar tidak relevan, tetapi apakah itu yang akan berlaku di kawasan lain?

Mengikut pemerhati politik, kemenangan Anwar dengan majoriti besar banyak dibantu oleh kelemahan BN khususnya UMNO sebagai sebuah organisasi. Organisasi politik yang dianggap paling mantap kerana rangkaiannya berada di segenap pelosok ini, tidak bergerak sepenuhnya. Bocor di sana sini.

Dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, BN seperti ular sawa kekenyangan. Berpuas hati dengan apa yang telah dinikmati. Pergerakannya tidak lagi pantas dan mengejutkan, tetapi lembam dan lebih gemar menunggu tindakan lawan.
Malah kadang kala, jentera 'raksasa' BN ini terlihat takut dan cepat mengalah berbanding pihak lawan yang terkesan tangkas, agresif dan sering pula bertindak ganas dan bijak memprovokasi. Ini sehinggakan pilihan raya kecil itu disifatkan paling ganas dalam sejarah dengan mencatatkan 71 laporan polis berkaitan kesalahan kekerasan, mengancam keselamatan, menghalang kempen, menjatuhkan poster pihak lawan dan menggunakan bahasa kesat.

Anwar memang berpotensi menang di Permatang Pauh tetapi bukan dengan majoriti sebesar 15,671 undi. Begitu juga BN berpotensi untuk menang dengan jangkaan majoriti kecil sekurang-kurangnya 200 undi. Ini perkiraan kedua-dua pihak, sehinggalah beberapa jam sebelum pengumuman keputusan pilihan raya diumumkan pada malam 26 Ogos lalu.

Memang ini kubu kuat Anwar. Benar ini wilayah Anwar semenjak beliau masih bersama UMNO lagi. Permatang Pauh telah menjadi tempatnya bermain sejak 1982, yang sebelum itu menjadi kubu kuat Pas.

Di sini, beliau pernah menumbangkan tokoh muda Pas, Mohamad Sabu (1986) dan Mahfuz Omar (1990). Pada 1995 pula, beliau dengan mudah mengalahkan calon Melayu daripada DAP dengan majoriti 23,515 undi.

Sebab itu, beliau memilih Permatang Pauh dan bukannya Bandar Tun Razak mahupun Kulim Bandar Baharu.

Walaupun Anwar kaya dalam berkilah tetapi satu hal yang sudah terang lagi bersuluh ialah kegagalan atau mungkin tidak kesanggupan UMNO untuk membaca tanda-tanda zaman. UMNO dilihat tidak lagi silap membaca kehendak perubahan yang menggelora dalam masyarakat.

Zaman menuntut perubahan tetapi mereka masih asyik dengan kepentingan sendiri, sibuk melobi rezeki dan ghairah berkira- kira soal kuasa. Adalah malang jika mereka terus mahu berada seperti di padang pasir. Mendengar gema suara sendiri tapi menyangka suara orang lain. Mereka tidak mampu lagi membezakan antara kehendak sendiri dan aspirasi rakyat.

Soal pemilihan, satu hal yang tidak dapat disembunyikan di Permatang Pauh ialah soal pemilihan bahagian pada Oktober depan dan cawangan yang sedang berlangsung. Pemilihan yang disifatkan oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 'seperti dunia akan kiamat esok' dan 'politik wang begitu bermaharajalela' menyebabkan rakyat bertambah mual.

Aneh, dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil ini, rakyat khususnya orang Melayu dipertontonkan dengan tingkah laku kemaruk kuasa dan maki hamun sesama pemimpin UMNO. Mereka seperti tidak belajar mesej tsunami politik yang cuba disampaikan oleh rakyat semasa pilihan raya umum, lima bulan sebelum itu.

Anwar begitu masak dengan kelemahan UMNO ini. 'Mood' pemilihan peringkat parti mengatasi kesungguhan jentera di peringkat rangkaian parti yang paling ditagih peranannya iaitu cawangan. Walaupun daripada segi angka keahlian UMNO dan BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sepatutnya tidak menghadapi masalah besar di Permatang Pauh.

Rombongan jentera parti dari negeri lain juga tidak banyak membantu. Tumpuan dan kekuatan tidak sepenuhnya digunakan untuk menghadapi peperangan di medan utama melawan Anwar dan pakatan pembangkang. Di lobi-lobi hotel, perbualan banyak berkisar siapa akan menentang siapa di peringkat bahagian. Malah ada dakwaan, jentera parti di peringkat cawangan tidak menunjukkan kesungguhan untuk berpadu tenaga sebagai satu pasukan sehingga jentera bantuan dari negeri lain pun mati arah.

Lebih menggerunkan, ada dakwaan pemimpin cawangan melayan godaan pihak-pihak tertentu untuk mensabotaj parti pada saat-saat akhir kempen. Mereka dikatakan menerima ganjaran besar.

Mungkin sahaja, post-mortem yang bakal dilakukan oleh BN dan UMNO kelak bakal menemukan punca kekalahan yang sama seperti pilihan raya umum lalu iaitu antaranya ialah sabotaj. Sebab itu, tuntutan perubahan tidak boleh dilengah-lengahkan lagi walaupun terpaksa membayar harga yang mahal.

Ingatlah, UMNO bukan sahaja naungan untuk ahli-ahlinya tetapi juga orang Melayu. Dan, sejak berdekad-dekad dari era kemerdekaan, kepercayaan juga terus diberikan kepada UMNO untuk menaungi negara ini.

Dalam mengharungi kesan kekalahan di Permatang Pauh walaupun ia bukan gambaran sebenar pengundi di tempat lain, UMNO harus terus digerakkan dengan penuh keyakinan sebagai sebuah organisasi politik yang unggul dan relevan dengan matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

Penegasan para pemimpin UMNO untuk melaksanakan usaha mempercepatkan program pemulihan yang sedang digerakkan sekarang dan mengambil langkah-langkah menjenamakan semula BN dengan pendekatan baru dan boleh diterima rakyat, adalah reaksi positif untuk memenuhi tuntutan perubahan.

"Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita," kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiap pengalaman adalah guru. Pilihan raya umum 8 Mac dan pilihan raya kecil 26 Ogos lalu, semestinya menjadi cermin untuk BN dan UMNO melihat diri mereka. Jangan pula jika wajah buruk, cermin dipecahkan.

Anwar yang dibebani dengan pelbagai kontroversi bukanlah halangan untuk UMNO dapat terus diterima oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia. Beliau sekarang sudah di Parlimen. Di premis itulah, mengikut ramalan banyak pihak, puncak perjalanan Anwar. Jika nasibnya baik, beliau berpeluang bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana tuduhan mahkamah yang dihadapinya sekarang memungkinkan beliau hilang kelayakan sebagai calon pilihan raya, lantas menguburkan impiannya ke Putrajaya.

Memetik kata-kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa hanya 20 peratus apa yang diucapkan oleh Anwar adalah fakta, selebihnya merupakan retorik semata-mata. Sebenarnya jika Anwar mendakwa boleh 'membeli' Ahli Parlimen BN, parti pemerintah itu juga lebih berkemampuan berbuat demikian.

Apa pun, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang memihak kepada Anwar dan pakatan pembangkang perlu dihormati kerana ia merupakan pilihan rakyat. Tetapi jika pintu belakang demokrasi digunakan untuk meraih kuasa, perbuatan itu wajar ditentang kerana ia bukan kehendak dan suara hati rakyat.

www.utusan.com.my

30 August 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang esok?

PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak!

Adakah ia akan menjadi kenyataan esok?

"Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh hari ini.

"Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar," tambah beliau.

Menteri Besar itu menekankan, esok sebenarnya merupakan hari kemerdekaan yang sebenar bagi rakyat negeri Perak.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru - kerajaan campuran - selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi. Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi.

Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali
melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu akan jatuh menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh esok.

Bulan lalu, beliau yang juga Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN.

Malah akhir bulan lalu, Tajol Rosli ada menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.

Nizar merupakan wakil PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar.

Turut ditawarkan ialah tiga ataupun empat jawatan Exco kepada parti tersebut.

Selepas tanggal 31 Ogos, rakyat akan menanti sama ada sasaran Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai tarikh 16 September membentuk kerajaan baru persekutuan akan menjadi kenyataan.

www.mstar.com.my

Rakyat masih ingat semasa Anwar kena zalim, pemimpin Umno tidak bantu

Apa yang ingin kita lihat menjelang September 16 ialah penghijrahan besar-besaran komponen Barisan Nasional yang diterajui oleh parti UMNO.

Mungkin sekarang jika kita bercakap ia disebut spekulasi. Ramalan yang belum tentu akan terjadi. Jika berlaku, ianya menjadi kenyataan.

Sosek-sosek di kalangan ahli parlimen UMNO dan BN telah bermula sebaik Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sudah ada yang menggelabah, berpeluh sejuk. Bagi yang jadi tukang gosok, tukang kipas, tukang bodek, tukang projek suhu panasnya makin terasa. Pasti telah ada antaranya sudah berkira-kira, mencongak campur tolak bahagi.

Dengan izin Allah kes penghijrahan atau melompat ini kemungkinan besar boleh berlaku. Jika berlaku, nampaknya Barisan Nasional cuma tinggal UMNO!

Gerakan dan SAPP seperti telah hampir pasti. Jika dilihat pergerakan semasa kempen Permatang Pauh, yang terlibat secara langsung berkempen bagi pihak PKR ialah Gerakan, MCA dan MIC (Ahli Gabungan BN). Suara-suara inginkan pembaharuan politik Malaysia telah mula kedengaran dari ahli gabungan BN. Bermula dengan hilang keyakinan terhadap PM oleh SAPP, suara-suara dari parti Gerakan, MCA dan MIC juga telah mula kedengaran secara terbuka.

Sejak penubuhan Malaysia, negeri Sarawak dan Sabah masih tidak banyak berubah walaupun diperintah oleh kerajaan BN. Walaupun dalam bajet 2009 yang dibentang oleh PM semalam banyak gula-gula yang diberikan peruntukan untuk kedua-dua negeri tersebut tetapi ianya tidak banyak memberi kesan, sudah terlambat untuk dibaikpulih.

Jadi tiada jalan lain bagi seluruh MP Barisan Nasional termasuk UMNO, jika ingin melihat sesuatu pembaharuan ke atas rakyat dan negara ini tanpa kepentingan diri sendiri ialah dengan berhijrah dan bergabung dengan Pakatan Rakyat/PKR.

Dari sini kita semua berkorban untuk melihat Malaysia Baru sempena kemerdekaan tanah air yang ke 51. Tidak ada lagi kaum dan bangsa yang berpaksi kepada tanah besar masing-masing. Kita bina negara bangsa Malaysia yang baru di bawah panji-panji Keadilan yang ada pada semua ugama yang kita anuti.

Kita kembali kepada satu bahasa, satu bangsa dengan pelbagai ugama yang telah lama tidak diambil peduli oleh kerajaan sedia ada. Kembalikan hak-hak bahasa Melayu yang menjadi teras perhubungan warga Nusantara. Kembalikan tulisan jawi yang menjadi tulisan rasmi antara negeri-negeri di Nusantara. Kita kembali bukan bermakna mundur ke belakang. Digalakkan kita mempelajari bahasa-bahasa dunia, tulisan-tulisan dan budaya lain.

Kita rakyat mahu hidup dengan aman, makmur dengan penuh keadilan dan rasa selamat dengan pemerintah yang tidak rasuah, telus, berintegriti, mesra rakyat dan prihatin. Kita mahu lihat contoh pemerintahan Umar Ibnu Aziz sebagaimana di sebut oleh YAB Lim Guan Eng apalagi oleh pimpinan PAS dan keadilan sejagat oleh PKR, inshaAllah kita dapat menutup mata dengan penuh shahdu meninggalkan seribu kebaikan kepada anak cucu cicit kita.

Inilah yang kita harapkan ke atas penubuhan Malaysia Baru.

www.marhaendaily.net

Sehari dua lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan

Ramadan bulan keberkatan

PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.

Ia diwajibkan kepada umat Islam pada Ramadan.

Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):

“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.

Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama berlapar dan menahan dahaga.

Malah, ia menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia.

Ditinjau dari sudut sejarah, puasa bukan saja dilakukan umat Islam, tetapi turut diamalkan generasi terdahulu.

Al-Quran ada menegaskan, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)

Nabi Adam dan Hawa manusia pertama berpuasa untuk membersihkan diri daripada keterlanjuran kerana memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah ketika mereka di syurga.

Bahkan, Nabi Adam diperintahkan tidak memakan buah khuldi, ditafsirkan ulama sebagai suatu bentuk puasa pada masa itu. “Dan Kami berfirman: Wahai Adam, diamilah kamu dan isterimu syurga ini dan makanlah makanan yang banyak lagi baik di mana saja kamu suka dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35)

Nabi Idris, iaitu keturunan keenam Nabi Adam, memberikan beberapa nasihat, antaranya ialah kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan, orang yang bahagia adalah orang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Allah dengan amal solehnya dan apabila memohon sesuatu kepada Allah, berdoa dengan mengikhlaskan niat termasuk dengan solat dan puasa.

Putera Nabi Ayub, iaitu Nabi Zulkifli sanggup menerima amanah raja untuk berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada malamnya serta sanggup bersabar.

Nabi Musa bersama kaumnya berpuasa selama 40 hari. Dalam surah Maryam, dinyatakan Nabi Zakaria dan Maryam sering mengamalkan puasa.

Nabi Daud pula berpuasa secara selang-seli, iaitu berpuasa secara selang sehari dan puasa baginda diibaratkan Allah sebagai puasa yang amat mulia.

Perkara ini dinyatakan Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud: “Puasa yang amat dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud yang berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

Nabi lain yang dikatakan turut berpuasa ialah Nabi Daniel, Nabi Musa, Nabi Isa dan golongan penyokongnya yang dikenali sebagai al-Hawariyun.

Nabi Musa ketika bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina selama 40 hari 40 malam, berpuasa daripada memakan roti dan meminum air. Selepas diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan tenteranya, Nabi Musa juga berpuasa bersama kaum Bani Israel.

Nabi Isa diriwayatkan pernah berpuasa selama 40 hari, manakala di kalangan penyokongnya iaitu al-Hawariyun, mereka berpuasa daripada makan daging, ikan, telur dan susu.

Begitupun, cara puasa generasi terdahulu tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci baik melalui wahyu Allah atau pernyataan daripada Nabi mahupun ulama melalui penulisan mereka.

Saidatina Aisyah r.a menceritakan, seperti yang diriwayatkan Hisyam bin 'Urwah, bahawa orang Quraisy Arab selalu menjalankan puasa pada bulan Asyura walaupun untuk sehari.

Namun sejak Allah melantik Muhammad sebagai rasul-Nya, puasa dilaksanakan pada Ramadan, manakala puasa pada bulan 'Asyura masih disyariatkan tetapi berada dalam status sunat.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebelum diangkat menjadi rasul mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura (10 Muharram).

Berpuasa pada 10 Muharam sebenarnya turut menjadi amalan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah. Amalan berpuasa pada hari itu terus menjadi amalan Rasulullah selepas hijrah Baginda ke Madinah hingga turun ayat kewajipan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah.

Orang Yahudi di Madinah mewarisi amalan puasa daripada Nabi Musa yang diriwayatkan berpuasa bersama-sama kaumnya selepas mereka diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan bala tenteranya.

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam kitabnya Tafsir Ayat-Ayat Hukum menjelaskan puasa yang difardukan kepada orang Yahudi dan Nasrani juga sebulan, tetapi mereka sengaja menukar waktu dan bilangan harinya yang sepatutnya dilakukan selama sebulan itu hingga menjangkau 50 hari.

Ini kerana ahli kitab kadangkala meminda jumlah hari puasa ketika musim panas atau sejuk dengan alasan terlalu sejuk dan panas, lalu mereka menukar puasa itu pada musim bunga.

Sesetengah ulama mengatakan, puasa pertama kali disyariatkan pada zaman Nabi Nuh a.s dan tetap dilaksanakan sehingga zaman Muhammad. Malah, Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, sejak Nabi Nuh hingga Nabi Isa, puasa diwajibkan selama tiga hari pada setiap bulan.

Tetapi penulis kitab Tafsir Ruh-l-Ma'ani, Syihabuddin al-Alusi , berhujah dengan berdasar hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abdullah bin 'Umar lebih percaya puasa Ramadan disyariatkan sejak Adam a.s. Al-Zamakhsari melalui kajiannya juga menegaskan puasa amal ibadah yang sudah lama.

Melihat kepada hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar dan beberapa faktor lain seperti proses penurunan syariat yang tidak diawali sebab tertentu serta beberapa hal lain, jelas menunjukkan puasa pada Ramadan memang disyariatkan kepada manusia sejak sekian lama tetapi diselewengkan umat terdahulu.

Ini boleh diterima kerana kerasulan Nabi Muhammad s.a.w untuk membimbing manusia kepada jalan Allah, meluruskan dan memperkuat kembali syariat yang diturunkan-Nya selepas golongan sesat dan perosak menyelewengkan ajaran terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan.

Apabila mengetahui puasa juga ibadat generasi terdahulu, sewajarnya umat Islam tidak berasa ibadat itu sesuatu yang membebankan kerana jika orang dahulu boleh berpuasa, mengapa tidak kita hari ini?

www.hmetro.com.my

Polis perlu pergiat buru perompak bersenjata api yang sangat berbahaya ini

Jaga ditembak mati

KUALA LUMPUR: Malang berganda menimpa seorang pengawal keselamatan yang baru turun dari van apabila ditembak perompak sebelum dilanggar kenderaan dinaikinya itu ketika pemandu van terbabit cuba melarikan diri dalam satu cubaan rompakan di sebuah bank di Taman Sri Gombak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa Mad Dahlan Saad, 56, mati sebaik tiba di Hospital Selayang selepas dia cedera akibat ditembak di perutnya selain beberapa kecederaan di badan selepas dilanggar van keselamatan itu.

Difahamkan, mangsa pada mulanya tiba di hadapan bank itu bersama tiga lagi petugas sebuah syarikat keselamatan untuk memasukkan wang di bank terbabit.

Sejurus pemandu memberhentikan van, mangsa turun dari kenderaan itu untuk meninjau keadaan sebelum dia secara tiba-tiba diserang seorang perompak yang melepaskan tembakan yang mengenai perutnya.

Terkejut dengan tembakan itu, pemandu van terbabit terus memecut untuk menyelamatkan diri sebelum secara tidak sengaja terlanggar mangsa.

Difahamkan, pemandu terbabit melarikan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak manakala perompak yang cuba mengejar mereka melarikan diri.

Melihatkan kejadian itu, orang awam terus menghubungi polis dan ambulans yang tiba sejurus kemudian.

Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 24, dia ketika itu baru tiba di bank berkenaan untuk mengambil wang sebelum terdengar tembakan dilepaskan.

“Ketika itu saya lihat pengawal keselamatan terbabit ditembak dan dia cuba lari untuk menyelamatkan diri sebelum dilanggar van.

“Saya kemudian lari kerana bimbang terkena tembakan dilepaskan seorang perompak yang memakai topeng,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, berkata perompak terbabit menggunakan pistol semi automatik 9mm dan melepaskan enam das tembakan.

“Empat tembakan terkena van syarikat keselamatan terbabit, satu terkena perut mangsa manakala satu das tembakan lagi terkena cermin kaca bank berkenaan.

“Siasatan awal mendapati perompak menaiki Toyota Camry berwarna perak dan mereka sudah menunggu di hadapan bank terbabit sebelum kejadian,” katanya.

www.hmetro.com.my

Umno tidak akan peduli seseorang itu bersalah atau tidak, yang penting kuasa bagi mereka

Dilema imam Ramlang: 'Saya tidak kempen, cuma jelaskan isu sumpah'

PETALING JAYA: Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengejutkan banyak pihak ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh minggu lalu menjelaskan dia masih lagi imam masjid berkenaan.

"Hingga kini, Insya-Allah saya masih lagi imam di Masjid Wilayah Persekutuan," katanya kepada mStar Online semalam.

Ramlang memberitahu, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab atau arahan daripada pihak pentadbiran berhubung kedudukan jawatannya sekarang.

"Tidak, tidak terima apa-apa surat pun. Mengapa pula saya nak dikenakan tindakan sedangkan saya tidak melakukan kesalahan," katanya.

Beliau yang kini sedang bercuti selama seminggu bermula Isnin lalu akan kembali bertugas seperti biasa Selasa ini.

Rabu lalu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kemungkinan Ramlang boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh.

Bagaimanapun jelas beliau, kehadirannya di Permatang Pauh, yang dikatakan 'berkempen' untuk Anwar, adalah bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai perkara sebenar serta tidak mahu orang ramai salah anggap tentang kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah.

"Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.

"Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon," katanya yang enggan menyatakan di mana beliau berada sekarang.

Beliau yang dihubungi hari ini juga enggan menyatakan di mana beliau berada bimbang keselamatannya terancam.

Ramlang berkata, beliau hadir ke 'pentas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas kehendak sendiri tanpa didorong oleh sesiapa mahupun untuk kepentingan peribadi.

Anwar bertanding atas tiket PKR dan menang Selasa lalu.

Jelasnya lagi 'kebetulan' PKR menyediakan platform serta memberi ruang kepadanya untuk membuat penjelasan berhubung perkara ini.

Ditanya mengapa tidak menggunakan saluran lain untuk membuat penjelasan, beliau berkata pihak lain mungkin susah menerima penjelasannya itu.

"Saya tak pilih Barisan Nasional (BN) sebab saya tahu penjelasan saya tidak akan diterima.

"Cuba anda fikir, jika saya ada pilihan iaitu sama ada BN, kenyataan media atau PKR... mana satu saluran yang orang nak dengar dan percaya?"

Diminta penjelasan mengapa beliau tidak memilih PAS untuk tujuan itu kerana PAS sememangnya memperjuangkan Islam, beliau berketa: "Sebab PAS tak jemput saya dan tak beri peluang kepada saya,".

Ramlang juga menyatakan kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah laknat pada 15 Ogos lalu adalah secara kebetulan kerana beliau bertugas pada hari tersebut.

"Kebetulan saya bertugas, jadi pihak atasan mengarahkan saya untuk mendengar sahaja, bukan untuk mengatur.

"Saya tegur sewaktu dia (Mohd Saiful) tersalah sebut perkataan Watallahi sebab terlalu jelas kesalahannya, yang lain-lain saya dengar sahaja," katanya.

Bagaimanapun beliau kesal kerana ramai pihak yang menuduhnya bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu.

Diminta mengulas mengenai 'arahan pihak atasan' seperti yang dimaksudkannya sebelum ini, beliau berkata dalam hal ini ia perlu difikirkan secara logik akal.

"Ini kena fikir logik. Masjid Wilayah Persekutuan adalah di bawah kerajaan negeri, jika kita ingin melakukan sesuatu di dalam masjid, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak atasan.

"Sepatutnya imam besarlah... tapi dia tidak ada kerana mengerjakan umrah. Jadi anda fikirlah masjid ini di bawah pentadbiran siapa? Siapa lagi yang boleh memberi kebenaran?" katanya yang enggan menyebut siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

www.mstar.com.my

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

www.mstar.com.my

Hasrat tukar kerajaan 16 Sept | BN resah dan tidak tidur lena

Hasrat tukar kerajaan 16 Sept sukar jadi kenyataan - Ku Li

KOTA BHARU 30 Ogos — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini sukar untuk menjadi kenyataan.

Menurut beliau, persefahaman dalam parti yang berada di bawah pakatan itu — PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) — dilihat masih belum jitu.

“Saya tak yakin itu akan berlaku... kita lihat tak ada kesungguhan dalam pakatan itu, kalau satu pihak (pun) tak boleh beri persetujuan (dalam beberapa perkara)..(saya tidak nampak) bagaimana cadangan itu dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Merdeka:Pelaksanaan Undang-undang Fasal 152 dan Fasal 153” dengan tema Memperkasakan Perlembagaan Negara anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

Tengku Razaleigh yang merupakan penaung MTRK, sebelum itu menyampaikan ucaptama bertajuk Mempertahankan Asas dan Teras Kedaulatan dan Ketahanan Rakyat dan Negara Pelbagai Kaum.

Mengulas bajet 2009 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, Tengku Razaleigh berkata ia menampakkan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan ekonomi negara ekoran kemelesetan ekonomi dunia perlu diberi perhatian.

— BERNAMA

Contoh pengurusan lemah merugikan negara

Malaysia rugi RM600 juta sekatan eksport perikanan EU

KUCHING 30 Ogos — Industri perikanan negara mengalami kerugian hampir RM600 juta apabila Kesatuan Eropah (EU) menyekat pengeksportan produk perikanan Malaysia ke negara-negara tersebut sejak awal tahun ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Operasi) Suhaili Lee di sini hari ini.

Suhaili memberitahu pemberita sekatan itu akibat pengusaha industri perikanan negara ini gagal mencapai standard amalan pertanian yang baik sebagai mana yang dikehendaki oleh pihak audit pertanian dari EU. “Berdasarkan kepada audit pasukan pertanian daripada EU ke Malaysia sejak tahun 2005 dan yang terkini April lalu mendapati pengeluar produk perikanan gagal menjaga kualiti dan keselamatan produk mereka seperti menggunakan air batu yang tercemar, kilang air batu yang kurang bersih selain tidak mencapai standard Amalan Pengeluaran Baik (GMP) dan jeti pendaratan yang kotor,” katanya. Sebelum itu beliau telah merasmikan pusat penerangan hidupan marin Sematan dan pelancaran program bumi hijau anjuran Jabatan Laut Sarawak di Sematan kira-kira 100 kilometer dari Kuching.

Suhaili berkata Kabinet baru-baru ini meluluskan penubuhan Biro Keselamatan Perikanan yang membabitkan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan untuk mengatasi masalah sekatan itu.

Katanya peranan dua jawatankuasa itu adalah untuk memastikan pengurusan industri perikanan negara ini mempunyai standard yang diiktiraf EU selain untuk mencari beberapa pasaran baru seperti Timur Tengah.

“Walaupun mempunyai pasaran selain EU seperti China, namun faktor harga yang rendah di China berbanding di EU turut memberi kesan kepada pihak pengeksport dan pengeluar,” katanya.

— BERNAMA

'Hantu' minta diadakan kenduri dengan menyembelih haiwan di tapak binaan | Jika tidak berjaya mungkin sekolah boleh mengadakan kenduri sate

Tiada lagi histeria di sekolah

KUANTAN - Kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur dekat sini yang berlarutan sejak 15 Mei lalu akhirnya beransur reda.

Namun menurut pengamal perubatan tradisional dari Kuala Kurau, Parit Buntar, Perak, Raja Syed Sheikh Mohd. Sarip Al-Patani (gambar) atau Pak Engku, 69, masalah tersebut bagaimanapun harus diakhiri dengan majlis kenduri doa selamat.

"Memang betul, semalam (kelmarin) benda yang meminjam badan pelajar itu tuntut darah dan nyawa, tapi 'dia' tak jelaskan sama ada nyawa manusia atau sebagainya.

"Hasil 'rundingan' malam semalam (kelmarin), benda itu sebenarnya minta diadakan kenduri dengan menyembelih haiwan di tapak binaan sekolah itu. Itulah yang dimaksudkan darah dan nyawa," katanya semasa ditemui.

Beliau yang menghulurkan bantuan selepas mendapat kebenaran pihak sekolah menambah, kenduri tersebut adalah 'balasan' kepada tindakan kontraktor yang dikatakan menceroboh kampung ghaib iaitu 'Kampung Padang' di kawasan tapak pembinaan.

www.kosmo.com.my

Tahniah polis, penceroboh kediaman untuk tujuan tidak baik wajar menanggung akibatnya

Lagi 4 Geng Mastika ditembak mati

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Polis menembak mati empat penjenayah warga Indonesia dipercayai anggota Geng Mastika yang menyerang polis menggunakan parang di sebuah tapak pembinaan di Bukit Hatamas, Taman Segar Perdana, Kajang dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, empat suspek itu yang berusia 20-an hingga 40-an dipercayai kumpulan penjenayah yang melakukan pecah rumah di Bukit Permai, Ampang dua jam sebelum itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pergerakan kumpulan penjenayah itu berjaya dikesan dan diekori polis sehingga ke tempat kejadian sebelum dikepung di kawasan tersebut.

Menurutnya, polis percaya kumpulan itu bertanggungjawab dalam sekurang-kurangnya 19 kes di sekitar Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dalam tempoh sebulan lalu.

Tambah beliau, ini termasuk kaitan mereka dengan kumpulan yang terlibat dalam kes pecah rumah di Serendah, tiga hari lalu.

"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian menemui semula barangan-barangan yang dipercayai dirompak dalam kejadian pagi tadi dan beberapa kes pecah rumah lain sebelum ini.

"Antara yang ditemui ialah wang tunai RM2,000, sebuah komputer riba, dua telefon bimbit, enam utas jam tangan, pasport dan beberapa senjata lain dipercayai digunakan untuk kegiatan mereka ," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, dua lelaki Indonesia ditembak mati, tiga berjaya ditahan manakala empat lagi suspek warga Indonesia dipercayai anggota Geng Mastika berjaya melarikan diri.

Difahamkan, dua suspek yang ditembak mati hari ini merupakan antara mereka yang melarikan diri itu.

Polis kini dalam usaha memburu saki baki ahli kumpulan warga asing berkenaan yang masih bebas.

Sementara itu, mangsa, Lee Yan Lin, 39, seorang seorang ahli perniagaan memberitahu, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah pintu biliknya.

Katanya, apabila sedar, kelihatan empat lelaki sudah berada dalam biliknya dan dia diugut dengan pisau supaya tidak melawan sebelum diikat dengan tali leher.

"Mereka kemudian menggeledah rumah saya hampir setengah jam dan melarikan wang tunai kira-kira RM100, sebuah komputer riba dan dua telefon bimbit.

"Penjenayah itu naik berang kerana hasilnya tidak banyak dan bertindak menampar muka saya," ujarnya yang tinggal seorang diri di rumah teres dua tingkat itu.

Menurut Yan Lin, penjenayah masuk dari pintu belakang di bahagian dapur dan keluar dari laluan sama.

Sejurus selepas penjenayah melarikan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

www.utusan.com.my

Ahli parlimen BN hantar SMS kepada Anwar

Sertai Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam.

Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.

"Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan," katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.

Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan," katanya.

www.harakahdaily.net

Lompat parti tidak sah? atau satu ugutan terhadap ahli parlimen BN

Pertemuan rahsia Anwar, amaran Pak Lah jangan rampas mandat sah BN

PETALING JAYA: Dilihat sebagai amaran kepada pihak-pihak yang cuba untuk membentuk kerajaan persekutuan menggunakan jalan belakang, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan agar tidak merampas kuasa yang diberikan oleh rakyat secara tidak sah.

Ketika membentangkan ucapan Bajet 2009 di Parlimen hari ini, Abdullah tidak merujuk dengan khusus mana-mana pihak tetapi pemerhati politik melihat ia menjurus ke arah Pakatan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri kembali ke Dewan Rakyat semalam selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Bekas Menteri Kewangan itu telah berulang menegaskan akan membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

mStar Online difahamkan semalam beliau mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak di ibu negara - kira-kira lapan jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Terdahulu petang semalam ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak telah membuat ikrar taat setia untuk tetap bersama Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Abdullah.

"Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat
oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara.

"Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak," kata Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu, tegas beliau, "kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul berterusan."

"Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal," katanya.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan menambah, beliau tidak akan membenarkan gangguan yang dirasai sekarang berterusan.

"Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi.

"Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara.

"We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means, dengan izin," kata beliau.

Abdullah membangkitkan perkara itu di akhir ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen tempatan.

Ucapan beliau memakan masa kira-kira 90 minit bermula pukul 4 petang tadi.

www.mstar.com.my

BPR mula rekod keterangan Nallakaruppan

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nalakaruppan hari ini memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menerima RM60 juta dari Magnum Corporation ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Pengarah Siasatan BPR Datuk Shukri Abdul ketika dihubungi mengesahkan bekas orang kanan penasihat PKR itu dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya namun enggan mengulas lanjut.

"BPR mula merekod keterangan Nallakaruppan sejak pukul 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai kami tidak mengambil keterangannya di Ibu Pejabat BPR Putrajaya.

"Lokasinya tidak dapat didedahkan kepada media tetapi saya boleh mengesahkan bahawa BPR sedang merekodkan keterangan beliau," katanya di sini hari ini.

Nallakaruppan, 61, pada ceramahnya di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu mendakwa menyerahkan RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 untuk tujuan yang tidak diketahui.

Nallakaruppan mendakwa menyerahkan sendiri wang itu kepada Anwar dan turut mendakwa Penasihat PKR itu meluluskan banyak lesen perjudian serta kedai empat nombor ekor ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. BERNAMA

Inul tidak boleh, Avril boleh | Umat Islam boleh menilai pemerintah sebegini

Konsert Avril berlangsung di Stadium Merdeka di sebalik bantahan PAS

KUALA LUMPUR: Konsert Avril Lavigne (gambar) yang dibantah oleh badan-badan bukan kerajaan dan PAS berlangsung di Stadium Merdeka malam ini.

Bagaimanapun PAS terus mengedarkan lebih 2,000 risalah kepada remaja Islam yang memasuki Stadium Merdeka untuk menyaksikan konsert tersebut.

Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohammad, mereka mengedarkan risalah tentang masalah yang menimpa remaja Islam, jenayah dan sosial.

"Kami juga memberitahu tentang konsep hiburan dalam Islam. Kita mahu mereka menilai semula apa yang dilakukan tidak bertepatan dengan Islam. Niat kami nak beri sentuhan dakwah secara lembut.

"Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berbincang dengan mereka. Alhamdulillah, tujuan kami untuk berdakwah tercapai. Cuma kami terkilan dan kecewa sebab kabinet telah meluluskan konsert ini," ujar Kamarulzaman sejurus selesai mengedarkan risalah tersebut.

Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan beberapa exco Pemuda PAS Pusat.

Kata Kamarulzaman, mereka bertindak untuk berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah gagal membatalkan konsert tersebut.

"Kami mahu JAKIM mengawal ketat persembahan artis dari luar negara termasuk di dalam negara. Kami juga mahu pihak berwajib seperti televisyen dan hiburan lain membuat tapisan secara ketat serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM," tutur Kamarulzaman lagi.

Terdahulu petang tadi kira-kira 200 orang mahasiswa, anggota badan bukan kerajaan dan parti politik berkumpul di pekarangan Masjid Negara hari ini bagi membantah penganjuran konsert Avril Lavigne.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Mohd Dzulkhairi Mohd selaku jurucakap kumpulan itu berkata, konsert Avril sewajarnya dihentikan bagi mengelakkan pengaruh negatif terhadap golongan remaja lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan kemerdekaan negara yang ke-51.

"Sepatutnya sambutan Hari Kemerdekaan perlu bermotifkan semangat cintakan negara, mempertahankan kedaulatan, mengagungkan pejuang kemerdekaan dan seumpamanya yang boleh menaikkan semangat nasionalisme.

"Avril bukanlah seorang role model yang boleh disamakan dengan tokoh-tokoh wanita negara," katanya dalam perhimpunan aman itu yang berlangsung kira-kira 20 minit.

www.mstar.com.my

Abdullah sangat bimbang lompat parti benar-benar akan berlaku

Pak Lah cakap depan-depan

Jika selama ini isu pembentukan kerajaan 16 September menjadi bahan ‘perbahasan’ terbuka di medan yang berasingan, hari Jumaat, semasa pembentangan Bajet 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyentuh isu itu berdepan dengan orang yang bercita-cita membentuk kerajaan baru berkenaan.

Abdullah dalam ucapan penutupnya semasa membentangkan bajet tersebut walaupun tidak menyebut nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tetapi kalimat yang dilontarkan sudah cukup untuk ditafsirkan sebagai ingatan kepada Anwar.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara.

“Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak….Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secra sah dan mengikut lunas demokrasi,” katanya.

Ucapan beliau disambut dengan tepukan meja oleh Ahli-Ahli Parlimen BN dan Anwar kelihatan tersenyum sambil menundukkan kepalanya.

Keyakinan Abdullah melontarkan ingatan tersebut berasas kerana selama ini Anwar memberitahu beliau sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Namun hari Khamis, 50 Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak telah menandatangani ikrar untuk terus bersama dengan BN. Empat lagi Ahli Parlimen BN iaitu dua daripada SAPP dan dua lagi dari UMNO tidak menandatangani ikrar tersebut.

Dua Ahli Parlimen UMNO dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kimanis dan Kalabakan iaitu Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur Salleh yang tidak menurunkan tandatangan mempunyai alasan tidak berbuat demikian.

Bagi Anifah, beliau telah berulang kali secara terbuka menafikan akan lompat parti dan menganggap itu adalah bukti yang cukup beliau akan terus bersama BN.

Ghapur pula menyifatkan ikrar sokongan itu seolah-olah Ahli Parlimen Sabah tidak boleh dipercayai dan tindakannya tidak menandatangani ikrar itu bukan bermakna beliau tidak setia dengan BN.

Selain isu kerajaan baru, Abdullah turut melontarkan kenyataan yang bersahaja tapi penuh bermakna bahawa beliau ada melakukan beberapa kesilapan tetapi mengakuinya.

Bukan macam ada sesetengah orang katanya, melakukan kesilapan tapi tidak mahu mengaku salah. Kenyataanya itu dirasakan dituju kepada Anwar.

Abdullah turut mengambil peluang bersemuka dengan Anwar semasa pembentangan bajet itu menegaskan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,permasalahan rakyat akan diatasi terutama golongan yang berpendapatan rendah.


“Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik.

“Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara,” tambahnya.

Anwar pula dalam reaksinya, menyifatkan Abdullah membangkitkan isu pembentukan kerajaan baru itu kerana bimbang lompat parti benar-benar akan berlaku.

www.agendadaily.com

29 August 2008

BN kata tidak percaya tetapi tindakannya seperti dalam ketakutan lompat parti akan berlaku

TAAT SETIA...

Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.

Sebaliknya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Turut menyatakan sokongan pada sidang akhbar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

www.utusan.com.my

Inul Daratista dari Indonesia 2 konsert dibatal berturut-turut | Kerajaan BN tunduk kuasa barat jika tidak batalkan konsert Avril Lavinge dari Canada

Tindakan polis halang bantahan konsert Avril dikesali

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Tindakan polis menghalang sekumpulan mahasiswa berhimpun di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat bagi membantah penganjuran konsert penyanyi simbol seks, Avril Lavinge hari ini amat dikesali.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad ketika ditemui di pekarangan Masjid Negara selepas himpunan aman anjuran Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) sebentar tadi.

Ujar Kamaruzzaman, pihaknya kesal dengan kekasaran yang dilakukan polis menghalang himpunan membantah maksiat.

"Walaupun imam semasa khutbahnya mengingatkan bahawa pentingnya menghalang program maksiat yang merosakkan akidah ummah, namun pihak berkuasa bertindak sebaliknya menghalang kami untuk membantah konsert seorang artis simbol seks dan membawa pengaruh budaya yang sesat," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan yang membenarkan konsert tersebut yang nyata bercanggah dengan norma masyarakat Malaysia selain lari dari penghayatan kemerdekaan sebenar.

"Amat malang sekali jika pejuang-pejuang kemerdekaan jika mereka masih hidup mengetahui adanya penganjuran konsert yang membawa kemusnahan kepada rakyat ini," katanya.

Himpunan aman tersebut dianjur bagi membantah penganjuran konsert penyanyi seksi dari Canada, Avril Lavinge yang dijadualkan malam 29 Ogos 2008 di Stadium Merdeka.

Kira-kira 100 mahasiswa memulakan himpunan dengan bertakbir sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Demonstrasi anjuran Gamis itu merupakan satu bentuk bantahan mahasiswa yang prihatin terhadap konsert yang melalaikan dan boleh menyumbang ke arah maksiat.

Namun, himpunan yang baru sahaja bermula kira-kira 10 minit, dicemari dengan tindakan kasar seorang anggota polis yang menerjah ke arah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad yang sedang berucap.

Dalam demonstrasi yang bermula tepat pukul dua petang tadi, wakil Gamis, Karisma, Teras dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah berucap selama lima minit setiap seorang bagi menyatakan bantahan mereka.

Namun ketika Kamaruzaman sedang menyampaikan ucapannya, pihak polis telah menghalang demonstrasi tersebut dan mengugut untuk mengambil tindakan.

Biarpun pihak Gamis meminta masa lima minit untuk menamatkan ucapan Kamaruzaman tetapi anggota polis yang mula bersikap kasar itu tidak menghiraukan permintaan tersebut dan cuba merampas pembesar suara yang digunakan.

Anggota polis yang bernama Redzaime menerjah terus kepada Kamaruzzaman dan mendesak Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu menghentikan segera ucapannya.

Kamaruzzaman cuba berbincang dengan anggota polis terbabit dengan meminta masa lima minit bagi menyudahkan ucapan seterusnya bersurai.

Malangnya, tindakan kasar anggota polis terbabit dengan bantuan beberapa anggota berpakaian preman menyulitkan keadaan, malah mengundang rasa marah di kalangan peserta himpunan.

Seorang peserta berbadan gempal melaungkan takbir dengan disusuli kecaman terhadap tindakan kasar polis.

Pergelutan berlaku hampir lima minit, namun tiada tangkapan berlaku sementara selepas reda, polis terus menanti di hadapan peserta himpunan sebelum bersurai kira-kira 10 minit selepas itu.

www.harakahdaily.net

Tema bajet 'kerajaan prihatin' gambaran bajet pujuk rakyat sahaja

Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.


Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan


K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel


Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

www.malaysiakini.com

Rakyat akan menyokong kenyataan Pak Lah jika BN menang dengan pilihanraya yang adil

PM bidas Anwar: Bazir masa layan 'ugutan oportunis'

Perdana menteri menamatkan ucapan pembentangan Bajet 2009 dengan penegasan "tidak akan membenarkan" wujud perubahan kerajaan persekutuan seperti diuar-uarkan sedang diusahakan oleh ketua pembangkang.

"Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan.

"Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti BN yang telah menang majoriti pilihanraya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di hujung ucapan 90 minit di Dewan Rakyat petang ini.

Tambahnya, kerajaan pimpinannya "tidak akan membazirkan masa lagi dengan ugutan-ugutan golongan oportunis untuk merampas mandat rakyat melalui cara-cara yang tidak demokratik."

Kenyataannya itu mendapat tepukan gemuruh ahli-ahli parlimen penyokong kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disahkan secara rasmi sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat semalam, sejak beberapa bulan lepas meletakkan sasarannya sehingga 16 September ini untuk membentuk kerajaan baru.

Beliau dilaporkan memberikan perhatian khusus untuk menarik ahli-ahli parti komponen BN dari Sabah, termasuk Umno, dan Sarawak.

Anwar, kini ahli parlimen baru Permatang Pauh, menyatakan kemenangannya Selasa lepas akan mempercepatkan lagi usahanya mendapatkan lebih 30 wakil-wakil rakyat BN dalam perjalanannya menuju Putrajaya.

Abdullah, yang juga menteri kewangan, berkata desas-desas yang disebarkan oleh tokoh PKR itu boleh "memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal."

"Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak.

"Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan," katanya dalam bajet 'Kerajaan Prihatin' yang bernilai RM207.9 bilion dengan tiga strategi.

Sebelum itu Abdullah menyifatkan politik yang dibawa pembangkang sebagai penuh retorik dan keterlaluan.

"Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan kita, malah menjejaskan kemakmuran negara," katanya, yang berdiri bertentangan dengan tempat duduk Anwar di dewan yang mulia itu.

Perdana menteri turut membidas janji-janji pembangunan Pakatan Rakyat, termasuk sewaktu kempen pilihanraya umum Mac lalu, "yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara yang muflis pada generasi muda."

Reaksi Najib, Azmin

Mengulas belanjawan tersebut di lobi Parlimen selepas pembentangan, timbalan perdana menteri menjelaskan peruntukan yang lebih banyak bagi Sabah dan Sarawak kali ini selepas mengambil kira pendapat ahli-ahli parlimen dua negeri itu.

Peruntukan itu dibuat, tambah Datuk Seri Najib Razak, memandangkan wujud keadaan unik di Sabah dan Sarawak yang masih rendah tahap pembangunan, geografi yang luas dan kadar kemiskinan yang tinggi.

"Oleh itu, tugas kerajaan untuk mengecilkan jurang antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Ia merupakan satu janji sebelum ini," katanya.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyanggah tanggapan bahawa peruntukan itu berkaitan dengan usaha menarik ahli-ahli parlimen dua negeri itu kepada Pakatan Rakyat.

"Ia mencerminkan tanggungjawab kerajaan dan mereka (kerajaan) sangat bertimbang rasa terhadap permintaan ahli-ahli (Sabah dan Sarawak). Dan ia tiada kena-mengena dengan (desas-desus) lompat parti," kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga seorang pemimpin kanan Umno Sabah.

"Ia tidak berniat politik. Ia dibuat selepas perbincangan dan kajian oleh agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi."

Naib presiden PKR pula menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai "seorang diktator yang mengugut ahli-ahli parlimen BN yang berhasrat menyertai Pakatan Rakyat."

Mengulas pendekatan pembangkang yang mengambil dasar-dasar pembangunan populis, Mohamad Azmin Ali yang juga ahli parlimen Gombak berkata:

"Lebih baik kita mengambil pendekatan yang populis daripada bertindak seperti iblis, menekan rakyat dengan zalim, tidak memahami masalah rakyat di bawah dan hanya menggunakan ruang ini untuk memberi gula-gula politik."

www.malaysiakini.com

Rakyat tidak puas hati Malaysia-Today disekat | Tindakan memalukan negara, menjadikan seolah-olah negara kuku besi

Dr M kecam k'jaan haram Malaysia Today

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet - dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu.

"Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya - Chedet blog.

Dr Mahathir yang memperkenalkan dasar tiada tapisan internet pada pertengahan tahun 1990-an, berkata tindakan kerajaan itu menunjukkan "tahap keangkuhan yang menindas menyerupai sebuah negara kuku besi".

Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISPs) di negara ini supaya mengharam Malaysia Today.

"Saya tidak sentiasa bersetuju dengan Malaysia-Today.net dan (editor lamanweb itu) Raja Petra Kamaruddin. Beliau adakalanya agak tidak bertanggungjawab," tambah Dr Mahathir.

"Tetapi tindakan mahkamah telahpun diambil terhadapnya. Jika dia didapati bersalah, terdapat hukuman yang mencukupi yang boleh dijatuhkan (ke atasnya)," tambahnya.

Raja Petra (kiri) sedang berdepan dengan beberapa saman, termasuk tuduhan menghasut dan melakukan fitnah selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.

Tapisan internet

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mempertahan tindakan terhadap Malaysia-Today, dengan berkata lamanweb itu diharamkan kerana ia menyiarkan kandungan yang berunsur 'fitnah'.

Sementara itu, parti pembangkang, PKR turut mengecam keputusan kerajaan itu, yang disifatkannya sebagai tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional.

Sambil menyifatkannya sebagai serangan terbaru terhadap kebebasan awam, parti itu berkata, keputusan tersebut merupakan tapisan terhadap internet.

"Ia juga merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN yang masih tergugat selepas mengalami kekalahan berturut-turut dan enggan menerima isyarat yang jelas dari rakyat berulang-kali melalui peti undi.

"Alasan yang diberikan bahawa Malaysia Today merupakan sebuah lamanweb yang berunsur menghasut adalah tidak berasas sama sekali dalam mana-mana prinsip undang-undang, memandangkan terdapat undang-undang yang mencukupi yang mengendalikan aktiviti seumpama itu dan masih belum ada sebuah mahkamah pun di Malaysia yang telah mendapati lamanweb itu menyiarkan kandungan yang berunsur menghasut," tambah Setiausaha Agung PKR, Salahuddin Hashim dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin menegaskan, PKR memandang serius tentang kemungkinan ia merupakan langkah permulaan dalam percubaan yang lebih besar untuk mengekang rakyat Malaysia daripada mengakses internet, yang selama ini menjadi benteng kebebasan bagi mereka yang mahu mendapatkan pandangan alternatif.

Laman alternatif

Oleh itu, katanya, PKR menggesa SKMM dan kerajaan supaya mengotai janjinya kepada KRM (Koridor Raya Multimedia) dan segera menarik balik arahan tersebut.

PKR juga, tambahnya, menentang sebarang percubaan untuk mengenepikan hak rakyat untuk mengakses maklumat alternatif.

Di bawah Bil Jaminan 10 Perkara KRM, kerajaan berjanji untuk memastikan tiada tapisan internet.

Raja Petra yang mengasaskan Malaysia Today, telah menyediakan laman alternatif melalui penyedia internet asing.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa tindakan kerajaan itu tidak akan menghalangnya untuk terus menulis.

Malaysiakini telah menyemak dengan laman alternatif tersebut dan sehingga 1 tengahari tadi, ia masih aktif.

www.malaysiakini.com

Ramai kakitangan Puspakom tak datang kerja

MUAR: Ramai kakitangan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dikatakan tidak bekerja semalam, dipercayai takut ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kes sogokan membabitkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

Keadaan itu menyebabkan Puspakom di Parit Bakar dekat sini, sesak dengan berpuluh-puluh lori berikutan kekurangan kakitangan untuk membuat pemeriksaan.

Pemandu lori terbabit mula beratur seawal jam 7 pagi, namun selepas beberapa jam menunggu ramai meninggalkan premis itu selepas dimaklumkan pusat itu kekurangan pemeriksa kenderaan.

Keadaan sama dilaporkan berlaku di pusat pemeriksaan Puspakom Batu Pahat dan Johor Bahru.

Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA), Er Sui See, berkata beliau diberitahu hanya tiga orang bertugas di Puspakom Muar, termasuk pengurus dan penyelia, semalam, berbanding sekurang-kurangnya 10 orang setiap hari sebelum ini, termasuk lapan pemeriksa kenderaan.

"Saya dimaklumkan bahawa kakitangan Puspakom itu tidak berkerja kerana takut ditahan BPR. Tindakan itu juga mungkin diambil bagi memprotes penahanan rakan mereka," katanya ketika dihubungi.

Dalam operasi besar-besaran di seluruh negara pada Selasa dan Rabu lalu, BPR menahan 47 orang termasuk 28 kakitangan Puspakom dan 19 perantara atau 'runner' bagi membantu siasatan rasuah membabitkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

Semalam, 10 lagi kakitangan Puspakom ditahan termasuk dua di Johor, Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga) dan Perak (satu).

Sementara itu, Ketua Eksekutif Puspakom, Datuk Salamat Wahid ketika dihubungi memberi jaminan pihaknya akan memastikan semua pusat pemeriksaan mempunyai kakitangan mencukupi untuk menampung operasi harian.

"Kita akan pastikan kenderaan setiap pelanggan yang sudah membuat temujanji akan diperiksa pada tarikh yang ditetapkan.

"Jika berlaku kekurangan kakitangan, waktu kerja akan dilanjutkan bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa pada hari itu juga," katanya sambil menegaskan operasi Puspakom di seluruh negara setakat ini berjalan lancar.

Mengenai kakitangan Puspakom yang dikatakan tidak bertugas semalam kerana bimbang ditahan BPR, beliau berkata:

"Hari biasa pun ada yang tidak datang... cuti sakit atau sebagainya, tapi kalau hari ini (semalam) ada tak datang kerana bimbang operasi BPR... saya tak tahu. Tapi kita akan teliti sebab tak datang, mungkin cuti sakit."

Beliau berkata, Puspakom di seluruh negara memeriksa hampir 10,000 kenderaan semalam, termasuk lebih 500 kenderaan yang diperiksa di cawangan Johor Bahru dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Dalam kenyataannya petang semalam pula, beliau berkata, orang ramai boleh membuat aduan melalui laman web www.puspakom.com.my atau talian bebas tol 1-800-88-6927 atau menghubunginya terus melalui emel ceo@puspakom.com.my atau telefon 019-3859666.

Katanya, Puspakom juga akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada BPR dalam membanteras gejala rasuah.

www.bharian.com.my

Pembentangan Bajet 2009 oleh PM jam 3.30 petang ini

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi tumpuan seluruh negara, hari ini.

Orang ramai boleh mengikuti pembentangan Bajet 2009 di Parlimen, jam 3.30 petang ini menerusi siaran langsung oleh beberapa stesen televisyen utama, termasuk RTM1 dan TV3.

www.bharian.com.my

Penjenayah pecah rumah wajar dihapuskan

Empat penjenayah Indonesia serang polis ditembak mati

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Polis menembak mati empat penjenayah warga Indonesia yang menyerang polis menggunakan parang di sebuah tapak pembinaan di Bukit Hatamas, Taman Segar Perdana, Kajang dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, empat suspek itu dipercayai kumpulan penjenayah yang melakukan pecah rumah di Bukit Permai, Ampang dua jam sebelum itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pergerakan kumpulan penjenayah itu berjaya dikesan dan diekori polis sehingga ke tempat kejadian sebelum dikepung di kawasan tersebut. - Utusan

Melaka hantar pengundi hantu?

Negara huru-hara jika Anwar jadi Perdana Menteri

MELAKA 28 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) percaya negara ini akan menjadi huru- hara jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru memenangi pilihan raya kecil Selasa lalu itu tidak mempunyai ciri-ciri seorang Perdana Menteri sebaliknya lebih sombong, berlagak dan sering menghina orang lain.

''Saya tidak nampak beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan dan keharmonian kepada negara. Sebaliknya beliau jenis orang yang boleh merosakkan negara," katanya.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membandarkan Desa anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Desa negeri di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan Anwar dan lebih 500 pengikutnya yang menyerang, mengugut dan mengancam para penyokong Barisan Nasional (BN) dari Melaka di Permatang Pauh Selasa lalu membuktikan sikap sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

''Saya terkejut dengan tindakan Anwar ini. Beliau umpama budak-budak dan perlakuannya tidak sedikitpun mencerminkan beliau seorang pemimpin yang baik apalagi untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Selasa lalu, dua buah bas yang membawa penyokong BN dari Bukit Katil di sini dikatakan dikepung oleh lebih 500 penyokong PKR di halaman Tadika Kemas Mengkuang Titi, Kubang Semang.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bukit Katil, Muhammad Jailani Khamis, para pengikut PKR itu telah mengepung bas-bas mereka manakala penumpangnya termasuk beliau sendiri telah diancam dan diugut oleh kumpulan terbabit.

Mohd. Ali berkata, pada masa yang sama beliau yakin dengan kesetiaan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih sayangkan negara dan tidak akan terikut-ikut dengan hasutan Anwar.

''Walaupun dia kata akan jadi Perdana Menteri pada 16 September ini tetapi saya yakin impian Anwar tidak akan kesampaian," katanya.

Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Selasa lalu, Anwar berjaya memperoleh 31,388 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah yang meraih 15,524 undi dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.

www.utusan.com.my

Akta zalim ISA | Doa mereka yang terinaya akan diterima

Bebas empat, tahan enam lagi - GMI kecam tindakan kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri terus dikecam, biarpun membebaskan empat tahanan ISA baru-baru ini kerana dalam masa sama bertindak menahan enam yang lain.

GMI dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa enam tahanan itu telah ditahan bawah akta zalim itu pada Julai lalu.

Bagaimanapun, menurut GMI pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pembebasan empat tahanan tersebut, yang dua daripadanya ditahan lebih enam tahun.

Mereka yang dibebaskan ialah Shahrial Sirin, Abdullah Minyak Silam, Zainuddin Suharno dan Jaki Hamid - kesemuanya warga Indonesia dan telah dihantar kembali ke Indonesia.

Shahrial dan Abdullah ditahan melebihi enam tahun atas tuduhan JI, manakala Zainuddin dan Jaki ditahan selama dua tahun atas tuduhan DI.

GMI mengalu-alukan pembebasan keempat-empat mereka, yang jelas tidak dibuktikan kesalahan mereka di mana-mana mahkamah terbuka di negara ini, selain berpendapat pembebasan itu juga atas desakan Kempen Bebaskan Enam Tahun ISA.

Selain itu, kata GMI tindakan kerajaan menghantar balik keempat-empat tahanan itu ke Indonesia tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh dimaafkan.

" Mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk bersatu dengan keluarga mereka, tetapi tindakan kerajaan menghantar mereka ke Indonesia tidak boleh dimaafkan, khususnya terhadap keluarga Shahrial yang baru kehilangan anak perempuannya - Aina Mardhiah, 3 Julai lalu," tegas GMI.

www.harakahdaily.net

Jika imam saksi sumpah dipecat, senarai salah guna kuasa Umno akan bertambah

Imam Masjid Wilayah bakal di pecat?

KUALA LUMPUR, 28 OGOS (SK) - Dari maklumat yang layak dipercayai, Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi, yang mendedahkan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari Mohd Azlan dipercayai telah di beri cuti oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber kami juga mempercayai beliau akan di pecat oleh Jawi setelah kembali berkhidmat kelak.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang dikatakan telah menjadi saksi sumpah kepada Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, Suara Keadilan Online, 25 Ogos lalu secara eksklusif mendedahkan bahawa seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

www.suarakeadilan.com

Bajet ambil hati rakyat kerana tekanan Pakatan Rakyat

Khabar gembira Bajet 2009

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Per- dana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok dijangka membawa khabar gembira untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas sama ada bajet tersebut akan memberi banyak manfaat kepada rakyat berkata, berita gembira itu akan diketahui esok.

''Ada, ada, tunggu saja esok," katanya kepada pemberita dalam nada yang agak ceria ketika selepas melancarkan Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah di sini hari ini.

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut bentuk-bentuk insentif atau kelebihan yang akan diterima oleh rakyat.

InflasiPembentangan Bajet 2009 esok dinanti-nantikan oleh rakyat kerana ia dilakukan dalam suasana negara mengalami peningkatan inflasi berikutan kenaikkan harga minyak dan barangan peringkat global.

Bajet berkenaan diharap akan mengekalkan tradisi membela rakyat seperti yang dibuat melalui bajet-bajet sebelum ini.

Terdahulu semasa berucap pada perlancaran majlis tersebut, beliau berkata, urus tadbir agama tidak boleh menekankan aspek berbentuk retorik atau dibuat secara ala kadar.

www.utusan.com.my

Panggil Uncle Seekers | Sebulan yang lalu dia kata boleh selesaikan histeria 2 jam sahaja

Histeria SMK Tanjung Lumpur semakin teruk

KUANTAN 28 Ogos – Kejadian histeria yang berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini, bertambah serius apabila salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit “aku ingin darah dan nyawa.”

Pelajar itu adalah antara lapan pelajar perempuan yang terus menjadi mangsa histeria di sekolah itu yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Jeritan mangsa histeria itu menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelajar, ibu bapa dan beberapa pengamal perubatan tradisional yang berusaha keras untuk memulihkan keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah terbabit hari ini mendapati kejadian histeria masih terus membelenggu para guru dan pelajar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Pahang.

Beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, ungkapan salah seorang mangsa histeria hari ini yang berbau ugutan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, mereka menggesa Jabatan Pelajaran Pahang, pihak sekolah dan pakar dalam bidang perubatan Islam serta tradisional bertindak segera kerana bimbang makhluk halus yang dipercayai mendiami kawasan berkenaan akan bertindak lebih dahsyat lagi.

Malah, terdapat lebih daripada 20 pengamal perubatan rohaniah berusaha untuk memulihkan semula sekolah tersebut sejak Mei lalu, tetapi setakat ini masih menemui jalan buntu.

Hari ini, seorang lagi pengamal perubatan tradisional dari Kuala Kurau, Parit Buntar di Perak, Raja Syed Sheikh Mohd. Sarip Al-Patani, 69, bersama rakannya, Syed Sheikh Abdul Mutalib Al-Habsyi, 46, menawarkan diri untuk memulihkan semula para pelajar dan persekitaran sekolah tersebut.

Bagaimanapun, menurut Raja Syed Sheikh Mohd. Sarip, kejadian histeria yang meresapi 35 pelajar di sekolah itu sukar diterima logik akal.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedang berusaha membuat ‘rundingan’ dengan makhluk halus yang dikatakan menjadi punca kejadian histeria di sekolah terbabit sejak 15 Mei lalu.

Sementara itu, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang memutuskan tidak akan menutup SMK Tanjung Lumpur ekoran kejadian gangguan histeria yang berlarutan itu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, adalah tidak adil untuk menutup sekolah tersebut memandangkan terdapat 796 pelajar lagi yang boleh meneruskan pelajaran seperti biasa tanpa mengalami sebarang gangguan histeria.

Kata beliau, jalan penyelesaian yang boleh dilakukan sekarang ini ialah memindahkan kesemua 35 pelajar terbabit ke sekolah lain.

Beliau percaya jika pelajar terbabit dipindahkan, gangguan histeria akan berakhir kerana sejak ia mula berlaku, hanya mereka yang sering diserang histeria secara berulang-ulang kali.

“Saya percaya jika mereka (mangsa) belajar di sekolah lain masalah tersebut dapat diselesaikan memandangkan histeria hanya terjadi di kalangan 35 pelajar ini sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat guru-guru di Jerantut hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita muka depan Utusan Malaysia yang mencadangkan supaya sekolah itu ditutup bagi mengatasi masalah histeria yang berlaku terhadap pelajar terbabit yang dilihat tidak berkesudahan.

Abdul Aziz berkata, setakat ini, hanya enam pelajar yang sering mengalami gangguan histeria telah bertukar sekolah dan kini belajar di SMK Sungai Soi, manakala baki 29 pelajar masih belajar di sekolah itu.

Sehubungan itu, beliau merayu ibu bapa kepada 29 pelajar terbabit supaya menukarkan anak mereka ke SMK Sungai Soi atau mana-mana sekolah yang berdekatan sebagai jalan penyelesaian daripada mengambil keputusan menutup SMK Tanjung Lumpur.

“Setakat ini, ibu bapa pelajar berkenaan masih mahu anak-anak mereka terus belajar di SMK Tanjung Lumpur walaupun menyedari anak-anak mereka sering menjadi mangsa gangguan histeria

“Antara alasan yang diberikan ialah anak-anak mereka selesa belajar di sekolah berkenaan,” katanya.

Ditanya kerjasama pelbagai pihak menangani masalah itu, beliau berkata, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) melakukan pemantauan dari aspek psikosis, kemurungan, tekanan dan histeria, manakala Mufti Negeri Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pula menawarkan khidmat perubatan Islam bagi tujuan pemulihan.

Dalam pada itu, katanya lagi, daripada 35 pelajar yang sering diserang histeria, sembilan daripadanya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), manakala dua lagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Justeru, katanya, pusat peperiksaan para pelajar terbabit akan dipindahkan ke sekolah lain.

Abdul Aziz turut mengesahkan seramai lapan pelajar perempuan diganggu histeria hari ini dan kesemua pelajar terbabit merupakan pelajar yang sama mengalami kejadian misteri itu sebelum ini.

www.utusan.com.my