30 June 2008

Anwar akan mengumumkan penyertaan 4 ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno minggu ini

Anwar keluar dari kedutaan Turki

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya.

Anwar berjalan keluar dari rumah itu, yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan, dan memasuki kenderaan kira-kira jam 6.45 petang ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan kira-kira 50 wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut (foto).

Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan oleh menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan.

Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.

Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang.

Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR tiba kira-kira jam 6.40 tadi dan naib presidennya Azmin Ali sampai lima minit sebelumnya.

Bercakap ringkas kepada media, Azmin berkata pihaknya berpuas hati dengan jaminan keselamatan kerajaan.

Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar jam 9 malam di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sementara itu, penyokong Anwar juga diminta berkumpul di tempat yang sama malam ini untuk mendengar amanat pemimpin tersebut.

Kira-kira 250 penyokong Anwar dan wartawan menunggu-nunggu sidang media. Bagaimanapun menurut timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, ia telah dibatalkan.

Para penyokong Anwar yang mengharapkan maklumat daripada mulutnya sendiri perlahan-lahan beredar dari depan pejabat itu dengan berat hati.

Risalah sehelai yang memuatkan berita terkini Malaysiakini dan Malaysia Today tentang perkembangan kes Anwar diedarkan sehingga para penyokong berebut-rebut mendapatkannya.

Teriakan "reformasi" dan takbir kedengaran selepas pengumuman pembatalan itu bagi kali kedua oleh timbalan setiausaha agung Johnson Chong menjelang 10 malam.

Menurutnya, jika ada sidang media, ia akan dimaklumkan esok.

Bagaimanapun lebih kurang 150 penyokong masih enggan beredar sehinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh ibu pejabat parti.

Anwar dimaklumkan sedang berbincang dengan kumpulan peguamnya malam di suatu tempat yang tidak dinyatakan.

www.malaysiakini.com

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu

Mahkamah lulus Mohamed Nor kahwin empat

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah meluluskan permohonan pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, untuk berkahwin empat.

www.bharian.com.my

Polis tidak dapat menjalankan tugas? Adakah Anwar hendak ditahan?

Kedutaan Turki tidak tawar suaka politik kepada Anwar

Kedutaan Turki mengesahkan tidak menawarkan suaka politik atau jemputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari perlindungan di situ, sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri meminta kebenaran berada di situ mengikut tempoh yang akan ditetapkannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Besar Turki ke Malaysia, Barlas Ozener kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika dipanggil ke Wisma Putra, di sini petang ini, bagi menjelaskan kekeliruan tersebut.

Menurutnya, atas permintaan Anwar itu, maka Kedutaan Turki telah membenarkannya berada di situ atas dasar kemanusiaan.

“Berikutan penjelasan Duta Turki itu, maka Kementerian Luar tidak menerima ia (kehadiran Anwar itu) sebagai satu jemputan tetapi jika tempoh itu berpanjangan maka istilah tetamu itu dicurigai dan kita akan memberi pengiktirafan lain.

“Kerajaan juga sudah meminta Kedutaan Turki supaya tidak menghalang proses siasatan polis terhadap Anwar, jika polis tidak dapat menjalankan tugas maka itu dianggap menyalahi proses undang-undang di negara ini,” kata beliau pada sidang akhbar di Wisma Putra, di sini hari ini. - Utusan

Tekanan ke atas Duta Turki?

PUTRAJAYA 30 Jun – Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener hari ini dipanggil ke Wisma Putra di sini dipercayai ada kaitan dengan bantahan kerajaan terhadap campur tangan negara itu terhadap masalah dalaman Malaysia.

Ozener yang tiba di Wisma Putra pada pukul 1.49 petang ini dengan kereta jenis Mercedez Benz nombor plat 51-01-dc dilihat memasuki pejabat Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Semalam, Rais melarang kedutaan asing di negara ini `menyimpan' dan melindungi individu yang didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan alasan tuntutan suaka politik.

Menurutnya, situasi itu jelas tidak membenarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut suaka politik daripada kedutaan Turki seperti yang dilakukan sekarang.

Anwar berbuat demikian setelah satu laporan polis dibuat di Balai Polis Travers di ibu negara yang oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin politik itu pada 26 Jun lalu.

Rais dijadual memanggil sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Putra pada pukul 3 petang ini bagi menjelaskan butiran kedatangan Duta Turki tersebut.

- Utusan

Anwar files libel suit against aide



PKR's de facto leader Anwar Ibrahim this morning filed a defamation suit against his aide over claims of sodomy.
In the suit which was filed at the Kuala Lumpur High Court registry in Jalan Duta, Anwar also claimed that the police report lodged by Mohd Saiful Bukhari Azlan was an abuse of the process of law.

Full story in Malaysiakini.com

Prof Khalifah Dilantik Pemangku Naib Canselor Unisel

SHAH ALAM, 30 Jun (Bernama) -- Dekan Sekolah Pasca Ijazah Pengurusan Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof Dr Khalifah Othman dilantik pemangku Naib Canselor universiti itu menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang ditamatkan perkhidmatan.

Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata lembaga pengarah PIYSB bersetuju melantik Dr Khalifah berkuatkuasa esok (1 Julai) sehingga dimaklumkan kelak.

Lembaga pengarah PIYSB juga telah meluluskan untuk membentuk satu jawatankuasa khas bagi tujuan penilaian dan pemilihan Naib Canselor Unisel yang akan dianggotai dalam kalangan ahli akademik dan ahli korporat.

Khalifah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dan Ijazah Sarjana Perniagaan (MBA) dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat, dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dari University of Sterling, United Kingdom. Beliau telah berkhidmat di Unisel sejak 1 Mac 2005.

Sebelum itu, Khalifah berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari tahun 1972 hingga 2004.

PIYSB juga menjelaskan bahawa Mohd Razali ditamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Canselor Unisel kerana lembaga pengarah PIYSB tidak berpuas hati dengan prestasi beliau.

PIYSB berkata Mohd Razali dilantik pada 1 Ogos 2007 berdasarkan kepada peruntukan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan Perlembagaan Unisel.

"Beliau dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam bulan iaitu dari 1 Ogos 2007 sehingga 31 Jan 2008 bagi menilai prestasi beliau sebelum diserap ke dalam perkhidmatan dan sepanjang tempoh itu lembaga pengarah PIYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak berpuas hati dengan prestasi beliau.

"Lembaga pengarah PIYSB telah bersetuju untuk memberi peluang dengan melanjutkan tempoh percubaan selama enam bulan berkuatkuasa 1 Feb 2008 hingga 31 Julai 2008," demikian menurut kenyataan itu.

PIYSB berkata sepanjang tempoh percubaan kedua, perhidmatan dan prestasi Mohd Razali masih lagi tidak memuaskan.

"Setelah mendapat nasihat perundangan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, lembaga pengarah PIYSB dalam mesyuarat khas pada 26 Jun lepas telah membuat keputusan sebulat suara untuk tidak mengesahkan jawatan beliau, dan memberikan sebulan notis untuk menamatkan perkhidmatannya pada 31 Julai depan, dengan bergaji penuh berdasarkan pada peruntukan Perlembagaan Unisel dan terma serta syarat pelantikan yang terkandung dalam surat pelantikan beliau," katanya.

-- BERNAMA

Khairy tidak percaya Anwar berkelakuan begitu, tidak menolak kemungkinan laporan itu atas arahannya sendiri

"Mungkin Anwar sendiri arah Saiful lapor untuk raih simpati rakyat" Khairy

TEMERLOH: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja taktik untuk menarik perhatian masyarakat kononnya nyawanya terancam.

‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan seorang pemuda yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di ibu negara.

Pemuda berusia 23 tahun itu dan merupakan pembantu khas kepada Anwar telah membuat laporan di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang Khamis lalu.

‘‘Kononnya nyawa (Anwar) diancam, Anwar kini berlindung di Kedutaan Turki dan taktiknya bersembunyi di kedutaan asing mengiyakan pandangan sesetengah pihak selama ini beliau bersekongkol dan bekerjasama dengan kuasa asing.

‘‘Sepatutnya, jika benar nyawanya terancam, Anwar hendaklah membuat laporan polis dan bukannya berselindung di kedutaan asing di negara sendiri,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan taktik tersebut dan sebaliknya biarlah polis membuat siasatan mengenai dakwaan tersebut. Utusan

www.klpos.com

Cara halang Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil

'Kami mahu umum pilihanraya kecil'

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berlindung di kedutaan Turki, mendakwa laporan polis menggemparkan terhadapnya dibuat bagi menghalang beliau bertanding semula dalam pilihanraya.

"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

www.malaysiakini.com

Anwar takes refuge in Turkish embassy


PKR de facto leader Anwar Ibrahim, who said he feared for his life, has sought refuge at the Turkish embassy in Kuala Lumpur this morning.

He went to the embassy at 6am and according to PKR vice-president Azmin Ali, he would be there "indefinitely".

http://www.malaysiakini.com/news/85279

Anwar saman Saiful

Anwar fail saman terhadap pembantunya berhubung dakwaan liwat

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukari Azlan, 23, berhubung laporan polis palsu yang didakwa memfitnah beliau.

Khamis lalu, Mohd. Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

- Utusan

Kedutaan Turki

Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

Jangan biarkan peristiwa 1998 berulang

Bila Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, aku gelak. Padan muka! Memang aku marah kat Anwar bila dia masuk Umno pada tahun 1982. Malah bila dia ditangkap dan dimasukkan kelokap, aku masih lagi relax menonton berita TV. Bila dapat tahu dia dipukul setengah mati, aku kata ini tidak patut.

Apabila beliau didakwa kerana tuduhan meliwat, aku terkejut. Bukan terkejut kerana tuduhan tersebut, tetapi salah seorang daripada dua pegawai tinggi polis yang menjadi crown witness dalam kes itu ialah abang ipar aku sendiri. Bila aku kata aku percaya Anwar tidak bersalah, bukan kerana aku dengar ditapak ceramah atau pun risalah-risalah, tetapi aku dengar dari mulut orang yang terlibat.

Anwar telah mendapat maklumat tentang konspirasi Musa Hasan dan Gani Patail baru-baru ini. Dari siapa? Aku tak tau. Tetapi Sivarasa dan William Heng tidak dapat kemajlis Forum petang tadi, kerana sedang meniliti kandungan maklumat tersebut. Aku bukan dengar dari tepi jalan, tapi dari mulut Dr. Lee Boon Chye sendiri.

Mungkin Musa Hasan dan Gani sedar perkara ini, dan Musa Hasan tidak hadir didalam perbarisan tamat latihan anggota polis semalam. Mengapa? Mungkin dia sudah tahu tuduhan liwat ini, sebelum inya dibuat.

Dalam kes liwat ini, aku juga tak mau dengar dari mulut-mulut kawan-kawan tapi aku dengar sendiri dari Saifuddin Nasution, Dr. Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Hj. Ismail Yusop.

Dari maklumat mereka, ini bukan lagi kes liwat, tetapi percubaan membunuh Anwar. Menurut Dr. Lee, tuduhan liwat itu bukan sekali, tetapi banyak kali dan kali terakhir ialah pada 26 Jun yang lalu. Tetapi tidak dinyatakan masa dan tempat yang dinyatakan ialah disebuah condo diDamansara. Ini serkap jarang, kalau kita nafikan dan memberitahu tempat sebenar Anwar berada, mereka akan mengubah pula tarikh dan tempatnya. Jadi tunggu sampai kertas pertuduhan dikemukakan.

Benarkah ada percubaan membunuh? Peristiwa UTK menceroboh rumah Anwar tahun 1998 akan berulang sekiranya Anwar berada dirumah atau dimana-mana saja. Dan kali ini, mereka akan memastikan Anwar mesti dihapuskan. Oleh itu, Anwar mesti diselamatkan dahulu. Ada pelayar diTranungkite meminta Anwar bersumpah. itu bukan perkara besar. Tapi tidak ada gunanya bersumpah, kemudian mati dibunuh. Aku mahukan Anwar hidup, melainkan Tuhan mahu mengambil nyawanya.

Satu kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Anwar tidak dihantar kesatu tempat yang mempunyai imuniti seperti Kedutaan Turki ialah, polis mempunyai kuasa untuk menangkap Anwar dan membawanya kebalai untuk tujuan siasatan. Kalau dulu, beliau dipukul setengah mati , apakah jaminan bahawa Anwar tidak akan dihapuskan dibalai polis. Sudah berapa ramai tahanan yang mati didalam lokap polis, apa bezanya dengan Anwar.? Tambahan pemain-pemain yang terlibat didalam peristiwa sepuluh tahun dulu, masih lagi hidup, malah mempunyai kuasa yang lebih tinggi.

Nota: Aku mendapat SMS mengatakan kes Rafidah Aziz yang dikatakan akan didengar pada hari ini (Isnin) telah ditangguhkan kepada 4 Julai 2008. ???????

http://matsamankati.blogspot.com

Apakah sebab tuduhan sebegini sanggup dilemparkan?



Sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar

Saiful suka bergambar, Pemberita tunggu kemunculannya untuk ambil gambar



Ini gambar-gambar yang sekarang tersebar luas dalam internet dan laman blog.Dalam empat gambar ini semua ada Saiful Bukhri Azlan,pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua orang sudah tahu pasal laporan polisnya mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah meliwatnya.

Diatas kanan Saiful (berbaju biru) bersama bergambar dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas,sebelahnya bersama Datuk Mustapha Mohamad sewaktu beliau Menteri Pengajian Tinggi.

Dibawah kanan bersama Datuk Azalina Othman Said semasa beliau Menteri Belia dan Sukan dan sebelahnya dengan Datuk Shahrir Samad sewaktu beliau Ahli Parlimen Johor Bharu.

Datin Seri Wan Azizah Ismail telah tunjuk gambar Saiful bersama Khairil Anas yang tersimpan dalam telefon bimbitnya kepada para wartawan sewaktu sidang akhbar pada sebelah tengahari Ahad di Hotel Quality ,Shah Alam.Katanya ia diperolehi dari sebuah laman web.

www.agendadaily.com

Taliban semakin berani menyerang

Sasar tawan selatan dan timur Afghanistan

WASHINGTON: Pejuang Taliban akan cuba menawan kawasan baru selain meneruskan perjuangan di kawasan kubu kuat mereka di selatan dan timur Afghanistan, dedah Pentagon dalam laporan terbaru, kelmarin.

"Pejuang Taliban akan mencabar penguasaan kerajaan Afghanistan di kawasan pedalaman terutama di selatan dan timur. Mereka juga mungkin cuba meningkatkan penguasaan mereka di barat dan utara," lapor Pentagon dalam laporan pertama 'Laporan Kemajuan Keselamatan dan Kestabilan di Afghanistan' kepada Kongres.

Laporan itu merekodkan perkembangan hingga April lalu, turut mendakwa tentera antarabangsa berjaya 'mencetuskan rintangan terhadap pemberontak di Afghanistan termasuk menyebabkan kehilangan pemimpin dan tempat selamat mereka di negara itu'.

"Bagaimanapun, semua rintangan diwujudkan, pejuang Taliban masih menguasai atau memperluaskan skop serangan pada 2008," katanya.

Taliban yang meneruskan perjuangan menentang pencerobohan Amerika Syarikat terus meningkatkan serangan mereka tahun lalu sehingga menyebabkan 6,500 orang terbunuh.

Amerika menyerang rejim Taliban selepas berlakunya tragedi 11 September 2001 kerana menuduh mereka menyokong pergerakan al-Qaeda.

Walaupun dipenuhi kira-kira 70,000 askar asing, keganasan di Afghanistan terus meningkat sejak dua tahun lalu.

Di ISLAMABAD, tentera Pakistan melancarkan serangan mortar besar-besaran ke atas pejuang Taliban di Khyber berikutan ancaman terhadap bandar Peshawar di barat laut negara itu.

Serangan ini, adalah tindakan ketenteraan besar pertama diambil kerajaan baru Pakistan terhadap pejuang Taliban di wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan itu.

Pihak berkuasa keselamatan Pakistan sebelum ini berkata, ia lebih berminat menyelesaikan pertelagahan dengan pejuang melalui rundingan, tetapi mengambil keputusan bertindak berikutan ancaman kumpulan itu ke atas Bandar Raya Peshawar yang semakin meningkat,

"Operasi berjalan lancar setakat ini tanpa sebarang tentangan dan belum ada kemalangan jiwa dilaporkan," kata Ketua Polis Wilayah Sempadan Barat Laut (NWFP), Malik Naveed Khan.

Sementara itu, seorang pegawai kanan keselamatan berkata, tumpuan kini diberikan terhadap bandar Bara di sempadan Afghanistan.

"Perintah berkurung dikuatkuasakan di Bara, manakala kedai di arah tutup dan penduduk tempatan diminta agar tidak keluar rumah. Semua jalan menuju ke bandar ini juga sudah ditutup," kata beliau yang enggan mendedahkan namanya.

Pegawai berkenaan berkata, operasi di Bara akan dijalankan dalam tempoh 48 jam, tetapi kalangan tentera yang ditempatkan di kawasan itu berkata, ia akan dilakukan pada bila-bila masa. Akhbar tempatan pula melaporkan semua hospital di Peshawar sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Katanya tentera membuat rancangan di luar jangkaan untuk melindungi ibu negeri wilayah itu daripada pejuang yang mungkin menyerang Peshawar. – AP/AFP/Reuters

PKR dijangka berjaya menyelesaikan isu ini dalam tempoh yang singkat

Dakwaan nyawa Anwar terancam tidak masuk akal – Hisham

Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keselamatannya terancam sehingga terpaksa meminta perlindungan daripada Kedutaan Turki di sini dianggap sebagai ‘‘tidak masuk akal sama sekali’’.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin menegaskan, tindakan itu diambil semata-mata kerana Anwar mahu mengalih tumpuan, sama seperti yang dilakukannya ketika beliau dituduh satu masa dahulu.

‘‘Anwar (pada masa itu) pernah membuat dakwaan kononnya beliau cuba dibunuh dengan racun arsenik, memerlukan pembedahan tulang belakang dan menghadapi masalah tengkuk,’’ katanya di sini hari ini.

Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman blognya berkata, beliau dibawa ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.

Anwar berkata, beliau berada dalam keadaan selamat kini dan mengucapkan terima kasih kepada kedutaan itu yang memberi perlindungan kepadanya.

Semalam satu laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang.

Lelaki itu mendakwa diliwat Anwar pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang akhbarnya hari ini berkata, Anwar dibawa ke kedutaan berkenaan kira-kira pukul 6 pagi ini selepas mesyuarat tergempar di antara Majlis Tertinggi dan Biro PKR di Hotel Quality, di sini.

Katanya, langkah itu diambil berikutan kebimbangan terhadap keselamatan Anwar ekoran terdapat ugutan bunuh terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Azmin lagi, setakat ini, hanya keluarga terdekat termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya dibenarkan untuk bertemu dengan Anwar buat masa ini.

‘‘Melalui perbincangan yang dibuat lewat malam tadi hingga awal pagi ini, kita telah menghubungi beberapa kedutaan asing untuk meminta perlindungan untuk Anwar.

‘‘Namun, Kedutaan Turki merupakan kedutaan pertama yang memberi persetujuan mengenai perkara ini berbanding kedutaan asing lain yang kita hubungi.

‘‘Kita sudah berurusan dengan kedutaan negara berkenaan dan kita telah pindahkan beliau pada awal pagi ini selepas subuh dari sini (Hotel Quality).

‘‘Bagaimanapun, Anwar akan berada di Kedutaan Turki sehingga tempoh yang akan diputuskan nanti berdasarkan perbincangan kita dengan kedutaan itu,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azmin bagaimanapun menafikan Anwar cuba mendapatkan suaka politik berikutan tindakan meminta perlindungan dari kedutaan negara berkenaan, sebaliknya ia dilakukan hanya untuk menjaga keselamatan dirinya.

Malah, Anwar juga turut bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh PKR itu.

‘‘Kita berpendapat, dalam keadaan mendesak ini kita perlu membuat keputusan sepatutnya dengan segera,’’ katanya.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai mesyuarat yang didakwa dihadiri Anwar dan lelaki yang membuat laporan polis semalam, berkata, beliau enggan mendedahkan butiran mesyuarat berkenaan.

‘‘Saya tidak akan mendedahkan butiran mesyuarat itu termasuklah alibi Anwar,’’ ujarnya.

www.utusan.com.my

Family fully behind Anwar

29 June 2008

Anwar berlindung di Kedutaan Turki

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.

"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.

Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.

Dalam sidang akhbar sebelumnya, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, usaha terbaru untuk membabitkan Anwar dalam tuduhan liwat ekoran laporan polis oleh bekas sukarelawan parti itu, menunjukkan usaha lebih serius oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup mulutnya.

Katanya, Anwar telah menjadi sasaran bukan sahaja pembunuhan politik tetapi juga menerima ancaman terhadap nyawanya.

"Kami (dalam PKR), dan saya sendiri, telah menerima maklumat bahawa ini adalah satu percubaan bukan sahaja untuk membunuh karier politiknya, tetapi jika boleh, membunuh beliau," kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar di Hotel Quality di Shah Alam.

Katanya, pihak parti telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan Anwar.

Menurut beliau, percubaan tersebut juga mungkin disebabkan oleh kemungkinan berlakunya pertukaran kerajaan seperti yang war-war Anwar sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, dalam kenyataannya yang dikeluarkan petang tadi, Anwar berkata beliau telah dibawa ke Kedutaan Turki awal pagi tadi demi keselamatan dirinya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menawarkan bantuan kepadanya dalam masa yang memerlukan ini.

Katanya, beliau juga terhutang budi kepada Duta Turki yang bersedia menyediakan perlindungan untuk dirinya di kedutaan tersebut.

"Saya ingin memberi jaminan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan para penyokong saya di Malaysia bahawa saya selamat dan kekal komited untuk meneruskan perjuangan bagi negara Malaysia yang bebas dan adil," katanya.

www.malaysiakini.com

Debat Anwar - Ahmad Shabery, sejauhmana keterbukaan RTM

RTM sedia siar siaran langsung debat Ahmad Shabery- Anwar, kata Kamaruddin

RTM bersedia untuk menyiarkan siaran langsung debat mengenai harga minyak di antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Beliau berkata, kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung sebagai membuktikan sikap keterbukaan kementerian itu.

“Kita sangat terbuka...kita boleh siarkan (siaran langsung) tetapi bukan dianjurkan oleh RTM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Kenali ASEAN 2008 di sini hari ini.

Debat bertema “Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadual pada 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. - Benama

Raja Petra pernah dipukul oleh seorang pegawai polis menyebabkan hilang kepercayaan

Bukti akan didedah di mahkamah, kata Raja Petra

Pengendali laman web Malaysia-today.net berkata, beliau akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan berumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak.

Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang.

Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis – oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis.

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika ini bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu.

Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan;

* Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (pakar letupan C4 – orang yang b ertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.

* PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.

* Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Khairy Jamaluddin, Rosmah dan dua individu lagi yang dikaitkan dengan kes ini, seperti yang dinyatakan dalam akuan Raja Petra, iaitu seorang yang didakwa berpangkat kolonel dan isterinya, pengawal peribadi Rosmah.

Namun akuan bersumpah itu segera dinafikan oleh mereka. Abdullah dengan tegas menyatakan tidak menerima apa-apa laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, bahkan menantu beliau, Khairy Jamaluddin turut menafikan ada menyimpan laporan tersebut. Pada masa yang sama Khairy turut menyifatkan akuan berkanun tersebut berniat jahat dan mencemarkan kredibiliti beliau.

perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut menafikan bahawa isterinya Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya seperti didakwa oleh Raja Petra Kamarudin pengendali blog Malaysia Kini.

Dalam perkembangan lain, suatu usul tergempar dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, bagi membincangkan dakwaan Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu. Lim berkata akuan bersumpah penulis tersebut sesuatu yang serius.

Namun usul tergempar yang diserahkan oleh wakil Ipoh Timur, bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu ditolak.

Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul Lim Kit Siang itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang sedang berlangsung.

www.siasahdaily.blogspot.com

Jika BN terbabit, sudah semestinya akan menafikannya

Siasat dakwaan liwat ke atas Anwar, PM nafi BN terbabit

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis untuk mengadakan siasatan bagi menentukan kesahihan berhubung dakwaan bahawa Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

Katanya, siasatan wajar dibuat dan bukan hanya bergantung kepada penafian Anwar sahaja kerana sepertimana kes jenayah lain, sudah semestinya sesiapa sahaja yang dituduh akan menafikannya.

"Kalau sudah begitu pihak polislah yang kena ambil apa-apa tindakan yang sewajarnya. Laporan telah diberi, polis akan buat siasatan dan tentukan bahawa benda itu betul atau tidak betul.

"Apa yang Anwar kata bukan kita boleh tentukan...dia tentulah buat penafian. Itu lazimnya begitulah. Orang yang dituduh akan buat penafian,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri mengulas demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan bahawa BN merancang untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar dengan melemparkan berbagai-bagai tohmahan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Umno tak terfikir nak kacau dia macam ini. BN pun tak terfikir nak menyusahkan dia, nak kacau atau nak timbulkan perkara yang macam ini kerana nak buat sesuatu yang tak baik pada dia.

"Tidak ada niat seumpama ini...tak terlintas dalam fikiran saya langsung untuk nak khianati dia. Saya dan kawan-kawan saya, Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun tak terfikir macam itu.

"Orang yang berkenaan yang buat laporan, kita nak buat apa lagi. Dia ada hak untuk buat laporan. Kita tidak boleh menegah dia buat laporan. Kita tidak ada sebarang rancangan untuk membuat sesuatu pada dia (Anwar) kerana dia kata dia sudah pulih balik dalam politik," katanya.

Ditanya adakah Anwar akan ditahan polis, Perdana Menteri berkata: 'Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya, cukuplah...tiada spekulasi, tiada"

"Apa yang saya tahu ialah satu laporan telah dibuat kepada polis dan polis akan tentukan apa yang mereka mahu lakukan dan bagaimana," kata Abdullah.

www.harakahdaily.net

Ada asasnya Anwar tidak percaya polis

Nik Aziz: Tuduhan boleh calar imej pembangkang

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tuduhan terbaru terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu
menyiasatnya secara terperinci, demikian menurut laporan Bernama.

Agensi berita nasional itu memetik beliau sebagai berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.

"Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu "hanya rekaan semata-mata" yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

Nik Aziz berkata dalam Islam tuduhan berat seperti itu memerlukan saksi bagi mengelakkan tertuduh menerima aib.

"Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi.

"Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahu lah (benar atau tidak)," katanya.

Kebenaran akan terbukti

Beliau juga kecewa dengan fitnah yang juga banyak dilemparkan di blog-blog tertentu yang membabitkan pemimpin negara.

Sementara itu, ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut terkejut dengan isu terbaru itu dan meminta polis menyiasatnya secara terperinci dan telus.

"Tunggulah siasatan pihak polis dan mana-mana pihak jangan buat keputusan sendiri," katanya.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jika dakwaan itu dibuat untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti.

"Seperti yang Datuk Seri (Anwar) cakap, tunggu dan lihat kerana kebenaran akan terdedah dengan sendiri. Laporan polis sudah dibuat, jadi tunggu saja siasatan itu, kita serahkan pada polis.

"Sekiranya dakwaan itu hanya dibuat dengan bertujuan untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti juga lambat-launnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemberita hari ini.

Ketika ditanya sama ada dakwaan itu akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat, Lim yang enggan mengulas lanjut berkata semuanya bergantung kepada siasatan polis untuk mencari kebenaran.

www.malaysiakini.com

"Dengar cakap saya, Saya ketua CID"

Liwat didakwa berlaku di 'kondo di Damansara'

Dakwaan liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan polis yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.

Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibupejabat polis Kuala Lumpur hari ini.

Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.

Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.

Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.

"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut.

www.malaysiakini.com

Nyawa penasihat PKR dalam bahaya

PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata tidak tetapi menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

www.malaysiakini.com

Siapa Saiful Bukhari?

Celakalah musang berbulu ayam!

Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang “musang berbulu ayam” di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :

Musang Berbulu Ayam (Part 1)
Musang Berbulu Ayam (Part 2)
Musang Berbulu Ayam (Part 3) - diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.

Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…

Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4.

Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.

Dimaklumkan bahawa DSAI baru mengetahui tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini mungkin telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI - dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh. Ada yang mengatakan bahawa kemungkinan juga individu ini “dipaksa”. Melihat gambarnya dengan P.A Najib di sebelah tersenyum gembira, aku lebih suka nampak “Azizan” daripada “Munawar”.

Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.

Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Jika ada prima facie (betoi ka eja ni?), sila adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.

Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!

Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.

Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!

www.jahilgoblog.net

Kira-kira 3 bulan lepas, Anwar telah diingatkan

Selasa, Mac 11, 2008

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam

Dua orang pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan DUN Pantai Jerejak.

Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi 'diari merah' sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang 'diari merah' Anwar.

Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan 'diari merah' menanti pewaris barunya. Saya kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi.

Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut.

Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.
Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam.html

Selasa, Mac 18, 2008

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (2)

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.

Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka 'musang berbulu ayam' ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti.

Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, 'musang' yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.

Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang.

Bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.
Jika dibaca kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.

Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.
Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.
Barangkali benar dugaan saya.

Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam-2.html

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)

Saya pernah menulis tentang 'seekor musang' dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.
Khabarnya, 'musang' tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.
'Sang musang' dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.
Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru 'musang' ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, 'musang' ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.
Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, 'sang musang' menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.
Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa 'sang musang' sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan 'kuda tunggangan' untuk dirinya meraih glamor dan populariti.
Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?
Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik 'sang musang' hingusan ini!

Pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat 3 hari lepas

Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam 'cemas seketika' seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Begitu juga dengan para wartawan yang telah berkampung di hotel tersebut sejak semalam, terus bergegar merakamkan foto dua buah kereta peronda tersebut.

Bagaimanapun, keadaan tenang semula apabila kereta peronda tersebut beredar dari situ kira-kira semula 10 minit kemudiannya.

Sebelum itu, seorang pegawai PKR kelihatan bercakap dengan anggota polis tersebut.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau berkata, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak yang menghubungi polis mengatakan ramai orang berkumpul di hotel tersebut.

Jadi mereka datang untuk menyiasat. Selepas dimaklumkan bahawa PKR mengadakan seminar sejak semalam, maka mereka beredar dari situ.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa ketua umum PKR itu akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa dia telah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri tersebut.

PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Parti itu menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu PKR, sewaktu pilihanraya umum.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latarbelakang Saiful.

Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

www.malaysiakini.com

Pemuda itu diliwat pada 26 Jun 2008

Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik

Seorang pemimpin sebuah parti politik didakwa meliwat seorang pekerjanya di sebuah tempat di ibu negara. Khamis lalu.Satu laporan polis mengenai dakwaan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.

Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

"Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

www.utusan.com.my

Anwar Ibrahim bakal ditangkap dalam tempoh 48 jam ini?




AMK kawal Anwar di Hotel Quality

Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedang mengumpulkan ahli-ahlinya untuk ditugaskan mengawal sekitar Hotel Qualitiy di Shah Alam untuk menghadapi kemungkinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dalam tempoh 48 jam ini.

Difahamkan, mereka sedang mengumpulkan kira-kira 1,000 orang ahli AMK dari 22 bahagian PKR, khususnya di Selangor mengawal pintu-pintu masuk utama ke hotel berkenaan.

Anwar berada di hotel tersebut bersama pemimpin-pemimpin utama PKR selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya petang semalam, yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar berkata laporan tersebut adalah rekaan semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata ia diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku termasuk mereka bukti dalam kes-kes yang dibuat terhadapnya pada 1998-1999.

Manakala PKR pula berkata polis telah menahan kakitangan Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Menurut parti itu lagi, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Penyokong Anwar juga semakin ramai berkumpul di Hotel Quality Shah Alam.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

www.malaysiakini.com

Bukti salah laku Musa Hassan dan Gani Patail, dorong laporan polis - Anwar

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

www.malaysiakini.com

Peranan mereka sebelum ini :
http://lagiberita.blogspot.com/2008/05/kabinet-batalkan-dakwat-kekal-bukan-spr.html

Usaha gagalkan hasrat Anwar menjadi PM

Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

www.malaysiakini.com

28 June 2008

Pendedahan : Lama dah Ezam berhasrat masuk Umno - Lokman Nor Adam




Saya masih ingat bagaimana Ezam menceritakan keadaan Datin Seri Wan Azizah yang menangis teresak-esak apabila Ezam menyatakan hasratnya itu.Namun keadaan mula berubah apabila Ezam menerima maklum balas daripada Datuk Seri Anwar. Jawapan yang Ezam terima daripada Datuk Seri Anwar berhubung hasratnya untuk meninggalkan Keadilan sememangnya cukup keras, "if Ezam wants to leave the party, that means he wants to kill the party and betray me, and I will fight him" (terjemahan: Kalau Ezam mahu meninggalkan parti, itu bermakna dia mahu membunuh parti ini dan mengkhianati saya, dan saya akan menentangnya).

http://kisahezam.blogspot.com/

BN takut dan akan gagalkan debat Anwar dan Ahmad

Minyak: Pemuda Umno sambut baik debat Shabery-Anwar anjuran Agendadaily di DBP

Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.

Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.

"Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini.

Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.

"Saya rasa ini peluang baik untuk kerajaan membuat penjelasan serta bertanyakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai janji menurunkan harga minyak," katanya.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum pada Mac lepas bahawa pembangkang akan menurunkan harga minyak jika memerintah.

http://klpos.com/v2

Polis tidak berani tahan Shamsul Iskandar?

6 ditahan protes harga minyak

Polis menahan enam orang peserta program berjalan secara aman membantah kenaikan harga minyak di ibu negara hari ini.

Mereka yang memakai baju berwarna merah, berjalan dari beberapa lokasi di Kuala Lumpur menuju ke kompleks membeli belah Sogo mulai jam 3 petang tadi.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan untuk menghalang perarakan tersebut.

Program tersebut dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan disertai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda PAS dan DAP.

Ia turut disertai oleh badan-badan bukan kerajaan termasuk Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Youth For Change.

Menurut Harakahdaily, mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan 'Bob' juga ahli AIC.

Mereka dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

www.malaysiakini.com

Perhimpunan yang berjalan aman diganggu polis

Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo

Pihak berkuasa polis bertindak menahan dua peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo. Keadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.

Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari Pusat Dagangan Dunia Putra yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.

Dua lelaki yang dikenalpasti ditahan bernama Zulfiqar dan Mus yang dikatakan anggota Angkatan Muda KeADILan.

Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut.

Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

Pihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.

Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.

Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.

Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.

Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.

Ujarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.

Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.

Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut.

www.harakahdaily.net

Anwar di RTM1 pada 15 Julai, Ali Rustam kepanasan

Hentikan debat dengan Anwar

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.

www.utusan.com.my

Bersihkan nama isteri TPM

Bersihkan nama isteri TPM dengan dakwa Raja Petra? - Mohamad Sabu

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.

Pada 25 Jun lalu, Najib telah menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah Raja Petra berhubung pembabitannya dan isteri, Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia itu.

www.harakahdaily.net

Police on the lookout for kidnappers

NAJIB - akan umum untuk Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Jun ( Hrkh) - Bernama melaporkan Dato' Seri Najib Tun Razak hari Khamis berkata beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.

"Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini Khamis malam.

Mengikut peraturan Umno, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian Umno di seluruh negara.

Fitnah dan manipulasi jahat terhadap PKR?

Tiada campur tangan Anwar dalam lantikan KDEB - Ahmad Rusli

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebuah entiti perniagaan yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Sebagai sebuah entiti perniagaan KDEB bertanggungjawab penuh kepada pemegang saham dan menguruskan urusan perniagaan sebaik mungkin demi tanggungjawab terhadap pemegang saham.

Kewujudan jawatan sebagai penasihat kepada Presiden mana-mana syarikat bukan satu yang asing dan begitu jugalah kepada Presiden KDEB, kata satu kenyataan badan itu hari ini.

Kenyataan itu dibuat oleh Penasihat Khas Presiden KDEB, Ahmad Rusli Ibrahim.

Sejak September 2004, sebaik sahaja selepas dilantik menerajui KDEB, cabaran Dato Karim Munisar selaku Presiden KDEB cukup besar, katanya.

Sasaran presiden baru pada ketika itu ialah menaikkan daya saing dan produktiviti KDEB dan entiti di bawahnya yang sememang dalam keadaan tidak memberansangkan, katanya.

Akaun syarikat dan pelaburan syarikat perlu disusun untuk itu telah dilantik penasihat kewangan kepada Presiden KDEB untuk menyusun semula perancangan strategik berkaitan kewangan, katanya.

Selain itu demi mendepani perbagai masalah berkaitan undang undang maka penasihat undang undang korporat kepada Presiden KDEB juga telah dilantik, ujarnya.

"Ternyata tindakan dan pemilihan penasihat yang betul telah membantu Presiden KDEB memacu syarikat sehingga KDEB dan entiti di bawahnya khususnya.

"Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah berjaya menjadi entiti perniagaan yang berdaya saing dan disegani semula," kata kenyataan itu.

Dunia perniagaan perlu bergerak seiring dan berubah segera sebagai respon terhadap persekitaran untuk mengekalkan daya saing, katanya.

"Seiring dengan perubahan dan meneliti impak PRU 12 maka beberapa perubahan perlu dilakukan. Seperti KDEB perlu memainkan peranan besar dalam membantu memenuhi tanggungjawab terhadap pemegang saham utama iaitu kerajaan negeri yang telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," ujarnya.

Maka sudah tentu Presiden KDEB memerlukan satu penasihat khas untuk meneliti ke arah merialisasikan perkara ini, katanya.

"Pada April 2008 saya telah dinamakan sebagai Penasihat Khas kepada Presiden KDEB.

"Maka kenyataan yang menyatakan saya sebagai Penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas. Saya merupakan kakitangan KDEB yang bertanggungjawab terus kepada Presiden KDEB.

"Saya tidak punya kuasa eksekutif dan bukan ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat di bawah KDEB. Selain saya seorang penasihat Ekonomi juga telah dinamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada KDEB," katanya.

Ahmad Rusli menjelaskan bahawa bidang tugasannya ialah untuk mengukuhkan dan membina hubungan dan jaringan kerja baik antara pemegang saham, pengurusan sumber, pelabur juga sektor korporat dan awam.

"Saya juga diberi amanah untuk memerhatikan dan menasihati Presiden KDEB perubahan strategik khususnya untuk Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.

Dengan pengalaman dan hubungan baik dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara khususnya Timur Tengah Ahmad Rusli berkata beliau juga diamanahkan untuk menasihatkan Presiden KDEB mengenai peluang pelaburan baru dan mempertingkatkan keuntungan pelaburan sedia ada.

"Lantikan saya dalam KDEB ini adalah tanpa pengetahuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

"Namun setelah desas desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saja juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB," ujarnya.

www.harakahdaily.net

Kerajaan Selangor tunjuk contoh

Kerajaan Selangor tiada kompromi dalam isu rasuah - Khalid

Kerajaan negeri Selangor memandang serius beberapa dakwaan kejadian salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan pejabat Menteri Besar dan anak syarikat negeri seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana.

Bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan yang telus, adil dan bertanggungjawab, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan gejala rasuah.

Malah, kerajaan negeri menyeru Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat penyiasatan yang telus dan adil, di samping bersedia memberi kerjasama kepada BPR, tegas Menteri Besar, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim melalui sekretariat akhbarnya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang tampil memberikan laporan berhubung isu salahguna kuasa dan rasuah.

Sementara itu, Khalid memberi jaminan bahawa segala siasatan yang dilakukan pejabat Menteri Besar dan BPR yang melibatkan bekas pegawai kanannya, Yahya Sahri akan dibuat secara telus dan adil.

Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor mengucapkan penghargaan kepada Yahya atas sumbangan beliau terhadap parti dan diberi peranan dalam parti.

Sebelum itu, dalam mesyuarat perhubungan negeri bersama semua ketua bahagian parti yang diadakan kelmarin, semua ketua bahagian menyatakan sokongan penuh kepada Khalid dalam menjalankan agenda kerajaan negeri bagi merakyatkan ekonomi Selangor.

www.harakahdaily.net

Jika pelantikan kerana orang kuat Umno, memang wajar dipecat

MB Selangor tamatkan perkhidmatan Naib Canselor Unisel

Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus ditamatkan perkhidmatannya oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuat kuasa 31 Julai depan.

Mohd Razali, 52, berkata surat penamatan perkhidmatannya itu diserahkan kepada pembantu peribadi beliau kirakira pukul 4 petang tadi semasa beliau menghadiri mesyuarat di kampus Unisel di Bestari Jaya.

Beliau belum disahkan jawatan sebagai Naib Canselor walaupun sudah 11 bulan memegang jawatan itu.

"Surat itu tiada letter head kerajaan negeri tetapi daripada Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) untuk menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi sebulan notis.

"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya.

Walaupun hari terakhir saya ialah pada 31 Julai depan, tetapi saya telah diberi cuti sebulan gaji penuh bermula hari ini," katanya dalam sidang akhar di sini petang ini.

Mohd Razali berkata walaupun terkejut namun beliau akur dengan keputusan penamatan perkhidmatannya itu.

"Saya telah beri perkhidmatan terbaik dengan mengangkat Unisel antara universiti swasta yang berkembang pesat selama ini. Tambahan pula Unisel sedang dalam perancangan untuk menerima pelajar baru hujung bulan Julai ini," katanya.

Mohd Razali bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada penamatan perkhidmatannya itu melibatkan campur tangan politik.

Katanya beliau belum berkesempatan untuk memaklumkan mengenai perkara itu kepada Canselor Unisel, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Razali berkata beliau juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undangundang berhubung perkara itu.

Ditanya perancangannya selepas ini, Mohd Razali secara sinis berkata beliau akan bertugas di tempat yang memerlukan perkhidmatannya.

Mohd Razali yang berasal dari Kajang, Selangor, sebelum ini pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di Universiti Malaya selama dua tahun sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel. BERNAMA

27 June 2008

'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm

Polis sudah menyiasat Pak Lah?

Polis mungkin ambil tindakan terhadap Raja Petra

Tindakan mungkin akan diambil terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin sekiranya Peguam Negara mendapati terdapat unsur fitnah yang menjejaskan kredibiliti negara dalam akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman web MalaysiaToday itu dalam akuan berkanunnya itu adalah serius.

"Kita sedang jalankan siasatan dan sudah ambil beberapa keterangan kecuali seorang.Kita tunggu tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau enggan mengulas siapakah seorang lagi yang belum diambil keterangan.

Sehingga kini antara mereka yang telah diambil keterangan ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rembau.

Raja Petra dalam akuan berkanun yang difailkannya di Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Jun, menamakan tiga individu, termasuk Rosmah, yang didakwanya berada di tempat kejadian pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Akuan berkanun itu turut mendakwa bahawa Khairy menyimpan laporan perisikan tentera mengenai kehadiran Rosmah selain pakar bom, pemangku Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati, yang juga pengawal pengiring Rosmah, di tempat Altantuya diletupkan di Puncak Alam, Shah Alam pada Oktober 2006.

www.mstar.com.my

Tiada akaun kedua - Yahya

Yahya: Isu akaun PKR tidak benar

Bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini menjelaskan bahawa akaun kedua untuk memungut derma kepada PKR "tidak wujud".

Beliau turut berkata, tidak ada surat-menyurat daripada pejabat menteri besar yang meminta syarikat korporat menyumbang wang untuk majlis perayaan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang," katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri pada Isnin lalu.

"Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

"Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu," kata Ezam ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

"Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Apabila ia dianjurkan oleh kerajaan negeri, secara automatik pembabitan parti tidak perlu lagi," kata Yahya lagi.

Beliau dilaporkan mengakui mengirim surat atas nama PKR dan menggunakan satu akaun tetapi tiada derma dimasukkan ke akaun tersebut.

Dr Hassan hari ini menjelaskan beliau hanya mempengerusikan jawatankuasa sambutan di peringkat kerajaan, sementara satu lagi ditubuhkan di peringkat parti.

Jawatankuasa peringkat parti turut melibatkan wakil-wakil PAS, PKR dan DAP, tambahnya.

Katanya kepada Malaysiakini, beliau hanya mengetahui penggunaan dana di peringkat kerajaan dan tidak mengetahui kewujudan tabung kedua iaitu tabung politik untuk memungut derma.

Manakala Abdul Khalid awal minggu ini mengesahkan sejumlah kutipan "yang tidak perlu" telah dimasukkan ke akaun PKR, sepatutnya untuk kerajaan negeri.

Isnin lalu, beliau berkata demikian selepas mengumumkan penggantungan tugas Yahya sebagai pegawai kanan di pejabatnya selama dua bulan.

Yahya hari ini bagaimanapun berkata bekas ketuanya itu tidak merujuknya sebelum membuat kenyataan tersebut dan beliau tidak pernah diberikan peluang menjelaskannya, lapor sebuah akhbar.

Akhbar-akhbar semalam melaporkan Abdul Khalid berkata penggantungan Yahya akibat isu kutipan wang sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemindahan wang kerajaan itu ke akaun PKR.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid "memberi jaminan bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh pejabat menteri besar dan BPR yang melibatkan Yahya akan dibuat dengan telus dan adil."

Selain menyatakan bahawa ketua-ketua bahagian PKR tetap menyokongnya seperti dalam mesyuarat perhubungan yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, Abdul Khalid juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yahya.

"Beliau akan terus diberi peranan dalam parti," kenyataan pejabat menteri besar dipetik.

www.malaysiakini.com

Dr Hassan Ali tidak dimaklumkan

Dr Hassan tidak tahu 'tabung politik'

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai kewujudan tabung kedua iaitu tabung politik untuk memungut derma sempena sambutan perayaan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, 20 Jun lepas.

Exco kerajaan negeri itu berkata, kewujudan tabung itu tidak pernah dibincangkan dengan PAS Selangor.

"Saya tidak tahu ada beratus-ratus surat yang dihantar kepada syarikat-syarikat korporat untuk mendapatkan wang bagi sambutan perayaan tersebut," katanya, mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dalam satu ceramahnya kelmarin.

"Saya juga tidak tahu kalau ada duit masuk ke dalam akaun itu.

"Saya tidak ada maklumat mengenai perkara tersebut."

Dr Hassan menjelaskan beliau hanya mempengerusikan jawatankuasa sambutan di peringkat kerajaan, sementara satu lagi ditubuhkan di peringkat parti.

Jawatankuasa peringkat parti turut melibatkan wakil-wakil PAS, PKR dan DAP, tambahnya.

Katanya kepada Malaysiakini hari ini, beliau hanya mengetahui penggunaan dana di peringkat kerajaan.

Beliau, yang juga wakil rakyat Gombak Setia, menduga kerja di peringkat jawatankuasa parti dikendalikan oleh pegawai tertentu dalam pentadbiran negeri.

www.malaysiakini.com

Setiausaha Gerak, Faridah Samad lebih lantang berbanding bekas pengerusinya kini

Peningkatan insentif 600% kepada etlet tidak masuk akal, kata Gerak

Peningkatan insentif sebanyak 600 peratus bagi atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam sukan Olimpik akan datang dilihat sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal.

Demikian ditegaskan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) dalam kenyataannya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Setiausaha Gerak, Faridah Samad berkata dalam keadaan negara sekarang, peruntukan yang besar perlu lebih terarah kepada perkara-perkara yang dapat membantu meringankan beban rakyat marhaen.

"Kita bimbang sekiranya wujud unsur penyelewengan dan ketidaktelusan dalam menguruskan pemberian insentif ini. Kita juga mahu agar kerajaan lebih telus dan transparen dalam membentangkan peruntukan kewangan pentadbiran memandangkan rakyat kini terbeban dengan kenaikan kos hidup seharian," kata beliau.

Katanya, rakyat sudah pasti tertanya-tanya apakah asas utama dan rasional kenaikan melampau insentif tersebut kerana difahamkan segala kos latihan dan sara diri atlet sepanjang kejohanan berlangsung ditanggung sepenuhnya kerajaan.

Sehubungan itu, Faridah berkata Gerak menggesa kerajaan menjelaskan secara terperinci jumlah insentif tersebut, selain menyemak dan mengkaji semula keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Gerak turut menyeru agar budaya kemewahan yang melampau dan berlebih-lebihan ini dihentikan sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat, di samping menjejaskan ekonomi negara.

www.harakahdaily.net

Masuk rumah orang kena minta izin - Migrant CARE sepatutnya faham konsep mudah ini

Indonesia digesa bantah usir PATI

Migrant CARE - sebuah badan pejuang hak pendatang asing - menggesa kerajaan Indonesia supaya menghantar nota diplomatik kepada Malaysia membatalkan rancangan operasi pengusiran buruh tanpa izin dari republik tersebut.

Ia mendakwa, berdasarkan operasi yang dilaksanakan sebelum ini - Ops Nyah, Ops Tegas dan Deportasi Massal - terhadap buruh tanpa izin dari republik itu antara tahun 1996 hingga 2007, pihak berkuasa Malaysia telah mengunakan kekerasan dan mengabaikan prinsip hak asasi manusia.

"Hal ini mengakibatkan terjadinya berbagai pelanggaran HAM (hak asasi manusia) terhadap buruh pendatang Indonesia, mulai dari kekerasan fisikal, seksual, perampasan, pemerasan, eksploitasi, penjara tanpa proses hukum, kematian, perampasan hak dan trafficking," kata Migrant CARE dalam satu kenyataan semalam.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia sedia melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir pendatang tanpa izin di Sabah yang kini berjumlah kira-kira 300,000 orang.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan Filipina dan Indonesia untuk mengenalpasti mereka kerana bukan semua pendatang adalah pelarian.

Menurut Najib lagi, kerajaan ingin menyelesaikan masalah ini seperti ana yang disuarakan oleh pemimpin dan rakyat Sabah.

Buat persiapan

Sehubungan itu, kata Najib, kerajaan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk utama negara dan menambah kekuatan sedia ada.

Menurut kenyataan itu lagi, Migrant CARE berkata, kerajaan Indonesia perlu memulakan langkah-langkah konkrit dalam menghadapi rancangan kerajaan Malaysia itu.

Badan itu juga menyifatkannya sebagai satu cabaran kepada Duta Besar Republik Indonesia (RI) yang baru, Da'i Bachtiar, sama ada mampu mengatasinya untuk memperjuangkan hak buruh Indonesia itu.

Selain menghantar nota diplomatik membantah gerakan pengusiran tersebut, Migrant CARE juga menggesa kerajaan Indonesia supaya menyiapkan infrastruktur dan pusat krisis di wilayah sempadan untuk mencegah buruh pendatang Indonesia terlantar seperti yang berlaku pada tahun 2002 di Nunukan.

Ia juga menggesa supaya dibuat penyelarasan di semua peringkat untuk menghadapi kemungkinan kepulangan beramai-ramai rakyat Indonesia sepanjang gerakan pengusiran itu dijalankan.gai langkah persediaannya, kata Migrant CARE, pihaknya juga akan membuat pemantauan (baik di Malaysia maupun di Indonesia) untuk melindungi hak-hak buruh pendatang Indonesia.

www.malaysiakini.com

Selangor akan belajar dari Singapura urus negeri

Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus kekal di luar Umno?

"Ayuh bersatu singkir pemimpin yang bawa celaka" Mahathir

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengulangi gesaannya kepada anggota Umno supaya bersatu dan 'menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara'.

Gesaan itu seolah-olah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sambil merujuk kepada prestasi Umno yang mengecewakan dalam pilihan raya Mac lalu.

'Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan... Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,' kata beliau. Ini sedang cawangan-cawangan Umno di seluruh Malaysia bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pemimpinnya tidak lama lagi.

'Umno hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

'Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden,' kata Dr Mahathir.

'Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara ke arah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.

'Dibawah kepimpinan Presiden ini Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008,' tambahnya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ulasan terbarunya dalam bahasa Melayu, yang diisarkan di blognya, www.chedet.com, semalam dengan tajuk 'Perpaduan'.

Menurutnya, perpaduan dalam Umno 'sudah berkecai', parti-parti komponennya juga kalah di Semenanjung Malaysia dan Umno tidak lagi dianggap relevan di kalangan generasi muda di negara itu.

'Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan... Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,' kata beliau.

'Jika kita harus ada perpaduan, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara. Tidak ada sebab yang kepimpinan yang ada sekarang harus diperkuatkan dengan perpaduan di belakangnya,' tegasnya.

http://klpos.com

BN sokong akta zalim

GMI tuntut dakwaan tahanan ISA diseksa segera disiasat

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengutuk keras kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan secara berterusan yang dibenarkan oleh ISA, tegas Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam majlis penyerahan memorandum kepada ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di hadapan pintu depan parlimen semalam.

"Kami menuntut siasatan terhadap tindakan melampau ini segera dilakukan," katanya lagi.

Bersempena dengan "International Day in Support of Victims of Torture" semalam, GMI dan rakan-rakan lain mahu menarik perhatian parlimen tentang penyeksaan terhadap seorang mangsa ISA, Sanjeev Kumar Krishnan.

"Mangsa diseksa, ditendang, dibelasah teruk oleh anggota polis cawangan khas di bahagian badan dan kepala sama ada dengan kaki, objek keras mahupun botol berisi air. Malah turut dipaksa minum air kencing sendiri selain kemaluan dipukul dan dubur dijolok dengan objek keras," jelasnya kepada pemberita.

Lebih malang lagi, menurut isteri Sanjeev, Sharimila a/p Uthiakumar, beliau kini dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

"Persoalannya, mengapakah beliau dihantar ke hospital yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua?" soal Syed Ibrahim.

Seterusnya, GMI turut mengecam pencabulan hak asasi yang secara terus-terusan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri yang mengarahkan supaya melanjutkan tempoh tahanan ISA tanpa sebab-musabab yang boleh diterima akal, katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa terdapat dua mangsa ISA, Mat Sah Mohd Satray dan Shamsuddin Sulaiman yang telah ditahan sejak 2002, dituduh sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) serta didakwa mengancam keselamatan negara.

"Satu tuduhan yang berat walaupun hingga ke hari ini masih tiada sokongan bukti. Tambahan pula, tempoh penahanan selama enam tahun dilanjutkan lagi selama dua tahun oleh Menteri Dalam Negeri tanpa alasan konkrit," kata beliau penuh kesal.

Justeru, GMI menggesa parlimen, khususnya ahli parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan penyeksaan yang dibenarkan berleluasa di bawah ISA tanpa sedikitpun rasa bertanggung jawab di pihak kerajaan.

"Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah satu tindakan yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Penahanan di bawah ISA adalah satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan sebegitu rupa. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah akta ini, ruang untuk salah guna kuasa terbuka luas," tegas beliau.

www.harakahdaily.net