30 April 2008

Samy Vellu bakal menghadapi saman RM100 juta


Saksikan video kehangatan dewan rakyat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Anwar ugut saman Samy RM100 juta

Selepas siri-siri saman terhadap beberapa tokoh BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas menghadapkan tindakan perundangan itu terhadap presiden MIC berhubung satu berita di sebuah akhbar harian dua minggu lalu.

Penasihat PKR menuntut Datuk Seri S Samy Vellu memohon maaf dan menarik kenyataannya di Berita Harian pada 15 April yang menyebut, antaranya, Anwar menggalakkan "penyokongnya menggunakan pelbagai taktik kotor pada pilihanraya umum" dan "negara akan lebih aman dan makmur jika tiada kelibat manusia seperti Anwar."

Menurut peguam mantan timbalan perdana menteri itu, Sankara Nair berkata jika Samy Vellu gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, beliau akan memulakan saman bagi menuntut RM100 juta.

Surat tentang perkara ini diserahkan kepada presiden MIC semalam.

Dalam akhbar tersebut, Samy Vellu dilaporkan berkata Anwar "menggunakan ugutan, tekanan, paksaan dan menakut-nakutkan pengundi bagi menjamin kemenangan calon pembangkang."

Bekas menteri kerja raya itu dipetik sebagai: "saya sudah lama kenal dia. Ini cara mereka meraih undi."

http://www.malaysiakini.com

Hari pertama parlimen, suasana hangat, kalut, dan mendebarkan

Perbahasan hari pertama Parlimen hangat dan gamat dengan 'pertikaman lidah'

Seperti yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Suasana tidak lagi seperti pada penggal yang lalu (selepas pilihan raya umum 2004) yang hanya menyaksikan babak ampu mengampu sahaja yang berlaku.Sebaliknya kali ini Dewan Rakyat menyaksikan satu kehangatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sejak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan sidang Dewan Rakyat jam 10.00 pagi lagi, suasana dewan menjadi gamat dengan pertikaian demi pertikaian dikemukakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Sidang yang sepatutnya dimulakan dengan Sesi Soalan dan Jawapan Lisan itu terganggu sementara berikutan perbalahan yang berlaku antara beberapa ahli parlimen dalam soal urutan soalan-soalan Soal Jawab Lisan, isu penggunaan perkataan-perkataan menghina, isu Aturan Urusan Mesyuarat, hak-hak ahli Parlimen dalam mendapatkan peluang menyoal balas yang mana rata-ratanya adalah isu teknikal.

Antara yang berbahas mengenai isu itu ialah, Azmin Ali (KeADILan-Gombak); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur); Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan); Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam); Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan beberapa ahli Parlimen lain yang mencelah sesekali.

Tidak ketinggalan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut memberi pandangan-pandangannya berdasarkan pengalaman di Dewan Rakyat terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Speaker terpaksa menunggu hingga jam 10.55 pagi untuk memulakan seoalan pertama yang diajukan oleh Dato' Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dijawab Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun jawapan yang diberi oleh Abdullah mengenai tahap kecekapan pentadbiran kerajaan dan isu-isu pembangunan tidak disenangi beberapa ahli Parlimen, yang menyebabkan mereka meminta soalan tambahan untuk diajukan kepada Perdana Menteri.

Begitupun Speaker menolak permintaan yang datangnya daripada beberapa Ahli Parlimen DAP, PAS dan wakil bebas, Dato' Paduka Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menyebabkan suasana kembali tegang dan beberapa ahli Parlimen silih berganti bangun bagi meminta 'point of order'.

Kelam kabut dibuatnya Speaker hingga ada pula yang mencadangkan agar perbahasan ditangguhkan sementara berikutan kekalutan-kekalutan yang berlaku.

Sementara itu hanya tiga soalan sahaja yang mampu dibahaskan pagi tadi memandangkan kekalutan yang berlaku.Tiga soalan itu dibangkitkan oleh Razali (soalan pertama); Bung Mokhtar (soalan kedua) dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) bagi soalan yang ketiga.

Sidang berjalan semula selepas Speker meminta semua ahli parlimen menunjukkan kesopanan dan daya kepimpinan mereka agar perjalanan perbahasan berjalan dengan lancar.

Semasa memulakan sesi perbahasan, Speaker menjemput Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) membentangkan usul tergempar di bawah perkara 18 (1), namun selepas membacakan usul itu dengan isinya mendesak kerajaan persekutuan memulangkan royalti minyak kepada negeri Terengganu, usul itu ditolak Speaker.

Penolakan usul itu sekali lagi menyebabkan keadaan gamat dengan beberapa ahli Parlimen termasuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor); Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangun mendesak penjelasan dan penimbangan semula usul itu agar dibahaskan.

Namun Speaker tidak berganjak dengan keputusannya itu, menyebabkan ramai yang marah.

Sementara itu, suasana di luar Dewan Rakyat juga tidak kurang meriahnya, ramai yang tertumpu kepada skrin-skrin televisyen yang disediakan di Lobi Parlimen untuk mendengar perbahasan yang pastinya hangat dan membuatkan jantung sentiasa bergerak laju.

Kelihatan beberapa Ahli Parlimen keluar masuk dewan, dan ada juga yang sempat menjengah Kafeteria bagi membasahkan tekak menikmati sarapan pagi dalam suasana yang agak sibuk.

Antara yang kelihatan di Kafeteria ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang duduk bersama bekas Ahli Parlimen BN Ketereh, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad.

Seketika ternampak kelibat Presiden PAS yang keluar dari Dewan Rakyat dan terserempak dengan Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Vellu.Mereka bersalaman sambil jurugambar dari pelbagai media tidak henti-henti mengambil gambar mereka berdua.

Spontan dari mulut Samy menanyakan khabar kepada Presiden PAS, dan mereka kelihatan cukup mesra tanpa sebarang rasa prejudis walaupun dalam politik mereka bermusuh.

Presiden PAS seterusnya diberi laluan oleh Samy untuk ditemuramah wartawan-wartawan yang sememangnya menanti ulasan Presiden PAS itu mengenai beberapa isu yang sedang melanda negara hari ini terutamanya isu Melayu dan Islam.

Di Bilik Media pula, para wartawan sibuk mendengar perbahasan dan tidak kurang yang sinis mengkritik tingkah laku ahli Parlimen dengan 'lap top' di tangan ada yang mula menulis berita-berita panas yang berlaku pagi tadi.Semuanya mahu berita yang dilayangkan ke meja Editor akhbar masing-masing menepati kehendak dan sensasi, tidak kurang yang mahu berita mereka disiarkan segera.

Tidak kurang ada yang memerhatikan sahaja setiap gerak-geri yang terlintas di hadapan mereka.Team Harakahdaily terpaksa pulang ke pejabat pada jam 1.00 petang bagi melaporkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

Ketika ini (jam 1.30 petang) sidang telah pun dihentikan Speaker pada jam 1.00 petang dan akan bersambung sebentar sahaja lagi (jam 2.30 petang).

http://www.harakahdaily.net

Mufti Perlis membantah kehadiran Faizal Tahir

Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.

Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut.

"Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut.

"Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat.

"Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata.

"Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang.

Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja.

Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama.

"Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya.

Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun.

Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi.

Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok.

http://www.harakahdaily.net

Minta polis bela guru teraniaya

Guru dibelasah langgar tiga kereta

CHE HASSAN yang cedera di kepala mendakwa dibelasah sekumpulan lelaki di kem di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Hanya disebabkan keretanya terbabas dan merempuh tiga buah kereta yang diletakkan di sebuah kem tentera di sini, seorang guru mendakwa dia teruk dibelasah.

Che Hassan Che Amat, 51, berkata, kejadian itu berlaku pukul 7.30 pagi semalam dan didakwa berpunca daripada 'ingatannya terganggu' kerana penyakit sawan yang dihidapinya.

"Saya yang terkejut terus keluar dari kereta untuk memeriksa kenderaan yang dilanggar.

"Belum saya buat apa-apa, saya nampak tujuh orang dari dalam kem tersebut bergegas ke arah saya," ceritanya semasa ditemui selepas membuat laporan polis semalam.

Beliau mendakwa, tujuh orang itu telah menyoal beliau bertubi-tubi dengan nada kasar sebelum bertindak menumbuk dan menyepaknya.

Cerita Che Hassan, tidak berakhir di situ, beliau kemudian mendakwa telah dibawa ke sebuah bilik untuk siasatan lanjut dan berterusan dibelasah di situ.

http://www.kosmo.com.my

Letak jawatan serta merta, Syed Ali Alhabshee cuba sampai mesej yang jelas

Ketua bahagian Umno Cheras, senator Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meletak jawatan sebagai timbalan pengerusi Barisan Nasional bagi kawasan parlimen Cheras, berkuatkuasa serta-merta.

Timbalan ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Mahadi Shukor memberitahu satu sidang akhbar bahawa surat peletakan jawatan Syed Ali akan dihantar kepada pengerusi BN Cheras, Datuk Sri Yee Hock Seng esok.

Semalam, ketua penerangan Umno WP, Datuk Suhaili Abd Rahman berkata, 10 daripada 13 ketua Umno di Wilayah Persekutuan menyokong kepimpinan Zulhasnan.

Sebaliknya, kata Suhaili, Syed Ali yang harus terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di parlimen Cheras.
Lagi berita di http://www.malaysiakini.com/news/82134

"Bagi menunaikan tanggungjawab itu, saya dengan perasaan rendah hati mengambil keputusan dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi BN Cheras berkuat kuasa serta-merta," katanya.
Lagi berita di http://www.kosmo.com.my

Menurut Mahadi, peletakan jawatan itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi BN Cheras, Tan Sri Yee Hock Seng menerusi sepucuk surat, esok.

“Sehubungan itu, saya cabar 10 daripada 13 Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan untuk bertindak seperti UMNO Cheras bagi menyatakan pandangan mereka terhadap kami.

“Saya juga cabar Pengerusi BN Wilayah Persekutuan untuk bertindak seperti Syed Ali yang melepaskan jawatan kerana atas rasa tanggungjawab terhadap parti,” katanya.

Ahad lalu, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO Bahagian Cheras mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique melepaskan jawatan Ketua Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.
Lagi berita di http://dppwp.wordpress.com

Takut dibunuh, Sheila Majid buat laporan polis

Sheila Majid diugut bunuh

Penyanyi terkenal, Shaheila Abdul Majid, 43, atau nama komersialnya, Sheila Majid, kini hidup dalam ketakutan apabila mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang dikenalinya.

Difahamkan, ugutan itu disampaikan kepada Sheila oleh beberapa rakannya yang mendengar perkataan berunsur mengugut yang diluahkan individu terbabit, termasuk mengatakan dia akan membunuh penyanyi popular berkenaan.

Bimbangkan keselamatan dirinya terancam, penyanyi bersuara lunak dikenali sebagai Ratu Jazz itu tampil di Balai Polis Travers di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, untuk membuat laporan mengenai ugutan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat penyanyi terbabit.

Berita penuh di http://www.hmetro.com.my


Mengapa begitu marah dengan penyanyi kecil molek ini?

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya menghalang cubaan seludup rokok keretek bernilai RM800,000

Keretek seludup RM800,000 dirampas

Kehadiran sebuah bot pancung yang mencurigakan di kawasan perairan Tanjung Sepat, Selangor, membawa kepada penemuan sejumlah keretek pelbagai jenama bernilai lebih RM800,000 dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan pagi kelmarin.

Cubaan menyeludup keretek terbabit dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Daerah Maritim (M) 4, berpangkalan di Pelabuhan Klang, selepas merampas 148 guni berisi rokok itu.

Ketua Penguatkuasa DM 4, Kapten Maritim Adon Shalan, dalam kenyataannya berkata, bot pancung terbabit pada mulanya cuba memecut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum dipintas bot APMM dan diarahkan berhenti.

“Hasil pemeriksaan, didapati semua empat awak-awak warga Indonesia dalam bot pancung itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan mereka ditahan bersama barangan yang cuba diseludup.

“Semua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 atas kesalahan mengelak daripada cukai,” katanya.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan anggota agensi berkenaan yang melaksanakan tugas rondaan dari perairan Tanjung Sepat hingga Sepang.

http://www.hmetro.com.my

Pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sangat dialu-alukan

MB Perak arah Pengarah JAIP bertukar

SITIAWAN 29 April — Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan.

Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh.

“Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini,” katanya.

— BERNAMA

10 Tahun lalu wanita ini telah melalui saat yang paling getir dalam hidupnya


Dr Wan Azizah makan bersama Tuanku Mizan Zainal Abidin, manakala suaminya makan bersama Raja Permasuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Pasangan Anwar dan Dr Wan Azizah sampai di bangunan Parlimen kira-kira 15 minit sebelum majlis pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Sepuluh tahun suatu tempoh yang panjang, saya rasa gembira kembali mengiringi ketua pembangkang, ia membuatkan saya lebih rendah diri dan menghormati tokoh pembangkang itu," katanya.

Berita penuh di http://www.malaysiakini.com/news/82128


Mengimbau kenangan getir itu

29 April 2008

PKR beli bangunan baru 10 tingkat

PKR membeli sebuah bangunan baru 10 tingkat di Tropicana, Damansara.

"Kita akan berpindah dalam masa dua minggu lagi. Sebuah bangunan yang sudah siap, boleh menampung keperluan kita. Ini akan menjadi ibu pejabat parti, Angkatan Muda dan Wanita. Semua (pentadbiran) akan berpusat di sini," jelasnya.

Mohd Azmin bagaimanapun enggan mendedahkan harga bangunan itu dan sumber dana yang diperolehi PKR untuk membeli aset tersebut.

berita penuh di http://www.malaysiakini.com/news/82089

Penganiayaan terhadap seorang warga Bangladesh

Hukum penjara terhadap warga Bangladesh dibatalkan

SHAH ALAM 29 April - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Jabatan Imigresen Malaysia supaya hukuman penjara tujuh bulan dan sebatan dua kali yang telah dijatuhkan ke atas seorang warga Bangladesh, dibatalkan.

Hakim Datuk Syed Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan tersebut setelah Imigresen mengakui bahawa Munjurul Alam, 36, yang didakwa atas tuduhan tidak memiliki pas lawatan kerja sementara (PLKS) sebenarnya memiliki dokumen tersebut. Sehubungan itu, beliau memerintahkan supaya responden dilepaskan serta-merta.

Dalam penghakiman, Hakim Syed Helmy menyifatkan kes itu satu penganiayaan kepada responden akibat penyiasatan yang dijalankan Imigresen terlalu lemah kerana pihak berkuasa itu sepatutnya mengemaskini penyiasatan mereka.

‘’Selepas membuat semakan, saya mendapati ini satu kesilapan yang amat nyata oleh Imigresen sehingga menyebabkan kamu menjalani hukuman walhal kamu sebenarnya tidak bersalah,’’ tegas Hakim Syed Helmy.

Munjurul Alam didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 7.30 pagi, 10 Januari lalu di sekitar pasar Seksyen 16 di sini. - Utusan

Hamid Albar menghalalkan ISA dan kedatangan Yahudi ke Malaysia?

Rakyat bantah kehadiran warga Israel, bukan Chelsea

Meski pun tidak ada hubungan diplomatik dengan negara haram Israel, Kerajaan Malaysia kelmarin mengesahkan kesediaannya menerima kunjungan dua warga negara pengganas dunia itu ke negara ini atas dasar sukan.

Dalam satu kenyataan disiarkan akhbar harian semalam (Isnin, 28 April), Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar menegaskan pihaknya tidak ada halangan untuk membenarkan mereka datang ke Malaysia selagi ia bukan ancaman serta tidak membawa fahaman atau ideologi Zionis.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat kedatangan kelab itu (Chelsea) yang memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi mereka dalam siri jelajah Asia Timur dari aspek masyarakat dan sukan, bukan politik.

"Jadi tidak timbul isu pemain warga Israel itu menjadi ancaman kepada negara atau tidak. Visa dikeluarkan KDN dan kita tidak nampak lawatan itu mengancam negara,"katanya, sebagaimana dipetik akhbar.

Hamid Albar mengatakan demikian sebagai mengulas kedatangan pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea ke negara ini. Pasukan itu dijangka beraksi di Malaysia penghujung Julai ini. Pengurusnya, Avram Grant dan pemain pertahanannya, Tal Ben Haim merupakan warga Israel.

Diketahui umum, Malaysia bukan sahaja tidak ada hubungan diplomatik dengan negara haram itu, bahkan negara kita turut menjuarai perjuangan menentang keganasan dan kezalimannya di Asia Barat, terutama terhadap rakyat Palestin dan Lubnan.

Sejak sekian lama sebarang hubungan atau kerjasama dengan Israel adalah suatu yang sangat sensitif bagi umat Islam serata dunia. Perbuatan berbaik-baik dengan negara pembunuh itu, dalam apa jua bentuk, dianggap suatu yang sangat hina dan mencemar maruah Islam.

Sebab itu agak mendukacitakan kita semua apabila kerajaan Malaysia menyatakan kesediaannya menerima kehadiran warga Israel ke bumi umat Islam ini, semata-mata atas dasar sukan. Bahkan, Hamid Albar yang mengakui dirinya sendiri seorang peminat Chelsea, sudah mengingatkan agar perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu politik.

Bagi kita, pendirian Kerajaan Malaysia ini perlu diperhalusi menerusi beberapa persoalan dan pemerhatian. Pertama, perlu diakui penentangan atau bantahan terhadap kehadiran pasukan Chelsea bukan kerana bencikan pasukan bola sepak itu. Kita percaya pasukan Stamford Bridge itu bukan sahaja diminati Hamid Albar seorang, tetapi juga jutaan umat Islam negara ini.

Isu di sini ialah keterlibatan dua warga Israel dalam pasukan itu. Jika boleh diusahakan agar dua 'malaun' itu tidak ikut serta memasuki Malaysia, kita percaya tidak akan berbangkit lagi sebarang bantahan. Apakah tidak boleh bagi Chelsea bertolak ansur dan beraksi di Malaysia tanpa dua orang itu?

Kedua, Hamid Albar menganggap kehadiran Grant dan Ben Haim bukan ancaman kepada negara. Atas sangkaan baik, mereka dirasakan tidak akan membawa fahaman atau ideologi Zionis ke negara kita. Mereka ke sini semata-mata atas dasar sukan.

Amboi, mudahnya pemimpin kita menilai pegangan hidup orang lain! Apakah semudah itu bagi seorang berfahaman Zionis meninggalkan ideologinya di belakang apabila memasuki negara umat Islam?

Sebagai perbandingan, apakah sebegitu mudah bagi seorang pemimpin Umno mengenepikan fahaman dan ideologi politiknya apabila berkunjung ke Kelantan atau Kedah yang diperintah PAS? Rasanya, dalam hal ini, Hamid Albar sendiri pun tidak dapat memberi kepastian, betul tak?

Inikan pula bagi seorang berfahaman Zionis yang diketahui sangat menekankan ketaatsetiaan penganutnya kepada ideologi tersebut walau di mana pun mereka berada dan apa jua kerja yang mereka lakukan.

Ketiga, perlu diingat bahawa pembentukan negara haram Israel adalah atas dokongan kuat setiap warganya. Apa jua yang dilakukan dan disumbangkan setiap mereka menjadi saham kepada setiap kezaliman dan keganasan Israel, terutama kepada umat Islam di Palestin.

Apakah dengan hidup di Eropah, Grant dan Ben Haim tidak ada saham langsung kepada negara mereka? Dengan membenarkan mereka memijak bumi negara ini bererti kita mengiktiraf orang yang turut sama ada saham atas pengaliran darah dan nyawa umat Islam di Palestin dan Lubnan.

Keempat, dan paling utama, apakah negara Israel sendiri berkongsi pendirian Malaysia dalam membezakan antara politik dan aspek kehidupan lain, termasuk masyarakat dan sukan? Contohnya sudah ada. Apa kena-mengena ibadat haji dengan politik Palestin? Namun kita tahu rombongan haji negara itu menjadi sasaran sekatan Israel di pintu masuk ke Gaza musim lalu.

Apa pula pertimbangan 'waras' menyebabkan Israel menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza berbulan-bulan lamanya? Sepatutnya pemimpin Malaysia berhujah soal bantuan makanan, elektrik dan ubatan adalah soal kemanusiaan. Perbalahan rejim Israel dengan Hamas adalah masalah politik.

Jika mahu berlunak dengan Israel, sepatutnya pemimpin kita nasihatkanlah negara pengganas itu agar tidak mencampur-adukkan kedua-dua urusan itu. Apakah Israel pernah menggunapakai pertimbangan mudah sebegitu?

Bahkan, peluru tentera Israel tidak pernah membezakan antara pejuang Hamas dengan warga tua yang tidak bermaya. Bom mortar dan jet pejuang Israel tidak pernah peduli untuk mengasingkan sasaran terhadap pejuang Fatah atau pun kanak-kanak.

Akhbar harian sehari-dua ini turut memaparkan keganasan berterusan rejim Zionis itu termasuk terhadap kanak-kanak dan orang awam. Mengapa kita mudah sangat mahu meraikan mereka, lalu membezakan soal politik dengan sukan?

Kelima, kita melihat kecenderungan bertolak ansur terhadap kehadiran warga Israel ini akan membuka ruang 'kerjasama' atau hubungan lebih luas dalam aspek lain pula. Kali ini giliran Hamid Albar berhujah atas dasar masyarakat dan sukan. Bagaimana pula nanti jika ada rombongan pelajar Israel mahu datang ke negara kita atas dasar pendidikan pula?

Selepas itu mungkin akan ada pula beberapa syarikat perniagaan yang menghujah perlunya dibawa masuk beberapa barangan Israel atas dasar keperluan ekonomi. Maka nantinya yang tinggal tidak ada hubungan hanyalah secara rasmi dalam bidang politik atau diplomatik. Apa maknanya pendirian sebegitu?

Sebetulnya, soal politik amat sukar dipisahkan dengan apa jua aspek kehidupan. Oleh itu, para pemimpin kita tidak sepatutnya terus cuba memperbodohkan rakyat dengan hujah kononnya sukan adalah sukan dan tidak ada kena-mengena dengan ideologi pemerintahan sesebuah negara. Apatah lagi bagi Israel, politik dan agama mereka adalah satu ideologi yang tidak terpisah.

Sekali lagi disebutkan, kita bukan membantah kehadiran pasukan Chelsea. Yang dibantah ialah dua warga Israel yang menganggotainya.

http://www.harakahdaily.net

Datuk Seri Anwar Ibrahim Hadir di Dewan Rakyat


Saksikan video Khir Toyo menjawab isu penyapu, babi, suruhanjaya dan lain-lain

K'jaan terus beri subsidi, titah Agong

Kerajaan akan berusaha meneruskan pemberian subsidi dan pelbagai bantuan lain demi kesejahteraan rakyat khususnya dalam menghadapi kesan langsung kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan bertitah bertitah lebih RM36 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu bagi membendung kenaikan harga barang dan meringankan beban perbelanjaan rakyat.

"Paras harga minyak di pasaran antarabangsa yang tinggi telah memberi kesan langsung kepada harga barangan dan perkhidmatan. Sehubungan ini, kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk mengenakan kawalan harga dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk membendung kenaikan harga demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah," titah baginda.
Bertitah merasmikan pembukaan penggal pertama persidangan parlimen ke-12 di Dewan Rakyat, baginda amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang telah menyalahguna kemudahan subsidi itu dengan menyorok dan menyeludup barangan keperluan yang berkenaan ke luar negara demi mengaut keuntungan besar. MalaysiaKini

Perbuatan tersebut sangat hina kerana mendatangkan kesusahan dan merampas hak rakyat," titah baginda.

Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Antara yang hadir termasulklah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku suami kepada ketua pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh). MalaysiaKini

Menurut laporan Bernama, baginda turut mengingatkan rakyat bahawa langkah yang diambil kerajaan tidak mencukupi jika rakyat sendiri tidak mengamalkan sikap bijak berbelanja.

Berita selanjutnya di http://www.malaysiakini.com/news/82083

Pembetulan Terhadap Berita Daripada Malaysiakini.com

Salam hormat,

Saya telah membaca berita bertajuk "Ugut Karpal : Pelajar Kolej Serah Diri" dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan.

Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor pada pukul 1 tengahari.

Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengahari 28 April 2008, saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Kluang. Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor.

Saya minta agar pihak Malaysiakini.com dapat memberikan penjelasan dan menarik balik berita tersebut dalam masa terdekat kerana ia sudah pasti akan menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

Sekian, terima kasih

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com
29 April 2008, 1.10 pagi

Isu "Darah YB Karpal Halal Dibunuh" Polis telah ambil keterangan pelajar

Ugut Karpal: Pelajar kolej serah diri

Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari.

Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang.

“Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu.

“Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan," kata Fernandez.

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jumpa Karpal

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu.

kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.

Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.”

http://www.malaysiakini.com/news/82068

Ketua Pemuda MIC Kota Raja mati disamun

SHAH ALAM 28 April – Ketua Pemuda MIC Bahagian Kota Raja, S. Selvadhurai, (gambar) 42, ditemui mati dipercayai dibelasah oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian samun di Seksyen 25, Taman Seri Muda, di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang difahamkan bekerja sebagai ejen insurans baru mengeluarkan wang daripada mesin ATM di sebuah bank berhampiran pejabat isterinya di kawasan itu.

Ketua Pemuda MIC Pusat, S. A. Vigneswaran, ketika dihubungi malam ini, mengesahkan mangsa tersebut ialah Selvadhurai.

Ketika kejadian, mangsa yang ditemani isterinya pergi ke bank itu untuk mengeluarkan wang sebelum ke pejabat isterinya selepas itu.

Utusan Malaysia difahamkan, sekumpulan penjenayah mengekori pasangan itu apabila kedua-dua mereka meninggalkan bank tersebut.

Mangsa kemudiannya dibelasah penjenayah terbabit, manakala isterinya sempat melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, mangsa yang dibelasah teruk ditemui sudah meninggal dunia oleh orang ramai dengan kesan kecederaan di muka selain dipercayai dijerut.

Penjenayah pula dipercayai melarikan diri dengan menggunakan kenderaan yang diletakkan tidak jauh dari situ.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan jumlah wang tunai yang disamun, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan, polis menerima laporan sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam dan siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki.

“Gerakan memburu penjenayah sudah dijalankan.” katanya ketika dihubungi malam ini.

http://www.utusan.com.my

"Darah YB Karpal halal dibunuh" - Karpal buat laporan polis

Janganlah "over react"

Pengerusi DAP Karpal Singh semalam telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya tergadap laman web pasjohobahru.com yang dikendalikan oleh PAS Johor Bahru. Menurut Karpal di dalam laporannya laman web tersebut menyairkan melalui ruangan "shoutbox" nya komen yang berbunyi:

"Darah YB Karpal halal dibunuh"

Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh.

Saya difahamkan Pesuruhjaya PAS Johor Prof Dato Dr Mahfodz Mohammad telah pun mengeluarkan kenyataan rasmimengenai isu tersebut antaranya:

Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

Saya secara peribadi merasakan "alif" yang telah menurunkan komen itu sungguh keterlaluan, biadap dan tidak berakhlak, namun "shoutbox" ini adalah ruangan para pengunjung sesebuah laman web atau blog berinteraksi dengan pemiliknya. Siapa sahaja boleh menurunkan komennya, dan seringkali pemilik laman web atau blog tidak pun mengenali siapakah gerangan yang memberikan komen itu. (Roslan SMS Corner sendiri pernah mempunyai ruangan sedemikian tetapi kemudiannya dimansuhkan apabila para pengunjung yang separuh tiang gemar melakukan"pukul curi" melaluinya).

Kesimpulannya memang si "alif" itu keterlaluan, tetapi saya kira sebagai seorang ahli politik yang veteran, Karpal sendiri pun tak perlulah "over react" sehingga membuat laporan polis. Kalau beliau secara jujur kunjungi ruangan komen di kebanyakkan laman web dan blog termasuklah yang dikendalikan DAP sendiri, kadangkala kita akan dapati komen dari para pengunjung, ada yang keterlaluan samada bersifat perkauman, lucah dan seumpamanya. Menjadi tanggungjawab pemilik untuk memastikan hanya yang beradab sahaja terlepas, tetapi dalam kes "shoutbox" dan dari pengalaman saya memang sukar untuk memantau sepenuh masa.

Saya kira PAS Johor pun telah membuat penjelasan yang meyakinkan oleh itu tak perlulah dipanjang-panjangkan perakara ini. Malah semua pihak dalam hal ini perlulah berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan pandangan, jangan sampai menyinggung perasaan pihak lain dan akhirnya mencetuskan ketegangan.

http://n32.blogspot.com

Umno bahagian lebih berminat isu peralihan kuasa berbanding isu harga minyak dan hakim

Pak Lah mahu dihentikan EGM

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua Umno Bahagian menghentikan tindakan mengadakan mesyuarat tergempar (EGM) untuk mendesak peralihan kuasa dalam parti dilaksanakan sebelum Disember ini.

Sebaliknya, presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, parti harus memberi fokus kepada isu-isu rakyat seperti kenaikan harga minyak dan barang makanan, serta reformasi badan
kehakiman.

"Ini semua (isu yang didesak dan menjadi keperluan rakyat) yang perlu dilihat, tapi nampaknya orang lebih melihat kepada soal pemilihan dalam parti," katanya.

Beliau menambah, Umno akan mengurangkan tumpuan pada isu-isu dalaman parti walaupun isu tersebut sering menarik minat ramai.

"Kita akan buktikan pada rakyat bahawa soal parti, kita akan uruskan hal parti. Bila tiba masanya nanti, semua ahli parti akan mengambil bahagian masing-masing dan menentukan kepimpinan parti," katanya.

Proses demokrasi dalam parti, tegas beliau, tetap akan berjalan semasa pemilihan Umno Disember ini, "pada masa itu kita undilah, kita tidak perlu gembar-gemburkan, tidak perlu.

'Tahu kemampuan mereka'

"Sebenarnya kita kenal semua dan semua orang tahu apa mereka buat, apa kemampuan mereka, apa kebolehan mereka, apa salah mereka, apa yang tidak elok dengan mereka. Bila tiba masanya kita buat mesyuarat dan masa itulah kita tentukanlah apa yang patut ditentukan.

"Tapi yang pentingnya kita memahami dan kita rasa bertanggungjawab untuk menggerakkan parti kita dan mendukung kerajaan terhadap perkara-perkara yang ada hubung kait dengan keperluan dan desakan rakyat."

Beliau menyeru kepada Umno dan BN agar memberi dukungan kepada kerajaannya untuk memulihkan sokongan rakyat yang telah banyak terhakis seperti ditunjukkan dalam pilihanraya umum.

"Yang menjadi isu paling tinggi sekali, berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang. Dan yang paling penting juga tentang masalah yang mungkin timbul dengan
kekurangan makanan," katanya lagi.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang merangka cadangan penyediaan stok penimbal bagi menghadapi risiko krisis makanan negara dan ia akan dikemukakan kepada jemaah menteri.

Kerajaan, tambahnya, bercadang menyediakan kemudahan rumah berkualiti yang mampu dimilik oleh rakyat terbanyak.

http://www.malaysiakini.com/news/82069

28 April 2008

Hakim mahkamah syariah mungkin ada pandangan berbeza

'Keterlaluan' hukum peluk kekasih

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menyifatkan hukuman penjara lima bulan sebagai "keterlaluan" terhadap seorang lelaki yang memeluk kekasihnya.

"Tidak ada orang akan keluar bertemu janji dengan kekasihnya dengan hukuman keterlaluan itu.

"Tidak ada lelaki yang ingin mengajak keluar anak dara kita lagi selepas ini.

"Inilah realiti kehidupan," kata hakim Abdul Rahim Uda hari ini ketika menghakimi rayuan penoreh getah Mohamad Roslan Zainol.

Pemuda itu dijatuhkan hukuman tersebut di mahkamah majistret Butterworth pada 3 Disember lalu selepas mengaku bersalah.

Beliau didakwa mendakap erat-erat kekasihnya beberapa kali dan cuba menciumnya ketika mereka berteduh di sebuah pondok sewaktu sedang hujan di pantai Telok Molek, Seberang Prai utara jam 9.30 malam pada 29 November lepas.

Selepas gadis itu bergelut cuba melepaskan diri dan kemudian berjaya lari, saudara lelakinya membawa Mohamad Roslan ke balai polis dan membuat aduan.

Hakim Abdul Rahim berkata hukuman tersebut "tidak mempunyai asas" memandangkan hubungan pasangan kekasih tersebut, lapor laman web The Star Online.

Timbalan pendakwa raya Muna Mohamed Jaafar bersetuju dengan pandangan hakim tersebut tetapi menyatakan Mohamad Roslan djatuhkan hukuman yang setimpal kepadanya dan mereka yang cenderung berkelakuan sedemikian.

Abdul Rahim menolak rayuan Mohamad Roslan atas sabitan kesalahannya, membenarkan rayuan untuk meringankan hukuman terhadapnya.

Peguam tertuduh A. Premanand berkata anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi tindakan tersebut.

Mohamad Roslan kemudian dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara jika gagal membayarnya.

http://www.malaysiakini.com/news/82044

Khir menyalahkan pusat dan menafikan negeri Selangor faktor kekalahan teruk BN

Penyapu bukan punca BN hilang S'gor

Bekas menteri besar Selangor menafikan "anugerah penyapu" kepada seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi punca BN kalah teruk sehingga negeri itu kini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata sebahagian besar faktor tidak ditentukan oleh negeri tetapi "akibat faktor-faktor nasional" di luar pengaruh negeri itu.

"Saya tidak bersetuju, kalau faktor penyapu menyumbang kepada kekalahan negeri Selangor.

"Apa telah berlaku di Pulau Pinang, apa telah berlaku di Kedah, Perak dan juga Wilayah Persekutuan? Itu semua isu politik bila mana kita menafikan, sindrom sangkalan kita," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Beliau diminta mengulas tuduhan dua akhbar utama Berita Harian dan New Straits Times, pada 16 April yang mendakwa isu anugerah penyapu, keris dan perobohan kuil sebagai punca-punca yang menyumbang ketewasan teruk BN dalam pilihanraya umum ke-12.

Melalui lidah pengarang yang jarang-jarang dimuatkan di muka depan, dua akhbar itu menyatakan: "Ada yang mahu (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan (pilihanraya umum 8 Mac) itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu.

"Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu."

Tindak-tanduk yang dimaksudkan itu termasuklah upacara menghunuskan keris oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di persidangan agung Pemuda yang "mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN".

Harian itu, yang dianggap dekat dengan perdana menteri, juga mendakwa kejadian merobohkan kuil di Selangor dan menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam sehingga "menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan."

Anugerah penyapu itu disampaikan Dr Mohamad Khir kepada yang dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail pada 17 November lepas sebagai lambang pengajaran akibat memberi perkhidmatan yang paling tidak memuaskan daripada keseluruhan PBT di negeri itu.

Dalam wawancara Khamis lalu, mantan menteri besar itu berkata anugerah penyapu diambil sebagai langkah terakhir selepas beberapa inisiatif diambil untuk memulihkan prestasi PBT selama beberapa tahun.

"Apabila saya bincang, setahun yang lepas (sebelum anugerah kontroversi itu), mereka setuju. Ada cadangan memberi (anugerah) selipar, gantung selipar di leher. Ada pula yang mencadangkan, suruh kita pakaikan baju koyak dan ada mencadangkan beri penyapu," katanya.

"Cuma mungkin kesilapan (saya, menganugerahkan) penyapu (yang) tidak dibalut. Itu sebab yang siapkan (anugerah) itu bukan saya. Pegawai kerajaan yang siapkan semua (acara) ini. Dan sudah dipersetujui sebelum itu," katanya.

Tidak lama selepas wawancara tersebut, Dr Mohamad Khir juga menyentuh isu yang sama di blognya.

"Hadiah penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut," coretnya.

"Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai (bahawa menjadi amalan) biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan.

"Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui sebagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima."

Keputusan setahun lebih awal itu, tambahnya lagi, dibuat agar PBT mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/82049

Kewangan Balkis tidak diaudit sejak 2007?

Juruaudit Balkis nafi terlibat RM9.9 juta

Juruaudit luar Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan wang RM9.9 juta seperti dilaporkan.

Akauntan bertauliah Yee Choon Kong & Co berkata yang dipertuanya Zahrah Kechik dan suaminya, yang juga bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atau sebarang ahli Balkis tidak pernah merujuk firma itu seperti didakwa dalam laporan The Star hari ini.

"Ia juga dapat dibuktikan dengan kenyataan Dr Mohamad Khir seperti dilaporkan oleh New Straits Times bahawa 'tidak perlu merujuk atau memaklumkan kepada juruaudit Balkis sebelum badan kebajikan itu dibubarkan dan dananya dipindahkan," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1997.

"Panggilan telefon kepada bendahari (Balkis) tidak dijawab pada tarikh tersebut dan mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan saya juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya dan tidak pernah pula saya 'mengesahkan akaun tersebut sebelum dana itu dipindahkan' seperti laporan New Straits Times," kata pemilik firma itu Yee Choon Kong.

http://www.malaysiakini.com/news/82060

Baru sahaja bermula sudah main kasar, Jurugambar Harakan hanya mampu melihat jurugambar lain masuk dewan parlimen

Jurugambar Harakah dilarang masuk Parlimen

Belum pun bermula sidang Parlimen,episod larangan ke atas jurugambar mencemari majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen pada pagi tadi.

Dalam kejadian pagi tadi, jurugambar Harakah tidak dibenarkan masuk ke Parlimen untuk merakamkan upacara mengangkat sumpah, walaupun telah membuat rayuan kepada pegawai bertugas di parlimen.

Ketua Jurugambar Harakah, Mohd Nasir Sudin, ketika dihubungi, berkata pegawai parlimen melarang beliau dan seorang lagi jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh serta beberapa jurugambar lain untuk merakam detik-detik bersejarah itu.

Bagaimanapun, beliau dan rakan-rakan jurugambar lain dibenarkan mengambil gambar selama lima minit sebelum bermula upacara angkat sumpah berlangsung.

Menurut Nasir, hanya jurugambar rasmi media kerajaan seperti Bernama dan RTM dibenarkan merakam upacara berkenaan.

Ketika ini, berpuluh-puluh jurugambar termasuk dari media antarabangsa berkumpul di hadapan pintu masuk media, sambil menantikan kemunculan MP-MP untuk merakamkan gambar dan aksi mereka.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi tadi.

http://www.harakahdaily.net

Hishammuddin mengaku gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu


Saksikan Rancangan Blog - Raja Petra Kamarudin

PKR: Hisham tidak jujur isu keris

Pergerakan pemuda PKR menyifatkan permohonan maaf ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu kerusi sebagai "gimik politik yang tidak menunjukkan keikhlasannya".

Angkatan muda parti itu (AMK) berkata Hishammudin juga menunjukkan "sifat lidah bercabang" kerana selain mohon maaf kepada bukan Melayu, beliau juga memohonan maaf kepada orang Melayu "kononnya gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu itu".

"Hasutan bentuk ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati yang menggalakkan bangkit semula sentimen perkauman golongan ekstrem yang akan menafsirkannya sebagai orang bukan Melayu yang mengakibatkan Melayu gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu," kata ketua penerangan AMK Lau Tek Hai.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau juga menyifatkan Hishammuddin sebagai "seorang munafik kerana permohonan maafnya berasaskan punca kekalahan BN dalam pilihanraya umum lalu tetapi bukan mengakui hakikatnya Pemuda Umno telah secara langsung menjejaskan persahabatan antara kaum yang mengakibatkan syak wasangka antara kaum yang lebih parah."

"AMK menasihatkan Hishammuddin agar menyedari bukan sekadar aksi menghunus keris yang menakutkan orang tetapi aksi ini dalam suasana perhimpunan Umno telah mendorong peserta supaya menjadi lebih ekstrem," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/82013

Keris tidak lagi dijulang tapi keangkuhan masih ada pada Umno - Anwar

Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato' Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

"Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno," katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

Misalnya kata beliau, dalam ulasan isu ternakan babi di Selangor dan ulasan mengenai ketuanan Melayu kononya orang Melayu sudah bangkit dan marah.

Keadaan ini katanya memberi makna sentimen keangkuhan masih kukuh dalam Umno yang tidak boleh lagi diterima oleh rakyat negara ini.

"Langkah menyatakan minta maaf itu amat kita alu-alukan tetapi perkara ini harus diambil serius terutama sentimen dalam Umno iaitu menjulang keris," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Hishamuddin yang meminta maaf dan mengakui perbuatan menjulang keris Panca Warisan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya lalu.

"Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

"Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibu negara hari ini. - HarakahDaily

Minta maaf untuk sedarkan Melayu

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, keputusan beliau memohon maaf secara terbuka berhubung isu keris Panca Warisan adalah bertujuan menyedarkan orang Melayu yang dilihat sudah terlupa untuk berjuang demi bangsa mereka.

Katanya, apa yang menjadi keutamaan baginya adalah kepentingan parti, bangsa dan agama, selain menyedarkan orang Melayu untuk bersatu dan bangkit semula dalam mempertahankan hak sendiri.

”Ia tindakan saya sendiri. Saya mahu melindungi institusi Pemuda dan UMNO.

”Saya hendak sedarkan orang Melayu. Kita perlu bangkit dan bersatu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, beliau secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 menjadi faktor yang menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya umum lalu.

Beliau seterusnya berkata, keputusan meminta maaf itu sebenarnya bukan mudah untuk diambil, tetapi tetap dilakukannya setelah memikirkan bagi menyelamatkan kedudukan Pemuda serta UMNO yang seharusnya menjadi identiti orang Melayu sendiri.

Tambahnya, keris tetap menjadi warisan yang kekal sebagai identiti bangsa yang tidak harus dipersoalkan.

”Sebelum ini, tiada siapa pun yang mempertahankan keris kita. Ia jelas bukan satu keputusan yang mudah.

”Parti dan bangsa lebih penting. Saya mengotakan kata-kata. Saya tahu lama kelamaan orang akan faham,” jelasnya.

- Utusan Malaysia

27 April 2008

RM9.9 juta wang Balkis, Balkis dibubarkan kerana politik?

Pemindahan wang Balkis tidak sah - peguam

Pemindahan wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) tidak sah di sisi undang-undang.

Peguam, Mohamad Khairuddin Othman menegaskan perpindahan wang itu tidak sah disebabkan ia dilakukan selepas Umno-BN mengalami kekalahan dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Menurut beliau, antara syarat perlembagaan Balkis, isteri Menteri Besar mesti mempengerusikan persatuan itu.

Sehubungan itu katanya, bekas isteri Menteri Besar Datin Seri Zaharah Kechik secara automatik tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Bakti.

Katanya, pemindahan wang Balkis ke dalam akaun Bakti itu dianggap sebagai suatu kes jenayah atau penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

“Zaharah tidak ada kuasa untuk memindahkan wang tersebut apatah lagi menutup persatuan itu,” katanya.

Beliau menasihatkan supaya wang tersebut dipulangkan semula ke dalam akaun Balkis.

Bakti terbabit dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta daripada Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Ketika Umno-BN berkuasa di Selangor, Balkis dipengerusikan oleh isteri Dato’ Seri Mohd Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor masa itu. - Harakahdaily


Balkis dibubar ikut aturan

Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) dibubarkan, dan wangnya RM9.9 juta dipindahkan, dengan mematuhi semua peraturan, kata bekas yang dipertuanya Zahrah Kechik.

Zahrah, bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata badan itu dibubarkan 11 Mac mengikut perlembagaan selepas mesyuarat agung khasnya, lapor Bernama hari ini.

Mengulas kontroversi itu antara kerajaan negeri dengan Balkis, Zahrah berkata sebelum seorang isteri menteri besar dilantik menjadi yang dipertua badan itu, ia hendaklah disahkan oleh satu mesyuarat agung.

"Ini bermakna saya masih memegang jawatan yang dipertua pada ketika itu dan saya juga masih belum meletakkan jawatan yang dipertua.

"Oleh itu tidak timbul saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat agung yang dipanggil untuk tujuan pembubaran Balkis," beliau dipetik sebagai berkata.

Zahrah berkata badan itu dibubarkan dengan sokongan lebih daripada dua pertiga ahli.

Khamis lalu, menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri - kini ditadbir Pakatan Rakyat - menghalang badan itu dibubarkan dan notisnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kerajaan negeri telah menghantar surat kepada ROS agar tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis sehingga jumlah sumbangan semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dikenal pasti dan siasatan menyeluruh terhadap tindakan Balkis membuat permohonan pembubarkan (kepada ROS pada 13 Mac) serta pemindahan aset-aset Balkis," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Kerajaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri dijangka membuat tuntutan dalam masa terdekat terhadap segala sumbangan yang diberikan memandangkan Balkis bertindak sebagai pemegang amanah kepada kerajaan negeri Selangor untuk tujuan amal kebajikan dan mengambil wang daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri."

Selain Zaharah, menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor lagi, pemimpin-pemimpin utama Balkis termasuklah Rahimah Naim sebagai naib yang dipertua, Pon Ishak (setiausaha) dan Surami Sapuan (bendahari).

Exco Balkis dianggotai enam ahli jawatankuasa.

http://www.malaysiakini.com/news/82002

Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) mati di bawah Zaharah Kechik

Pembubaran Balkis keputusan 2/3 ahli

SHAH ALAM 27 April – Pembubaran Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) dibuat atas persetujuan dua pertiga ahlinya dalam satu mesyuarat agung pada 11 Mac lalu.

Bekas Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik berkata, pembubaran tersebut dibuat selaras dengan peruntukan fasal 15 (1) Perlembagaan Balkis dan minit-minit mesyuaratnya boleh mengesahkan pematuhan segala peruntukan undang-undang ini.

Beliau berkata, tindakan memindahkan segala baki wang Balkis kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) juga adalah selaras dengan peruntukan Fasal 15 (2) Perlembagaan Balkis iaitu segala baki wang yang ada akan didermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa yang diluluskan oleh Pengarah Hasil Dalam Negeri.

``Oleh kerana Bakti adalah badan yang dibentuk atas tujuan yang hampir sama dengan Balkis, kesemua wang baki tabung Balkis telah didermakan kepada badan itu.

``Segala keputusan pembubaran dan penyerahan wang baki ini dibuat oleh ahli-ahli Balkis sendiri dan bukannya atas keputusan saya sebagai Yang Dipertua ataupun jawatankuasa Balkis. Ia juga dilakukan dengan mematuhi segala peruntukan undang-undang,'' tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan untuk menjelaskan isu pembubaran dan penyerahan dana kepada Bakti di Bangunan UMNO Selangor di sini pagi ini.- Utusan

Hamid Karzai terselamat dalam serangan

KABUL 27 April – Presiden Afghanistan, Hamid Karzai terselamat hari ini selepas militan melancarkan serangan menggunakan senjata api dan bahan letupan semasa perbarisan tentera, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan mencederakan lebih 11 yang lain.

Pergerakan Taliban mengaku melancarkan serangan tersebut tetapi menafikan ia percubaan untuk membunuh Hamid.

Pergerakan itu mendakwa tiga anggotanya terbunuh tetapi laporan itu tidak dapat disahkan oleh pegawai keselamatan.

Menurut seorang saksi, beberapa das tembakan dipercayai oleh penembak tepat ditujukan ke arah pentas yang menempatkan Presiden dan pegawai tinggi kerajaan.

Para pegawai berkata, Hamid dan anggota Kabinet, para duta, komander-komander tentera Amerika Syarikat (AS) meniarap di atas lantai atau dibawa keluar tanpa mengalami kecederaan.

Seorang pemberita yang berada di tempat kejadian memberitahu, para pengawal Presiden telah memberi perlindungan kepada Hamid serta-merta sambil menjerit ke arah orang ramai, “Jangan lari, awak akan ditembak.”

Hamid kemudiannya dikeluarkan dari tempat kejadian dengan sebuah kereta sementera kejadian tembak-menembak berterusan selama 15 minit.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi berkata, seorang ketua suku puak terbunuh dan 11 cedera dalam kejadian itu.

“Dua atau tiga orang ahli parlimen cedera dalam kejadian,” katanya. - AFP

CCTV rakam adegan cabul?

Cabul: Polis siasat CCTV hotel, saksi baru

KUALA LUMPUR – Selepas memanggil seorang bekas menteri yang didakwa terlibat dengan kes cabul seorang penyelia wanita kelmarin, siasatan polis kini tertumpu pada kandungan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mad berkata, siasatan terhadap CCTV itu sebahagian prosedur biasa bagi mengukuhkan laporan siasatan terhadap kes terbabit.

“Siasatan terhadap rakaman CCTV itu merupakan sebahagian daripada proses untuk melengkapkan siasatan yang dijalankan pada kes itu,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Samah, selain meneliti rakaman CCTV tersebut, polis juga akan mengambil keterangan beberapa orang lagi saksi yang mungkin boleh membantu siasatan.

http://www.kosmo.com.my

Jom Heboh segan dengan pentadbiran Islam di Perak

TV3 Tarik Diri Anjur Karnival Jom Heboh Di Perak

IPOH, 27 April (Bernama) -- Stesen televisyen swasta TV3 menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menganjurkan program bergerak Karnival Jom Heboh di Perak pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahad.

Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.

Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian.

"Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsip-prinsip kita," katanya ketika berucap pada perasmian mesyuarat agung tahunan ke-14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini.

Karnival Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.

Ia merupakan program bergerak yang diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia.

Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007, berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini.

Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert 'Sure Heboh' itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata gelaran Datuk Seri yang diterimanya bukanlah untuk dirinya tetapi adalah untuk kesemua 2.3 juta rakyat Perak yang telah berani membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas dan meraikan perubahan tersebut.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-80 pada 19 April lepas.

-- BERNAMA

ISA selamat di bawah BN

Sy Hamid: ISA tidak akan dipinda

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang semakin dipertikaikan banyak pihak, tidak akan dipinda bagi mengawal ketenteraman awam, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Tambahnya, undang-undang yang bersifat pencegahan seperti itu juga diperkenalkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Ia bukan bertujuan membawa penganiayaan tetapi untuk melindungi hak orang ramai tinggal dengan selesa tanpa rasa takut ancaman nyawa mereka," katanya di Kota Tinggi hari ini, lapor laman web The Star Online.

Mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan akta itu yang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan di mahkamah, Syed Hamid berkata kerajaan tidak boleh menunggu sesuatu yang buruk terjadi sebelum mengambil tindakan.

Beliau menambah, Anwar sendiri sewaktu 16 tahun dalam kerajaan "tidak pernah berbuat apa-apa" dan "senang bagi pembangkang untuk menjanjikannya (perubahan itu) daripada melaksanakannya".

http://www.malaysiakini.com

Nur Misuari dibebaskan

Pemimpin pemisah Islam Filipina diminta bantu proses damai

MANILA: Pemimpin pemisah Islam Filipina, Nur Misuari yang dipenjarakan kerana mengetuai pemberontakan di selatan negara itu, semalam dibebaskan dengan bayaran ikat jamin AS$1,200 (RM3,840) bagi membolehkan beliau menyertai usaha penilaian semula perjanjian damai dengan kerajaan.

Misuari mengasaskan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), kumpulan pemisah terbesar Filipina. Ia menandatangani perjanjian damai bersejarah pada 1996 sebagai pertukaran kepada kuasa autonomi terhad bagi penduduk Islam di selatan negara itu.

Beliau ditahan pada tahun 2001 dan didakwa sebagai pemberontak selepas pengikutnya melancarkan serangan yang mengorbankan kira-kira 100 orang di Jolo. Beliau pada awalnya ditahan di balai polis di luar Manila tetapi kemudian dikenakan tahanan dalam rumah.

Jabatan Kehakiman berkata, mahkamah mengarahkan Misuari dibenarkan ikat jamin selaras dengan keputusan Kabinet baru-baru ini. Penasihat proses damai, Jesus Dureza, mengalu-alukan keputusan itu dan menyifatkan Misuari 'sebagai rakan keamanan dan pembangunan.'

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dianggotai 56 negara Islam, menjadi orang tengah dalam pemberontakan yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad itu dan meminta kerajaan membebaskan Misuari menjelang rundingan di Manila pada 26 hingga 29 Mei ini mengenai pelaksanaan perjanjian damai 1996 di tengah rungutan ia tidak dikuat kuasa sepenuhnya.

MNLF menggugurkan tuntutannya mendapatkan kemerdekaan dan menerima kuasa autonomi apabila ia menandatangani perjanjian itu.

Sebuah kumpulan pemisah lain, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), menolak perjanjian damai 1996 itu dan terus berjuang.

Bagaimanapun, ia menandatangani gencatan senjata pada 2003 dan mengadakan rundingan dengan kerajaan.

Selatan Filipina, yang dianggap sebagai milik penduduk Islam, kekal miskin dan digegarkan dengan keganasan. MNLF pula berpecah akibat perbalahan cawangan.

Awal bulan ini, seorang anggota pergerakan itu menyingkirkan Misuari sebagai ketua kumpulan berkenaan tetapi penyokong tokoh itu menegaskan mereka tidak akan mengiktiraf orang lain sebagai ketua. – AP

http://www.bharian.com.my

26 April 2008

Orang Sabah tidak setia kepada Umno - Tengku Razaleigh

Ku Li Percaya Hasrat PKR Ambil Alih Kerajaan Boleh Jadi Nyata

PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) "menyeberang" ke pihak Pembangkang.

"Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

"Saya juga tengok kebanyakan Anggota Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar," katanya semasa sesi pertemuan dengan anggota Umno dari cawangan-cawangan sekitar Subang Jaya di sini hari ini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan.

"Tadi kebetulan semasa datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau dan saya tanya beliau sendiri, dan beliau kata beliau serius," katanya.

Tengku Razaleigh berkata berdasarkan kepada faktor-faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang.

"Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini," katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang berhubung isu itu.

Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berpandangan pemimpin BN sekarang bersikap seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku.

Ditanya mengenai keyakinannya bahawa terdapat kemungkinan Anggota Parlimen dari Sabah menyertai PKR, Tengku Razaleigh berkata keyakinan itu berdasarkan "suara-suara" dari negeri itu yang antara lain mengatakan bahawa mereka masih kurang senang dengan keadaan sekarang.

"Daripada apa yang saya dengar, mereka tidak mendapat apa yang mereka minta, misalnya lebih banyak perwakilan, maka perkara ini perlu diselesaikan," katanya.

Kepada soalan lain, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap bertanding jawatan presiden Umno sekalipun ketika pemilihan parti pada Disember nanti, jawatan itu telah dipegang oleh orang lain.

"Kalau saya diberi mandat saya akan bertanding," katanya sambil menambah setakat ini hasrat beliau disambut baik oleh kebanyakan bahagian Umno.

www.bernama.com

Ku Li: Wakil BN lompat boleh berlaku

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dakwaan PKR bahawa 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai Pakatan Rakyat, boleh menjadi kenyataan.

"Saya kenal banyak ahli parlimen (BN) yang terpilih baru-baru ini adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sewaktu beliau masih berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan beliau.

"Kemungkinan mereka akan berpihak kepada PKR jika kita tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal perasaan mereka," kata ketika menjawab soalan dalam pertemuan dengan kira-kira 500 ahli Umno di sekitar Subang Jaya di sebuah hotel terkemuka hari ini.

"Kita tahu PKR begitu serius hendak kalah kita, bukan di peringkat negeri sahaja tetapi juga di peringkat persekutuan.

Ini bukan cakap main-main. Perasaan orang Sabah terhadap Umno tidak seperti kita di sini. Kita di sini dilahir dan dibesarkan dalam suasana Umno.

"Segala yang kita sentuh ada kaitan dengan perjuangan Umno. (Tetapi) perasaan orang Sabah tidak seperti perasaan orang Umno di sini, tidak tebal," tegasnya.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau bimbang dengan sikap pemimpin Umno yang tidak mengambil serius tentang perkara tersebut.

"Tidak terjamin kita boleh kekal, tidak terjamin, itulah sebabnya saya sendiri risau dengan sikap pemimpin kita (mengenai dakwaan tersebut)," tambah Tengku Razaleigh

http://www.malaysiakini.com/news/81979

Naib Presiden UMNO menjadi buruan Hishamuddin

Tanding naib presiden

Seorang wartawan bertanya bagaimanakah Hisham hendak bertanding jawatan naib presiden kerana didakwa tidak menunjukkan prestasi baik sebagai ketua Pemuda Umno.

Berikutan itu, Hishammuddin terus bangun dan berkata: "Ok, awak tanya pemuda-pemuda di belakang, adakah saya tidak perform."

Ahli parlimen Sembrong, yang juga menteri pelajaran, kemudian beredar dari situ.

Isnin lalu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno pada Disember ini jika mendapat pencalonan dari bahagian.

http://www.malaysiakini.com/news/81958

Isu keris Panca Warisan selesai

Hishammuddin Tun Hussein dan Liow Tiong Lai menggenggam tangan menandakan persahabatan yang erat selepas Mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 25 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 merupakan faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Kalau ia jejaskan prestasi (BN), saya tidak boleh lari daripada realiti.

''Saya minta maaf dan bertanggungjawab kerana saya sayangkan parti dan bangsa saya,'' katanya.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan menghunus keris itu bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa seperti yang digembar-gemburkan.

Sebaliknya kata beliau, ia sekadar simbol kerana nilai Keris Panca Warisan adalah simbol warisan orang Melayu.

"Kepada orang Melayu, saya minta maaf kerana tidak dapat pertahankan simbol warisan kita yang sebenarnya," katanya.

Menurut beliau, ia merupakan satu pengajaran sedih apabila terpaksa mengetepikan warisan budaya bangsa kerana politik.

"Saya bukannya orang yang angkuh atau 'arrogant' yang tak boleh terima hakikat itu. Itu merupakan satu pengajaran yang sedih.

"Tapi kalau politik sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa meletakkan kedudukan BN (parti) lebih penting daripada sesuatu," katanya.

Ditanya apakah itu bermakna keris Panca Warisan tidak lagi bermakna, Hishammuddin berkata ia amat bermakna kepadanya sebagai orang Melayu tetapi tidak ramai yang mempertahankannya.

"Keris itu takkan ke mana. Apa yang dipegang Datuk Onn Jaafar (Pengasas UMNO) 46 tahun dulu itu baru disedari hari ini," tegasnya.

Bagaimanapun katanya, beliau perlu membuat pernyataan maaf itu hari ini supaya tidak menimbulkan persepsi lain pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai ketika ditemui pemberita berkata, Hishammuddin membuat keputusan yang berani dengan menilai semula tindakan berkenaan dan memohon maaf jika menyinggung mana-mana pihak.

''Tidak perlulah kita ungkit-ungkit lagi bahawa Hishammuddin melepaskan tanggungjawab. Ini tidak adil kepada beliau. Sekarang adalah masa untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Keris Panca Warisan yang juga keris pusaka Pergerakan Pemuda UMNO pertama kali diarak masuk oleh 12 hulubalang pada Persidanga Perwakilan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO 2005 bagi membangkitkan semangat ahli Pemuda UMNO.

Isu berkenaan kemudiannya dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang sebelum ini, Lim Kit Siang di Parlimen dan turut digunakan pembangkang dalam kempen pilihan raya umum Mac lalu.

Mesyuarat Pemuda BN pada hari ini turut mengiktiraf peranan Sabah dan Sarawak sebagai tulang belakang BN dan persetujuan untuk mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pemuda BN pada setiap dua minggu.

http://www.utusan.com.my

Cabul: Bekas menteri beri keterangan

KUALA LUMPUR - Polis telah memanggil seorang bekas menteri untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu penyelia di sebuah hotel di sini pada 14 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, bekas menteri itu telah dipanggil memberi keterangan pada pukul 11 pagi semalam.

http://www.kosmo.com.my

25 April 2008

Bantahan berterusan kedatangan Yahudi ke Malaysia

Kedatangan pemain Chelsea dibantah

PUTRAJAYA: Pendirian kerajaan harus konsisten ketika berhadapan dengan sebarang isu yang berkaitan dengan Israel kata wakil Perikatan Organisasi Islamik Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

“Cadangan membawa masuk pemain kelab bola sepak Chelsea yang merupakan warga Israel ke negara ini jelas menunjukkan kerajaan kita tidak konsisten dalam pendiriannya selama ini yang menghalang rakyat Malaysia untuk mengunjungi negara itu,” katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan membawa masuk pemain bola sepak warga Israel ke negara ini kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar melalui Ketua Penolong Setiausaha kementerian berkenaan.

Pengurus pasukan Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan warga Israel dijanka beraksi di Malaysia Julai ini sebagai sebahagian jelajah musim panas kelab itu.

Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) meminta kerajaan agar bersikap tegas terhadap sebarang perhubungan dengan negara itu.

Beliau juga menyatakan bantahan terhadap pendirian yang dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung kemasukan dua warga Israel itu dan pandangannya mengenai isu politik dan sukan tidak boleh dicampur adukkan.

“Soal mencampur adukkan antara politik dan sukan tidak timbul kerana sebelum ini Amerika Syarikat juga pernah memboikot Rusia dalam satu acara sukan.

“Perkara yang sama juga berlaku kepada China yang menganjurkan Olympic Beijing kerana kezaliman republik itu kepada rakyat Tibet,” katanya.

Baginya, kezaliman yang yang dilakukan Israel kepada rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza merupakan jenayah kemanusia yang sukar dimaafkan.

Penaklukan Palestin oleh Israel menyebabkan rakyat negara itu terpaksa menjadi pelarian di tanah air sendiri.

“Dasar penghapusan etnik (ethnic cleansing) yang dilakukan Israel sekarang ini menjadikan Semenanjung Gaza seperti ‘penjara’ terbesar di dunia,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya tindakan selanjutnya, Azmi berkata jika bantahan yang dikemukan tidak mendapat perhatian kerajaan, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan.

“Kalau bantahan ini ditolak, Perikatan ini akan menggembleng lebih ramai rakyat di luar sana untuk mengadakan protes dengan lebih agresif.

“Kita akan lihat bagaimana reaksi rakyat dan masyarakat umum mengenai isu ini,” tegasnya.

Tahun 1997 merupakan kali terakhir atlet Israel memasuki Malaysia ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang mendapat bantahan hebat di Kuala Lumpur.

http://www.mstar.com.my

Pembunuh Nurul masih bebas

'Saya tidak bunuh Nurul'

gambar : ABDUL RAHIM

JELI - "Dia datang ke rumah kami selepas dibebaskan semalam dan sambil menangis dia memberitahu tidak melakukan perbuatan kejam itu."

Demikian cerita Abdul Rahim Namat, 60, datuk kepada mangsa rogol dan bunuh, Nurul Anira Che Rosid, 17, yang ditemui mati di Kampung Chegar Bedil di sini pada 6 April lalu.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana lelaki tersebut yang sebelum ini dikatakan suspek utama kes itu telah dibebaskan.

Malah beliau sendiri selama ini tidak percaya lelaki tersebut terlibat dalam pembunuhan cucunya itu.

http://www.kosmo.com.my

BN resah kemungkinan lompat parti benar-benar berlaku

"Jumlahnya cukup untuk perintah Malaysia" Anwar

PENAMPANG: "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.

Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.

"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya.

"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.

Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.

Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

http://klpos.com

Najib pandang berat isu wakil BN lompat

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan selewat-lewatnya 16 September.

Gabungan pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Pakatan Rakyat memerlukan 30 lagi kerusi untuk mencapai majoriti dua pertiga.

Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua ahli parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata:
"Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.

"Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

"Namun, kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik."

http://www.malaysiakini.com/news/81922

Ambil keterangan pengadu, saksi, dan yang dituduh, jika ada percanggahan nyata polis boleh buat pendakwaan

Bekas menteri dipanggil beri keterangan berhubung kes cabul

KUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil seorang bekas menteri untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu penyelia di sebuah hotel di sini pada 14 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata bekas menteri bergelar “Datuk Seri” itu dipanggil memberi keterangan pada 11 pagi ini.

“Polis akan meneruskan siasatan mengikut prosedur biasa walaupun mangsa menggugurkan dakwaan terhadap bekas menteri itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata sebaik selesai laporan, kertas siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Pada Jumaat lalu, wanita berusia 30-an itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berhubung dakwaan itu tetapi dua hari kemudian menarik balik laporannya. — Bernama

Polis tetap siasat dakwaan wanita dicabul bekas menteri

KUALA LUMPUR: Polis tetap meneruskan siasatan walaupun wanita yang mendakwa dicabul seorang bekas menteri menarik balik laporan yang dibuatnya beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata walaupun mangsa mendakwa menggunakan surat berkanun untuk menarik balik laporan itu, namun polis tetap meneruskan siasatan kerana tidak mempunyai kuasa menggugurkan kes berkenaan.

“Keterangan daripadanya (bekas menteri) perlu bagi membolehkan polis mengetahui perkara sebenar.

“Selepas itu kami akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut sama ada mahu mendakwa bekas menteri itu atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan bekas menteri yang juga Ahli Parlimen itu kini berada di luar negara.

http://www.hmetro.com.my

Kes Altantuya: Hubungan diplomatik Mongolia-Malaysia mungkin putus

JIKA kes pembunuhan Altantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil, pemerintah Mongolia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Itulah diantara maklumat baru yang diberi oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu dalam sidang akhbarnya bersama dengan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen PKR siang tadi.

Dr. Shaariibuu Setev yang ditemani oleh peguam yang juga penterjemahnya, Munkhsaruul Mijiddorj memaklumkan bahawa Perdana Menteri Mongolia telah memberitahu Abdullah Badawi tahun lalu mengenai perkara ini.

Apakah rakyat Malaysia hanya mahu mendiamkan diri melihat dunia membenci Malaysia hanya kerana tindakan segelintir orang?

Sedangkan 26 juta rakyat Malaysia tidak bersalah kepada Altantuya dan beribu-ribu lagi rakyat asing yang ditindas di Malaysia.

http://klpos.com

Polis mesti menyiasat laporan wanita itu walaupun dia telah menariknya balik



Cabul: Tidak boleh tarik laporan polis sesuka hati

Wanita yang membuat laporan polis mendakwa bekas seorang menteri telah mencabulnya, tidak boleh, mengikut undang-undang, menarik balik laporannya itu, kata peguam terkemuka Karpal Singh.

Beliau yang juga pengerusi DAP berkata, seseorang yang membuat laporan polis tidak boleh sesuka hati menariknya melalui surat atau akuan berkanun.

Beliau mengulas tindakan seorang wanita - yang mendakwa dicabul ketika sedang bertugas di sebuah hotel di KL Sentral - menarik balik laporan polis yang dibuatnya itu, selepas menyedari wujud salah faham berhubung kejadian pada 14 April lalu.

Akhbar melaporkan, wanita tersebut turut membuat satu akuan berkanun bagi menjelaskan situasi tersebut.

Laporan itu memetik peguam Datuk Muhammad Shafee sebagai berkata, akuan tersebut telah dihantar kepada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Katanya, wanita itu juga mengaku mengenali bekas menteri itu sejak lima tahun lalu dan sepatutnya telah biasa dengan cara individu berkenaan.

Mengulas lanjut mengenainya, Karpal berkata, seseorang yang membuat laporan polis, berisiko membuat laporan palsu. Dia adalah terikat dengan kandungan laporannya.

"Polis mesti menyiasat laporan wanita itu walaupun dia telah menariknya balik," katanya dalam satu kenyataan hari ini

"Jika laporan terhadap bekas menteri itu didapati benar, maka polis tiada pilihan tetapi mesti mengambil tindakan terhadap bekas menteri itu kerana mencabul wanita tersebut - satu kesalahan serius mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara atau disebat, atau kedua-duanya sekali.

"Sebaliknya, jika siasatan polis mendapati kandungan laporan itu palsu, maka wanita itu mesti didakwa kerana memberi maklumat palsu kepada polis yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Saya menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan mendalam bagi menentukan kebersalahan bekas menteri tersebut terhadap dakwaan mencabul wanita itu atau kebersalahan wanita tersebut memberi maklumat palsu kepada polis," katanya.

http://www.malaysiakini.com

Teruskan kesan Sharlinie

Hishammuddin Tun Hussein berkata sesuatu kepada kakak Sharlinie, Sharlina Mohd. Nashar, 8, sambil diperhatikan oleh ibu bapanya Mohd. Nashar Mat Hussin dan Suraya Ahmad pada majlis penyerahan cek di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam.
- Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

PUTRAJAYA 24 April - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, masyarakat tidak seharusnya berhenti daripada menyalurkan maklumat dan bantuan kepada pihak berkuasa bagi membantu mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang sejak 9 Januari lalu.

Beliau berkata, usaha sedemikian perlu kerana ia akan memberikan semangat dan keyakinan kepada keluarga Sharlinie untuk terus menjejaki anak mereka yang hilang itu.

''Kesedihan yang ditanggung ibu bapa Sharlinie sebenarnya turut dirasai semua rakyat Malaysia.

''Saya dan warga pendidik mendoakan keluarga mereka supaya terus tabah serta sabar dalam menghadapi dugaan ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM21,800 kepada bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussin di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah BPG, Datin Asariah Meor Sharbuddin dan ibu Sharlinie, Suraya Ahmad.

Sharlinie, 5, dilaporkan hilang 9 Januari lalu selepas keluar bermain di taman permainan berdekatan rumahnya, di Taman Medan PJS 2, Petaling Jaya.

Sementara itu, Mohd. Nashar ketika ditemui pemberita berkata, dia akan terus berusaha mengesan Sharlinie dengan bantuan jiran dan ahli keluarga.

http://www.utusan.com.my

24 April 2008

Polis harus siasat kenapa wanita itu tarik balik tuduhan cabul kerana rakyat mengesyaki sesuatu

Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf

Akhirnya semua selesai. Sipelapor telah menarik balik laporan polisnya, manakala tertuduh barangkali tersenyum lega.

Asalnya kita difahamkan seorang ahli Parlimen yang digugurkan sebagai Menteri kabinet baru-
baru ini dalam keadaan mabuk telah mencabul kehormatan seorang pelayan di sebuah "lounge" hotel lima bintang berhampiran Jalan Tun Sambanthan. Beliau dikatakan telah meraba tubuh wanita berkenaan tanpa kerelaan wanita itu.

Walaubagaimanapun semalam wanita berkenaan "tanpa dipaksa atau disogok" telah menarik balik laporan polis itu. Apa alasannya:

"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda dengannya tanpa apa-apa niat jahat.

Kata beliau lagi:

When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but it is something that I accepted as normal among friends especially those we have known for a long time.

Apabila beliau berjenaka, beliau sering akan memegang bahu dan lengan saya, tetapi saya rela kerana ia sesuatu yang biasa terutama bagi kawan lama.

Apakah semua menteri dan bekas menteri Umno berperangai sebegini? Tidakkah ini mengambil kesempatan atas mereka yang tidak berupaya, tidakkah ini suatu bentuk "sexual harrasment"? Saya harap NGO Wanita tidak akan membisu dan menyepi diri dalam hal ini!
Wanita itu turut menambah lagi:

She was used to the VIP's jokes and "rough ways" and had never objected to his actions nor felt offended by it previously.

Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa tersinggung.

Akhirnya menurut laporan The Star, wanita itu menyatakan kekesalannya kerana membuat laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!

Saya harap kes ini tidak berakhir dengan begitu sahaja. Pihak polis perlu menyiasat adakah wanita ini diugut atau disogok untuk menarik balik laporan ini, jika laporan ini palsu, demi menjernihkan imej dan nama baik bekas menteri itu, wanita inilah yang sepatutnya didakwa!

http://n32.blogspot.com

Tawaran royalti minyak 20 peratus kepada Sabah?

"Mereka mula gelabah" Anwar

Semalam di Sabah sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

lagi berita di http://klpos.com


Azizah: Saya sedia jadi PM

Dr Wan Azizah Ismail berkata beliau bersedia menjadi perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti dua pertiga susulan peralihan sokongan wakil-wakil Barisan Nasional.

"Saya bersedia, insya Allah. Ini kejutan baru kepada saya. MalaysiaKini

"Saya menyertai gelanggang politik (pun) secara mengejut, saya menjadi ketua pembangkang (pun) secara mengejut," kata presiden PKR kepada wartawan di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri apabila Pakatan berjaya mempengaruhi lebih 30 wakil BN untuk beralih kepada gabungan pembangkang.

Dr Wan Azizah, kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata, kerajaan Malaysia boleh "bertukar pada bila-bila masa".

Ketika ditanya mengapa tumpuan menarik ahli parlimen BN kepada Pakatan Rakyat ditumpukan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata "itu urusan suami saya."

"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi kita tidak paksa mereka.

"Sesiapa yang nak masuk Pakatan hendaklah atas niat meninggalkan parti perkauman dan menegakkan keadilan," tambahnya.

Ahli parlimen Permatang Pauh berkata, bagaimanapun, Pakatan memberikan lebih keutamaan kepada usaha mengukuhkan barisan pembangkang dahulu.

lagi berita di http://www.malaysiakini.com/news/81887

Royalti Minyak 20 Peratus: Hak Sabah yang telah lama dinafikan

Membaca kenyataan ini bagi anak-anak Sabah, Sarawak, dan Terengganu yang telah lama memperjuangkan tuntutan menaikkan royalti minyak, sudah pasti berasa sedikit gembira kalaupun tidak sangat gembira. Berita yang sudah lama dinanti-nantikan ini pastinya suatu perkhabaran yang indah untuk menjadi halwa telinga mereka yang telah lama merasa tertindas di tanahair sendiri.

"Anwar memberitahu, antara agenda pakatan pembangkang yang akan dijelaskan ialah mengenai royalti minyak yang perlu dinaikkan kepada 20 peratus bagi Sabah, Sarawak dan Terengganu memandangkan semua negeri tersebut kebetulan merupakan negeri termiskin."

Jika hendak mengharapkan kerajaan sekarang ini, bolehlah dikata bagaikan bermimpi di siang hari, 5% pun kalau boleh ada yang hendak cilok. Adalah sangat tidak patut Negeri Sabah dan Terengganu yang kaya dengan hasil minyak jadi negeri termiskin di Malaysia..

Kami tidak mengharap untuk jadi negeri terkaya tetapi memadailah sekiranya rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan di tempat sendiri dengan gaji yang mampu untuk menyara diri dan keluarga. Tidak perlulah anak-anak Sabah berhijrah beramai-ramai ke Semenanjung seperti yang berlaku pada hari ini demi untuk mencari peluang rezeki yang lebih baik tetapi belum tentu terjamin (apakah jaminan bagi majoriti anak Sabah yang berkerja di kilang?).

Kehidupan anak-anak Sabah sekadar untuk hidup sahaja kerana walaupun pendapatan lebih lumayan sekiranya bekerja di semenanjung, wang yang dikumpul bertahun apabila dibawa balik ke Sabah paling lama pun akan bertahan hanya sebulan sahaja. Dengan kos tambang pergi balik sahaja menyamai gaji 2,3 bulan yang diperolehi di semenanjung bagi yang telah berkeluarga. Bukankah perkara ini boleh menjejaskan hubungan dalam institusi kekeluargaan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Memadaikah bagi orang tua di kampung berhubung dengan anak-anak yang jauh di mata dengan hanya menggunakan telefon? Itu pun sekiranya di kampung tersebut ada talian telefon, bagaimana pula mereka yang jauh di pedalaman, jangankan telefon, jalanraya perhubungan untuk ke pekan terdekat pun susah sangat! Payah betul bah mau pigi pakan (pergi pekan)!!

Bagi mereka yang pernah ke Sabah pastinya tahu bagaimanakah keadaannya di sana, betapa jauhnya Sabah tertinggal dari arus pembangunan yang deras memacu ekonomi di semenanjung, dan pastinya anda bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini. Tidak perlu jauh meneroka ke pedalaman, di pinggir bandaraya pun tidak semua tempat memiliki jaringan perhubungan jalanraya yang baik, tidak jauh bezanya dengan keadaan di pedalaman.

Simpati juga saya hulurkan kepada rakyat Terengganu yang mengalami nasib sama tak serupa dengan rakyat Sabah. Sudahlah royalti hanya lima peratus, itu pun hendak dinafikan oleh kerajaan Persekutuan dengan pembayaran wang ehsan kononnya. Saya tidak tahu, siapa yang lebih malang antara Sabah dan Terengganu, tetapi yang pastinya kedua-dua negeri ini memang malang kerana mempunyai hasil bumi yang kurang dinikmati oleh anak-anak negerinya. Perkara ini boleh diumpamakan seperti 'itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan'.

Tuntutan untuk menaikkan royalti minyak ini bukanlah sesuatu yang baru bagi parti-parti politik Sabah. Inilah yang menjadi modal setiap kali pilihanraya tetapi malangnya tidak pernah mendapat jawapan yang menggembirakan dari pihak kerajaan persekutuan.

Dahulu kita dikejutkan dengan berita penahanan Datuk Dr Jeffrey Kitingan di bawah ISA atas tuduhan hendak membawa Sabah keluar dari Malaysia. Kenapa timbul soal begitu sekiranya Sabah hidup aman makmur di dalam Malaysia. Rakyat mana yang akan berpuas hati sekiranya terasa negeri mereka dijajah, apa bezanya di bawah penjajahan British dahulu, hasil bumi dibawa balik ke England walaupun British mendakwa akan memajukan tanah jajahannya, bandingkan dengan situasi yang berlaku sekarang. Kemanakah perginya hasil bumi Sabah yang kaya itu?

Saya tidak sanggup pula andainya wujud Gerakan Sabah Merdeka seperti Gerakan Acheh Merdeka kerana tindakan sebegitu bukanlah jalan penyelesaian yang baik untuk rakyat. Tetapi siapakah dapat menghalang andainya kesedaran membela tanahair semakin membara di jiwa kami anak-anak Sabah andainya jalan diplomatik tertutup rapat pintunya.

Apa-apa pun bagi saya Anak Sabah Anak Malaysia, maju mundur biarlah bersama. Tiadalah namanya Malaysia andai tiada penyertaan Sabah dan Sarawak.

http://www.tranungkite.net